BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 1/5
Nov 30th, 2009 | By Admin | Category: Arif Abdull, RencanaOleh Arifabdull
Tahniah kepada kerajaan Selangor kerana berani menghalang kaki tangan dan pelajar dari negeri itu dari menghadiri program Biro Tatanegara (BTN). Alasannya, program yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri itu menerapkan doktrinasi api perkauman.
Secara peribadi, penulis sangat berharap agar para pimpinan di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang lain juga akan berani melaksanakan dasar yang sama. Berani menyanggah kebobrokan pemerintahan Barisan Nasional (BN), terutamanya UMNO yang sentiasa menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka.
Selama 50 tahun, kita telah dipecah-belahkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO melalui dasar pecah dan perintah yang diwarisi dari penjajah British. BTN yang mula dilaksanakan pada tahun 1974 adalah kursus induksi yang dijalankan secara tertutup dan secara rahsia dengan menggunakan sepenuhnya peruntukan dan jentera kerajaan persekutuan.
Para pemimpin UMNO sering menghalalkan perlaksanaan kursus ini dengan memberi gambaran kepada umum bahawa ia hanyalah kursus bagi menaikkan semangat patriotik dan jati diri. Walhal, selama ini pemimpin UMNO telah menggunakan BTN sebagai alat menyampaikan propaganda hitam perkauman demi memastikan kelangsungan sokongan orang Melayu terhadap UMNO.
Biasanya para pengkritik terhadap perlaksanaan program pemecah-belah ini akan menghadapi kesulitan untuk mengemukakan bukti-bukti bagi membuktikan tuduhan mereka kerana keseluruhan kursus doktrinasi ini dilakukan secara rahsia dan tertutup. Operasinya dilaksanakan kebanyakannya oleh bekas-bekas anggota keselamatan dan sebilangan kecil pensyarah dan ahli akedamik yang mungkin bertindak merancang idea dan pengisian kursus.
Nordin Kardi dengan penuh semangat menyayikan lagu “Anak Kecil Main Api” Nordin Kardi dipercayai sebagai penggerak utama dan idealog, merangkap saintis dan juga mushidul am program BTN.
Sekitar zaman Reformasi sekitar tahun 1998, menurut laporan hasil pemerhatian para bekas peserta BTN mendapati bahawa BTN sangat aktif digunakan dalam usaha UMNO menghapuskan pihak lawan melalui proses pendoktrinan propaganda hitam dan palsu bagi menakutkan rakyat terhadap bahawa kuasa asing.
Dalam kursus-kursus rahsia dan bertutup inilah para peserta yang terdiri di kalangan pelajar dan kaki tangan kerajaan akan dihasut untuk mempercayai bahawa demonstrasi di jalanraya itu adalah agenda kuasa asing.
Gambar potret tokoh-tokoh gerakan mahasiswa serta pendukung Reformasi yang aktif dilaporkan ditayangkan dan menjadi sasaran tuduhan-tuduhan jahat dalam kursus BTN ini.
Pengalaman peribadi, sejak zaman persekolahan lagi penulis sudah sering mendengar rungutan oleh para bekas peserta kursus itu berkaitan isu perkauman yang ditimbulkan setelah mereka mengikuti kursus BTN.
Memang tidaklah ramai bekas perserta yang merungut, namun setiap kali sesuatu kursus BTN berakhir pasti ada saja di kalangan rakan-rakan sekolahku yang cuba memberanikan mempertikaikan agenda perkauman terkandung dalam kursus itu. Tentu saja perdebatannya sekadar terbatas di dalam dorm-dorm (bilik-bilik) asrama kami saja.
Sememangnya majoriti peserta yang baru balik dari kursus BTN ini akan menyokong dan sering berhujah menghalalkan (justification) kewajaran memainkan agenda perkauman dalam kursus tersebut. Pemerhatian peribadi penulis mendapati bahawa kebanyakan bekas peserta kursus yang baru pulang dari kursus BTN pasti akan berubah sikap menjadi agresif dan garang.
Malangnya, para peserta yang berjaya diracuni pemikiran mereka ini akan dengan bangganya mengaku sebagai ‘patriotik’ kepada negara, jika ada di kalangan pelajar yang cuba mempertikaikan tingkahlaku pelik mereka sejak balik dari mengikuti kursus itu.
bersambung…



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














ha ha ha ha..
