Imej Sebagai Lambang Kecendiakawanan Politik
Dec 1st, 2009 | By Admin | Category: Penulis Tamu, RencanaOLEH Hasmi Hashim
Saya diminta teman-teman khususnya komen di Perakexpress untuk memberi pandangan mengenai pembentukan imej Pakatan Rakyat, khususnya Keadilan. Pengamatan dan penilaian saudara Mat Saman Kati merangkumi imej web pemimpin sehingga acara utama seperti imej keseluruhan konvensyen negeri-negeri tak boleh disisih begitu sahaja.
Persoalan imej adalah elemen yang jarang dipandang penting oleh orang politik dan parti politik. Inilah bahagian daripada budaya politik lama, betapa kita melihat poster pilihanraya sangat membosankan. Dr Mahathir Mohammad sendiri menggantikan paling banyak hanya 3 kali fotonya (baik yang digantung di pejabat kerajaan mahupun poster pilihanraya) selama lebih 20 tahun beliau berkuasa.
Dalam Pilihanraya Umum 2004, saya mengendalikan secara seorang diri merekabentuk poster kesemua calon Keadilan, Parlimen dan DUN seluruh Malaysia. Dengan upaya parti yang terbatas, saya harus berhadapan dengan keseluruhan kekuatan Umno-BN yang ketika itu menggunakan sebuah institusi besar dengan puluhan tenaga kreatif untuk menyiapkan bahan pilihanraya mereka! Dan di pihak Keadilan, saya seorang di hadapan komputer terkial-kial.
Allamdulillah, untuk kalah sebelum bersaing, tidak sama sekali!
Dari sana, sedarlah saya betapa orang yang dipilih sebagai calon punya daya kreativiti yang rendah sekali ~ mereka harus diberi petunjuk dari pakar dan profesional. Sama seperti kita perlu doktor apabila sakit, atau perlu peguam untuk tukar nama harta pusaka.
Keluhan teman-teman tak lain apabila dia calon, kerana dia orang politik (apatah lagi di pihak yang berkuasa seperti menteri dan perdana menteri, agarnya) tentunya sukar ditegur berhubung kepentingan pembentukan imej. Orang politik lazimnya akan memakai apa sahaja baju yang cantik di mata isterinya, tak kira warna sehingga cara mengikat tie yang nampak lekeh sekali.
Yang tak difahami, bagaimana untuk menawan keseluruhan visual, dan bukan hanya dikatakan “nice-lah ni bang” oleh sang isteri.
Itu belum lagi look organ dan acara parti lain-lainnya. Lihat sahaja betapa bosannya lay-out akhbar-akhbar oposisi… sementara kelantangan mengecam ketidak-adilan akhbar perdana akan sia-sia, kalau diri sendiri pun membosankan dari segi penampilan grafik mahupun kandungan. Tak ada inisiatif yang cukup, dengan kesedaran yang cukup, untuk merubahnya.
Saya pada 2004 pernah pula menyiapkan satu kertas konsep untuk akhbar Suara Keadilan, dengan niat memacu imej dan kandungan organ parti agar lebih bersifat kontemporari. Benar-benar jadi akhbar rakyat, adanya.
Namun, politik adalah politik… yang kadangkala perlu disisihkan seketika (atau selama-lamanya) idealisme dan keghairahan anak muda seperti saya dan teman-teman Telawi waktu itu, demi tekanan generasi tua yang tentunya lebih arif pencak-silat politik.
Kongres Nasional Keadilan hujung tahun lalu nampak lebih baik dari sudut penampilannya. Melompat keluar daripada kebiasaan imej yang lazimnya dicedok daripada wajah Perhimpunan Agung Umno selama ini; yang penuh warna-warni, keemasan-emasan keterlaluan, pokok-pokok bunga yang ‘bersarang’ penuh, sampailah kain renda dan rompol-rompol seperti di dalam bilik tidur pengantin baru.
