Kick That Fella

Dec 1st, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utama

Pada mulanya aku baca jugak blog Kickdefella. Walaupun pada mulanya, ada perkara-perkara yang aku rasa perlu diketengahkan, dan diselesaikan. Dan pada mulanya juga aku merasakan bahawa Kickdefella mempunyai sebab untuk marah. Tapi itu lebih dua minggu dulu. Sekarang aku rasa…Kickdefella mempunyai tujuan lain apabila mendedahkan salahlaku pengurusan PMBK.

Apa yang Kickdefella mahukan? Menyingkir Arifahmi?…dah selesai. Mahu membongkar rasuah? Sepatutnya Kickdefella buat lebih lama dulu. Semasa dia menerima gaji buta hampir lima ribu sebulan…tanpa perlu pergi kepejabat. Mahu membongkar rasuah-rasuah yang berlaku di PMBK?

Bongkar lah..aku setuju. Tapi sekarang sudah lain motif Kickdefella. Bila tengok blognya…ia tidak lagi berkisar tentang rasuah dan salah laku…tetapi tentang memburukkan Nik Aziz. Dan apa yang aku perhatikan, Kickdefella begitu licik memainkan peranan untuk menumbangkan Nik Aziz.

Kickdefella tidak menulis memburukkan Nik Aziz didalam posting, tetapi dia menulis melalui komen-komen. Dia menghentam Nik Aziz dan berselindung dibelakang nama-nama samaran diruangan komen. Perhatikan tukang-tukang komen diruangannya. Sebahagian besar daripada mereka bukan lah nama-nama yang biasa dilihat membuat komen dimana-mana blog.

Perhatikan juga didalam posting-posting lama Kickdefella. Bagi mereka yang biasa menerima komen spam, sudah biasa dengan cara ini. Orang yang sama membuat berpuluh-puluh komen dengan nada yang sama. Dan tujuan mereka didalam komen-komen blog Kickdefella ialah memburukkan Nik Aziz dengan kata-kata yang kesat.

Dulu ini kerja geng-geng cybertrooper Umno…sekarang Kickdefella dengan senang hati melepaskan komen-komen tersebut. Kickdefella bukan lagi penyokong Pas tetapi pengkhianat Pas kerana kepentingan diri. Semasa menerima gaji buta…semuanya bagus. Tetapi apabila gaji buta ditarik balik…semuanya buruk. Bagi aku…Kickdefella samalah dengan dengan Jamaludin, Osman ataupun Radzi. Pembelot apabila kepentingan diri tidak dipenuhi.

Kickdefella adalah lambang budaya Umno dalam Pas. Budaya Umno bukan saja terdapat dalam PKR..DAP…malah budaya Umno juga sudah merebak luas didalam Pas. Dan tindakan Kickdefella ini nampaknya cuba mengalih perhatian ramai dari UG. Malah…tidak keterlaluan kalau aku katakan…tindakan Kickdefella ini seolah-olah mendapat restu puak-puak UG.

Sekarang orang tak peduli dengan keputusan Lembaga Disiplin terhadap Hasan Ali. Tuan Ibrahim sudah jadi hakim coklat hacks. Semua perhatian tertumpu kononnya tentang rasuah dan kronisma didalam PMBK.

Aku bukan ahli Pas. Bukan juga penyokong fasal 3,4 dan 5 Perlembagaan Pas. Aku juga bukan penyokong rasuah. Malah ketika ditanya oleh seorang rakan blogger kepada aku, aku kata dua-dua patut disingkir. Arifahmi dan Kickdefella.

Tapi aku tentang Kickdefella kerana cuba menjatuhkan Nik Aziz. Nik Aziz perlu dijatuhkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Dan aku tentang Kickdefella kerana dia bukan lagi penyokong Pas atau Pakatan Rakyat…sebaliknya mahu menjahanamkan Pakatan Rakyat. Hanya kerana keinginannya untuk mendapat gaji buta sebanyak sepuluh ribu campur empat ribu ditolak.

Blog Kickdefella bukan lagi sebuah blog penyokong Pakatan Rakyat sebaliknya lebih merupakan landasan untuk menjatuhkan Nik Aziz.

This fellow deserved to be kicked.

Tags:

Afiat

33 comments
Leave a comment »

  1. fuck da kick!

    mamposkan si jahanam nih! dia membuat onar dengan dirinya sendiri , tiada siapa pun yang menyikong serta merestui dia…

  2. Tuan msk

    sekarang ni saya mula nak pitam
    puak sana tikam puak sini tembak
    PR nak pi mana la ni

    puak seberang sinun, lagi tolong ‘lenyek’ dengan steamroll

    mana kesatuan antara mb mb dan km PR
    mana pegawai penerangan pr
    mana … mana … mana….
    dan macam macam mana lagi yang asas asasnya

    2013 makin hampir ……. a yo yo apa sudah jadi
    gunting dalam lipatan makin menonjol
    enau dalam belukar, juga sudah ramai yang menyacak naik

    chor … mika tak ghiso ke ?