Ade gak yang berlawan dengan pegawai BTN masa kerusus BTN…Rata-rata penceramah BTN terkedu kena soal oleh pelajar dan pegawai kerajaan kerana merendahkan lagi kebijaksanaan mereka…akan tetapi oleh kerana Pegawai perlu lulus kerusus tersebut , jadi terselamatlah pegawai BTN tersebut dari ditaji dengan saolan-saolan yang berbisa..ha ha ha ha..hangpa tak percaya tanya pegawai kerajaan yang pernah pegi krusus BTN..ha ha ha..
Patutnya ..suruh jer depa pegi. tapi biaq antar yang hardcore Pembangkang..biaq depa letup pegai BTN dengan fakta-fakta untuk membelasah pegawai BTN..baru tahu sapa brainwash sapa …silap gaya depa masuk Pembangkang ..tapi make sure kelulusan kerusus BTN tidak mempengaruhi jawatan depa…ha ha ha ha..
aku pencen awal umur 50.dijabatan aku setiap orang mesti pergi paling tidak sekali seumur perkhidmatan.
macam pergi haji.jabatan aku pulak memang kaki ampu habis.siap ugut kalau tak pergi akan dipindahkan.
disana dlm perbincangan memang perkauman gila.yg meloyakan diluar kita tenguk merekalah penjilat
orang yg sgt dibenci itu.mereka akan malu besar kalau tak ditutup cerita btn ni dgn segera kerana
terlalu ramai yg masih hidup untuk berlabun.
kebanyakan pegawai BTN yang pergi kadang-kadang teruk gak depa kena belasah terutama tentang cerita2 hak Melayu. Ada satu kali pegawai BPR (sekarang SPRM) memulaukan kursus sebab pegawai2 BTN kata kerajaan menentang rasuah…. kadang2 depa (pegawai BTN) cakap dan terlupa dengan siapa mereka berkursus.
Aku sokong sepenunhnya BTN diharamkan atas dua sebab
a) Menyemaikan perasaan benci bangsa lain (aku pun tak paham mana punya orang yang BTN lantik jadi fasilitator)
b) Mendidik gengerasi muda (sekolah dan belia) supaya benci parti2 lain seperti PKR (sering dikatakan parti Yahudi) dan PAS (dimomokan parti sesat). Sasaran utama kebencian mereka ialah Anwar Ibrahim
100% aku sokong
Salam tukang komen sume…
Ase terpanggil nk bagi komen kat artikel ni…
Toksah pi la kursus BTN ni…Mengantuk lagi ade…Speaker dok merapu ntah pape…
Kalau ditanya soalan yg susah depa nk jwb, trus dibalas ngan ulasan yg bangang kot bagi aku
“Ha, hangpa tu tanya gaya mcm org parti warna itu, warna ini”
Lagi satu, aku setuju sgt la ngan tukang komen lankarim….
Soalan-Soalan Yang Perlu PAS jawab…
Banyak persoalan yang perlu ditanya dan dijawab. Antaranya:
PAS kena jawab kalau tidak BTN boleh tolong jawab
1. Dalam ceramah-ceramah PAS tahun-tahun 90an menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh sekali-kali mengundi orang bukan Islam dalam erti kata mengangkatnya menjadi pemimpin. Hukumnya HARAM. Tok Guru juga pernah berceramah tentang hal ini. Persoalannya, mengapa pula sekarang ni boleh…?. Dah halal pulak ker?…Dah tak ape plak ke..?Buktinya Tok Guru sendiri berkempen untuk DAP. Mengapa jadi begini..?
2. Dulu, PAS tidak boleh bergabung dengan UMNO atas alasan UMNO ada pakatan dengan MCA, MIC dan parti-parti politik yang ahlinya non muslim. Tidak boleh untuk PAS berada bersama kerana percampuran itu hukumnya HARAM. Tok Guru bagi contoh, tak boleh daging babi dan daging lembu digulai sekawah (satu periuk), HARAM hukumnya, tak boleh makan. Masih basah amaran yang diberikan itu dalam ingatan saya…tapi sekarang…pelik pulak..! Buat pakatan dengan DAP yang terang-terang menentang negara Islam. Kenapa ni…? dah halal ker sekarang ni..?, Kitab mana plak ni..? Ayah Zid (Tok Guru) tolong jawab ni..
