Satu Malaysia… Satu Hypocrisy!!!
Nov 30th, 2009 | By Admin | Category: M3m, RencanaOleh: M3M
Heboh Najib mencanangkan slogan Satu Malaysia dia. Dalam negara usah katalah… ini, di luar negara pun dia canang habis. Orang tak tanya pun, dia gebang juga. Kalau akulah orang putih dekat sana tu… aku akan tanya dia balik, slogan tu idea original atau ciplak or merely rebranding?? Ha ha ha… baru dia ternganga!! Nak menipu tak kena gaya!!
Sebenarnya, Satu Malaysia ni meriah di alam elektronik saja…. dalam TV…. dalam radio serta atas papan billboard dan kertas surat khabar saja. Uhhhhh… bukan main meriah lagi tapi in realiti, hambar….. tawar lesio… tak happening…. Apa itu Satu Malaysia?? Orang pun blur dan garu kepala?? Ini namanya… kempen syok sendiri.
Beria-ria mereka mempromosikan Satu Malaysia. Salah satu cara, guna Kementerian Pelajaran untuk mempropagandakan Satu Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah, melalui perkhemahan Satu Malaysia. Apa jadi….?? Satu Malaysia entah ke mana, tragedi pulak melanda. Nyawa melayang…. ibubapa kehilangan anak-anak tersayang. Tak pasal-pasal…. JPN, PPD, Guru Besar dan Kementerian Pelajaran kena ganyang. See you in court, ya??
Perkhemahan Satu Malaysia sebenarnya satu pembaziran duit rakyat. Mustahil, melalui perkhemahan yang dibuat beberapa hari, boleh mewujudkan integrasi dan perpaduan kaum. Ini namanya program hangat-hangat taik ayam. Plastik!! Apa yang kita mahu ialah kesan jangka panjang. Kesan… yang boleh mengubah mindset para pelajar tersebut bagi mewujudkan sebuah masyarakat plural yang harmoni. Malangnya… itu bukan matlamat utama perkhemahan tersebut. Ia mungkin diadakan untuk memberi peluang kepada kroni-kroni untuk buat duit. Ha ha ha… itulah dia Program Perkhemahan Satu Malaysia!!
Dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, penerapan nilai perpaduan yang cuba dibawa oleh Satu Malaysia semuanya indah khabar dari rupa. Tak menjadi. Realiti kehidupan masyarakat plural di sini, macam itu juga. Kau… kau, aku….. aku. Sedikit, intergrasi kaum memang sudah ada, terutama di kawasan urban atau bandar tetapi jurangnya masih ketara lagi.
Di sekolah-sekolah pula, para pelajarnya masih selesa berada dalam kelompok kaum masing-masing. Nampak berpadu, hanya apabila ada program-program tertentu sahaja. Lepas itu… kau…kau, aku…aku!!! Di sekolah-sekolah yang ada tiga bangsa… pergaduhan melibatkan kaum masih berlaku. Prejudis kaum tetap ada. Tersentuh atau terusik sikit… bertumbuklah mereka. Kadang-kadang sampai berlakunya pergaduhan melibatkan gang…. dari dalam sekolah dan juga luar sekolah.
Yang sukar untuk adjust dan adapt ini ialah puak-puak penyokong UMNO tegar yang mindset mereka telah diprogramkan dengan sistem berhantu yang dipanggil ‘Ketuanan Melayu’. Melayu mesti superior… Melayu mesti dominant… apa-apa pun Melayu mesti above dan melebihi kaum-kaum lain. Tetapi mereka tak tahu, yang hakikatnya…. Melayu sudah semakin layu. Dilayukan oleh UMNO dan para pemimpinnya. Mungkin juga mereka tahu, tetapi sudah terlalu layu untuk berbuat sesuatu. Melayu hidup bergantung pada tongkat. Sudah terbiasa begitu rupa. Apabila tongkat ditarik… gabralah Melayu. Apakah Melayu masih mahu bertongkat selamanya??
Dalam konteks perpaduan , apa yang kita lihat pada hari-hari perayaan seperti Hari Kebangsaan adalah satu sketsa semata-mata. Sketsa yang bertemakan Satu Malaysia…. dipertontonkan kepada umum… bertujuan untuk memberi gambaran palsu. Hakikat di sebalik sketsa…. semua orang tahu. Kaum-kaum di Malaysia masih, kau.. kau, aku… aku!!
