Mustafa Kamil Ayub

Dec 3rd, 2009 | By Admin | Category: M3m, Rencana

Oleh: M3M

Aku mula kenal Mustafa Kamil Ayub semasa dia menjadi SETPOL kepada Muhyiddin Yassin di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Masa tu, dia mewakili Muhyiddin dalam satu program belia di Gua Tempurung. My first impression….. jelmaan Anwar Ibrahim.

Selepas itu, aku hanya mengikuti perkembangan karier politik dia melalui akhbar. Semasa dan selepas era reformasi… melalui ceramah-ceramah politik, akhbar-akhbar pembangkang dan rakan-rakan terutamanya di dalam PKR.

Mustafa Kamil Ayub, kini dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak. Tetapi sebelum itu, dia pernah diberi peluang untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung PKR, Pengerusi PKR Terengganu dan kemudian dilantik pulak menjadi Pengerusi PKR Sarawak.

Dari apa yang aku nampak… dia tak berapa perform. Semua task yang diberikan kepada dia, tidak ada menampakkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Sorry to say, tidak satu pun menampakkan dia sebagai seorang yang capable melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya. Mustafa Kamil Ayub, setakat ini…. underperformed!!

Sekarang dia diberi pulak tugas mengetuai PKR Perak. Persoalannya sekarang, mampukah dia memikul tugas tersebut??

Ramai yang memberi komen-komen yang agak negatif tentang Mustafa Kamil Ayub berdasarkan track record dia, baik peranan dia dalam parti, mau pun sebagai calon pilihan raya. Apakah dia cukup prihatin untuk menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi oleh PKR Perak dan cabang-cabangnya? Apakah dia mendengar… meneliti…. mengkaji dan berbuat sesuatu untuk mengatasi permasalahan yang dikemukakan atau just simply listen but no action taken?? Oh… please jangan kata, I’m too busy.

Orang akan tanya… busy doing what?? Entertaining pemimpin atasan PKR untuk mempromote diri pada mereka??

Well… untuk jadi pemimpin rakyat yang sejati… dia mesti entertain rakyat dan akar umbi dahulu. Itu mesti menjadi priority!! Kukuhkan pengaruh pada peringkat akar umbi dahulu kerana akar umbilah yang akan menentukan masa depan dia dalam politik kepartian. Di peringkau pusat, orang dah kenal siapa Mustafa Kamil Ayub. So… tackle dan perkukuh pengaruh akar umni. Prove to them that you are a reliable and a credible pemimpin rakyat!! Baru akar umbi dapat menerima dia. Popular di pusat… popular di peringkat akar umbi. Alangkah cantiknya….

Sebenarnya… banyak yang aku dengar tentang Mustafa Kamil Ayub tetapi aku tak suka menilai dia daripada apa yang didengar sahaja. Tapi, aku lebih suka mendengar, memerhati, memahami dan baru buat penilaian.

Pertama, dari apa yang aku perhatikan, Mustafa Kamil Ayub ini tidak ada personaliti atau identiti sendiri. Identiti dia banyak dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim. Kita tak mahu seorang pemimpin klon. Kita mahu yang original. Walau pun gaya berpidato dia mirip Anwar, tetapi itu tak mencukupi. Kita mahukan seorang pemimpin yang mempunyai kebolehan memimpin, kemampuan untuk execute tugasan dan tanggung jawab serta yang dapat mempengaruhi orang untuk bersama kita dalam perjuangan.

Malangnya, sifat-sifat ini tidak kelihatan pada Mus. Sebab itu, he’s a lone ranger. Tiada sokongan akar umbi. Kalau nak terus menjadi pemimpin rakyat… menangilah hati akar umbi kerana merekalah yang akan jadi kayu pendokong untuk melonjakkan anda ke atas.

Kedua, dia tidak ada skill untuk berucap menggunakan bahasa yang ‘at par’ dengan audience. Penampilan dan sentuhan ceramahnya terlalu islamik dan bahasa yang digunakan terlalu tinggi, hinggakan sukar difahami dan ditelah oleh pendengar. Akibatnya… mesej yang nak disampaikan tak sampai. Kalau mesej tak sampai, macam mana nak influence orang. Akhirnya… syok sendiri.

