Isu pijak gambar 3 katak di Konvensyen DAP

Dec 1st, 2009 | By Admin | Category: Berita, Blog Terpilih

Oleh Cina Islam

Sebentar tadi saya dihubungi oleh wartawan Utusan bertanyakan kewajaran mengenai isu memijak gambar dipintu masuk semasa Konvensyen DAP minggu lepas.

Saya mengatakan bahawa saya juga dijemput untuk hadir dalam program itu tetapi berhalangan kerana terpaksa memenuhi jadual dalam kawasan DUN yang ketat sesuai dengan Hari Raya Haji dan Ibadah Korban.

Kerana itu saya jelaskan saya tidak pasti sangat dengan kejadian itu dan baru mengetahui dari apa yang dimaklumkan oleh wartawan Utusan berkenaan. Jadi tidaklah adil kalau saya memberi ulasan kepada perkara yang saya tidak jelas ceritanya.

Namun yang lebih penting dari itu saya jelaskan isu sebenarnya ialah mereka semua telah belot kepada parti masing-masing sedangkan mereka diundi berdasarkan lambang DAP dan PKR. Ertinya mereka telah khianat kepada amanah dan undi rakyat yang memilih mereka.

Saya juga menjelaskan rakyat boleh menilai apa yang berlaku sekiranya benar, sama ada wajar atau tidak saya kira rakyat Perak boleh menilai kerana kemelut politik yang berlaku di Perak sebenarnya adalah kesan dari belotnya Jamaluddin, Osman dan Hee.

Mudah-mudahan komen saya tidak diputar belitkan sesuai dengan permintaan saya di awal telefon yang saya terima.

Tags:

Afiat

18 comments
Leave a comment »

  1. kalau setakat 3 katak ni bukan setakat tapak kaki je, letak taik atas muke dioarg pun takpe. nanti bayar la duit kat diorang pastu dioarang ok punye. jgn risau la.

  2. PIJAK GAMBAR BUAT APA,KAN LEBIH ELOK PIJAK JE ORANGNYA

  3. memang patot pown!

  4. Buat apalah ikut BUDAYA bengap tu…..ikut apa yang TG Nik Aziz buat…BUDAYA BERDOA dan SOLAT HAJAT…dapat pahala lagi…ada duit banyak macam BN Umngok pun…kena SUMPAH dek ORANG MINYAK. Petronas..tiap saat….nak buat apa…itu pasal NAMA dia orang TAK TERSENARAI dalam SERATUS orang PEMIKIR TERBAIK DUNIA…

  5. Lagi best jika dibuat alas kaki gambar 3 katak tu dan letakkan di setiap pintu masuk pej parti PR.Lagi gempar.

  6. dulu korang kate diorang kene ugut/kidnap…….
    skang ni kata diorang pembelot plak……
    mmg kaki belit la korang ni…..

  7. mmg dieorg kena culik.. nak duit atau hukuman?? tngk la skang umno punye kuasa.. mase mula2 depa kena tangkap bukan main lagi org umno duk kutuk.. tp bile depa jadi bebas umno jilat balik.. kalo nak main rasuah boleh tapi kena jadi ahli umno dulu paling pun kena sokong umno baru.. hidup umno!!hidup rasuah!!!
    RASUAH GAYA HIDUP UMNO…

  8. tanya alkuti, betapa dia menganggungkan dsai, dijemput masuk ammeno, diletakkan di bawah dagunya lastly apa jadi……dah tersepit peduli apa, apa nak jadi pd ammeno, jadila…dan akhirnya dia declare sendiri keluar ammeno….paling hodoh, jilat kembali air ludah sendiri….apa nak heran tiga eko malaung ni…..pijak ke, ludah ke, kencing ke ….tak jadi ape, pada teman buat ape kehgoje sia2, baik pikio masalah pengundi ditempat sendiri….banyak keghoje lain yg lebih berguna dan berpaedah

  9. salam……..
    janganlah kita menang sorak kampung tergadai………..berapa kerat exco melayu dalam pemerintahan pakatan rakyat di perak dulu….apa yang dapat diperjuangkan…..lihatlah …….apa yang telah terjadi di PP…..exco melayu hanya memegang bhg agama ajerr……….mungkin betul apa yang dibahaskan oleh Dr Ridhuan Tee di Mingguan Malaysia mengenai bangsanya…….Dr. Ridhuan menyatakan bangsanya hanya berkawan dengan bangsa M hanya untuk diperalatkan dan diperkudakan….sedarlah……………………….

  10. melayu.. blah la. tadak sapa nk perjuangkan bangsa lagi dah. old fashioned. kalo cina buat cenggitu, ang ikut buatpa. baik hang tunjuk melayu tu adil.
    menang ka kalah sorak ka, kampung dah tergadai dari dulu lagi.

  11. salam……………….
    kalau kita tidak perjuangkan bangsa melayu siapa lagi…………..hanya orang melayu sahaja di malaysia ini yang akan menegakkan islam…..bangsa lain takkan nak perjuangkan islam….kalo melayu lemah akan hancurlah islam dibumi malaysia ini………….bersatulah hai….melayu….demi syiar islam…..jadikan bangsa melayu sebagai bangsa contoh dengan ikatan ukhwahnya sesama islam……berbicaralah dengan ilmu kerana kalo ikut perasaan jadilah kita sebagai bangsa yang tak tau adab dan kurang ajar…..renungkanlah….