Satu Malaysia apa kejadahnya!!! Barisan Nasional pun masih merupakan satu gagasan politik yang berteraskan kaum. Kau perjuangkan kepentingan kaum kau…. aku perjuangkan kepentingan kaum aku. Jadi… usahlah berpura-pura dan buat lawak, kononnya nak mempromosikan perpaduan kaum melalui slogan Satu Malaysia.
Sekarang…. satu lagi hypocrisy kerajaan Najib terbongkar dan dibongkarkan. Tetapi sebenarnya, semua orang sudah tahu, kerana kita telah mengalaminya sendiri atau melalui anak-anak kita, sedara mara kita… mau pun rakan taulan kita. Tak usah tipulah… Kononnya, Program Satu Malaysia dilancarkan untuk integrasi kaum and so on… but at the same time… Biro Tata Negara, dulu, kini dan selamanya, masih dengan jarum-jarumnya, menyuntik perasaan benci antara kaum dengan bantuan hantu yang bernama ‘Ketuanan Melayu’, selain memupuk persepsi negatif serta perasaan benci terhadap pembangkang.
Sehubungan itu, pak-pak menteri Satu Malaysia, seorang demi seorang, mengeluarkan kenyataan mempertahankan BTN. Piiirrraaahhh!!! Nafi dan nafilah semahu-mahunya, tetapi hakikatnya tetap sama. BTN adalah agen propaganda yang memupuk kebencian antara kaum di Malaysia.
Malah, UMNO sendiri masih mengharapkan bantuan hantu yang bernama ‘Ketuanan Melayu’ untuk memomok-momokkan kita. Bangganglah kita kalau takut pada hantu itu. Ketuanan Melayu itu sendiri pun berbau perkauman. Tetapi masih ada yang mempercayainya. Dalam UMNO tak payah cakaplah… tetapi, malangnya… dalam PAS pun, ada juga yang banggang. Aha… Hassan Ali dan the UG gang!! Oooopsss..!!! Tersebut pulak perkataan UG yang sudah dikunci. Don’t be angry, I’m sorry….
Last but not least…. aku ada satu suggestion. Apa kata, kita do away with One Malaysia, Unity Government, BTN dan Ketuanan Melayu dan promote pulak Projek/Program SABM. So far…. nampak gayanya, Projek Saya Anak Bangsa Malaysia, serius dan ikhlas untuk mewujudkan satu bangsa saja di Malaysia iaitu bangsa Malaysia. No more bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India, bangsa Kadazan, bangsa Iban etc. Apabila tiada banyak bangsa… maka dengan sendirinya tiada diskriminasi kaum. Keadilan wujud di bumi Malaysia.
Hopefully… perpaduan dan keadilan akan wujud tanpa diskriminasi. Well…. people, what say you?? Fikir-fikirkanlah….



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















SELOKA BUKIT GANTANG
Alkisah bermula Piliharaya ke dua belas,
Bertandinglah BN, DAP, PKR dan PAS,
Menanglah BN 28 kerusi tak boleh dibahas,
Paling sikit menang, hanya 6 kerusi ialah PAS.
Atas tiket satu parti BN mendapat majoriti,
Tapi politik punya pasal macam2 boleh jadi,
Tak pasal-pasal DAP+PKR+PAS pakat mencuri,
Ikut hukum demokrasi, BN pun hilang majoriti.
Ayam belum berkokok, Nizar dah ngadap Sultan,
Maklumkan dema nak tubuh kerajaan gerombolan,
Tuanku yang bijaksana, anugerahkan perkenan,
BN beralah, balik ke rumah, tak baring atas jalan.
Nizar, Ngeh dan Ngoh tersangatlah bergembira,
Baju istiadat dipakai, kelihatan smart bergaya,
Di depan Tuanku terus dema SEMBAH SETIA,
Walaupun kuasa parti DAP yang kontrol semua.
Tiba-tiba pulak nak dijadikan cerita,
Nizar umum ke parlimen naik bas, tak naik kereta,
Kononnya niat suci nak jimat duit rakyat jelata,
Tapi balik dari parlimen, Camry baru pulak tiba,
Rakyat mula nampak Nizar alim bersandiwara,
Lakonan Nizar di pentas, DAP terbahak ketawa,
DAP lulus tanah 999 tahun MB Nizar sain saja,
Berjihad Nizar bersama PKR, main belakang kira.
