Agen Israel Kuasai Putrajaya? [1/3]

Nov 29th, 2009 | By Admin | Category: Hasmi Hashim, Rencana

OLEH Hasmi Hashim

Kalau dahulu di zaman Dr Mahathir Mohammad, terpaksa dibayar sebanyak RM1.2 juta kepada pelobi Yahudi, Jack Adramoff untuk ‘menembusi’ Rumah Putih, kini Perdana Menteri Najib Razak membelanjakan 18 kali ganda lebih besar!

Kecurangan itu terbongkar tak lama selepas Najib sah memberikan kontrak Ogos tahun lalu sejumlah RM20 juta kepada APCO Worldwide, syarikat yang ditubuhkan seorang Yahudi yang bernama Margery Kraus. Tugas syarikat itu adalah untuk menjalankan kerja-kerja perhubungan awam (public relation) kepada Najib… samada dalam atau luar negara. Dan buat julung kalinya, seorang perdana menteri perlu melantik sebuah consultant luar untuk tujuan membentuk imejnya dan memperolehi rangkaian luar.

Secara tak langsung, tindakan Najib membayangkan beliau ‘tidak bersedia’ sama sekali sebelum menduduki kerusi perdana menteri; betapa terhadnya hubungan dan pengaruh Najib, terutama di peringkat antarabangsa. Mungkin sahaja pembaziran sebesar itu; kecil di mata Najib… terutama apabila bos tim pemikirnya, Abdul Razak Baginda yang patut melakukan kerja-kerja berkenaan, ‘patah sayap’ di tengah jalan.

Wibawa Abdul Razak musnah apabila pernah dihadapkan di bawah pertuduhan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Sharibuu. Meski kemudian mahkamah membebaskan Abdul Razak, namun kerana kes berkenaan adalah kes berprofil tinggi, maka sukar untuk dia bergerak bebas membawa misi “Glokal” Najib.

Bukan itu sahaja, pemberian kontrak berkenaan sekaligus membayangkan seolah-olah semua kementerian, agensi, pegawai tinggi kerajaan dan semua sumber dalam negara tak berguna di mata Najib. Dia lebih perlu dan percaya kepada syarikat Yahudi.

KEMUNAFIKAN PM

Sepanjang Dr Mahathir menjadi PM, kritikannya terhadap Amerika Syarikat bergema lantang. Dia juga berbangga apabila dianggap sebagai “singa Asia Tenggara” atau “Seokarno kecil” atas kelantangannya itu ~ yang sebenarnya di mata ramai pemimpin lain, sikap sedemikian tidak lebih hanya sebagai percubaan menunjuk-nunjuk sedikit kemampuan dan kejayaan selain tak lebih sebagai keceluparan kosong sahaja.

Tatkala krisis ekonomi 1997-98, Dr Mahathir juga berhempas pulas mencari dalih menyelamatkan dirinya. Dia menuding Geogre Soros sebagai penyebab; menafikan dan mahu menutup terus, misalnya kelemahan dalam negara, termasuk dana Bank Negara yang digunakan untuk manipulasi pasaran matawang (forex) di beberapa pusat ‘perjudian’ matawang dunia. Daripada kerakusan itu, akhirnya negara kehilangan dan rugi paling kurang sebanyak RM30 bilion!

~ Kemunafikan Dr Mahathir terserlah apabila pada 2008, beliau menafikan tuduhan awalnya terhadap Soros (”penyangak matawang”) dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur.

Sesiapa sahaja yang tidak mempertahankan tindakan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya–meskipun jelas ia adalah salah, melanggari etika dan undang-undang–akan dianggap sebagai ‘bekerjasama’ dengan Barat. Dituduh “agen Barat”.

Anwar Ibrahim antara orang yang dituduh begitu ~ bahkan ramai lagi. Anwar menjadi musuh besar Dr Mahathir apabila antara lain Anwar enggan bersekongkol untuk bill-out individu dan syarikat tertentu, yang mempunyai hubungan darah dan kawan-kawan rapat Dr Mahathir. Bekas PM ke-4 itu tidak mempunyai pilihan kecuali meneruskan tomahan dan segala dakyahnya secara konsisten sehingga kini terhadap Anwar. Terlihat konsisten adalah penting untuk kononnya terlihat benar.