Umno, kemudian tersedar, barangkali. Dalam Perhimpunan Agung-nya yang menyusul pada Mac tahun lalu, dan adanya peralihan kuasa daripada Abdullah-kepada-Najib, imej di pentas total berbeza. Tak ada lagi pokok-pokok di pentas laksana kebun bunga jadinya, tak ada lagi kain rompol-rompol seperti pelamin, tak ada lagi warna keemas-emasan seperti ruang tamu rumah mak datin, dan tulisan bagak-bagak besar yang lazimnya tertulis “PERHIMPUNAN AGUNG UMNO”… sedangkan memang sudah tentu-tentu ia memang perhimpunan agung. Maknanya pengulangan yang bertindih sedemikian adalah pengulangan yang negatif dan tak perlu.
Yang ada, dengan rekabentuk manimalisme. Garis-garis horizontal dan vertikal yang jelas, dan padu, ditambah warna merah, putih dan kelabu yang tegas. Meskipun kepaduan, ketegasan dan penonjolan itu bolehlah dikatakan ditiru daripada tradisi imej zaman Nazi, namun ia tetap lebih baik dari sudut penonjolan kesan visual di samping membayangkan semangat parti itu.
Dalam kata mudah, mungkin sahaja secara tak sedar, memang parti rasis seperti Umno akan mengambil imej rasis sepertimana yang pernah ditonjolkan dalam rejim seumpama itu, baik daripada Nazi di Jerman mahupun Parti Komunis Russia ataupun China.
Keadilan wajib mengambil jalan sebagai parti yang demokratik, dengan rekabentuk lebih terperinci, halus dan jelas tema serta konsepnya. Tak perlu penegasan keterlaluan, warna yang keterlaluan tegas dan imej pemimpin yang ditampal besar-besar seperti “diktator” dulu-dulu. Ia harus mempersona dengan kekuatan reka grafiknya itu sendiri. Bukan saiz.
Ramai yang merujuk imej Barack Obama, termasuk sewaktu beliau berkempen untuk sampai ke Rumah Putih. Kelangsungan imej itu bermula daripada pilihan warna, rekabentuk logo malah slogan yang konsistan. Biru gelap, merah dan putih digunakan dalam hampir kesemua penonjolan imej Obama. Foto Obama sekalipun, jelas untuk meletakkan beliau sebagai tokoh tengah.
Pun begitu, imej perlu datang dengan pengisian yang jelas, idea yang jelas. Ucapan Obama, misalnya, bermula dengan penghormatan kepada semua pihak, termasuk gay dan lesbian sebagai menampaknya ia menghormati demokrasi dan kebebasan ala-Amerika: yang sudah tentu hal itu tak sesuai pula di Malaysia. Apa yang hendak saya perkatakan ialah, bagaimana penghormatan di awal ucapan tak lain sebagai adab yang perlu diberi keutamaan, sebelum seluruh arah ucapan harus menuju ke objektif perjuangan.
Ini juga, tak lain adalah soal ‘imej’ itu tadi. Obama nampaknya cukup memandang berat soal penonjolan media baru, termasuk web. Apabila sampai di Rumah Putih, pertukaran wajah website Rumah Putih dilakukan awal. Ia tampak lebih bersih dan terperinci. Ia tak sepertimana laman web kerajaan-kerajaan serata dunia, dengan kita boleh pembanding web Kerajaan Malaysia, Indonesia bahkan India dan Britain yang menjemukan.
Menjemukan bermakna, anak-anak muda akan melihat web itu dengan penuh rasa curiga!
Saya dengar, kita tahu, ramai yang mahu “menjadi Obama”, tetapi kita juga boleh melihat bagaimana hodohnya laman-laman web ahli-ahli politik di Malaysia. Ia bukan soal kos, bukan soal wang ringgit, tetapi soal idea. Kalau boleh dibayar ribuan ringgit untuk web yang membosankan, mengapa tak mahu dibayar untuk idea yang lebih jernih dan menarik.
