Anak Dunia

Nov 30th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Oleh: MSK

dsc01604

Hari ini bermula satu lagi program yang sudah aku rancangkan sejak sekian lama. Setiap tahun, aku buat program International Workcamp bersama dengan Service Civil International.

Pertama kali, bila anak-anak dibangku sekolah berinteraksi dengan pelajar dan sukarelawan dari negara luar. Ada yang malu-malu. ada yang ghairah bila tengok perempuan Mat Saleh. Biasa la…budak-budak tengah membesar.

Tapi itu permulaan…selepas dua tiga hari, masing-masing akan memahami adat dan budaya masing-masing. Masing-masing akan memahami bahawa semua bangsa didunia ini sama…yang membezakan hanyalah individu.

Sebelum berjumpa, kami buat kajiselidik tentang apakah persepsi mereka terhadap sukarelawan yang datang dari luar.

Bila ditanya tentang Alice dari Russia, ramai yang teringin melihat bagaimana rupa komunis Russia…tetapi apabila berjumpa dengan gadis manis bertindik dihidung…Ahhhh..macam Sharmala a/p Subramanim. Cuma kulitnya macam orang putih.

Bila ditanya tentang Zuzanna Zenkova dari Slovakia, masing-masing tak tahu bagaimana hendak dibayangkan.

Bila ditanya tentang Tariq dari Bangladesh…biasalah. Tak ada sorang pun yang menyangka bahawa dia adalah pakar mata.

Persepsi…persepsi. Kadangkala jauh meleset. Kadangkala kita terlalu emosional menegakkan hujah kita berdasarkan persepsi. Kadangkala kita terlalu angkuh, yakin dengan hujah kita…sedangkan kebenaran jauh dari apa yang kita sangkakan.

Tidak susah untuk membetulkan persepsi. Apa yang penting ialah berjumpa..berkenalan…bertukar pandangan dan memahami antara satu sama lain.

Jikalau anak-anak Melayu, Cina, India, Slovakian, Russian, Bangladeshi, Taiwanese, Japanese dan Thai boleh duduk semeja…berdiskusi dan cuba memahami latar belakang dan budaya, mengapa begitu susah ahli politik ataupun blogger politik duduk semeja berdiskusi, memahami antara satu sama lain….dan akhirnya mewujudkan harmoni diantara satu sama lain?

Setiap tahun, aku menganjurkan khemah kerja antarabangsa ini. Setiap kali, aku cuba membawa anak-anak dari pelbagai latarbelakang untuk belajar memahami tentang orang lain. Bahasa tidak menjadi halangan. Ugama tidak menjadi halangan. Bangsa tidak menjadi halangan. Malah tidak ada halangan apa-apa, selagi matlamatnya sama…iaitu mewujudkan suasana aman dan harmoni sesama manusia.

Kalau tahun lepas, ramai daripada peserta tidak boleh berbahasa Inggeris…tetapi akhirnya mereka semua berbahasa Inggeris. Ramai anak-anak Melayu takut berbahasa Inggeris kerana merasakan bahawa penguasaan mereka lemah. Tetapi apabila melihat orang-orang Perancis, Jepun atau Sepanyol lebih teruk bahasa Inggeris mereka..tiba-tiba saja mereka yakin untuk bertutur. Tiba-tiba saja mereka merasakan bahawa mereka setaraf dengan bangsa-bangsa lain didunia.

Dan khemah kerja kali ini membawa beberapa kejutan. Ramai dari peserta berbangsa Cina dari Malaysia tidak boleh berbahasa Mandarin. Sebaliknya keempat-empat peserta Melayu boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Mandarin! Dua peserta Taiwan tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, dan mereka menggunakan peserta Melayu untuk menterjemahkan kepada mereka dalam Bahasa Mandarin!

Apa yang aku belajar dari mereka?

Dalam dunia blog, keharmonian itu sudah mula luntur. Masing-masing sudah memikirkan tentang diri sendiri..tanpa cuba memahami orang lain.

Come on la. Tak kan bila orang politik bersengketa…blogger-blogger juga perlu bersengketa? Apakah kita juga mahu menjadi seperti orang politik…yang tak putus-putus bersengketa?

Setiap kali aku masuk hutan, aman damai…tidak seperti digelanggang politik. Tidak juga seperti di dunia blog…yang sudah mula hiruk pikuk.

Mungkin blogger-blogger juga memerlukan khemah kerja seperti ini. Mungkin selepas bertemu perempuan Mat Saleh, jejaka Bangla, Minah Jepun, Gadis Kremlin…mungkin hati akan sejuk.

Kecelaruan didalam Pakatan Rakyat menyebabkan blogger-blogger yang menyokong Pakatan juga bercelaru. Jangan biarkan kecelaruan ini berpanjangan. Dan aku tak pikir, blogger-blogger perlu bertemu dengan perepmpuan-perempuan Mat Saleh untuk mula berfikir secara rasional. Apa yang perlu…mungkin secangkir kopi O atau pun segelas teh tarik. Dan selepas itu mungkin kita boleh duduk semeja…berbincang secara pro.