  3. pemikiran saudara sama nga saya… saya tengah meneliti patern penulisan kidfela dan memang saya semakin yakin yang beliau bukan ingin memersijakan Pas tapi ingin menghancurkan PAs…

  4. hahahah.ayat ko tu torik memang betul

    mana halatuju pr

    dah kene remeh dengan bende bende kecik. tak lama la tu

    generasi bundle

  5. menarik…

  6. Kickdehella is a bloody traitor. Thank god that that conflict bubbles up more melayu idiots and more melayu traitors on the surface….ape nak jadi yop.

  7. macam ada bau lain jek ni bang mat :)

  8. Hmmmmmmm…

    Adakah KickDefella..sudak kena brainwash masa kena ISA dahulu??????? atau beliau telah terkena penyakit En Suhaimi dan Nakahie selepas kena ISA…ataupun kena Sawan BN selepas kena ISA..mungkin beliau boleh menjawabnya..ha ha ha ha ha.

  9. yg bawa masuk kikdipela sapa yek? selama ni kidepela pernah sokong UG ? atau ore yg bw masuk kikdepela sokong UG yek pasai tu kikdepela alih topik Yek? kalu nk spin agak2la bang!?

  10. Bagus MSK.. Bagus!

  11. Penarik Beca plak camner? diapun pernakkena simpan jap…… kebelakang nie blog nyer penuh dengan melaga-laga…….

  12. Budaya BN Umngok juga merebak pada generasi muda yang baru mulakan PERNIAGAAN…Katerer makanan untuk khenduri kahwin..dia tengok kita pakai kopiah..dia pun cakap Islam Islam Islam..dengan kita…kita pesan makanan untuk SERIBU jemputan…dia bawak untuk 700 orang..dengan sedikit buah dan papadam.. SATU JAM jamuan…semua lauk dah habis..itu pun TUAN RUMAH jadi pengawal KETUL AYAM…Tuan punya Katerer TAK TURUN PADANG…tengok pantau..maklumlah PERASAN dah jadi BIG BOSS…lepas dua hari khenduri Katerer ( BIG BOSS ) pptuuiiiih…datang nak kutip baki bayaran…BUDAYA MENIPU orang Melayu hidup2…kalau akulah…aku lempar dengan baldi ke kuali ke..kat muka BIG BOSS tu..

    Se EKOR lagi generasi BUDAYA BN Umngok…jual alat letrik…seorang pembeli habiskan RM seribu…beli lampu kipas..mandian air panas…janji nak pasang..nak datang rumah…tungguuuuuu.. tak datang2..bila telefon…tutup..budaya KURANG AJAR…pembeli pergi kedai balik…dia putar cakap pulak…bayaran tak masuk upah pasang..kalau nak UPAH..cakap terang2..budaya BODOH nak berniaga…TUAN rumah terpaksa cari orang lain..padahal itu peluang BUAT DUIT..tapi peniaga BODOH Melayu..nak jadi BIG BOSS SEGERA…INIlah sedikit contoh BUADAYA BN UMNGOK..yang berjaya diterapkan setelah lebih 50 tahun MAU DUIT KA ( merdeka )…nilai MURNI nilai ISLAM…dicampak ke TONG sampah..kerana CONTOH tauladan yang ada depan mata sekarang adalah..PEMBELITAN PENIPUAN PENGURANG AJARAN YANG RATA2NYA ADA pada orang Melayu..

  13. Marah bebenor bunyi nyer tu bang Jebat…sabor, bebanyakkan sabor….kita doakan ajer moga orang2 yg kuat menipu mcm ni dihumban ke neraka tanpa hisab….

  14. wahai - PR makin bodoh

    saya tulis sekadar untuk peringatan dan persediaan serta penyatuan dalam PR

    yang mika tulih dah lain bunyinya
    mika ni ‘dr spin’ ke ?
    atau mika yang makin bodoh dan dan diperbodohkan

  15. bro msk
    aku tengok kebelakangan ni
    TGNA dok kena hentam sakan
    kiri kanan depan belakang atas bawah - pendek kata keliling

    nampak macam depa guna sakan segala senjata - untuk tumbangkan TGNA
    jadi aku harap - PAS kelantan seharusnya berdiri teguh dibelakang TGNA.
    Hindarkan sengketa sesama sendiri
    Kerana TGNA ……. telah tiga PM tapi masih gagal untuk rampas kelantan

    mungkin kickdefella satu dari ‘KGB UBN’ upahan untuk runtuhkan TGNA dari dalam
    selain itu - kena cari lagi sape ‘kgb upahan’ UBn dalam Pr.