Masa mula-mula gerombolan ni dapat jadi kerajaan,
Dirampas paksa segala kunci surau dan dewan,
Di kampung jadi haru biru anak tadika pun ditahan,
JKK baru pun dilantik, mengganas tunjuk jantan.
PKR Selangor sangat minat nak pelihara babi,
Ladang khinzir di Kedah idea bernas yang suci,
Hukum Hudud PAS Kelantan belum menjadi,
Di Penang pulak Guan Eng jadi kaki buli.
16 September Nuar Brahim umumkan,
Dah nak jadi PM pulak, Putrajaya jadi idaman,
Sampai tidur berbogel buah hati ADUN Bt. Lanjan,
Tapi malangnya angan-angannya tak kesampaian.
Dengan 6 kerusi, PAS tak boleh buat apa-apa,
Segala dasar Pakatan Gerombolan, DAP yang cipta,
PKR pulak tak habis-habis buat angkara,
Nuar Brahim cari pasal, pergi kidnap ADUN Bota.
Takdir Allah yang Maha Berkuasa,
Pintu hati ADUN Bota di bukaNya semula,
Berpatah balik kepada BN, kerajaan yang wibawa,
Bersama tiga ADUN lagi, siapa pun tak sangka.
Kini giliran Pakatan Gerombolan hilang majoriti,
BN yang sabar, mengadap untuk mengganti,
Itulah peraturan sebab kita ikut hukum demokrasi,
Tuanku guna prinsip yang sama, perkenan diberi.
Terkejutlah Kerajaan Pakatan Gerombolan,
Tak sempatpun penyokong nak fahami perubahan,
Dirasuknya mengganas, diseru tunjuk perasaan,
Unit Amal PAS jadi terrorist, berbaring atas jalan.
Pakatan Gerombolan pun SEMBAH DERHAKA,
PAS kata YAB Dato’ Najib punya angkara,
Prof. Aziz Bari kata Istana yang buat durjana,
Karpal DAP kata Sultan Perak mesti diheret sama.
Nuar Brahim yang ganas, terus bermain wayang,
Kit Siang & Co. mengapi-api siang dan malam,
Rumah MB ditawan, Pejabat SUK jadikan medan,
DAP tersengih menonton perangai orang beriman.
Berbagai kerenah Speaker yang arif bijaksana,
Besar kepala, melawan Tuanku berbagai cara,
Kerajaan bawah pokok ditubuh, buat tugu segera,
Seluruh rakyat hairan, dan ramai pula yang ketawa.
Ulamak Politik Tuan Guru Nik Aziz selalau berdoa,
Mohon Allah matikan musuh-musuh durjana,
Maka kembali kerahmatullah MP Bt. Gantang kita,
Ngadap pilihanraya kecil, semua jadi pening kepala.
Nik Aziz kata Nizar tak layak dicalonkan,
Ngeh pula kata Nizar mintak dia dinamakan,
Hadi Awang pun umum Nizar tambah jawatan,
Nik Aziz dipaksa setuju dan buat kenyataan.
Hari penamaan calon muka Nizar berseri-seri,
Walaupun DUN Pasir Panjang ditakuk lama lagi,
Borang pencalonan ngapa tak tulis kerjayanya MB,
Pemberita diberitahu “dah tinggal jadi history”.
Yang simpati dengan PAS kawan2 kita juga,
Ada juga yg beriman, banyak juga membabi buta,
Bila PAS kena tipu oleh DAP, kesianlah mereka,
PKR main belakang, tergadailah aqidah di dada.
(Hasil nukilan: Insan yg hilang simpati pada idealisme PAS dan semakin yaqin pada kejujuran dan keikhlasan serta kewibawaan BN utk agama, bangsa dan tanahair)
PAS TOLAK HUDUD
NIK AZIZ TOLAK HUKUM ISLAM
Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan.
Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.
Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.
Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak ?hukum Allah?.
Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
?Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.
Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.
Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.
Dr Mahathir kata, okey… teruskan. Kita nak tengok…
Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.
Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.
Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.
Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.
Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.
Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).
Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.
Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.
TERBARU - Nik Aziz mengamalkan nepotism, kronysm, rasuah (RM390,000), salah tadbir dan salah urus pentadbiran negeri, salah didik anak-anak (Nik Abduk & Nik Amalina). InsyaAllah kita akan kongsi bersama untuk menambah kecerdikan berfikir.
