Ds Nizar ceramah di Manjung sempena Eidul Adha

Nov 29th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Sya reformis, ucapan

Perjalanan Program Dato Seri Nizar 28/11/2009

8.10 pagi-Dato Seri Nizar tiba di Markaz Pas Kg Serdang bagi menyempurnakan ibadah korban.Beliau turut menyembelih 2 ekor dari 3 ekor lembu yang ada disana.

9.00 pagi - Dato Seri hadir pula dilokasi kedua program penyembelihan sempena eidul adha tahun ini di Taman Terus Maju dan disana Ds Nizar telah menyembelih 1 ekor lembu dari 7 ekor yang ada.

9.30 pagi - Beliau menjengah pula persiapan ibadah korban di Kg Setiawan yang mana disana juga Beliau telah menyembelih salah seekor daripadanya.

10.05 pagi - Dato Seri dibawa ke lokasi program seterusnya iaitu di Kg Baru,yang mana disana Beliau turut diminta untuk menyembelih Lembu yang disediakan.walaupun lembu korban yang lain telah disembelih namun mereka yang hadir tetap menunggu  DS Nizar bagi melengkapkan majlis mereka.

10.30 pagi - Dato Seri kemudiannya singgah di satu lagi majlis korban iaitu di Kg Sg Parit yang mana sedari awal lagi Rakyat telahpun menunggu kehadiran Beliau yang mana ia turut diserikan dengan acara penyembelihan yang dilakukan oleh Beliau sendiri.Selepas itu DS Nizar turut dijamu oleh penduduk setempat yang mana berkerjasama menyiapkan menu makanan tengahari yang mana daging korban menjadi pilihan dan resepi kari daging dan sup GearBox turut menjadi pilihan bagi hidangan makan tengahari bersama Dato Seri Nizar.

12.00 Tengahari : Dato Seri telah meluangkan masa bagi menziarahi Kematian en.Salim di Kg Celok Pencalang yang mana Beliau telah kembali kerahmatullah awal pagi semalam.Dato Seri meluangkan sedikit masa bersama dengan keluarga tersebut dan turut memberikan sedikit sumbangan bagi keluarga tersebut mengururskan pengurusan jenazah.

12.20 tengahari - Rehat dan Solat Zohor

2.00 tengahari - Dato Seri hadir pula kali ini ke satu Majlis Perkahwinan di Kg Serdang yang aman lokasi rumah mempelai tersebut benar-benar dihadapan rumah Dato Wajide ( Bekas Adun Pangkor ).

2.30 - Setiap undangan pasti akan dipenuhi oleh Dato Seri Nizar yang mana selepas itu Beliau hadir di Majlis Cukur Jambul dan Naik Buai di kediaman Tuan Hj Imran yang terletak di Manjung.

3.00 petang - Dato seri meneruskan program bersama Rakyat dalam majlis kurban di Batu 8 lekir.Beliau turut membuat penyembelihan disana.

3.30 petang - Dato Seri melengkapkan jadualnya iaitu seharian bersama Rakyat di Manjug,Perak dalam program-program sempena eidul adha.

Pada sebelah malamnya pula Dato Seri hadir bagi siri Ceramah sempena Eidul Adha di Kg Hj Dahalan yang mana ia merupakan kubu kuat UMNO pada satu masa dahulu.Dan majlis ceramah malam ini menunjukan bahawa ia bukan lagi menjadi masaalah dan PR semakin dan akan terus diterima oleh Rakyat.

Afiat

One comment
Leave a comment »

  1. Salam. Seronok baca dan tengok aktiviti bergambar pemimpin bersama rakyat .. Syabas PerakEkspress!
    Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti yang disertai pemimpin kita seperti ini adalah anatara yang terbaik dihighlight oleh media alternatif/ blog-blog. Tak payah bergantung sangat kpd media elektronik/ media cetak “arus perdana” (yg berwibawa…konon..).

    Perak bertuah sekali diberikan seorang tokoh pemimpin muda spt DS Nizar. Takpa lah apa orang/ BN atau UMNO nak kata. (tentu mereka kata pemimpin BN/UMNO je “YG TERRRBAIK” ke apa…).

    DS Nizar terbukti seorang pemimpin yang disenangi rakyat, berketerampilan, dan berwibawa.

    Semoga rakyat Perak tetap bersatu padu, berdiri teguh di belakang pemimpin berkaliber DS Nizar.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.