3. Dulu, PAS tidak membenarkan orang perempuan jadi pemimpin. Dengan kata lain tak boleh jadi calon. Dibacanya hadis “Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita” Bukan setakat itu saja, malah wanita tidak dibenarkan kerja malam. Itu dulu…tapi sekarang, boleh plak..? Sekarang dah ada wakil rakyat perempuan plak…apa ni…apa dah jadi dengan PAS, sekejap boleh sekejap tidak…Alasan kononnya untuk kesesuaian dengan keadaan masa sekarang, untuk menjaga kaum wanita…Kalau gitu sama lah dengan alasan yang diberikan oleh UMNO dulu…Tapi waktu itu kenapa PAS menentang dan tak dapat terima? sekarang dah tiru..
4. Bila orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran… PAS bukan main mempertahankan dan membolehkan perkara tersebut. Habis tok-tok guru PAS mempertahankannya. Dicarinya hukum-hukum yang membolehkannya dan menghalalkannya. Secara logiknya, orang bukan Islam yang membacakan ayat-ayat Al-Quran tentulah tidak elok kalaupun tidak sampai haram…kenalah beri tahu perkara sebenar…Pertama, kesucian diri orang bukan Islam itu sendiri, tentu mereka tidak belajar bab toharoh (bersuci), atau dengan bahasa mudah tak pernah mandi wajib pun! apatah lagi iktiqadnya tidak menerima Al-Quran…jadi perlu apa dia membaca ayat suci tersebut kalau tidak untuk tujuan politik…Kedua, dalam Al-Quran dalam surah At Taubah ayat 28 dengan jelas menyebutkan:
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mengdekati Masjidil Haram sesudah tahun ini,maka Allah nanti akan memberi kekayaan kepadamu karunia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS. 9:28)
(Sila rujuk Asbabun Nuzul ayat) Ertinya nak mendekati Masjil Haram pun dilarang apatah lagi membacakan ayat-ayat suci. Apa pun tafsiran, sesungguhnya orang-orang kafir itu kotor setidak-tidaknya kotor dari segi aqidahnya. PAS tak larang pun malah mencari alasan untuk menyonkong…Apa dah jadi ni..?
5. Semasa saya bersama PAS, permainan ’silat jatuh’ dan ‘tomoi’ sangat popular di Kelantan. Begitu juga dengan sukan-sukan lain termasuk bola sepak. Kebanyakkan permainan tersebut dianjurkan oleh ahli-ahli UMNO. Permainan bola sepak dikatakan membuang masa selain pemain-pemainnya membuka aurat. Maknanya siapa yang menganjurkannya akan berdosa. Pada masa itu tidak ada penyokong-penyokong PAS yang menganjurkan permainan tersebut. Saya setuju. Cuma terdapat segelintir ahli-ahlinya yang secara senyap-senyap menyertai pertandingan tersebut. Tapi pelik sungguh!….Sekarang bukan setakat melarang permainan tersebut tapi sudah ada tajaan piala oleh TOK GURU. Piala Menteri Besar. Saya pun pelik…Tidak ada lagi istilah membuang masa.. Demi politik segalanya boleh…
6. Yang ni lah yang saya sungguh pelik…Matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan negara Islam. Semua orang tahu. Era 90an saya juga terlibat. Banyaklah ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Antaranya surah Saba’ ayat 15..”Baldatunthoyyibatun… ” dengan terjemahannya
“Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan” (Saba`: 15)
Seluruh negara dicanangkan tentang matlamat negara Islam. saya setuju sangat. Tapi itu dulu…sekarang apa dah jadi..? Tok Guru membawa satu demensi yang sangat jauh dari matlamat tersebut. Apa tidaknya, sekarang dah berpakat pula dengan DAP yang terang-terang meyatakan tentangan terhadap matlamat tersebut. Siapa guna siapa sekarang ni..? Karpal Singh tanpa berselindung menentang matlamat meneggakkan negara Islam. Kalau nak buat juga kenalah langkah mayat Karpal Singh dulu…ini kenyataan yang dia buat. Siapa nak langkah dulu?Tok Guru atau YB Presiden? Bingong saya dibuatnya. Buat pakatan dengan PKR pun sama juga. Berapa kerat yang beragama Islam dalam PKR? Apakah PAS dah pandai menipu..?, dulu ajak kami habis-habisan menegakkan Negara Islam, sekarang konon matlamat tersebut secara tersembunyi…tipu lagi!