    Hidup pemimpin rakyat
    hidup rakyat

  16. aku dah dpt agk lame dah.. mmg kick ni ade motif lain.. komen yang aku hantar kt posting die x pnh pon lepas.. dan lebih2 aku x percaya kat dia adalah selepas pergaduhan dengan penulis MSO.. jadinya aku da tahu mana kaca mana permata.. kesian MSO di fitnah kick.

  17. MSK,

    Aku baru jer nak tulis pasai Kickdefella, hang dah tulis dulu.
    Tabik kat hang !

  18. MSK..
    Awas.. KDF ada blogger diantara kita jadi penyokong setianya.. Aku dah hampir lunyai kena dengan mereka.. email, komen dan last sekali telefon, t/malam pulak tu.. aku tengah dok mimpi member call hentam aku… tak tau apa pasai.. siap sumpah…tak tau apa pasal…masyuk kut…

  19. tapi husam la yg sayang sgt kat kickdfla ni sampai beri dia macam2 layanan istimewa termasuk la masuk gaji besar tanpa masuk pejabat. ada kita dengar husam kondem atau tolak tulisan kickdfela ni? takde.

    so kalau mamat kick ni disokong puak UG, maka bukankah husam adalah dalang yang menggerak UG jatuhkan nik aziz. boleh kita kata begitu?

    pada aku korang n blogger ni pun sama je kickdgfela. nak puaskan kehendak sendiri sampai pas pun kau lanyak. bila msk tulis pasal kickdfela, mungkin dia ptut cermin muka sendiri sebab apa dia tulis mmg kena kat barang hidung dia

  20. Manusia oh manusia! Kerna elaun 5k sebulan terlepas, habis dibakar kelambu…

    Moga Allah melaknat agen2 gerombolan!

  21. dia baru balik khursus BTN kot….

  22. Kickdehella macam bela anjing . Bila tak bagi makan, anjing gigit tuan. Ramai Melayu dah jadi anjing……

  23. mudz December 2nd, 2009 11:50 :

    Kickdehella macam bela anjing . Bila tak bagi makan, anjing gigit tuan. Ramai Melayu dah jadi anjing……

    pembetolan bro….dia memang anjing! kahkahkahkahkahkahkah….

  24. Dalam dunia ni.. terdapat macam2 jenis manusia.. Ada orang kata dia rapat dengan Husam, dan Husam pula memanglah anak didik kesayangan TGNA. Elok sangatlah dibuang jauh-jauh elemen-elemen pengacau yang merosakkan spt “Kickdefella” ni. Kick him out! Dah lah tak mampu menyumbang apa2, jadi masalah pulak. Minta dia isikan borang UmNO segera..

  25. kickdefella,
    hehe, this fella ni geng UG…? udah-udahlah tu nak fitnah TG presiden….selama ni aku nengok baik jer kdf ngan husa musa…guano?

  26. MSK …

    Matang la sikit bro .. sampai kick pun nak dikaitkan dengan UG . Pelik bin Ajaib tu . AKu sendiri pening dok pikiaq macam mana nak kaitkan kick nie dengan Hasan ALi @ Nasha @ Mustafa .. setakat nie insan yang mulia dan tak pernah disentuh oleh kick adalah Husam sahaja …. Aku pun tak anti Husam .. tapi tiba2 hang spin isu kick nie ke UG .. nampak macam hang pun ada agenda tersembunyi …. sebahagian blogger nie asyik dakwa mewakili rakyat .. ntah rakyat mana pun tak tahu

  27. Setuju benar.

    Kalau kehidupan berpaksikan TAKSUB dan KEBENCIAN (Love & Hate) seperti yang diharumi oleh KICKDEFELLA (Syed Azidi) maka rosaklah diri dan juga masyarakat.
    .
    Aku bagi contoh TAKSUB (Cinta giler kat Mahathir) sepertimana tertinta puji-pujian dalam blog Kickdefella:-

    “..perletakan TDM secara mengejut…bagaimana ia MERAGUT KEBAHAGIAN yang kita miliki sebelum itu… Tun Dr Mahathir, PEMIMPIN AGUNG kita..” (Posting 14.11.06)
    “mahu terus hidup bersama semangat juang kekanda Mahathir berabad lagi.” (1.11.06)
    “seorang NEGARAWAN, Mahathir..” (23.5.08)
    “…a true REFORMIST” (23.1.08)
    “…ONE OF A KIND, yes,yes, he is ONLY MAN OF HIS ERA” (26.10.08).
    Wow! Wow! Aku surrender. Sommon bukmon omyon fahom laa yubsirun.