Rungutan ini bukan sahaja datang dari kalangan audience Melayu tetapi juga bukan-Melayu. Sokongan Melayu-muslim dan non-muslims sama penting. Jadi… mesti pandai influence dan tackle mereka.

Ketiga, Mustafa Kamil Ayub juga dilihat terlalu bergantung kepada pengaruh Anwar Ibrahim untuk mengukuhkan pengaruhnya. Ini mungkin kerana dia sedar yang dia tidak ada sokongan akar umbi, lalu terpaksa bergantung harap pada sokongan pemimpin atasan seperti Anwar. Daripada pengamatan dan pemerhatian aku, sambutan terhadap satu-satu program yang dianjurkannya tidak mendapat sambutan yang begitu baik. Biasa saja… tak happening!!

Lantas, satu cara untuk mendapatkan sambutan orang ramai dan buat ia happening, dia akan menjemput tokoh-tokoh yang popular sebagai perangsang atau daya tarikan dengan aturcara program yang glamor dan pastinya menggunakan kos yang agak tinggi.

Persepsi akar umbi….. mamat ni gila glamor dan mempunyai high taste. Sebagai pemimpin yang bijak , kita mesti pandai mengatur majlis yang simple dan sederhana tetapi meriah dan happening….. dalam erti kata mendapat sambutan giler-giler daripada orang ramai. Nak meriah, tak semestinya mengadakan program yang glamor-glamor. Terpulang kepada kebijaksanaan kita mengendalikannya. Aduh… silau mata orang melihatnya…

Keempat, penampilan Mustafa yang terlalu elitis. Cara dia membawa dirinya…. cara dan gaya dia bercakap….. cara dia bermesra…. cara dia berinteraksi dengan rakyat, walaupun lembut dan bersopan santun tetapi kelihatan terlalu elitis. Ini menimbulkan gap antara dia dengan rakyat. Sukar bagi rakyat untuk mendekati dan menerima dia sebagai seorang pemimpin mereka. Rakyat perlukan pemimpin yang mereka boleh dekati untuk mengadu hal dan tempat mereka meluah keluhan, isi hati mereka serta permasalahan mereka.

Jurang yang terlalu luas antara rakyat dan pemimpin, akan menjadikan pemimpin itu sukar didampingi. Rakyat tidak suka pemimpin seumpama ini. Mereka lebih selesa mempunyai pemimpin yang mempunyai ciri-ciri rakyat marhaen dan yang pandai menyesuaikan diri. Ini memudahkan mereka untuk memesrakan diri dengan pemimpin. Oleh itu, apabila berada dalam kalangan rakyat… be like one and act like one.

Lihat saja pemimpin muda PKR seperti Chang Lih Kang dan Chan Min Kai… very popular dalam kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Mengapa?? Kerana mereka berjaya menjiwai masalah rakyat. Mereka berada di merata tempat dan dalam apa jua keadaan dan suasana. Mereka mesra rakyat dan kini…. mereka lekat di hati rakyat. Inilah dia pemimpin rakyat untuk rakyat!!!

Kelima… persepsi akar umbi yang melihat dia sebagai pemimpin yang tidak boleh menerima kritikan. Pemimpin yang tahan diuji ialah pemimpin yang terpuji. Menerima kritikan dengan lapang dada dan minda yang terbuka adalah satu sifat terpuji kerana kritikan itu adalah satu bentuk ujian. Kalau ujian sekecil itu pun tak boleh nak urus dan terima, baik lupakan hasrat untuk menjadi seorang pemimpin rakyat.

Sepatutnya seorang pemimpin mesti bijak mengurus kritikan. Terima ia dengan positif untuk dimanfaatkan bagi memperbaiki kelemahan diri. Jadikan kritikan sebagai catalyst untuk mengukuhkan kedudukan, pengaruh dan yang lebih penting, integriti kita. Barulah pemimpin akan diterima dan dihormati.

Menerima kritikan dengan mengkritik balik…. bukan tindakan yang bijak. Kita akan dilihat sebagai pemimpin yang ego dan bersifat kuku besi. Terima kritikan secara gentleman and deal with it, wisely…. not emotionally.