7. Sejak berbaik dengan PKR, tiga empat tahun lepas, sering saja pada waktu itu PAS menyebut tentang kronisme yang dilabekan oleh Anwar Ibrahim terhadap pemimpin UMNO. Sehingga pada pilihan raya ke 12 baru-baru ini masih lagi poster yang direka khusus menggambarkan Khairi Jamaludin dan Pak Lah (Mantan PM) untuk meyatakan betapa pemimpin UMNO megamalkan kronisme. Mertua dan menantu…Itu pilihan raya ke 12…cerita lepas.. Mari kita tengok sekarang…! Tok Guru lantik menantunya Ariffahmi Ab. Rahman sebagai CEO PMBK. Apa bezanya ni..? Dia bagi alasan pulak sebab Ariffahmi memang layak sebab ada kelulusan…Habis Pak Lah lantik Khairi dulu tak ada kelulusan ker? Kawan-kawan ’sepernikahan’ pun sama lah jugak. Siapa tak kenal Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim…pilih anak jadi calon, sapa tak kenal Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang…pilih anak juga jadi calon…tanya pula Karpal Singh… ada tak anak dia yang dia pilih jadi calon. Kalau dia cakap tak ada tu maknanya pembohong BESAR..Anak dia la yang selalu cakap samseng dalam Parlimen, Gobind Singh Deo… Nah! apa lagi bukti yang nak ditunjukkan. Siapa yang cakap tak serupa bikin..Masa tak ada kuasa semua cakap baik…dah ada kedudukan sikit…dah dia pulak yang amalkan kronisme…Guano ni Pok Nik Zid..?
8. Dulu, ayat-ayat ini lah yang selalu dibaca…tujuannya nak menyatakan bahawa betapa berdosanya UMNO yang tidak menjalankan hukum Allah, terutamanya hukum HUDUD…
Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir. (Al-Maidah: 44)
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. (TMQ al-Maidah [5]: 45)
Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (TMQ al-Maidah [5]: 47)
Tumpang tanya sikit…sekarang ni dah tadbir Kelantan banyak penggal dah…Kedah pun dah dapat…bila nak buat HUDUD?…Kenapa tak buat?…ke kena minta dengan kerajaan pusat? abis kalau dia tak bagi kebenaran, macam mana?…Kalau tak buat HUDUD kerana takut kat kerajaan pusat…apa hukumnya… takkan takut kat makhluk lebih dari takut kat Allah? Apa hukumnya orang yang takut kat makhluk lebih dari takutkan Allah?…Dalam bab-bab tertentu yang kerajaan pusat tak bagi buat, PAS buat juga… kenapa yang ni tak boleh…?
Sikit lagi nak tanya…berapa ramai hakim-hakim dan peguam-peguam Islam yang dah PAS latih..? bagi tau sikit siapa..? belajar kat mane?..takkan yang gi blajar sastera arab kat Mesir, nak suruh jadi hakim kendali Hudud! sebab setiap tahun dok sambut hari HUDUD…bila buat HUDUD nyer? biasa orang sambut hari jadi sebab memang dah lahir…tapi sambut hari jadi yang tak ader…pelik saya..nak kelabui mata rakyat la tu…
9. Semasa rasulullah berjaya menawan Mekah…perkara pertama yg Rasulullah buat ialah memusnahkan patung2 berhala samada besar atau kecil.Itu sirah Rasulullah…Nak tanya sikit…Kenapa plak bila menang saja ‘Kerajaan Islam Kelantan’,yang di bawah kepimpinan ulama’, antara yg awal diluluskan ialah membenarkan pembinaan patung terbesar di asia yang bertempat di Jong Bakar..? (Lebih tinggi dari menara masjid) TGNA plak yang pergi rasmikan…tidakkah bertentangan dengan sirah rasulullah? Masa za man Mahathir dulu, apabila Dr. Mahathir menghadiri perayaan org2 yg non muslim, dikatakan berdosa dan haram…TGNA pergi rasmi tempat ibadah org non muslim, macamana?..
10. Ni…pasal isu minyak kat Kelantan…bukan main kecoh lagi nak bawa isu ini kat mahkamah dunia…isu ni senang jer…PAS kata ada perjanjian antara PETRONAS dengan kerajaan Kelantan. Memang betul tu..Tapi kena sedar, perjanjian yang ditandatangani dulu adalah di antara kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan BN. Sekarang dah tak ada lagi kerajaan BN Kelantan..dengan sendirinya perjanjian itu terbatal! PETRONAS tak pernah buat perjanjian dengan kerajaan PAS Kelantan…!. Jadi, pergilah ke mahkamah mana pun..PAS tak akan menang…memang tak layak dan tak ada perjanjian.