  12. bangsa melayu boleh bersatu demi islam tapi rosmah ( isteri perdana menteri m’sia) kena la pakai tudung dulu lepas tu kita ajak bincang pasal islam.. ini benda mudah, ajaran agama, tuntutan islam, benda asas.. kalau benda asas pun dah goyah macam mane nak berbincang mengenai perjuangan melayu islam.

  13. Melayusedo,
    Melayu? Melayu apa? Boleh ke dengan memperjuangkan Melayu masuk syurga? Kalau Melayu UBNO nak bersatu boleh ke mereka kembali kepada AlQuran dan Al hadis dalam segala bidang. Nie nak laksana hukum Islam pun tak boleh, nak mengajar Agama pun tangkap nak cakap melayu dan Islam. Pirahhhh… baik le ko sedo..

  14. salam……..
    apa yang dibicarakan ada betul dan salahnya…………tapi kita lihatlah bagaimana PKR memerintah di Selangor bagaimana JAIS telah merampas botol-botol arak di seven eleven di Shah Alam….tetapi PKR ( Ronnie Lieu ) telah mengarahkan agar ianya dipulangkan balik….Mana peginya pejuang2 PAS yang akan melaksanakan hukum islam…….apa boleh buat……..terpaksalah ikut PKR…. itulah yang akan terjadi kalau kita adalah minoriti…berlaku juga di Selangor Bagaimana seorang bekas mufti yang ditangkap oleh JAIS . Apa perlunya penangkapan ini…….Dimana ketika itu PAS yang sibuk bercakap untuk memperjuangkan islam………berlaku juga isu pembinaan kuil di pertempatan orang islam di Shah Alam…………apa bole buat…..nasi dah jadi bubur…sedo2 lah….memang terlalu banyak kepincangan UMNO………tapi demi bangsa melayu bersatulah kita…Tiada ahli parti yang dijanjikan syurga………..hanya mereka yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH saja yang dijanjikan syurga…..

  15. kepada melayu sedo,

    Beritahu kat semua orang, apa yang UMNO buat untuk orang Melayu selama berpuluh tahun BN memerintah Pulau Pinang?

    Pak Lah MP dari Penang, apa dia buat selama jadi PM untuk membantu Melayu Penang?

    Ada tak si Koh Tsu Koon tu nak jadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai model kerajaan?
    Ada tak UMNO Penang memperjuangkan supaya elaun guru KAFA negeri dinaikkan?
    Ada tak pemimpin BN yang bukan Islam nak tonton teater yang mengisahkan sahabat Rasulullah yang engkar perintah nabi?

    Koh Tsu Koon tak buat semua tu. Tapi Lim Guang Eng DAH BUAT SEMUA TU…..!!!!!

  16. salam……
    betul…………..tu…..tapi agak2nya mauke bangsa itu memperjuangkan islam…….atau cuma nak dapat sokongan bangsa melayu. Wang JKM untuk orang islam pun diserahkan di tokong mereka………kemenangan DAP telah draikan bersama oleh LEE KUAN YEW (parti PAP Singapura yang telah membuktikan diksriminasi Melayu Singapura)…….saya amat tertarik dengan tulisan Dr. Ridhuan Tee..cina muallaf yang amat mengenali bangsanya daripada kita…saya syorkan Tn. baca2lah sama tulisan2 beliau…kita renungkanlah bersama…untuk pengetahuan TN. saya bukan pro mana 2 politik……saya berbicara sekadar ingin bersama membuka minda agar islam menuju puncak kejayaan….saya sayangkan agama saya dan bangsa saya….sya takutkan apa yang bakal terjadi kepada anak2 kita nanti……… lihat permainan politik bangsa itu….mereka tetap bersatu jika ianya menyentuh mengenai bangsa mereka…….tapi kita………………………..wallahuallam…

  17. tiga ekor katak ni disokong oleh berudunya kat s.alam.ntah knapa melayu memaluka melayu sendiri,nanti kata org lain yg mempersoalkan ketuanan melayu plak.ini negara demokrasi la bang,mana ada ketuanan lai.bodoh betul otak kuning sambungan penjajah british.jepun yang bunuh beribu org disanjung tapi chin peng yang nyanyuk cam madey dihalang masuk malaysia plak.

  18. sebagai pemimpin RAKYAT tak kira bangsa apa sekali pun kena ADIL….bila dah jadi pemimpin RAKYAT…tak boleh lagi kira warna kulit,bangsa atau ape saja…cuma satu…agama jadi pegangan…..bila agama dah kuat…pengaruh negatif tu susah nk kuasai kita……oleh sbb itu tak kira pemimpin bangsa ape pun kena jaga hak asasi rakyat….lindungi rakyat…lindungi agama rakyat….macam nabi muhammad buat…..org yg racist ni susah nak faham terutamanya orang UMNO…kata perjuangkan bahasa la ape la…nama parti sendiri pun singkatan bahasa inggeris (United Malays National Organisation)

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.