BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 3/5

Dec 3rd, 2009 | By Admin | Category: Arif Abdull, Rencana

Oleh Arifabdull

Berdasarkan pengalaman peribadi, boleh dikatakan semua kegiatan yang dilaksanakan sepanjang kursus ini secara terang-terangan mengandungi unsur hasutan perkauman yang melampau dan bertujuan untuk mengapi-apikan semangat ‘asabiyah’ di kalangan peserta.

Malam pertama kursus kami dimulakan setelah selesai makan malam dengan program memperkenalkan diri (Ice Breaking).

Kami diperkenalkan kepada para penceramah dan pengendali (facilitators) yang akan terlibat sepanjang kursus itu.

Ternyata penceramah utama kursus kami itu bukanlah calang-calang orang juga.

Walaupun beliau tidaklah setanding dengan Mahathir, namun nama beliau bukanlah terlalu asing di kalangan para peserta pada malam itu.

Kami mengenali beliau kerana sering menonton beliau muncul di Televisyen ketika sedang mengendalikan perdebatan di Dewan Rakyat parlimen Malaysia.

Penceramah utama kami ialah Mohamed Zahir bin Haji Ismail yang menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat ketika itu, sejak tahun 1982.

Selepas program memperkenalkan diri, kami diajar menyanyikan beberapa buah lagu ‘patriotik’ yang kononnya bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara kepada para peserta.

Ada beberapa lagu yang memang sudah biasa bagi kami kerana sering mendengar atau menyanyikannya ketika dalam program sekolah seperti lagu “Barisan Kita”, lagu “Negaraku”, dan lain-lain lagi.

Banyak juga lagu-lagu baru yang begitu asing bagi kami kerana ia merupakan pertama kali kami mendengarnya.

Antara lagu asing yang sangat mendatangkan kesan perasaan ‘tidak selamat’ dalam diri kami adalah sebuah lagu bertajuk “Warisan”.

lirik-anak-kecil-main-api

Melodi lagu Warisan memang sedap, lembut, mudah diingat dan dinyanyikan secara beramai-ramai.

Malangnya, melodi sedap lagu yang lebih dikenali sebagai “Anak-anak Kecil Main Api” di kalangan kami itu ternyata telah diracuni dengan bait-bait kata propaganda jahat dalam bentuk amat tajam dengan sengaja ditujukan kearah sanubari masyarakat orang Melayu.

Sebagai pelajar biasa yang selama ini tidak pun ambil pusing masalah politik nasional, ternyatalah kebijaksanaan menggunakan permainan kuasa pemikiran (psychology) dan emosi pendengar telah berjaya memukau perhatian dan minat menghayati di kalangan kami.

Kami menyanyi dengan penuh semangat kerana melodi lagu indah dan mendayu itu memang sangat menusuk hati kami, tambahan pula dengan gubahan senikata dan bait katanya yang membawakan pesanan bersifat ketakutan dan peringatan akan bahaya ancaman terhadap bangsa Melayu yang sedang diancam oleh musuh-musuh.

bersambung …

BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 1/5

BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 2/5

Tags:

Afiat

3 comments
Leave a comment »

  1. Kih kah kuh…tak ade HANTU…diwujudkan HANTU..supaya orang MELAYU peluk peluk peluk BN Umngok kuat2…ini HELAH JANTAN PEROGOL…supaya BETINA peluk DIA…

  2. sebenarnya aku tak kisah sangat tentang lagu warisan sebab aku pun nyanyi lagu tu. Bercakap pasal melayu, hak melayu, ketuanan Melayu … aku boleh terima.

    yang aku tak boleh terima bila pandir-pandir BTN ni beritahu melawan Umno macam melawan orang Melayu, orang Melayu kena sokong Umno sebab orang bukan Melayu nak ambil negara lain (dimomokkan kisah Singapura dan Dap)…

    yang paling aku marah bila dia tunjuk gambar Anwar Ibrahim lalu dia kata ni gambar pengkhianat negara, agama dan bangsa. Pand-pandir BTN ni pulak kalau tak da yang lawan mula cerita la merapu-rapu… pasal PAS - parti ajaran sesat, penipu, PKR - puak yahudi yang taja, DAP - parti Singapura.

    Bila ada orang yang lawan, Pandir-Pandir BTN ni marah…. kadang-kadang marah sampai ke pagi dengar lecturer depa… tak caya nilah realitinya….

    aku lebih tak suka cara mereka berkempen…. kalau gentle…. biarlah peserta meluahkan pandangan mereka. Baru tahu langit tinggi rendah

  3. Memang inilah yang disajikan diBTN,sejak anak saya membawa balik keratan lagu itu saya amat terkejut,ada lagi diberitahu bahawa “cerita Melayu” yang memang amat menyeramkan!

    Inikah yang menjadikan “Melayu” Kuat dan Terbela …..selama 50 tahun?
    Ini jugakah yang menjadikan Melayu Pulau Pinang Selesa dan tak terpinggir?
    Bila lagi agaknya,hutang datuk nenek kita dapat dilangsaikan,….kalau inilah agenda kita?
    ………aaaaaaaaarr!

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.