Oleh kerana tak ada kerajaan BN kat kelantan lah maka PM atas dasar ehsan memberikan ‘wang ehsan’ kepada rakyat kelantan melalui JPP. Konon ini hak rakyat Kelantn…itukan dah diberikan kepada rakyat…Kalau dah hak rakyat, mana-mana saluranpun kira sampai untuk rakyat, kenapa Kerajaan PAS pulak yang beriya-iya benar…ada udang sebalik mee kot!
Kalau nak ikut logik akal mudah jer…ibarat seorang anak yang tak kenang budi, setiap hari mencerca, mengutuk, mengata, mengherdik…dihebohkan kepada semua orang ramai…cakap kasar dengan ayah! tiba-tiba nak minta wang dari ayahnya yang diiburuk-burukkan tadi…agak-agak ayah ni nak bagi tak..?, anak yang baik ke kalau macam ini? ….sama lah juga dengan Kerajaan Pusat…apa lagi yang PAS tak kata pada kerajaan pusat…bukan setakat kerajaan malah secara individu diserangnya…puas la Datuk Najib menjawab isu-isu peribadi yang ditimbulkan PAS…
11. Satu lagi…isu rasuah..kononnya UMNO mengamalkan rasuah. Sedar atau tidak penyokong-penyokong PAS…UMNO adalah sebuah parti yang terbesar di negara ini… maknanya, ahlinya ramai…Berbanding ahlinya yang ramai, berapa kerat sangat yang mengamalkan rasuah…memang ada saya tak nafikan…itupun yang di atas, selebihnya adalah ahli-ahli biasa peringkat cawangan, peringkat kampung…petani, nelayan dsb… apakah mereka ini rasuah? cuba tunjukkan peratus dalam UMNO ahli yang melakukan rasuah…yang ada hanyalah persepsi. Kalau ada dua tiga kerat yang melakukan rasuah…apakah UMNO salah, atau individu itu yang salah?…
Contoh, senang saja…Islam adalah satu agama yang suci… penganutnya juga ramai. Kalau ada individu-individu yang melakukan kesalahan, bertentangan dengan Islam…melakukan dosa, apakah Islam yang salah atau individu yang melakukan dosa itu yang salah?, sama lah juga..yang salah adalah individu itu…kenapa semua dilibatkan… bila sebuat UMNO…Rasuah! tak betul tu…Tok Guru tolong betulkan anak buah…! Dosa kering jer tu..!
Abis…dalam PAS, DAP, Keadilan tak ada ahli yang rasuah ke..? Bagaimana dengan tajaan haji TGNA?. Bila UMNO ambil kata rasuah, bila PAS ambil kata dermalah, tajaanlah dan mcm2 istilah lagi digunakan….Dauble standard!
12. Yang ni plak…berkaitan Kerajaan Perpaduan…kenapa TGNA tolak perpaduan ni? Bukankah perpaduan itu sangat dianjurkan oleh ajaran Islam…Mengapa TG Haji Hadi, Ust Nasaruddin, Salahuddin setuju pada awalnya…sehingga dah minta dari UMNO utk pegang menteri-menteri penting. Apakah Islam mereka berbeza dgn TGNA? Belumpun UMNO pertimbangkan..usaha ini telah dihalang oleh TGNA atas alasan perangkap kononnya…Bukankah bersangka buruk itu adalah dosa? Bayangkan kalau kedua-dua Parti terbesar org Melayu ini bergabung..tidakkah kuat umat Islam di negara ini…Dalam keadaan sekarang PAS kena terima hakikat ini, bahawa suasana semasa kini, minoriti menentukan majoriti. Betapa sukarnya nak tolak permintaan org India dan Cina demi nk jaga perasaan mereka…baik UMNO atau PAS…sama!Sapa yang rugi?..tak kenal mana kawan mana lawan…!
13. Ni berkaitan dengan masjid menggunakan senibina cina……(akan datang)
Assalamualaikum…
Pertama sekali saya ingin megucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Besar harapan saya agar saudara/i dapat mengambil input-input yang berguna sekiranya ada, namun jika sekiranya ia dianggap bertentangan dengan kebenaran, buangkan saja..
Saya menulis adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sepanjang berada dalam pentas politik. Kebanyakan parti politik telah saya sertai. bermula dengan PAS, Semangat 46 (dulu bergabung), UMNO dan KEADILAN dan berakhir dengan PAS. Semasa masih berada di kampus universiti tahun 1999, saya juga aktif dalam politik kampus dan sangat taksub dengan Anwar Ibrahim (tetapi tetap menyokong PAS) Kini, ramai juga kawan-kawan saya adalah ahli politik yang sudah berjaya menjadi ADUN dan AHLI PARLIMEN samada dalam kerajaan atau pembangkang.