Keenam.. sebagai calon pilihan raya, dia dianggap sebagai calon chipsmore. Calon yang hanya nampak muka semasa pilihan raya diadakan saja tetapi apabila kalah…. kelibat dia tak kelihatan lagi. Tidak nampak kesungguhannya untuk menjadi seorang calon rakyat yang benar-benar ambil berat pada rakyat di kawasan yang ditandinginya. Orang nampak dia hanya berminat untuk menjadi MP atau ADUN yang membawa gelaran YB. Ingat… YB, bukan Yang Berhormat tetapi Yang Berkhidmat!!!

Dia sepatutnya selalu turun padang dan terus-menerus mendekati rakyat… sebelum dan selepas pilihan raya, tidak kira sama ada dia kalah atau menang di kawasan itu. Terus menerus mendekati, memahami dan berbakti… tak kira sekecil mana pun sumbangan dan bakti tersebut. Barulah rakyat akan hargai dan sanjungi kita… sebab mereka nampak dan yakin dengan keikhlasan kita.

Sebagai pemimpin yang dicop sebagai calon Chipsmore…. apabila dia turun ke padang untuk berkempen, rakyat tidak dapat merasai dan menjiwai keikhlasan dia sebagai wakil rakyat mereka. Dia pulak… gagal untuk menjiwai naluri dan kehendak sebenarnya rakyat. Dia mungkin lebih memberi perhatian kepada kehendak dan agenda serta aspirasi parti. Dia gagal membezakan aspirasi parti dengan kehendak rakyat. Inilah yang mewujudkan jurang antara dia dengan rakyat. Lantaran itu, rakyat sukar menerima dia. Natijahnya… dia kalah. Malah, setiap kali dia, dicalonkan dalam pilihan raya… semuanya dia kecundang.

Apakah pihak lawan yang kuat?? Mungkin tidak… Mereka pun tak kuat mana. Tetapi, kita yang lemah…. kita gagal mengurus kelemahan kita dengan bijak. Itulah masalah kita sebenarnya. Kalau kita sedar akan kelemahan kita…. kita bijak uruskankan kelemahan tersebut dengan memperbaikinya dan tunjukkan yang kita, sebagai pemimpin… kita juga, boleh berubah untuk melakukan perubahan. Barulah rakyat akan respek dan bersama-sama-sama kita. Jika tidak… teruslah bermimpi!!

Jangan asyik meminta rakyat saja untuk melakukan perubahan tetapi pemimpin masih dengan sikap ego mereka. Pemimpin mesti dilihat sanggup berubah untuk menjadi lebih baik… barulah rakyat akan ikut untuk sama-sama melakukan perubahan. It must work both ways, baru menjadi!!

Sebenarnya PKR Perak… tak banyak pemimpin rakyat yang berintegriti. Adalah juga… tapi tak banyak. Mustafa Kamil Ayub, pada aku adalah salah seorang pemimpin PKR yang ada potensi untuk pergi lebih jauh. Selain mempunyai kekuatan tersendiri, sebagai manusia, dia juga ada limitations dan flaws yang dia kena uruskan. Dia kena ikhlas muhasabah diri bagi mengubah persepsi akar umbi terhadapnya.

Aku percaya pada memberi peluang kepada seseorang untuk memperbaiki diri agar dia terus maju dan berjaya. Jadi…. fokuskan pada kekuatan yang kita peroleh dan pada masa yang sama, cuba sedaya upaya, baiki kelemahan diri kita. Jangan persiakan peluang yang telah diberi kepada kita.

Sekiranya ada penilaian yang tersasar atau kurang tepat…. aku mohon berbanyak ampun dan maaf. Bukan niat untuk menghina, memperkecil dan jauh sekali menjatuhkan maruah…. tetapi semata-mata ingin melihat seketul permata terus digilap dan bercahaya, demi kepentingan semua. Semoga anda diterima dan berjaya, insyaAllah…

Tags:

Afiat

23 comments
Leave a comment »

  1. dalam maknanye tu…hehehe…bagus//

  2. ala…lupa plak….tolong pi jenguk sat ke blog ini…http://helpafiqdanial.blogspot.com
    pertolongan dari anda semua amat dihargai oleh tuan blog…mengenai adik afiq yang memerlukan rawatan segera!!