Nik Aziz
PAS TOLAH HUDUD
NIK AZIZ TOLAK HUKUM ISLAM
Kes Mat Sabu
Apa yang diperkatakan bahawa pemimpin PAS seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh, kini menjadi kenyataan. Sebagai contoh didalam kes khalwat Mat Sabu - Norma misalnya. Walau dalam apa jua bentuk sekali pun apabila lelaki dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa mahramnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumnya salah.
Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan Mat Sabu tidak boleh terlepas daripada dosa terhadap Allah s.wt. Yang anehnya dalam kes tersebut, YA.B. Dato’ Nik Ab. Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya.
Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita di hari penangkapan bahawa: “Mat Sabu diperangkap” sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam.
Adakah Islam mengharuskan wanita yang ajnabi berdua-duaan di dalam satu bilik ? Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang.
Sepatutnya dalam kes ini, Dato’ Nik Ab.Aziz merujuk kepada peristiwa yang berlaku kepada Siti ‘Aisyah isteri Rasulullah, bagaimana cara Rasulullah s.a.w. menyelesaikan kes tersebut sewaktu Saidatina ‘Aisyah r. a. difitnah berkhalwat dengan Safuan bin Muatal dulu. Sebelum Nabi memanggil isterinya maka baginda tidak melabel terlalu awal dengan mengatakan bahawa isteri baginda telah diperangkap atau isterinya seorang yang baik-baik, pada hal jikalau Rasulullah hendak membela isterinya pun memang layak kerana isteri Nabi memang orang baik-baik dan telah diakui Allah s.w.t masuk Syurga pula.
Tolong jangan delete - Islam tu BENAR, tiada yang tidak BENAR, melainkan BENAR. Jangan takut atau hipokrit lah.
Sekarang BN Umngok melalui PUAK2 UG…mengahalakan SEGALA senjata kepada Tuan Guru NIK AZIZ…jika TG Nik Aziz rebah…maka kubu2 kecil yang lain akan mudah diranapkan…BERSATULAH kita mempertahankan TG Nik Aziz …tak kira kita dalam kelompok ISLAM mana pun…SIAPA yang JELAS cakap dan perbuatannya menjalankan ISLAM..itulah sokongan KITA..TAKBIR..Allahu AKBAR..biorlah geng2 BN Umngok YAHUDI gelar kita PENGGANAS…
OK lah Mat Sabu..kalau nak ikut kes Mat Sabu..beratus2 orang UMNO boleh dibawak ke COURT syariah ala Malaysia ni..Taik kuman kau nampak..Ghaniii PATAIK kau tak nampak ke..kes yang letup MAYAT pakai C4 tu apa macam..senang nya dapat C4..macam mercun pulak..ini pakai undang2 ISLAM ke..undang2 MONYET…
ini la yg dinamakan 1 malaysia…semua buleh…
tp bila PR je buat..mesti je tak buleh…wat tak tau??
Hoi Mat Saman Kati, Assalamualaikum,
Dalam apa kes pun, apa perkara pun, PAS tak salah.
PAS hanyalah sebuah parti politik yang didaftarkan di bawah ROS. Samalah tarafnya dengan DAP, PKR dan lain-lain2. PAS sebuah organisasi yang halal dalam sistem demokrasi di Malaysia di bawah pimpinan kerajaan.
Setiap parti politik yang berdaftar mesti ada tujuannya masing-masing:
Tujuan parti politik PAS yang utama ialah:
1. Bergaduh dengan orang Islam lain dan berkawan dengan parti kafir yang menentang Islam sebenar tetapi menyokong Islam PAS
2. Menghuraikan ayat-ayat Allah untuk memarakkan perasaan benci, marah, mudah menghina pihak lain, tak takut maki hamun, tak rasa bersalah buat fitnah atas nama JIHAD FISABILILLAH.
3. Islam runtuh tak mengapa asalkan UMNO kalah.
Mr Mat Saman Kati,
Kalau you nak jadi profesional, elakkan diri dari terus menerus membiarkan diri di tarbiyyah oleh ajaran PAS.
juak-juak UmNgok juga dah masuk beri komen dalam blog ni Bang Mat..
Takpa, kita tengok setakat mana mereka pandai..
Kita tengok setakat mana depa cerdik.. dgn pandangan mereka, mentaliti mereka..
Aku harap kalu mereka diupah pun, upahlah yg pandai-pandai sikiit.. yg backward mentaliti TIDAK MUNGKIN dapat sokongan orang ramai. Buat abihkan beras je..