Sejak akhir-akhir ini saya sudah kurang minat dengan PAS. Antara yang paling saya kecewa apabila PAS sudah mula bergabung dengan DAP dan KEADILAN dalam gagasan apa yang dipanggil ‘Pakatan Rakyat’. Saya beranggapan ‘pernikahan’ ini tidak akan sampai ke mana…
Proharakah…TAHNIAH…thesis anta ( “ANTA” sebab kau ahli PAS ).thesis ini boleh dihantar kat Dr Hassan Ali…dan geng Kerajaang Perpaduang…supaya PAS bergabung dengan UMNO…kalau bergabung dengan DAP dan KEADILAN..anta kata TAK BETUL..selagi politik kita masih SEKULAR KAFIR ni..kita terpaksa bergabung.degan parti mana yang mendekati ISLAM..YB2 DAP lebih komited menolong Melayu dari Umno sendiri….bergabung dengan BN Umngok….itu pun belum tentu boleh PAS boleh berkuasa penuh…sebab BN Umngok dah banyakkan kawasan pilihanraya untuk puak KAFIR terutama di Sabah dan Sarawak….tak kurang jugak di Semenanjung…kita dah bersama dan bagi peluang kat Umngok lebih 50 tahun…apa yang Umngok buat untuk bersama PAS menegakkan ISLAM…apa saja PAS buat…Umngok kata TAK BETUL..TAK BOLEH..
wahai proharakah… lebih baik tukar nama je kepada anti harakah atau proutusanmeloya. Tak payah la berselindung di sebalik nama tu. Mike pun tipu orang jugak??! Elok la mike dah kurang minat dengan PAS. Kalau tak mike akan jadi PARASIT je pada PAS. PAS pun tak perlukan orang macam mike. Mike hentam TGNA pun, beliau tetap orang Ke 42 paling berpengaruh di dunia Islam. Kalau ilmu tak penuh di dada.. jangan dok hentam je. Cermin diri dulu.
astagaa..panjangnya komen hang proharakah oi!!
kalo yer pun letak sikit jer dah le..takyah le 1 artikel penuh…
hahahaha
proharakah saya cuma nak ulas sikit
no 4. semasa Nabi menghantar utusan kenegara yang pemerintahan nya bukan Islam, Nabi memulakan perkataan Bismillah dalam perutusan baginda yang dibaca oleh pemerintah yang bukan Islam.
No. 8. Kelantan dan lain lain negeri tidak boleh mejalankan hukum hudud kerana bertentangan dg perlembagaan negara. untuk pengetahuan tuan apa apa undang undang yang bertenttangan atau mengatasi perlembagaan adalah terbatal dan tidak boleh dilaksanakan.
No.10. Kalu perjanjian antara petronas dg kerajaan kelantan tak sah sebab perjanjian itu dibuat dengan kerajaan BN bukan dg kerajaan PR maka negeri yang pr menang secara pemahaman anda terkeluar dari Malaysia kerana tidak ada perhubungan atau perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan PR kerana Malaysia dibentuk oleh kerajaan Perikatan.
No 12. TGNA kata kalau UMNO sanggup ubah perlembagaan UMNO kepada perlembagaan Quran dan Hadisdan memperjuangkan beliau akan bubarkan PAS dan masuk UMNO
[...] perakexpress nuffnang_bid = “f1d09e58bafeac8914e559771f604b0d”; related postLand owners sue Pelita and Sarawak GovernmentWillful Stupidity By Manyin Jawong and Jemut MasingCabang Rasah Menerajui Jentera Pilihanraya Kecil N31 Bagan PinangMustafa Kamil Ayub??? Tahniah Anwar !! PKR Perak Bakal Lingkup !!Pengacara ntv7 Diberi Amaran Tags: 1Malaysia « ACHIEVEMENTS OF SUPP SINCE 2006 [...]
aku pernah pergi kursus btn ni.. group aku fasilitator awek… kerja tutor di usm orang pendang, kedah.. jawatan dalam parti ajk puteri umno
Geli aku baca komen proharakah tu..
