BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 2/5

Dec 1st, 2009 | By Admin | Category: Arif Abdull, Rencana

Oleh Arifabdull

Penulis sendiri pernah dipaksa oleh pihak sekolah menghadiri kursus BTN di sebuah kem BTN di negeri Perak.

Rata-rata di kalangan rakan sekolahku yang telah dipaksa menghadiri kursus tersebut memang tidak berasa selesa dan enggan menyertainya sejak dari mula lagi.

Kami berasa terpaksa menghadirinya kerana arahan memaksa kami menghadirinya dikeluarkan secara tiba-tiba.

Selain itu, arahan pihak sekolah (baca: pejabat pendidikan daerah) itu dilakukan secara diktator dan kami langsung tidak diberi peluang untuk memilih untuk tidak mengikuti kursus karut itu.

Kami memang dipaksa dan terpaksa pada masa itu, makanya penulis berasa beruntung kerana setelah pulang dari kem BTN tersebut, hampir separuh dari kami mengambil sikap mempertikaikan setiap perkara yang terdapat dalam BTN.

Pihak pejabat pendidikan daerah mengarahkan pihak sekolah segera menyediakan sejumlah peserta dari sekolah kami dikatakan setelah Mahathir (perdana menteri pada masa itu) terpaksa membatalkan kehadirannya sebagai ‘pembakar semangat’ dalam kursus BTN tersebut.

Mahathir dikatakan telah direncanakan sebagai ‘penceramah utama’ dalam kursus yang sepatutnya dikhususkan kepada sekelompok mahasiswa dari sebuah universiti tempatan.

Memandangkan Mahathir tidak dapat memberikan ‘ceramah utamanya’ dalam kursus itu, maka penyertaan para mahasiswa istimewa itu juga telah ditunda ke tarikh yang lain.

Maka kami dipaksa untuk menggantikan para mahasiswa itu.

Kursus itu dijalankan sepanjang 3 malam 4 hari. Kami difahamkan ada kursus yang memakan masa hingga berminggu lamanya.

Perjalanan menaiki bas pekerja kilang berwarna biru dari sekolah kami menuju ke kem tersebut memakan masa lebih kurang 3 jam setengah perjalanan.

Rakan-rakanku yang ‘panas hati’ semakin tertekan kerana kejauhan perjalanan yang ditempuhi dan akibat tidak puas hati dengan keadaan kenderaan bas pekerja kilang uzur yang menyakitkan badan itu.

Kami tiba di kem tersebut pada waktu petang, menjelang waktu Asar.

Kehadiran kami disambut oleh beberapa lelaki ‘garang’ dan kelihatan seperti anggota ‘kongsi gelap’ yang samseng.

Ternyata kedegilan kami akibat kemarahan berjaya mengatasi rasa rasa takut kami terhadap kegarangan para samseng itu.

Hasilnya, hampir setiap perkara dan arahan para samseng itu tidak kami ikuti atau kami lakukan sekadar ‘melepas batuk di tangga’.

Arahan pertama yang amat menyakitkan hati kami apabila para samseng itu mengarahkan kami menyerahkan segala alat perhubungan seperti alat kelui (nasib baik masa tu kami belum pakai handphone), alat perakam, walkman, radio, surat khabar, majalah dan apa saja bahan bacaan.

Tidak siapapun dibenarkan untuk bertemu dengan orang luar, samada keluarga yang datang melawat atau sekadar keluar bertemu dengan penduduk tempatan.

Ringkasnya, kami dipaksa untuk melupa dan memutuskan hubungan kepada perkembangan dunia luar sepanjang kursus itu.

Tindakan sengaja memutuskan hubungan peserta kepada dunia luar ini ternyata berjaya memberi kesan mendalam terhadap kami, pada ketika itu.

Hasinya, sebahagian daripada kami telah berjaya diracuni pemikiran dengan doktrin perkauman sempit itu akibat perasaan tertekan dan kesunyian yang dialami kerana proses pengasingan (isolation) dan pengurungan itu.

Selain daripada itu, larangan bertemu orang luar dikuatkuasakan adalah untuk mengelakkan para peserta dari menyampaikan maklumat dan cerita sensitif yang terkandung dalam semua ceramah dan kegiatan sepanjang kursus itu.

bersambung…

BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 1/5

Tags:

Afiat

6 comments
Leave a comment »

  1. aku dulu kerja kat perak tapi kena btn kat kulim.memang naik bas biru terhenggot dari ipoh.seksa nak sampai.dah
    sampai bas berhenti diluar pagar menapak masuk utk pendaftaran.h/phone semua kena kutip.putus hubungan
    dgn dunia luar.memang depa seksa kita.waktu rehat cuma waktu tidur antara jam 1 ke 4 pagi aje.bangun lewat
    payah le nak berurusan ditandas.
    aku paling ingat kata jurulatih disitu.”bukan saudara aje yg berkursus disini,semua menteri termasuk pm pun kena
    menghadiri kursus ini dan mereka juga kami lanyak”.
    macam le depa hebat sangat.kami senyum aje.

  2. Kawan kita pergi kursus btn. soalan yang ditanya siapa pemimpin idola. jawab kumpulan mereka nik aziz. apa lagi naik anginlah orang btn. mereka mula basuh dan kata macam-macam. puak ni buat sadin saja. Dalam bakar semangat melayu punyalah bagus sedang yang gadai tanah air adalah penyangak2 umno. Btn ingat boleh makan semua orang. 10 x masuk btn sorrylah umno. simpanlah niat jahat anda tu. Allah ada padaNya kami mengadu. Doa kami kalau niat kamu jahat semnoga dibalas dengan pembalasan yang setimpal. Eh…salah ke? Ampun

  3. best btul cerpen nih…sambung la cpt..tak sabo nak tau kesudahan cite nih…

  4. Salam,
    Anak saya ada menyertainya,diselit bawa pulang senikata lagu yang di suruh nyanyi!,seingat saya antaranya…”Melayu kini dipijak2,…..dan macam2 lagi,” memang tak sesuai untuk di ajarkan kat generasi muda kita,apa lagi dengan konsep “SATU”nya!….kata orang…”tak kenal ,maka tak cinta”…inilah kerja BTN,mungkin ada yang akan kata “Kena Pertahankan” demi maruah Melayu,Gerombolan Melayu Terakhir!

    …MSK,…Terima kasih atas kesudian menghadirkan diri kemajlis Adil Adha,Bayan Baru,….antara kenangan manis 09………..aaaaaaaaarrrrr!

  5. anak saya masa kat uitm dulu pun kena paksa pegi btn.dalam kursus tu mengata parti pembangkang lagi.Tapi saya brain wash anak saya balik. Sekarang dah jadi peguam pun. Penyokong pas lah katakan

  6. alhamdullilah dan syukur ku belum “dijemput” ke BTN. sementara menunggu sambungan cerpen ni, harap juga pembaca lain sudi menceritakan kisah2 mereka.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.