Sekali lagi, inilah budaya Malaysia, barangkali. Budaya rejim tua yang lelah ~ yang kemudiannya ditiru oleh oposisi yang baru hendak muncul. Malang seribu kali malang, kalau oposisi pun terus mengabaikan soal imej ini. Itu tandanya, idea perubahan tak dihayati sepenuhnya…
Bagi kelompok kecil yang menginsafi betapa pentingnya soal ini, ayuh sesama kita yang memulakannya sesama kita. Perubahan, sekali lagi, jarang bermula di pentas kuasa, dan dengan jumlah yang ramai. Jumlah yang teman-teman ada, sudah memadai untuk tirai zaman baru yang lebih mempersona, kita singkap segera.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Kadang-kadang gambar pimpinan kawasan khususnya YDP/cabang khususnya Ketua pun dipadamkan.ditiadakan tetapi yang yang tidak berkenaan pula diberi keutaman.Rakyat nampak atas syok sendiri,Dan sudah tentu UMNO suka dan tersenyum hingga ke PRU 13.Contoh banner ceramah orang yang tidak berkenaan dipaparkan ,pimpinan yang sepatutnya langsung tidak ada.Kadang-kadang pemimpin yang diberi imej itu langsung tidak menarik minat pengundi.
terima kasih for being renponsive mr hasmi.
ulasan yg diharapkan ada juga akhirnya, diperjelas secara intelek.
Salam, teman setuju benor dengan rencana hasmi ni. Memang kebanyakkan ahli politik ni tak ade ‘taste’ lansung terutama tentang visual ni. Mungkin pembuat keputusan turut dikelilingi oleh mangkuk-mangku yang taste haprak. Semasa Pakatan memerintah Perak, cuba tengok balik makalah yang diterbitkankan… hancuss… Kalaupun tak dapat lebih baik dari design yang dibuat oleh Kerajaan UMNO, dapat yang setaraf pun jadi ler… ini tak… harapkan MB Nizar jer yang bergaya, imej-imej lain?
Hasmi, saya tak la kata imej tak penting, tapi penting lagi pengisian. Tengok imej TGNA…konsisten je dengan serban dan jubah tak pun baju Melayu dia…kain pelikat dia…tapi itu unik…lebih penting, keunikan itu diisi sebaik-baiknya oleh beliau…maka jadilah imej itu unik dan diterima baik semua pihak…so bagi saya, teraju pakatan kena mengisi ruang yang ada sebaiknya - jangan harap kebencian kepada umno sahaja; kerana rakyat makin pandai memilih nampaknya…
bro huzaifah,
imej bukan terhad pada penampilan, tapi mcm mana seorg pemimpin men”projected” dirinya dgn label positive.
Cth Nik Aziz ialah satu case yg paling menarik , dimana kebanyakan poster nik aziz digambarkan beliau berdoa.Dan berdoa itu bersifat sgt humble dan positive.Ini banyak membantu pembinaan imej nik aziz hingga hampir bersifat universal-diterima oleh manusia rentas agama n bangsa.
Begitu juga pembentukan imej Anwar dgn slogan “harapan Baru”.Paling mengkagumkan ialah pembinaan pantas imej nizar seawal memerintah perak .Sewajarnya mendapat pujian la PRO2 diorg nih.
Namun wa setuju, politik malaysia ni sgt la boring dlm memvoice out tak kesah media cetak or digital.Kalau nak di banding dgn indon(cth PKS) mmg jauh langit dengan bumi.
Bro Hasmi,
Thanks for the good explanation, but like you has been said, “politic is politic”. We need more positive opinion, splecially from Pakatan Youth leaders, and they are very quiet lately. Are they so busy with daily work or, they may have no idea at all.. like Umno youth wing as well! Kah-kah-kah-kah-kah.
Kita nak lebih ramai pemimpin yang ada kesedaran macam nih.. Ni dok asyik fitnah, UG, rasuah, lembu, kambing.. Bila nak maju???? Buduh la! Tahniah Perakex sbb ada perbincangan mengasah fikiran adik
hasmi.
tq for the response, eventhough not really answering the questions. diam tandanya setuju
“Saya pada 2004 pernah pula menyiapkan satu kertas konsep untuk akhbar Suara Keadilan, dengan niat memacu imej dan kandungan organ parti agar lebih bersifat kontemporari. Benar-benar jadi akhbar rakyat, adanya.”
aku minta maaf, aku lagi suka kritikal daripada ‘menjaga jemaah’. arini point aku, suara keadilan skang ni hampeh. ada ka headline ckp pasai ‘kemungkinan ada pertukaran kabinet membabitkan noh omaq sebab ada jemaah menteri tak suka noh dok buat bini no 2 dia mcm bini no 1′.
ni headline suratabaq? kayu.
gila tak intelek langsung. sampah + kaldai = samdai.
politaik baru.. my a&*