  3. chan ming kai lebih sesuai jd pengerusi pkr peak kalau yg melayunya asyik layu je

    ni mustafa ni nak bertanding kat mana pr nanti? tak penah nampak dia turun dun sasarn pun

  4. Alahaiii… Mustafa Kamil Ayub…

    UBAH Yeop!! UBAH SEBELUM DIUBAH!!

  5. Yeop,

    Mustapha Kamil Ayup kita kata tak perform…. sapa lagi yang perform. Dalam Pas Perak, cuma nizar ajer yang menjadik…. itu pun pasal dia bekas mb…. berilah kepercayaan pada Mustapha… PRU tak lama lagi. Abis nak lantik sapa. Kalau lantik Hj Osman… orang kata dia banyak duk kat Kelang, lantik Dr Lee pulak kata PKR dah terpengaruh dengan cina… nak lantik hj ismail.. bukan semua suka dia sebab dia garang…..

    DSAI dah fikir abis-abis….. aku rasa Mustapha orang dia baik…. kalau dia ada kelemahan… sama2 kita tolong jangan lah kita kondem teruk2….lainlah kalau si mus tu tak nak dengar cakap orang. itu maknanya beri buah tanggung pada musuh. Kalau kita nak cerita pasal hal orang lain sampai kiamat tak selesai

  6. Memang benar apa yang ditulis,saya kenal beliau semasa PRK Bukit Gantang.Saya pengerusi majlis Dialog Bersama DS Anwar Ibarahim,tetapi sampai sudah beliau tidak mahu tahu nama saya.Terlalu elitis dan bukan mesra rakyat.Saya pada masa PRK Bukit Gantang,kira-kira ada juga jawatan di bilik operasi.

  7. Berilah peluang…. dakwat belum kering lagi dah tembak sana-sini…!!

    Sekurang-kurangnya 6 bulan dari sekarang….!! Baru boleh ulas..!!

  8. M3M,

    aku pulak mula kenai Mustafa Kamil Ayub masa dalam PKPIM dulu, sama-sama dengan Zambry dan juga Zaini Ujang. Sekarang mereka dah tak kenai aku…..almaklumlah dah ada nama !

  9. Nala baru saja dapat berkenalan dengan sdr Mustapa Kamal.
    Sila berkunjung ke:-
    nalapambu

  10. Hehe,agak2 la kan,penah tak anwar habaq kat mustafa nie “dude,awat lu becakap cara n trademark gua,kot ye pun gua sifu lu,lu cari la identity lu sendiri beb,evolve beb,evolve”,lantas mus replied “bro (anwar),wa wala’ dgn lu,wa bukan tak nak evolve beb,tapi lu tgk sendiri la bro,najib pun dah evolve cara dia public speekimg,ada neran neran n sengau2 style lu beb sejak dua menjak nie,style lu berucap mmg style beb,sib baik wa tak kena tuduh kaki jubur..hekhek,sori bro,wa try la tak jd clone lu”, mus,prove us u got the nut …(sacks included),to prove us wrong,gud luck.hang lengai mcm freeMANSOQ siap! Ahak ahak,

  11. Memang mudah jadi pengulas dan pengkritik dari jauh. Cubalah masuk sedikit ke gelanggang perjuangan dan lihat berapa lama bertahan. Mana dia Zahid Hamidi yang hebat? Mana dia Dr Zambry dan Husni yang bijak ? Mana dia Hamdan Taha dan Hanafiah Man yang petah berpidato? Mana dia Jamaludin dan Kapt Osman yang sudah mengecap kemenangan terpijak?

    Rakyat mahukan yang ideal sahaja tapi realitinya pemimpin ideal nak cari di mana? Berapa ramaikah manusia yang ada Master dan PhD, berpengalaman, banyak duit, berkelayakan profesional dan berkaliber yang mahu masuk parti pembangkang? Orang yang ada semua itu hampir semuanya mengejar gaji 20-30 ribu sebulan dan tak mahu kehilangan “lifestyle” mereka. Hargailah orang yang berani bertempur di gelanggang. Walau tersungkur berkali-kali, tapi masih mampu bangun dan bertahan.

