Malaysia tanpa UBN: Sejahteranya!!
Dec 6th, 2009 | By Admin | Category: M3m, RencanaOleh: M3M
UBN kini sedang tunggu masa untuk jatuh tergolek. Paling lama masa yang diberikan ialah hingga PRU13. IsyaAllah…. kompom gedebub punyer!! Yang mungkin menjadi alas agar gedebubnya itu tak mendatangkan kematian ialah kerusi-kerusi dari Sabah dan Sarawak. Kalaulah Sabah dan Sarawak pun bersama-sama kita….. mampuuusss UBN!!!
Hakikat ini diakui sendiri oleh Najib. Kata dia… MCA mesti segera menyelesaikan masalah dalamannya bagi membolehkan usaha ke arah memulihkan BN dapat dilaksanakan.
Oh… UBN sekarang sedang sakit ler?? Isy… isy… isy… kesiannya. Rasa aku yang paling tenat ialah UMNO. Sebab… sudah tua dan uzur pulak tu. UMNO juga sedang membusuk… Busuknya sudah sampai ke usus. Itu Che Det yang kata. Sudahlah tua… derita pulak kena gangrene. Patutlah membusuk!!!
Weh…. kroniknya penyakit tua UMNO ni. Mungkin sebab itulah agaknya UMNO terpaksa memakai tongkat di bawah ketiaknya. Sebelah tongkat… berjenama MCA, manakala sebelah lagi, berjenama MIC. Yang tukang papah pulak ialah PPP dan GERAKAN. Itulah sahabat setia UMNO yang dekat-dekat sini.
Namun… masalahnya sekarang, tongkat-tongkat tersebut pun sudah mereput. Semuanya sedang mereput dari dalam. Agaknya, gangrene UMNO sudah berjangkit pada mereka pulak, kot?? Itulah sebabnya Najib mengelabah. Kalaulah tongkat-tongkat tu patah…. na’uzubillah, mampuuuss UMNO!!
Cuba bayangkan UMNO tanpa kedua-dua tongkat usang dan tukang papah tersebut??
Eeeerrrmmm…. seronoknya aku berimaginasi macam ini. Semua orang lari daripada UMNO sebab tak tahan bau busuk. Kengkawan mula menjauhkan diri sebab takut kena jangkit gangrene UMNO. UMNO terketor-ketor…. merangkak-rangkak… kerana sudah tak ada tongkat dan tempat berpapah.
Yang syoknya… UMNO merangkak menuju ke liang lahat yang digali oleh rakyat. Tok imam PAS sudah sedia menunggu di tepi kubur untuk membacakan talkin buat UMNO. Manakala, para pemimpin Pakatan Rakyat sedang membuat persediaan untuk kenduri meraikan kematian UMNO dan masuk ke rumah baru. Menjelang fajar menyinsing…. sebuah rumah baru akan terbina untuk seluruh rakyat Malaysia. Rumah inpianku……. MALAYSIA BARU!!
Rumah yang akan memberi harapan baru kepada seluruh rakyat Malaysia. Penghuninya pula… hidup makmur, aman dan damai dalam suasana penuh sejahtera di bawah lindungan Allah SWT.
Mak oi… what a fantastic sight!!! Eeeiiii… best giler, seronoknyer!!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














bestnye
Apa yang penting kita terus bekerja mendekati rakyat dan menyantuni mereka.
ahli pakatan rakyat yang membusuk seperti umno juga harus ditalkinkan!
apa ni cerita mcm penglipur lara..angan2 mat jenin… adehh
tolong lah bg cerita yg ada analisis skit.. cerita yg ada realiti … mcm bro MSK punya cerita…
semangat tu bagus tp cerita mcm budak form 6 pon leh buat cerita mcm ni.. baik wat cerita alangkah baiknya kalau aku jadi kaya,,
Cerita bersambung…”sedang umno rebah merangkak-rangkak menuju ke liang lahat, tiba-tiba datang beberapa org mengangkat dan memapah umno masuk ke dalam kereta Merc untuk segera di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kelihatan ada satu sticker yg ditampal pada kereta tersebut bertulis ‘pas for all’. Rupa-rupanya Geng UG….khhaakk ptuihh!!!
