Siapa Pembaca Blog?
Nov 28th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaAda orang yang pertikaikan aku tentang Perakex top-blogs. Macam mana blog yang tak sepatutnya berada diatas, boleh jadi top. Dan kalau dibandingkan dengan pengunjung yang tertera diblog tertentu, ada yang mencapai berjuta-juta…tapi ditangga kebawah?
Kalau nak dikira jumlah pengunjung, tak ada sapa yang boleh lawan Laman Marhaen. Sebab jumlah pengunjung dikira dari tarikh mula dia memasang widget tersebut. Dan ada yang bermula bukan dari kosong, tapi kadang-kadang bermula dari sepuluh ribu. Lagi satu, widget yang berlainan..membuat pengiraan yang berlainan. Tengok dua widget yang terdapat diperakex saja pun cukup lah. Jumlah pengunjung yang online berbeza. Itu sebab aku menggunakan Alexa Ranking supaya berlaku adil kepada semua.
Jumlah pengunjung ke blog lebih kurang macam jumlah ahli sesuatu parti politik. Ada yang gah dengan ahli seramai 3 juta, tapi nak buat mesyuarat cawangan pun tak cukup korum macam Umno. Ada parti yang cakap ahli ratusan ribu, tapi cuma muncul bila ada pilihanraya kecil.
Blog-blog politik lebih kurang macam parti-parti politik. Blogger-blogger politik juga lebih kurang macam ahli politik. Isu-isu yang dibawa oleh blogger politik juga, lebih kurang macam isu-isu yang dibawa oleh ahli politik. Penyokong blog-blog politik juga, lebih kurang macam penyokong parti politik. Trend nya hampir sama.
Pendek kata, blogger-blogger politik adalah lebih kurang macam ahli-ahli politik.
Hakikatnya…kita semua pemain politik. Dan pengunjung-pengunjung blog politik lebih kurang sama dengan pengundi yang berada diluar sana.
Ada parti yang mempunyai ramai ahli, tapi hanya sedikit yang memahami perjuangan parti atau pun yang wala’ kepada parti. Sokongan kepada parti bergantung kepada kredibiliti sesuatu parti itu. Kalau kredibilitinya menjunam,kewalakan ahli dan penyokong juga menjunam.
Ada blog yang mempunyai ramai pengunjung, tapi hanya sedikit yang memahami apakah matlamat yang cuba dicapai oleh blog tersebut. Kebanyakanya hanya berminat untuk mengetahui apakah isu-isu dan berita sensasi yang dibawa oleh blog tersebut. Dan apabila tidak ada berita ataupun sesuatu yang baru diketengahkan, blog tersebut akan menjunam.
Pernahkah sesuatu parti mencuba untuk mengenali siapakah ahli-ahli mereka? ataupun siapa penyokong mereka? Mengapa mereka menyertai sesuatu parti tersebut..ataupun menyokong parti-parti tersebut?
Pernahkah sesuatu blog mencuba untuk mengenali siapakah pengunjung setia mereka? ataupun mengenali siapakah penyokong mereka?
Aku rasa…sama saja. Parti politik gembira bila mereka memenangi kerusi yang banyak. Blog-blog gembira bila mendapat hits yang banyak. Blogger dan ahli politik sama saja.
Dikalangan ahli politik, kita ada watak-watak yang dikenali kerana perwatakan mereka. Dikalangan blogger juga kita ada watak-watak yang dikenali kerana perwatakan mereka. Kalau dilihat kepada 10 blog teratas dalam Perakex Top Blogs, setiap blogger mempunyai perwatakan yang tersendiri. Sebut saja nama blog, orang sudah boleh membuat persepsi.
Itu sebabnya, aku selalu menyebut bahawa setiap blogger perlu mempunyai identiti tersendiri kalau nak popular. Ada yang tak mahu popular..itu hak dia. Begitu juga dengan parti… kalau nak popular kena ada identiti tersendiri. Kalau tak nak popular macam PRM…itu hak dia.