  12. nakhoda..
    kuang ajaq. sempoi. haha. aku tau, dia baca.

  13. Itu lah hakikatnya, bercakap tak sesenang melaksanakan….. macamana nak memenangi hati rakyat kalau orang yang kita perlukan tidak kenal dengan kita. Orang sekarang dah terbuka minda…. nak pangkah kena tengok orang, bukan tengok parti. Sebelum pilihanraya ke 12, mungkin orang beranggapan tak nak BN pangkah pas atau pkr atau dap, tapi setelah pilihanraya ke 12, dengan ramainya katak yang melompat, orang dah serik…. orang dah pikir balik… tak guna pangkah parti kalau rupa tu. Jadi kalau ingin jadi pemimpin, ikutlah apa yang penulis katakan.

  14. Sdr. Mustafa Kamil Ayub adalah kenalan baik saya di UKM. Semasa di UKM beliau adalah seorang pemimpin pelajar. Beliau diterima oleh semua warga kampus apabila diberi jawatan. Saya percaya beliau juga akan diterima oleh rakyat Perak jika diberi jawatan. Berilah kawasan yang selamat untuknya dalam PRU kelak.

  15. Betul cakap M3M. Mustapha Kamil tak ada identiti. Gaya tandatangan ala style tandatangan DSAI. Gaya bercakap ciplak DSAI, gaya turun padang pun palagiat style DSAI, tapi tak berapa menjadi!

    Aku sedikit bimbang dengan apa yg DAP Melayu katakan, pasal Zambry MB Haram. Aku takut Mustapha Kamil bila dah tumpang populariti Nizar Jamaluddin, dia pun jadi macam kawan lamanya tu. Tapi aku yakin DS Nizar takkan jadi macam Zambry sebab DS Nizar bukannya pemimpin yang meletakkan dirinya dalam comfort zone dan elitis.

    Apapun, berilah peluang pada Mustapha Kamil untuk membuktikan kemampuan dan kebolehannya, walaupun aku rasa beliau tak sebagus Chang Lih Kang dan Can Ming Kai.

    Can Ming Kai bila pakai baju Melayu dan bersongkok, sebijik macam Melayu! Harapnya Mustapha Kamil boleh menunjukkan kebolehan yang seumpama itu.

  16. takpa , mai sini aku betuikan mus tu dan bikin dia jd pemimpin impian kita
    bikin good team / team pemikir for him
    tapi first kena start dari lubuk hati mus sendri dlu
    sbb kalau orang dah banding mus dengan can ming kai
    dan org mengata betapa can ming kai jauh lebih baguih dari dia
    then itu mus kena ambik sebagai petanda kiamat karier politik dia
    satu aku rasa aku boleh cakap - lani anwar mmg dok layan semua sekutu-aektu lama dia
    walaupun tak perform kerana anwar nak jaga hati-hati dema ni
    sehingga aziz bari sangsi dengan ketegasan anwar
    tapi bila nanti PR pkr betulbetul power pegang kuasa maka kalau anwar
    ketika itu anwar akan memilih sapa yang perform walau sblm tu org tu tak dikenali
    dah jadi dah - manikumar kedah tu , so mus kena fikir baik-baik
    aku sokong dan akn tolong mus
    tapi mus mesti berubah segera
    berubah first kena dari lubuk hati
    mus - lu solat tahajjud dan bertafakkur bermuhasabah
    you boleh pegi tapi dengan action yang betul bukan perasan elitis mat bagus

