Perjanjian Rahsia Mahathir dengan Tentera US

Dec 5th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utama

Oleh: MSK

Sekitar tahun 1984 atau 1985, seorang wartawan Asian Wall Street Journal mendapat tahu terdapat kenderaan tentera Amerika didalam hutan Malaysia. Beliau mencuba untuk mendapatkan maklumat daripada Kedutaan Amerika di kuala Lumpur dan juga dari Kementerian Pertahanan tetapi gagal dan menganggap berita tersebut hanyalah khabar-khabar angiin.

Dalam sebuah buku yang bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad” yang dikarang oleh Barry wain, bekas editor Asian wall Street Journal, mendedahkan bahawa berita tersebut bukan khabar angin..tetapi benar.

Pada tahun 1984, semasa lawatan Mahathir ke Amerika bertemu Presiden Ronald Reagan dan  Setiausaha Pertahanan Casper Weinberger, Mahathir telah melancarkan apa yang dipanggil Perjanjian Khidmat Nasihat dan Latihan Dua Hala, yang melibatkan siri-siri latihan, perkongsian maklumat, bantuan logistik dan isu-isu ketenteraman awam.

Walaupun begitu, Mahathir meneruskan kritikannya terhadap Amerika tetapi dalam masa yang sama, membenarkan tentera Amerika berlatih dihutan Malaysia.

Mahathir juga merupakan seorang yang boros dalam membelanjakan wang negara, dimana projek-projek mega yang dilancarkan dan akhirnya menemui kegagalan hampir mencecah RM100 billion.

Sebagai contoh, Mahathir melancarkan Proton, yang diharapkan dapat menjadikan Malayisa sebagai pusat pengeluar kereta di Asia. Tetapi projek beliau gagal, sebaliknya, Thailand berjaya menjadi pengeluar automotiv yang terbesar di Asia.

Mahathir juga boleh dianggap sebagai pelopor rasuah dinegara ini apabila membenarkan rasuah berleluasa dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang yang berjaya sebagai pemerintah negara. Rasuah menjalar dengan begitu hebat dizaman Mahathir sehinggakan seluruh Umno terpalit dengan rasuah.

Legasi Mahathir boleh dianggap sama dengan Robert Mugabe dari Zimbabwe. Mahathir, disatu masa mempelopori dasar ‘Buy British Last’, manakala Mugabe pula mengambil alih ladang-ladang kepunyaan British di Zimbabwe. Masing-masing mempunyai hasrat yang sama iaitu membalas dendam terhadap British.

Dalam masa yang sama, mereka begitu rapat dengan Amerika walaupun pada zahirnya, mereka dilihat begitu anti-Amerika. Mahathir juga sering menggunakan Yahudi untuk menarik perhatian orang-orang Islam dinegara ini, seolah-olah beliau adalah pejuang Islam, tetapi dalam masa yang sama, beliau mendapatkan khidmat-khidmat pakar-pakar Yahudi untuk membantu dalam pentadbiran negara.

Sumber: Mahathir’s Secret Deal.

Tags:

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. Salam semua,

    Apa yang kita hendak hairankan dengan perangai Dr M dengan orang2 Yahudi ni?

    Sejak 1968, Dr M sudah berhubungan dan berpelokan dengan Henry Kissinger, bekas Setiausaha Negara Amerika zaman Presiden Nixon. Sewaktu itu, Dr M mendaftar sebagai seorang pelajar yang dikelolakan oleh Henry Kissinger di dalam satu kursus, Summer Program di Harvard Business School. Perhubungan intim ini berterusan sehingga kini!

    Lee Kuan Yew menyertai kursus sama pada tahun 1967. Ramai pemimpin2 dunia yang lain juga menyertai kursus ini sewaktu mereka muda. Antaranya adalah Yasuhiro Nakasone dari Jepun (menjadi Perdana Menteri) , Bulent Acevit dari Turki (juga menjadi Perdana Menteri), dan beberapa lagi nama lain yang menjadi orang penting di negara masing2.

    Sehingga kini, sudah 41 tahun Dr M menjadikan Yahudi sebagai GURU nya…..Inilah seorang WIRA dunia Islam yang sentiasa namanya dijual oleh media2 di Malaysia. Masakan seorang pejuang Islam menggunakan khidmat nasihat dan penasihat YAHUDI?. Dia ni manusia spe-sial agaknya….

    Yang pastinya, sepanjang hidupnya, dia hanya berjaya menjalankan agenda Yahudi…..lihatlah apa yang sudah terjadi dengan negara ini……

  2. Salam MSK, problemmnya…Umno dan juak-juaknya tak habis2 melabel DSAI sebagai pro-Us dan pro-Yahudi…Saya rasa, imej DSAI kena dipolish kembali sebagai Islamik fundementalist tetapi tidak pula sampai menjauhkan non-muslim.