Malaysia tanpa umno = aman dan damai, contoh terbaik diPRK Penanti….aman dan tenang!!!
kalo lah Sabah & Sarawak memihak kpd PR , maka bn akan kalah kali ini, cuma baca fakta disini….
http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=28892:why-whack-the-malays&catid=20:no-holds-barred&Itemid=100087
Ya..menjadi impian kita semua utk melihat negara kita ditadbir oleh pemerintah yang adil, yang menitikberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, mengutamakan ‘akauntabiliti’, good governance, yang maju, dan membangun. Bebas dari penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, yang benar-benar anti-rasuah, amalan nepotisme, kronisme dan lain-lain.
Islam telah menggariskan dengan lengkap sistem pemerintahan dan sistem kenegaraan yang adil. Andaikata mereka-mereka yang menerajui pucuk kepemimpinan terdiri daripada kalangan orang-orang yang BERIMAN, (bukan beriman “olok2, tetapi betul2 beriman- maaf cakap..) nescaya negara menjadi lebih sejahtera. Khalifah Umar Abdul Aziz telah menunjukkan teladan kepempinan yang terbaik, selain daripada apa yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w sendiri.
Masalahnya ialah tahap keimanan (barangkali). Orang yg benar2 beriman memandang dunia yang fana ini
tidak lebih dari tempat persinggahan atau ‘transit’ semata2. Jadi kemewahan duniawi, harta emas perak yang bertimbun tidak membawa apa2 makna yang besar bagi mereka sebenarnya..melainkan pakaian atau “hiasan takwa untuk bekalan akhirat yang lebih utama. Saya belum pernah terjumpa mesej di dalam Quran yang menyuruh kita mengumpulkan sebanyak2nya harta kekayaan. Jadi mesej Al Quran amat bertentangan dengan nafsu kita !
Kalau iman terlalu lemah..usahlah bercakap fasal keihlasan, good governance, memerangi rasuah..”payah punya cerita!”
Semoga kita sama-sama berusaha mencari redha , keampunan dan taufiq hidayah Allah dalam hidup kita, sama-sama ingat memperingatkan, berpesan-pesan. Hidup seratus tahun sekalipun.. ia sebenarnya satu tempoh yang sangat singkat untuk kita..
Wallahu a’llam.
ya…mmg itu yg kita harapkan tp adakah PR benar2 telah bersedia dlm semua aspek?
sambungannya…….
maka xadalah pilihanraya umum di malaysia lagi kerana UBN telah musnah….. maka tinggallah parti2 PAS, PKR & DAP….. bila tiba PRU seterusnya…. parti Pakatan Rakyat menang percuma semua kerusi DUN & Parlimen akibat ketiadaan UBN kerana ahli2 nya telah masuk PR. kecuali tiga empat kerusi yg ditentang calon BEBAS….
Lama kelamaan…… akibat asyik menang free…. maka Parti2 dlm PR mengusulkan untuk buat haluan masing2….. PR dibubarkan & kembalilah bersaing antara PAS, PKR, DAP, PSM dlm PRU seterusnya….. maka…..
sambungan
maka kerusi2 yang majoriti Islam banyak ditentang calon PAS lwn PKR, kerusi2 50-50 ditentang 3 atau 4 penjuru. kerusi2 majoriti bkn islam byk ditentang PKR-DAP…… maka berlakulah persaingan, konflik & drama menjelang tahun 2050 hingga 2100
Persoalan: adakah perlu BN dibubarkan………. ??? boleh bubarkan tapi tubuhlah satu parti baru dgn nama baru…… Kami sebagai rakyat perlukan sistem 2 parti & bukan 1 parti sahaja berkuasa…..
memang sokongan rakyat pada perubahan kuat dan masih lagi kuat
tapi my dear m3m , gua ingat jangan cakap dulu itu ini - bn tergolek terlentang
bagi jadi dulu , bagi jadi dulu , bagi jadi dulu
beware ada pimpinan PR tak leh pakai - mereka bukan tunggu perubahan untuk rakyat
mereka tunggu untuk mereka - kuasa dan kedudukan malah kekayaan
KITA KENA HAPUSKAN MEREKA DULU !!!!!!!!!!!!!
sebenarnya mana2 pemimpin dari BN yang keluar dari BN…. sepatutnya PR jgn terima dulu….. kalo nak…… terima jadi ahli dulu….. jangan terus letak jawatan tinggi…. ada 2 kemungkinan pemimpin keluar dari BN..
pertama- sebab tgk angin perubahan rakyat, pemimpin ikhlas, maka dier keluar BN bkn kerana wang, harta & pangkat tapi kerana amanah…… kedua-sebab keluar BN, xdapat itu & ini….jawatan, harta…. jadi dier join PR & keluar BN supaya agenda diri sendiri tercapai….. kemungkinan yg KEDUA tu yang bahaya sangat2..