Dr Mahathir pada September 1998 perlu mencantas Anwar demi menyelamatkan dirinya; sepertimana dia kelar leher ramai pesaing politiknya, atau sekurang-kurangnya dua timbalannya sebelum itu. Tidak kiralah kawan, mahupun lawan; sesiapa yang sesaat telah mengambil langkah tak seiring Dr Mahathir, akan padah!

Berulang kali dia mengungkit bahawa dialah yang membawa masuk Anwar ke dalam Umno dan kerajaan, diangkat sebegitu tinggi; tetapi itu semua tidak lebih juga membayangkan kekesalan Dr Mahathir apabila Anwar menolak untuk turut sama bersengkongkol dalam sekian banyak keputusan yang tidak bertanggungjawab sekitar menjelang puncak Krisis Ekonomi.

Latar ini, dengan keadaan ekonomi yang cukup genting, Dr Mahathir perlu untuk menembusi Rumah Putih bertemu Presiden Amerika waktu itu, George W Bush. Pergantungan ekonomi terhadap Amerika adalah kenyataan yang tak dapat dinafikan biarpun oleh seorang yang sesombong Dr Mahathir.

Jack Adramoff, pelobi Yahudi yang menerima bayaran RM1.2 juta itu untuk mengadakan pertemuan Dr Mahathir-Bush kini sedang merengkok di penjara.

bersambung …

Tags: ,

Afiat

17 comments
Leave a comment »

  1. proksi akan membiak sampai kiamat…lawan terus lawan

  2. Porah, di smping aku mngalu2 kan artikel2 meyahudikan pihak gerombolan,aku jugak kata porah sama pkr selagi tak explain awat pkr penang bangang wal baghal bagi persepsi yg almost real bhwa hangpa ssndiri mmg agen freemansoq dgn backdrop stage konvensyen hangpa yg bersimbolkan mata dajjal,n tuan hasmi kalau bisa jwp dan jelaskan isu ni.kalau tk bisa ..i dunno what to say lah,

  3. Nakhoda Melayu yang sesat dilautan…Mahated JAHANAMKAN wang rakyat BERBILION RM..22 tahun…ini perkara PESAR GAJAH…kenapa kau nampak benda kecik2…Nakhoda Tenggang kau ni …DERHAKA pada ibu pertiwi.. tanah air… MENYOKONG penjahanam WANG RAKYAT…bukan WANG bapak KUTTY..

  4. Nakhoda Melayu,

    itu persepsi hang saja. Kalau setakat slogan dan logo banyak yang kta tiru Yahudi. Contoh One Malaysia adalah slogan tahun 1980an iaitu One Israel oleh Israel semasa menerima tekanan dari negara Arab dan puak Soviet.

    Malah pertubuhan Freemason di Malaysia juga dinaungi oleh orang Umno pada mulanya. Tapi kalau nak tahu perangai Yahudi yang suka menindas hak orang lain cuma dibuat oleh Umno sahaja. Contoh wang royalti dah ditukar jadi wang ihsan…. ini bukan Yahudi ker…. kalau setakat logo tak menjadi kudis… tapi yang perangai Yahudi macam mana pula?

  5. Ceh…persepsi aku saja lah pasal issue backdrop stage konvensyen pkr penang yg bermata dajjal tuh? Pasal perkara ni kecik la depa pkr penang bleh senang2 bagi bola tanggung kat penyokong2 (baca media pro gerombolan),hangpa yg kritik aku sila baca entry perakex tajuk “konvensyen konvensyen konvensyen”.

  6. Brother Hasmi,

    Susah betui Melayu nak faham masalah sebenaq nooo… Hari ni ada seratuih pemuda Umno dok demo kat pejabat Ketua Menteri, sbb depa nak alih isu APCO kepada isu perkauman sempit. Brother kena dedahkan penyelewengan Najib khususnya terhadap org Melayu….. Mai la datang penang!

  7. nakhoda..udah la tu..
    jgn telajak…mmg betui pkr penang buat silap…kita patut teguq…tp berpada2..
    jgn sampai nanti hang pulak yg berasap pungkong..orang lain relax je…mampuihh!!..

    ingat lawan kita UBN…kalau kita dok asyik cari silap dalaman sampai kiamat pun tak selesai..
    yg pkr penang pun kena jugak jawab benda ni sebelum jadi bahan sabul geng2 yg tgh ‘gila’ skang ni..

    aku senang je….buat yang terbaik..

