Cawangan PAS perlu siap sedia dgn pembubaran DUN - Idham Lim

Nov 29th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Blog Terpilih

TITI SERONG, 27 Nov.:- Cawangan PAS perlu bersiap lebih awal untuk menghadapi pembubaran DUN kerana isu pembubaran adalah sesuatu yang wajar berlaku bila-bila masa dengan suasana politik Perak yang tidak menentu. Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi taklimat Pembubaran DUN Perak untuk Cawangan PAS Parit Kasa di sini .

“Sejak BN merampas kuasa pada Februari yang lepas, saya ingatkan kepada Jentera PAS bahawa BN telah melakukan sesuatu untuk menghadapi Pilihanraya, kerana itu jentera parti PAS juga mesti melakukan sesuatu juga” Jelas Drs. Khalil sambil memuji langkah proaktif yang dilakukan oleh cawangan tersebut dan wajar dicontohi oleh cawangan PAS di DUN Titi Serong dan seluruh negeri Perak.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Cawangan dan Ajk Cawangan tersebut dengan petugas pilihanraya dikalangan pemuda cawangan yang terletak dalam DUN Titi Serong tersebut.

“Usaha yang dilakukan oleh BN termasuklah mempergunakan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya” jelas Drs. Khalil.

Drs. Khalil juga mengharapkan Cawangan perlu mengadakan sesuatu dan program tertentu seperti pergerakan jentera lebih awal seperti cula undi dan pendaftaran pemilih yang baru.

“Pemuda perlu memeriksa setiap rumah penyokong PAS di cawagan dan memastikan kalau masih ada pengundi yang belum didaftarkan, kerana cawangan boleh tahu masalah ini berdasarkan pemeriksaan yang teliti yang dilakukan oleh cawangan” jelas Drs. Khalil.

ADUN Titi Serong juga mengingatkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat perlu ada jentera yang kuat untuk menghadapi pilihanraya apalagi kita berdepan dengan BN yang mempergunakan sepenuhnya jabatan kerajaan yang ada.

Pada kesempatan itu beliau juga menjelaskan kemelut politik yang berlaku dan membuat kesimpulan krisis yang berlaku tidak akan dapat diselesaikan dengan perbicaraan di Mahkamah dan persidangan DUN. Kata Drs. Khalil “Hanya pembubaran DUN yang mampu memyelesaikan krisis ini” tegas nya.

Tags:

Afiat

One comment
Leave a comment »

  1. Awat bro Idham rasa2 keputusan Supreme Court nanti akan memihak Pakatan ke? Jauh panggang daripada api kut…(harap2 hakim2 di negara 1 Malaysia serba boleh semuanya adil’ saksama !

    Pakatan sentiasa bersedia tak salah..elok..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.