    Ini lagi lucu persis soalan cepu emas 6 juta …
    “How much votes did the oppositions gain by killing Tun Mahathir with the LINGAM VIDEO?” (29.1.08). Aku terpaksa jawab..Correct! Correct!

    Oleh kerana Kickdefella terlampau taksub maka timbullah KEBENCIAN yang meluap-luap terhadap musoh Mahathir, PAK LAH. Gelaran-gelaran istimewa dijaja dalam blog beliau seperti DOLAH KAKI TIDUR, PARIAH, PENIPU dan berakhir dengan BAPA KEMALUAN!

    Kickdefella cuba menonjolkan prinsip diri - hakikatnya itu tak ada nilai dan kemana - disebabkan ia hanya berdasarkan agenda dan kepentingan diri, ego dan perasaan taksub dan kebencian.
    Tengok apa kata beliau dan mengenai sahabat baiknya….
    “my brother ROCKY and me may take the lonely journey too as our buddy Dollah is no more the fella we use TO LIVE OUR LIFE FOR” (8.10.08). Begitu sekali..Dok baca doa iftitah kor takdi?

    Bulan sepuloh baruni Kickdefella ketawa terbahak-bahak dalam postingnya (16.10.09). Beliau menggunakan watak seorang pengikut Arqam untuk Trailer wayangnya sekarang (Now Showing) ….”Ketawa terbahak-bahak? Ya, ketawa kerana kelucuan timbul akibat sikap fanatik (taksub la tu!) terhadap seseorang tokoh”
    .
    Tengok ragam lucu sandiwara Kickdefella sepertimana tentera aku pulangkan balik kata-kata beliau. Mengata dulang paku serpih.

    Evil? Itu Pak Lah yang sifatkan Kickdefella “EVIL” bukan aku.
    Weird? Tak mungkin sebab beliau dah sangkal..
    “I am not weird at all BUT EVERYBODY ALWAYS SAID I AM WEIRD. My executive producer named Raouf always said I am the weirdest friend he ever had. CANNOT BE. I think he is weird.” (25.2.07).

    Habis kalau Kickdefella ialah “manusia kerdil” seperti yang beliau laung-laungkan untuk memikat hati? Yang ni aku tersangat-sangat setuju.

    -awisqarni-

  28. memang masyuk le majungmari … nak pulak ekonomi semakin sesak …
    aku harap aku akn dapat trust selama-lamanya pada mcm lu manjung msk …
    takkan terjerat masyuk masyuk ni …
    sbb aku rasa banyak yg nak ikut mat ezzam - pendek umur perjuangan plastik
    (plastik bukan palestin)

  29. aku pun tumpang bagi kaki aku ni kat kau msk untuk kick that fella
    mcmana main pun . kalau evil akn terserlah evil tuu..

  30. ‘KICKDEFELLA’ padan muka dia yang kena kick. Ngaku saja lah..dah kena brainwash semasa ISA dulu.

  31. Mamat fella nie join PAS bkn ada pentarbiyyahan…dia hanya tau cari berita jer….dulu dia cari berita nak jatuhkan Lah Dawi dan menantu…skang hala tuju dia TGNA dan menantu ler plak…

    TGNA lantik menantu dia dah lama dalam PMBK tu…dan berkebetulan menantu TGNA naik pangkat…mamat fella anggap tu amalan kronisme dan nepotisme…jadi dia serang ler TGNA dan menantu…

    Kalo mamat fella nie dipihak yg benar…kita nantikan fail SPRM yg telah dibuka untuk TGNA dan menantu…dalam soal taja haji dan pelantikan menantu TGNA ke CEO..sama ada ada kes atau diam terperap dalam almari fail SPRM jer…

  32. Ini lagi contoh tentang ego Kickdefella dan perangai baik suka membuli supaya kita berhati-hati dengan orang jenis ini..

    “”When I am angry I do not turn green but I keep quite. I would not scold anybody but I will take revenge at them by torturing them.
    Once during shooting, one artist had to eat 4 bungkus of Nasi Lemak while I repeatedly ask her to do take after the other. As a result, 29 takes and 4 bungkus of Nasi Lemak. Nothing weird bout it right?” - Kickdefella Posting 25hb Feb. 2007.

  33. Salam mat,

    Perhatikan juga polong-polong dari jalan Riong dan Chan Sow Lin.
    Menyusup dan menjatuhkan……..
    Habuan ?
    Malay mail,editor itu ini………nampak dah….

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.