  8. betul….kalau ikut quote thatguy ” …kalau kita dok asyik cari silap dalaman sampai kiamat pun tak selesai”

    tegur bepada-pada means tegur “bahasa sepoi bahasa nik abduh”?…atau tegur bahasa “aduka taruna????
    thatguy, hang snediri pun demand the answer…aku tak kisah kalau other ppl ckp isu backdrop konvensyen penang issue kecik…kire dlm skala “keyahudian” issue nie skale 2.5 je la nak di banding dgn isu2 yg “hasmi” bawak…

    dey….bygkan senario yg mudah…

    ” tanggal 1 disember ceramah perdana isu2 semasa pakatan rakyat kat sekian2 tempat…maka di jaja cerita najib yahudi…mahathir yahudi ortodoks..bla bla..rakyat melopong….apco…pak lebai kayu menadah air liur penceramah…apco lagi …ngeeeeeee…kata lah 10000 org duduk denga ceramah…MESEJ NAK DI SAMPAIKAN…UMNO=YAHUDI”…Senario kedua,utusan/thestar…sinar harian sekalipun..wat laporan…”pkr penang agen yahudi…gambaq backdrop konvensyen tadi…”mana lagik menempek kat otak2 lebai melayu malang…ceramah air liur tadi ka bahan mentah dr pkr penang tadi???

    yeah…issue nie kecik…

    kalau PR,pempimpin n penyokongnya terus2 an main sentimen yahudi jugak…sampai kiamat pun tak abis kan???

    kalau pun tuan hasmi hashim sudi nak jawap pertanyaan ttg isu backdrop tuh,sila la jawap…walau pun tuan hasmi nie jalan telawi…

    pkr pun dah jadi keldai! ..pas???? musim2 bunga sekarang nie…nik abduh sgt2…fakap~

  9. maybe hasmi saja jek kot nak alih pandangan. ntah2 sama jek dua-dua pro penjajah. tapi to be fair, mahadey memang ada ciri2 agen israel pun. dalam OIC dok kutuk israel macam2 tapi belakang stage banyak juga ceritanya. smokescreen je tu.

    nakhoda betui. kekadang benda2 yg small details tuh la yg jadi issue. kalo illuminati (alleged) bole tulih secret sign/code kat depan gereja, awat agen freemansoq kat penang tak boleh buat? dah la bendera gambaq mata 1. konon sebab lebam kena tumbuk, tapi secret agenda sapa tau?

    doktor, awat hang meloncat? hang anwarriyun ka? nakhoda tu pengkianat ibu pertiwi eh? typical penyokong PR, suka meloncat tak tentu pasai.

    lankarim,
    cerita2 puak umngok ada link dgn zionis/penjajah semua org tau. yg aku persoal, awat ada staff2 org atas yg kerja dengan ‘demokrasi movement’. semua tu movement yg smokescreen jek. belakang ada agenda lain. sama la juga dgn agenda freemansoq, awat bg peluru free kat puak haramjadah tu?

    thatguy, aku sokong nakhoda buat tu, dlm komen konvensyen2 aku pun outspoken juga. bukan apa, we all want better or real alternative, which means we cant afford for stupid mistakes like that. kalo backdrop pun promo dajjai, puak2 macamni hang nk bg perintah malaysia?

    maybe im paranoid. too much ‘western agenda’ movies i guess. harap maaf kalo terkasaq

  10. Nakhoda Melayu,

    Hang orang mana ? Pas ker.. PKR ker… Umno ker… bebas ker…. semua konvensyen PKR ada lah berlambangkan mata… mengapa nak dijadikan isu besar. Umno pun tak berani nak komen sebab perangai dia macam Yahudi… slogan dia pun Yahudi… banyak isu lagi yg besar … aku kurang yakin kau ni orang PKR. Aku dah kata banyak kali yang suka main slogan Yahudi ni orang Umno jer…..

    Bang Mat tegur konvesyen ok lah…. tak payah lah kau nak sambung2 lak. Melainkan kau ada agenda sendiri

  11. Tak faham aku, awat isu backdrop jadik benda besaq sgt ni?? mmg la logo Pkr dari mata lebam dulu..

    Bro Hasmi, kalau susah sgt, jwb jer apa yg depa nak sgt tau dari bro tu… La ni sampai backdrop pun bro kena fikir semua.. Pemimpin lain boleh korek projek!! Hehe

  12. lankarim cakap……

    Nakhoda Melayu,

    Hang orang mana ? Pas ker.. PKR ker… Umno ker… bebas ker…. semua konvensyen PKR ada lah berlambangkan mata… mengapa nak dijadikan isu besar. Umno pun tak berani nak komen sebab perangai dia macam Yahudi… slogan dia pun Yahudi… banyak isu lagi yg besar … aku kurang yakin kau ni orang PKR. Aku dah kata banyak kali yang suka main slogan Yahudi ni orang Umno jer…..

