Esok genap sebulan.. sampai bila nak di umumkan lagi?

Dec 3rd, 2009 | By Admin | Category: Berita, Blog Terpilih

PR vs BN

Esok 4 Disember 2009 genap lah sebulan Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai siapa MB Perak yang sah di tangguhkan? Seingat aku, semasa 5 November 2009, Hakim pada hari itu berkeras hendak menamatkan perbicaraan pada hari itu juga walaupun hingga lewat petang pun xapa.

Tapi ditangguhkan juga akhirnya. Tapi kenapa sampai sekarang masih belum buat keputusan? Aku selaku rakyat negeri Perak mahukan MB yang benar2 sah, MB yang benar2 dan patut berada di Pentadbiran Negeri Perak ini. Aku Pasti ramai lagi rakyat Perak termasuk pengundi atas pagar yang berfikiran sebegini. Yang akan menyokong MB Haram sekarang ni, hanyalah ahli2 setia UMNO sahaja.

Tidakkah Mahkamah Persekutuan merasakan kes ini terlalu besar untuk ditangguhkan begitu lama. Dan cukup besar kesannya andai keputusan yang salah dibuat. Ia akan melibatkan banyak kesan yang buruk andai terlalu lama di tangguhkan. Kerajaan di Perak sekarang ini umpama terumbang ambing selagi MB yang sah belum diputuskan. Pelabur2 susah nak membuat keputusan untuk melabur di negeri Perak tercinta kami. Dan kami rakyat Perak akan menerima kesan dan tempiasnya.

[baca lagi]

Tags:

Afiat

7 comments
Leave a comment »

  1. Tunggulah hakim2 tu…tumbuh TANDUK…macam SETAN..kata Hj Bakhil…bukan aku kata…kih kah kuh..

  2. Tunggu DUN Perak dibubarkan jadi tak payah lah nak pening kepala buat keputusan.

  3. aku harap hakim2 yg beragama ISLAM insaf dan taubat pd ALLAH S.W.T. kiranye anda mengaku beragama ISLAM.dan semasa sembahyang baca surah AL-FATIHAH…kami rakyat memohon agar anda membuat satu keputusan yang betul dan tepat..takutlah pada HUKUM ALLAH S.W.T dari hukum dunia…ingat para HAKIM yang menjalankan keadilan….

  4. Rakyat sekarang sedang menantikan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu ini, kerana keputusan Mahkamah ini adalah keputusan muktamad dan akan menjadi ‘kes ikutan’…

    Adakah para pengamal kehakiman sanggup untuk merosakkan perlembagaan negara atau mengikut telunjuk demi kepentingan pihak tertentu sama-samalah kita nantikan…

    Anak kampung sekarang pun dah pandai bercakap soal DUN, Parlimen, Sistem check & balance dan lain-lain lagi isu politik negara, jadi sudah-sudahlah nak bodohkan umat melayu terutamanya dgn akur bahawa zaman sudah berubah…

  5. Insyallah Nizar akan kalah… Ya Allah hambamu ini mohon kepadamu supaya kau kalahkan Nizar… aminnn

  6. Janganlah biarkan dunia memandang mahkamah di Malaysia ni macam gelanggang sarkas yang badut-badut menjadi penyerinya. Rakyat dah cerdik sekarang. Boleh menilai yang mana hak dan yang mana batil. Hakim-hakim jangan jadi macam biawak, lidah bercabang. Kes-kes yang Umno/Bn ada kepentingan dibuat keputusan yang kelakar. Janganlah guna kedudukan seperti ‘orang dulu-dulu’. Lepas berjasa pada Umno/Bn, naik pangkat macam peluru. Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Polis Negara.

  7. ade ke nizar kalah…..kalau dia kalah mahkamah dah bgtau masa tu jugak….
    sebab zambry kalah la dia main tangguh2…….

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.