Kita debat secara pro..kita selesai secara gentleman. Aku boleh kutuk Misbah..tapi bila jumpa…hulur tangan tanda persahabatan. Aku boleh kutuk Alhuseyn, tapi bila jumpa masih boleh berdakapan macam Tok Arab. Relax bro.

Kita semua anak dunia. Kita semua cucu Adam. Matlamat utama dalam hidup ialah kebahagiaan dan penghalang utama kepada keamanan sejagat adalah politik perkauman seperti yang dicanangkan oleh budaya Umno. Biarlah budaya Umno jadi sasaran utama. Baik budaya Umno dalam Pas. Budaya Umno dalam PKR atau pun budaya Umno dalam Umno itu sendiri.

Yang membezakan kita semua dikalangan blogger pro-Pakatan bukan lah Hasan Ali atau UG. Bukan Kickdefella atau Ariffahmi. Bukan Osman atau Jamaludin atau Radzi….tetapi budaya Umno yang sudah meresap dalam semua parti.

Semua parti sudah diresapi budaya Umno. Pemimpin-pemimpin dalam Pakatan juga sudah ramai yang berperangai Umno.

Tetapi ada blogger-blogger pro-Pakatan juga sudah jadi macam Umno. Apakah kita juga mahu menjadi macam Umno?

Kita mahu jadi apa?

Tags:

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. MSK, jadilah manusia yang tau siapa dia. Aku…aku kenai aku siapa, sebab tu aku tak akan sokong parti atas nama parti…tapi aku sokong atas dasar dia…

  2. Betul Huzaifah…Kalau Saidina Umar…tak pergi Ziarah seorang berjenama ISLAM MATI..aku ulang lagi BERJENAMA ISLAM mati…maka Saidina Abu Bakar pun..tak jadi ZIARAH..apa pasal tu…Allah bagi kelebihan pada Saidina Umar…mendapat ILHAM ( firasatul mukminin ) yang benar..orang itu MUNAFIK..munafik ni pada zahirnya JELAS ISLAM…tapi dalam hati MURTAD..sekarang ni ada jenis manusia BERJENAMA ISLAM..tapi ZAHIRnya JELAS MURTAD ( ucapan dan perbuatannya ) menentang ISLAM…apakah nak dipanggil kepada orang2 ini..boleh tak kita ziarah dia orang bila MATI…

  3. Saya amat setuju dengan MSK.

    Memang betul kata Huzaifah dan Doktor Biasa Kawan TED.

    Kenapa harus tuding menuding antara kita?

  4. bang mat, elok panggey yahudi sama. tak semestinya yg pegang nationality israel. biaq melayu kenai sama yahudi yg baik. yahudi pun sepupu arab juga. baru depa ada akai

  5. la…awat tak ajak sy join sama workcamp ni..huhuh..teringin jugak///
    sy punlemah gak bahasa ingles nie…nak jugak tau takat mana buleh cakap ingles..

    kalau ada lagi bgtau bang mat…

  6. Aku setuju dgn cadangan pengkomen no4. Aku rasa masyarakat melayu terutamanya sgt fobia dengan nama yahudi. Sesetengah tu sebut nama yahudi pon tak boleh langsung. Mentaliti camni perlu diperbetulkan. Yang kita tentang bukanlah bangsa yahudi tapi falsafah zionism dan racism yang dipegang oleh mereka. Ini samalah macam umno. Umno memang muka melayu, pegi masjid tapi falsafah dorang saling tak tumpah macam yahudi iaitu racism aka perkauman. Kalau kita tentang yahudi tu sebagai bangsa maknanya kita juga menetang sekian nabi dan rasul berbangsa yahudi yang diutuskan Allah. Even dalam negara israel pun masih ada segelintir yahudi yang menentang zionism.

  7. Tahun depan ada lagi.

  8. Anak dunia?

    Anak Dunia yang paling popular sekarang ialah Nizar Jamaludin

    SELOKA PERIHAL ADUN PASIR PANJANG
    YB NIZAR JAMALUDIN

    Tersebutlah kisah di negeri Perak,
    J.W.W Birch tersungkur di Pasir salak,
    Di situlah pahlawan Melayu berjihad bergasak,
    Melawan Penjajah mempertahankan hak.

    Membara semangat cintakan negeri,
    Membuak gelora penjajah dibenci,
    Tak tahan kehinaan menikam diri,
    Terkenangkan anak cucu kemudian hari.

    Bertempik Maharaja Lela mengilir keris,
    Berbondong pendekar menyusun lapis,
    Penjajahan tanahair maruah bonda terhakis,
    Bersatulah segala Melayu bergalang tangkis.

    Begitulah ceritanya mengikut sejarah,
    Menjaga tanah ayo rupa-rupa payah,
    Tumpah darah, tak kena gaya terus pindah,
    Anak cucu kemudian hari yang terima padah.