    Bang Mat tegur konvesyen ok lah…. tak payah lah kau nak sambung2 lak. Melainkan kau ada agenda sendiri
    ——————————————————————————————————————————————

    sebab aku tak keldai mcm pkr penang yg so far tak dak jawapan utk persepsi mata dajja kat backdrop konvensyen depa nie, and sebab hang beriya tanya keahlian aku ke atas mana2 parti yg hang sebut, maka aku jawap, nope im neither an umno member not selagi mana “umno masih berdasarkan semangat kebangsaan dan tidak islam”{pinjam fatwa/pegangan pas},bukan juga ahli pas {selagimana pas masih paranoid dengan sifat moral police nya,divine…nik aduih…bunga2…fakap) , n juga bukan ahli PKR (selagimana falsafah majmuk multiracial nya GAGAL di terjemahkan…dgn sebenar2 terjermahan), yet DGN TEGAS, aku tekankan trend sokongan aku adalah pada parti-parti yang puak gerombolan hujah kan sbg “marriage of convenient”, atas dasar apa sokongan aku pada parti2 dap,pkr , n pas nie??? sebab Pakatan janji kan suatu reform..reform yg tak plastik kan…

    hang tanya kenapa aku nak besar2kan isu nie? argument aku mudah, setuju atau tak backdrop tuh satu realiti?realitii kebodohan freeMANSOQ and co memilih design backdrop yg sebegitu,yg bagi satu pemandangan yang real utk menyokong “tuduhan” umno dan gerombolan yg anwar/pkr/mansoq…freemansoq agen yahudi bla bla tuh.. kalau issue nye kecik,tak kan la org yang kritikal mcm bang MSK nak buang masa posting artikel konvensyen tuh????tak payah la nak tipu diri sendiri try to make a good perception dr backdrop yang mcm tuh…hang tetap akan nampak benda tuh mcm mata dajjal…kire MSK lagi tak berlapik dlm entry “konvensyen konvensyen konvensyen” tuh, terus ckp benda tuh mata dajjal..dlm ruangan komen entry tuh aku ckp…”simbol yg sinonim..”…situasi akan berbeza kalau …backdrop tuh di warnakan dgn warna2 rasmi2 pkr…tapi nie awat warna koko/orange ..tapi dlm dua tona yang berbeza…?

    biaq aku kongsi kan dgn hang satu pengalaman aku sendiri..ni cerita benar…MSK pun ada time tuh, prioryofjenin ada, and ramai lagi rakyat penyokong PAKATAN di hutan melintang…aku tak dpt specify tarikh..but this one happened 3 weeks after perak melingkup jatuh pada BN….so geng2 pempimpin PR perak nie buat roadshow…nak explain kat rakyat perak…awat kita jatuh…bla bla…ada la sekoq dua pemimpin mcm kesavan berucap…lokasinya sebuah dewan terbuka milik cina dlm kawasan hutan kelapa sawit…tapi dlm daerah hutan melintang lah…belakang dewan tuh ada la shrine/tempat sembahan …tu tak dak masalah..dewan nie tak dak dinding…tapi latar belakang pentas dia tirai baldu warna merah …ada tulis carlsberg besaq2…lepas pong pang pong pang pemimpin lain berckap…NIZAR sampai…dia naik atas stage..memulakan ucapan…dlm awal2 ucapan…tak sampai 3, 4 minit…ada la sorang apek pi naik atas pentas…dia pi rapat2kan tirai yang tadi kelihatan tulisan carlserg besaq2…supaya tak lagi kelihatan tulisan carlsberg…supaya setidak2 nya tak la timbul persepsi jahat bahawa cth nya “ds nizar penderhaka sultan berucap di masjlis enjoy2 carlsberg”….apek cina tuh pun bley pikiaq persepsi baik utk ds nizar n jenama parti yg di bawa nya..kenapa tak pkr penang??????????kalau pun bukan apek cina tuh yang pikiaq persepsi positif mesti ada org yang concern kat situh kan…melihat perbuatan itu, aku dan jenin hanya tersenyum…baguih la…cuba hang buat perbandingan relatif…konvensyen tuh perkara yg dirancang…ada ajk bla bla bla…tak kan tak dak sekoq keldai yang pintar dlm taman keldai anwariyyun yang memilih freeMANSOQ utk nampak benda nie?????SO MASIH LAGI NAK CAKAP BENDA NIE ISU KECIK DAN TAK BERSIFAT BOLA TANGGUNG…tlg jgn jadi keldai…