Nampak sangat budak baru lepas sekolah. Pegi belajar dulu!
memang benar adieputra. ramain fasilitator BTN cuma nak ampu gomen umNOputar. tutor USM nak ajar kami orang lama pi berambus lah. lebih elok dia ni cuma buka kangkang aje.
aku pergi kursus BTN sebanyak 4 kali. seronok sebab banyak makan dan aktiviti outdoor. mula-mula memang minat sampai boleh pergi kursus untuk jadi fasilitator. tapi malang semuanya apabila suatu hari dipilih untuk pergi ke kursus BTN di langkawi. Hanya 35 orang peserta pimpinan mahasiswa. kursus paling sempoi. tak ada kem komander. boleh buat sesuka hati. tapi isi ceramah adalah untuk brainwash otak kami. soalannya hangpa nak tau.. Antaranya, Kenapa perlu sokong UMNO bukan PAS? Dan mesti UMNO perintah Malaysia. pernah suatu hari aku ditugaskan menguruskan pilihanraya kampus pada tahun 1996. mintak duit dengan BTN. Dia kata (pengarah BTN) hangpa orang mana? kalau UMNO boleh kalau bukan jangan harap. Siap dia bagi cek cash lagi. Dia kata lagi, jangan sampai 4 juta mcm prk di Parit Butar.
BTN ni dipergunakan oleh puak2 UMeno utk kepentingan mereka. Mereka bebas menggunakannya.
Pengalaman saya sendiri dipaksa ikuti BTN anjuran ITTAR dijalankan di BTN Langkawi. Mereka membuat andaian yang saya pengikut arus Reformasi (Dis 1999). Semasa sesi pengisian, semua penceramahnya daripada pimpinan ITTAR, BTN dan KUB. Dengan muka yg garang dan berapi2 mengeluarkan tomahan dan sindiran jijik kepada Anwar Ibrahim dan PAS. Seseiapa yang berani bangun mematahkan hujah mereka, pasti akan ditembak kiri kanan dijegir mata dan dihna sehina2nya seolah2 tiada harga diri.
Adalah seorang hamba Allah yg baik hati (salah seorang AJK kursus yg ikuti setiap perbincangan perjalanan kursus), telah mengingatkan kepada saya supaya tidak memberikan apa2 respon terhadap hujah mereka. Katanya, mereka memang akan “provoke mengenai Anwar Ibrahim, PAs dan NGO yg menyokong reformasi) supaya saya bangun membangkang dan pada masa ini mereka akan secara berpasukan menghentam saya kiri kanan agar saya terduduk menyembah mereka. Tapi sesi itu saya diam mendengar sahaja.
Malam sebelum sesi LDK pula, hamba Allah dtg sekali lagi berjumpa saya membisikkan agar jika ditanya siapa IDOLA anda, jangan jawab Anwar Ibrahim.. jawablah yg lain daripada ini untuk menyelematkan keadaan. Jadi semasa giliran saya ditanya siapa idola saya, saya jawab, Nabi Muhammad SAW, dibalas oleh fasi (dlm kumpulan kami dibekalkan 2 fasi (group lain 1 fasi)… mungkin dah ready hujah nak tembak saya) siapa pula idola di Malaysia ini, saya jawab, “Datuk Hasan Harun, CEO KUB” alasan saya “Datuk mampu melahirkan 12 jutawan melalui kejayaan KUB”. (pada masa ini Datuk Hasan Harun nak sambung bertanding MT Umneno).
Semasa sesi absailing, dan night jungle trekking, penceramah2 yg berapi tu kelihatan berkepit dengan peserta2 wanita ke hulu ke hilir.
Sebelum sesi bersurai, hamba Allah dtg bertemu saya berbisik mengatakan “mereka” tidak puas hati dengan respon saya dan akan mengesyorkan kepada pimpinan ITTAR utk memecat saya.
Itulah kegunaan BTN yang boleh digunakan oleh sesiapa saja dlm Umeno untuk kepentingan politk mereka.
Untuk diri saya, saya pecatkan diri saya sendiri dari ITTTAR. (ITTAR telah pun berkubur).