  3. Agenda kerjasama Mahathir dengan Yahudi kemudiannya di sambung M. Najis dengan meniru kempen 1 Israel. Maka terhasillah 1 Malaysia yang maha mengarut….. sampaikan kalau boleh, ucapan salam pun nak ditukar jadi “Salam Satu Malaysia…!!!”

  4. Kalau kau orang sendiri yang tak sokong proton nak buat macam mana… kau rela sokong TOYOTA… pas tu salahkan Mahathir… cermin diri dulu pakcik…

  5. Jawa,

    kita berbincang secara akademik…. pembinaan Proton ada pro dan kontra. Tapi aku lebih suka kita punyai Proton walaupun Ku Li pernah kata Msia tak layak buat kereta (1987). Hyundai dan Kia di Korea Selatan ditubuhkan selang setahun dari penubuhan Proton (1985).

    Hari ni jenama Kia dan Hyundai amat berjaya terutama di negara2 Afrika. Tetapi dimana silapnya Proton. Jawapan paling mudah kualiti yang teruk. Sebab apa pemilihan vendor adalah berdasarkan kroni.

    Aku masih suka jika Malaysia mampu keluarkan kereta sendiri…. tetapi dengan kualiti yang tinggi. Hari ini Proton seperti syarikat yang mudah diserang anai-anai, nampak gagah tetapi hanya masa yang tentukan. Apabila Afta dikuatkuasakan…. hanya Allah sahaja yang tahu nasib Proton

  6. Rakyat miskin terpaksa beli proton dgn harga yg lebih tinggi, tapi dinegara lain proton dijual dgn harga yg lebih murah, jadi siapa tipu siapa semua orang tau………. hanya jawa selangor saja tak tau………ka ka ka.

    kalo ko pi tenguk kat rumah pemimpin2 umno, aku gerenti ko tak akan nampak sebiji pun kereta proton!

  7. bro msk , mahathir ni memang hampeh takde yang best apa pun mahathir ni
    aku tak tertarik langsung nak puji mahathir apapun hatta ada benda2 yg rpk atau sesapa je
    yang bagi credit - aku rasa itu semua bullshit
    cuma apa yang buat mahathir semua orang kata - hah! mahathir - hanyalah kerana dia dapat
    menjadikan dirinya the paling gampang pailang politician warlords - tu je tapi lani lu 0rg tengok
    sendri betapa dia ‘menyayokkan’ dirinya hari demi hari di hari tuanya ……….
    Tunku pun tak buat nyanyok cam tu
    frankly speaking orang lain lagi boleh buat dari mahathir
    cuma mahathir ni berdisplin - yela nak jadi mafia pun kena berdisplin
    tapi aku harap sejarah mahathir akan dilupakan generasi hadapan …

  8. Jawa,
    Ko ni buat malu orang Selangor je. Aku keje kat Qatar. Harga Proton Gen2 kat sini QAR 8000 je. QAR 1 = RM 0.98. Jadi harganya hanya RM 7840 saja. Ini bukan menipu ke namanye. Kat rakyat sendiri dia orang cekik cukup-cukup. Lagi satu Proton kat sini Mat Bangla, India dan Pakistan je yang pandu. Malu aku nak mrngaku kereta Malaysia.

  9. tentang Perjanjian Khidmat Nasihat dan Latihan Dua Hala antara US & Malaysia;

    tu bukan eksesais CARAT ker…??? training ni mmg dah lama, sampai skang pun masih lg berlangsung…jangan kata US, tentera Britain, Australia pun training kat sini…Sekolah Peperangan Hutan yang paling ekstrem di dunia adalah di Malaysia, dibuka oleh tentera British sejak masa perang dunia ke-2 dulu…pernah dengar tak tentang pasukan Senoi Praq…???

    tentang Eks Carat ni, bukan Malaysia jer, Indonesia, Singapore, Thailand pun ade Eks Carat dgn tentera US…panjang ceritanya ttg Eks Carat ni, nak salahkan Dr Mahathir 100% pun x adil rasenyer…byk cerita di sebalik cerita, & melibatkan lebih dari satu pihak…

    banyak pro & kontra tentang eksesais nih…nak jadi paranoid sangat pun, tak boleh jgk…

    dekat sabah sana, US ader bagi kat Malaysia 2 bijik radar persisir pantai, diberitahu untuk kawalan persisir pantai…tapi saper la tahu kan, ade benda lain…dah bagi sesuatu, mesti mintakkan sesuatu…

    aku suka idea Mahathir, tapi cukup kecewa dgn implementasi idea dia…sayang, idea yg hebat jd hampeh disebabkan tuan punye idea & konco2 dia…

    bro MSK, please enlighten me if im wrong…

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.