Ada blogger-blogger yang mahu dikenali sebagai blogger parti. Ada yang mahu dikenali sebagai penyokong parti. Ada blogger yang mahu dikenali sebagai blogger sesebuah parti tetapi mahukan reform…dan ada juga yang mahu dikenali sebagai blogger bebas, tapi pro-Pakatan… dan ada juga yang mahu benar-benar bebas macam Ibrahim Ali. So..macam-macam kategori blogger yang ada.
Hari ini aku nak bawa melawat kebelakang widget histats yang ada disideblog kebanyakan blog. Disitu terkumpul maklumat tentang sesuatu blog. Dan aku ambil apa yang terdapat di Perakex sebagai contoh, untuk dilihat dan dikaji oleh orang-orang politik. Baik ahli politik ataupun blogger politik.
Terdapat beratus ribu blog di Malaysia saja. Itu termasuk blog masak-masak, blog cintan, blog sabul, blog awekz..macam-macam blog. Blog politik pro-Pakatan saja ada dekat seribu… sehinggakan pembaca tak tau nak masuk blog yang mana satu.
Jalan pintas yang senang ialah dengan memasuki blog direktori..dan yang paling popular ialah blog Wartamaya. Masuk blog wartamaya, tengok sapa yang update blog, dan dari situ baru terus ke blog yang mengemaskini berita.
Diblog Wartamaya juga kita boleh melihat blogger-blogger yang menunggu berita dari orang lain. Naik saja satu berita yang sensasi…dalam masa sejam..beberapa blog lain juga akan mengutip berita tersebut. Kadang-kadang sampai sepuluh blog di Wartamaya yang mengulangi berita yang serupa…cuma kadang-kadang tajuk yang berlainan.
Kalau dilihat kepada statistik diatas,lebih daripada separuh pengunjung melawat Perakexpress melalui Wartamaya.Apa yang menarik ialah bukan Wartamaya saja yang membuat blog direktori…Siyasah Syariah dan ABO Daily juga membuat blok direktori. Banyak lagi blog-blog yang membuat direktori..tetapi mengapa blog Wartamaya yang menjadi pilihan? Lu pikir la sendiri.
Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak, aku berjumpa dengan EXCO Penerangan…minta dia membuat satu laman web untuk memberi penerangan kepada rakyat Perak tentang kejayaan Pakatan Rakyat Perak. Jawapannya…”how many people read internet?” Not even 10% what?”. Itu jawapan bodoh dari EXCO yang bangang.
Perakexpress merupakan blog bahasa Melayu. Kadang-kadang lebih teruk….bila penulis menulis dalam bahasa Perak. Berapa ramai orang yang faham? Cuba tengok pembaca Perakex dari seluruh dunia.
Tak kan orang putih pun faham blog cakap Perak? Besar kemungkinan mereka adalah pelajar-pelajar Malaysia disana. Dan mereka inilah yang akan kembali mengundi dalam pilihanraya akan datang. Kalau mereka ini tidak mendapat maklumat dari sekarang…dan hanya membaca berita dalam Utusan dan NST…jangan salahkan Umno kalau mereka mengundi BN.
92% daripada pengunjung Perakex datang dari Malaysia. Siapa mereka? Perhatikan graf dibawah.
Pengunjung blog tak konsisten. Buat lah macam mana sensasi cerita pun, bila tiba hari Jumaat, Sabtu dan Ahad…pengunjung mesti drop. Hari Sabtu merupakan jumlah pengunjung paling rendah. Pasai apa?
Hari Jumaat…Kedah dan Kelantan bercuti. Hari Ahad pula, kebanyakan negeri bercuti. Cuma pada hari Sabtu, semua negeri bercuti.
Dan apa bila tiba Isnin, pengunjung akan melonjak semula. Pasai apa?
Hampir separuh daripada pengunjung Perakex adalah kakitangan kerajaan yang menggunakan komputer dipejabat. Sapa kata depa semua sokong Umno? Jadi..berhati-hatilah bila kutuk Umno ataupun kakitangan kerajaan. Ramai daripada mereka adalah penyokong kita, dan kalau nak kutuk kakitangan kerajaan..spesifik sikit la. Jangan bubuh round-up. Nanti penyokong kita dalam kerajaan pun meluat kat kita.