    Jaman-jaman dulu raja yg perintah,
    Apa katanya tak boleh di bantah,
    Zaman sekarang udah le berubah,
    Dalam parlimen rakyat bebas berhujah.

    Nak masuk Parlimen kena jadi Wakil Rakyat,
    Nak jadi Wakil Rakyat kenalah berpakat,
    Masuk bertanding, lukis lambang hijau bulat,
    Kalau menang baru isytihar pakatan dah dibuat.

    Begitulah Encik Nizar masuk ke Dewan Negeri,
    Angkat sumpah setia, teruslah jadi YB,
    Tak semena-mena pulak, takdir Allah dari azali,
    Walaupun tak layak, tapi Tuanku lantik jadi MB.

    Bila dah dilantik, angkat sumpah menjadi MB,
    Nizar pun buat agrement dengan tokehnya DAP
    Sebarang dasar, PAS tak boleh buat sesuka hati
    Mesti diluluskan memanda PKR dan Raja DAP.

    Bila dah mendapat majoriti yang lebih,
    Meleleh air liur YB Nga dan YB Ngeh,
    Tanah di Perak, banyaknya makan tak habih,
    Kena cepat-cepat lulus, segera pulak diagih.

    New Village tu sebenornya Kampung Baru,
    Tempat mengumpul bekas kominis dulu,
    Dema nak jatuhkan kerajaan tapi kena buru,
    Bila dah surrender, duduklah diam di situ.

    Bila DAP dapat control kuasa memerintah,
    Disuruhnya PAS patuh, jangan nak bantah,
    Semua bekas kominis diberi hak milik tanah,
    999 tahun, dapat free, tak perlu susah payah.

    Dalam mesyuarat Exco YB Nizar jadi patung,
    Hanya boleh ngangguk, bila DAP buat untung,
    Islam entah ke mana, PAS kena kelentong,
    PKR tak kisah, asalkan dapat main punggung.

    Tanahair kita yang tercinta, tergadailah sudah,
    Akibat Nizar bahalol, macam budak isap dadah,
    Nak dapat balik tanah tu, bukannya mudah,
    Kecualilah kita sanggup kelahi bertumpah darah

    Kebodohan YB Nizar bin Jamaludin ,
    Nama je parti Islam tapi otak macam kambing,
    Kehendak DAP diikut saja tak payah bargain,
    Inilah dikatakan Pemimpin PAS memang tengin.

    Bila ditanya, ngapa Nizar, kamu buat begitu,
    Nizar bahalol kata, pakatan punya hala tuju,
    Bekas komunis Kampung Baru mesti dibantu,
    Barulah jawatan MB kekal selamanya milik aku.

    Punyalah bodoh ADUN PAS Pasir Panjang,
    Terus MENDERHAKA bila majoriti dema hilang,
    Habis segala polis, tuanku Sultan diterajang,
    DAP tergelak, tengok dari jauh cekak pinggang.

    Rakyat Pasir Panjang masih hairan ternganga,
    Kampung dema belum maju, masih takuk lama,
    Nak jaga Bt. Gantang pulak, memang dia ni gila
    Ikut cakap DAP, jadi boneka dipijaknya agama.

    Ingatlah pesan orang tua-tua,
    Warisan kita hendaklah dijaga,
    Tanah ayo dan segala harta benda,
    Kalau tidak, anak cucu yg menderita.

    (Hasil nukilan: Insan yang hilang simpati pada idealisme PAS dan semakin yaqin pada kejujuran dan keikhlasan serta kewibawaan BN untuk agama, bangsa dan tanahair walaupun kita bersikap menafikannya sepanjang masa)

    Sudahlah Mat Saman Kati, kalau ente nak jadi profesional, bebaskan diri ente dari belenggu pemikiran ajaran sesat Islam PAS tu. Kalau tidak ente tak kemana-mana, berpusing-pusing kat situ je macam tayar motor mat rempit yang pulas minyak tapi angkat tayar depan.

    Jumpa lagi.

  9. 1. pembetulan untuk doktor biasa kawan : kalau aku tak silap bukan saidina umar tapi huzaifah
    sahabat tu - huzaifah alyamani , setiap sahabat ada kelebihan masing2
    2.”Yang membezakan kita semua dikalangan blogger pro-Pakatan bukan lah Hasan Ali atau UG. Bukan Kickdefella atau Ariffahmi. Bukan Osman atau Jamaludin atau Radzi….tetapi budaya Umno yang sudah meresap dalam semua parti.”
    wa dah bilang we need arus ketiga .
    demikianlah bila kuasa harta pangkat maka percayalah lu org akan tengok perebutan kuasa
    perebutan kuasa perebutan kuasa dalam PR dalam pkr pas dap hatta bebas nanti
    mcm lu ckp la msk - gambar personal yg akan nampak besar
    kalau mamat tu baguih mcm anwar @ nik aziz tahan la juga ,
    ni sorry to say - no quality tapi perasan baguih …. boringnye malaysia ……….

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.