  17. Jenin,mana ang tau dia baca? K lah aku be fair lah skit kat mus nie, maybe dia aware dia punye style anwar wannaberism (takda kena mengena dgn wahabbi) sgt menebal..tiru style becakap ni mmg la tk salah tapi dgn syarat dia baru berusia 12 tahun baru nak masuk pertandingan pidato di raja ka,pidato anti dadah ka tkpala,nie dah berapa umuq dia,ka mus nie ada split identity/personality? mus nie kalau secara personal kita wat comparison,dgn nizar utk beberapa skala nilai spt,(a) IMEJ,dua dua handsome stendet melayu la,penampilan kemas,imej alim,moral terpimpin berjaya la diserlahkan,cuma nizar nie muka pure typical perak folk,mustafa nie muka dia ok la,bersih..2 2 org nie mmg tinggal zambry 10 tiang la pasal apa..(zambry ngan punggung kuali char kuey tiao kire saling tk tumpah la,(ye ye aku tau kutuk dia gelap salah..er tapi hati zambry putih wooo..auwww), b) APPEAL VALUE PADA SEMUA KAUM,yg nie secara mata kasaq aku rasa nizar konfirm menang,mus? tak tau la lagi,maybe kena tunggu pilihanraya negeri,pkr menang byk kerusi,n mus menang,n kot2 pas ngan dap bley wala’ dgn pkr perak,lantik mus jd mb pastuh suruh najib rampas perak lagi,maybe dah kena rampas popularity mus naik mendadak mcm nizar?hehe..pkr perak kena decide la bawah mus depa mau jadi apa, personally utk mus,ang kalau berjaya ubah pkr perak,plg tidak dpt tmbh sokongan melayu hedonis mcm aku n ramai lg kat perak ni aku mmg ucap syabas la,kalau tak ang memang lengai mcm freeMANSOQ:

  18. MKA kena baca kritikan ni dengan terbuka, sebab kalo bkn kalangan yg mengenali MKA mahu pun rakyat yg mengikuti perkembangan semasa, siapa lagi yg boleh mjadi cermin utk pemimpin melihat kelemahan dirinya.

    kalo bkn krn sygkan pakatan rakyat dan PKR khususnya, lebih baik kami buat dak saja apa, sapa nak jd..jd lah.

  19. Nakhoda Melayu,

    dah tunjuk belang dia. Dasar kaki ampu Umno……

  20. Baguih la hangpa kutuk dia ni. Itu tandanya ramai yang takut dgn dia, sama ada musuh atau saingan. PPN-PPN Perak sebelum ni takdak sape peduli pun sebab tak menggerunkan sapa-sapa. Dale Carnegie kata “no one ever kicks a dead dog”. Maknanya kalau tak ada sapa hantam kita maknanya kita serupa macam anjing mati, tak menakutkan sapa-sapa lagi. Bravo, mus. Ini baru sebulan!

  21. Dolmat,point hang aku suka!sempoi…

    “no one ever kick a dead dog”

    “menakutkan”,

    betul tu dolmat,
    memang Ppn pkr encik mus ni menakutkan.

    menakutkan sebab takut pkr perak lagi melingkup dr sblm2 ni! hehe,

    he deserve a chance,ain’t he? a month in office he should already make his comeback to perak scene lively?er..nak buat blog/portal rasmi pkr perak kena tggu berapa bulan pulak? penting tuh beb! Wa tak jumpa pun mana2 url utk pkr perak?kalau sapa2 tau meh habaq meh. Uncle google chrome 2.0 wa tak terjumpa lg.

    In short mus masih lengai!
    jadi dolmat,betul lah tadi “no one ever kick a dog”,

    Sbb it ain’t a mad dog,not a rockweiller,or even a puppy..

    OR WORST dat dog is dead.rip.

    lengai.viva la freeMANSOQ!

  22. salammm..

    untung la hang mus. ramai yg concern kat hang.
    dah mudah kerja. ikut jer had mana yg kena tegur
    tu. aku tgok benda yg depa tegur bukan mustahil
    nak buat pun. hang mampu buat benda tu smua.
    tak payah susah2 dah hang nak bukak buku
    sun tze ker, the prince ker.. tak payah dahh. cakap
    M3M tu kalau hang ikut memang hang jadi tip-top.

  23. aku bz dgn hal duniawi. tak bukak blog pun 2-3 ari ni. jgn tanya nakhoda, tapi dia baca.
    biaq org kata hang umno, eloklah nama hang pun ada ‘melayu’.. baru ada akai.. hahaha. tapi biaq la, yang penting kita punya agenda tersendiri jalan. org nak kata aku agen yahudi pun takpa eh.. ‘the chosen one’. mampoih pi la.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.