Ha ha ha ha..Proharakah..hangpa betui-betui suka Najib no…tulisan hang macam suka sanggat dengan Najib…tak pa hang teruskan lagi no…
Tapi hangpa bahlul..pasal apa..pasal hangpa tak tau undang-undang..buta kayu…
Mana ada kerajaan negeri BN atau PAS..yang ada Kerajaan Negeri..tengok surat penjanjian..mana ada tulis “Perjanjian Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerejaaan Negeri (Barisan Nasional)” yang ada “Perjanjian Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerejaaan Negeri”..magkuk hayun betul la…
Tang Hudud..macam Budak Botak kata..Tak bulih dilaksanaakan sebab Sapa yang nak kuat kuasa..Polis terikat dengan Undang-undang Persekutuan..Hang tak belajaq Pelembagaan kot…tak pun Hang ni jenis main ikut sekerat-sekerat…dalam islam jangan main ikut sekerat-sekerat ..jadi kufur nanti…Yang ini tak kira hangpa Pas ka , PKR ka, DAP ka, UMNO ka, Wahabi ka, Kalau ambik Islam sekerat-sekerat ..masuk nerakala…ha ha ha ha ha ha…
Wasalammmmmmmm…
saya nii pekerja swasta , takca ‘can” pii kursus BTN , ada sesiapa bole bagitau camna boleh pii kursus BTN . nak test tahap kekebalan minda saya nii dan nak goreng fasilitator BTN tuu
Proharakah,
Mengenai pertanyaan no4..Kalau non muslim tak dapat baca Al-Quran macam mana mereka nak tahu Al-Quran(Islam yang sebenar) hah???… Bak kata kau kalau nak mengharap tahu Islam dari guru agama ,guru agama pun kau kata tak betul-TGNA…so bagaimana oarng non muslim nak tahu pasal agama Islam yang sebenarnya kalau kita tak bagi mereka memegang/membaca/ bertanya/berdebat mengenai Al quran yang depa baca……apa punya pemikiranlah ….Ayat pertama diturunkan adalah bacalah…bukan dengarlah….so tolonglah jangan kita halang yang bikan Islam untuk baca Alquran….sepatutnya kita galak mereka baca alquran dan moga-moga dapat hidayat dan peluk agama yang betul
Nasib baik aku tak kerja dengan kerajaaan….kalau tidak menambah bodoh aku…melayu banyak yang dah jadi bodoh!!!!!!
banyak melayu yg bodoh sebab percaya kat dakyah BTN nii… nasib baik , ada melayu yg tak makan dakyah songsang nii , kalu tidak ….. nescaya , hilanglah melayu di dunia nii…. kpd depa depa yg tak caya kat BTN nii , hangpa patut bangga , kerana hangpa laa.. melayu tak jadi bodoh
thethinker.. kalu kerja swasta memanga tak ada can gi BTN
Saya dilahirkan sebagai seorang cina. Tuhan yang menentukan siapa saya, bukan yang saya pilih nak jadi orang melayu, cina and india. Tapi saya tahu, saya dilahirkan di bumi malaysia.
Sejak kecil, saya bergaul dengan member aku yang majority-nya budak melayu and india, main bola sepak . Kawan kawan karib tak pernah panggil saya ooi budak cina, mereka panggil nama saya dengan betul dan saya akan berucap “Asalamulaikum” sebelum memasuki rumah member aku. Respect …
Tak bolehkeh kita duduk semeja dan bergaul tanpa mengira kaum. Negara kita hancur bukan kerana kami orang melayu, orang cina, orang india , tetapi kerana amalan rasuah yang terlampau. Setiap tahun , berapa billion diselewengkan begitu saja. Ayah kawan saya, kerja petani, susah kerja pagi sampai petang .. baru dapat gaji RM50 sehari .. kerja kuat buat apa , untuk anak pergi belajar di luar negara …UK …
Fikirlah apa akan terjadi 10 tahun kemudian .. apa yang generasi akan datang perolehi .. semua habis dimakan … yang tinggal hanya hutang yang terlampau banyak …
Kalau orang bukan islam baca nak mendalami islam aku sokong jer, tapi kalau kerana politik… sendiri mau ingat la…
*dok tunggu kot2 ada adun-adun dari DAP nak memeluk islam
apa punya samdol la si mangkok proharakah tu ..
kalau betul Najis nak 1Malaysia, kenapa x bagi can kat bangsa lain sertai program BTN nih?
Harrkkk Ptuiii!
Proharakah…
Hang ni GILA !!…. tapi mana ada orang GILA !! yang nak mengaku dia tu GILA !!…..
proharakah ni, Pro-UG dalam PAS ke? Sebab tu dalam nota 13, dia sebut “pernikahan” PAS dengan DAP dan PKR takkan sampai kemana. Sebabnya dia dah ada hati nak bernikah dengan UMNO…..
Kalau tak silap aku, masjid senibina Cina tu adalah sebahagian lontaran idea TG Nik Aziz. Puak-puak Pro-UG dalam PAS ni mana nak wala’ pada TG Nik Aziz.. Sebab tu diaorang tak mau laksanakan EGM bila TG Nik Aziz mencadangkan supaya diadakan Muktamar Khas Luar Biasa.
new meaning for BTN
Biro Tatatertib Nazi
herk3