    kalau hang masih eager apa agenda aku…agenda aku besar…nak jadik nakhoda yahudi….hahahhahaa!

    maaf…zaman ini bukan zaman retorika kata semata2,GET THAT FACT STRAIGHT!

  13. wah. panjang berjela. padan muka parti kaldai. parti plastik. harapan palsu.

    lankarim.. aku tak nampak signifikasi tentang org tu parti mana ada kena ngena dgn yahudi. senang betui hang melabel org. bg aku tiap2 org ada agenda tersendiri. tinggal lagi agenda reform ka, agenda jahat ka..

    kalo hang nampak isu mata dajai ni kecik tu opinion hang la, tapi aku n nakhoda yg duduk dlm society yg tak mainstream, benda2 ni still jadi isu dan senang diputarbelitkan. senang cakap, there’s no room for error in PR. tambah2 macam benda bodoh kaldai ni. sebab depa ada power dan rakyat mengharapkan depa. thats why kita kena set a very high standard untuk depa. macam ada pimpinan negeri dok mintak bagi chance untuk depa improve diri depa, apa jadah nya depa yg make a living kat politik, tapi kesudahnya bloggers yang tak bergaji nampak flaws depa. org2 macamni baik stepdown jek. perabih duit parti. kalo dok semua benda ‘takpa’ atau penuh apologetik, baik kita sokong umngok aje. kalo PR cuma baguih lebih 2 inci aje, apa bezanya? baik sokong yg kaghat tu..

    so, konklusi aku, kita semua ada agenda masing2. dan kita terjemahkan agenda kita itu melalui cara masing2. yg bodoh terus jadi lagi badoh macam kaldai, dan yang pandai terus tertawakan kaldai bodoh yang termakan suapan racun si licik.

  14. Wah! Kompom ramai cyber trooper upahan Umno kat sini! Mana tidaknya, baru dpt gaji, rajinlahh!! Kah-kah-kah….. Tunggu tengah bulan tgk, muka pun layu.. Najib siang-malam kenyang! Kah-kah-kah

  15. Nakhoda Melayu,

    menuduh orang lain keldai adalah ejen umno. Sah2 lah hang orang Umno…. no wonder lah hang beria-ia nak jadikan isu bacdrop tu kat Penang jadi isu besar.

    Backdrop tu boleh diterjemahkan dengan pelbagai maksud.

  16. tuduh org lain kaldai = ejen umno.
    tuduh org lain yahudi = ejen umno.
    org yg takmau terima kebenaran = mewarisi ciri2 umno dalam tak sedaq.

    ok. aku dan nakhoda melayu dengan ini dilantik oleh lankarim sebagai ejen umno. cik salmah.. jaga-jaga :).

    dah la geng. we rest the case. hangpa PKR semua baguih. semua hangpa buat salah boleh tutup mata. kami umno yg perjuangkan bangsa kami ni memang macam yahudi. sebab kami yahudi la kami takmau hangpa mewarisi macam kami. belajaq dr kebodohan kami perjuang benda yang takda erti selama ni.

    nakhoda, stop this madness. ‘This Ain’t A Scene, It’s An Arms Race’.

    viva la freemansoq

  17. biarkan segelintir penyokong PR paranoid dgn cybertrooper umno…walhasil, tuan empunya artikel sudah bagi penjelasan yg minimum utk jelaskan isu betapa being a pkr, u guys can’t afford to be like umno, apatah lagi YAhudi…tuh bahasa yang baik….bahasa yg kasaq…jgn jadik keldai…

    jenin, kalau aku masih jumpa apek tuh aku nak ucap syabas kat dia…pasal dia tak sekeldai agen freeMANSOQ kat penang…

    ngeeee…

    i rest my case!

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.