Dan kalau pergi ke pejabat kerajaan..jangan la marah sangat kat depa kalau pagi-pagi depa lambat sikit melayan kita. Sebabnya…. tengok graf dibawah.
Kebanyakan pengunjung mula mengunjungi Perakex ketika mula waktu pejabat. Masuk pejabat…tengok laman-laman web yang mereka tak dapat tengok waktu malam. Kebanyakan daripada mereka adalah dikalangan yang berumur 35 tahun keatas. Macam mana nak tau? Tengok pada komen-komen. Waktu siang, ramai yang kaki Ramli Sarip, kaki Smoke On The Water.
Anak anak muda lebih suka melayari internet waktu malam. Bahasa yang digunakan pun lain macam. Lebih banyak menggunakan bahasa sms. Lu… Gua. Bahasa Aduka Taruna.







Klik Imej Untuk Senarai Penuh















ha ha pintar jugak mat saman kati
Aku hari2 usya blog dr mobile phone aku,kekurangannya kalau ada entry ber audio visual aku akan skip,n kalau sempat baru usya thru pc. Perakex ni kira ok lah,kalau ada isu yg pelik skit aku mesti tepon msk, even klau penulis tamu kt perakex nye artikel agak tepu,sebelum aku kondem aku tanya dulu msk, usul prriksa la kata kan, pendapat aku byk blogger parti lebai malang paranoid,just a few yg menongkah arus paranoid ni,kdg2 established writer mcm wak banjari pun sengal ubi jugak,aku usya entry dia tajuk sumber dr 1st hand,baca entry tertarik nk baca,aku end up membaca artikl sampah,huh! kalau lah boleh aku pi lepak pekena teh tarik dgn msk,thehehe,..
ps..klu bhsa lu gua bahasa aduka,bahasa bunga2 layu awan mendung bhsa sapa la agaknya..nik..aduih..fakap!
Tumpang lalu …..
salam…betoi bebenor tu..
Salaam Sdra MSK,
Satu kajian ilmiah.
Cisss… cakap jer la terus-terang bro..
Budak bujang memalam layan internet, budak umo 35 memalam layan bini.
Betoi aduka aku sokong hahaha. Org tua malam layan bini ja tau. Siang2 baru layan politik hehe.
kah kah kah , , , , wa setuju ngan duka tu mat,,, budak2 35 thn ke atas tgh layan bini la kah kah kah . . .
chait siot bile mase ade warta bahase wa lu ni bahase aduka taruna, bang mat, tarik balik bang mat,,,, jangan sampai anak muda saman lu kah kah kah . . .. tionaseng punya aduka, lu yang dapat nama….
Sementara menunggu anak tidur aku layan internet dulu
Yop seorang warga emas. Yop bersyukur kerana dengan sedikit kemudahan yang ada, Yop boleh menggunakan internet. Pepagi sebelum Yop ke kebun, telah menjadi amalan biasa , Yop akan membelek dulu laman web Malaysiakini, Harakah Online dan pastinya Perakex sebelum membuka e-mail dan mengemaskini Face Book. Pada peringkat awal dulu Yop tertarik untuk membaca di antaranya blog-blog kuda_kepang, kadirjasin, sangkelembai2006 dan Lanh14. Setelah mengenali Perakex melalui penulisan - penulisan MSK, Ahmad Zawawi, Ummi Anni, Dango Mamat dan Mother of 3 Mohd, Yop tertarik pula dengan mereka ini kerana cara bahasa yang mereka gunakan sesuai dengan selera Yop yang dah tua-tua ini. Maklumat alternatif yang dipaparkan dapat membuka minda untuk berfikir dengan lebih rasional. Oleh sebab terlalu banyak maklumat yang hendak dilayari, biasanya Yop hanya mebaca berita-berita pokok sahaja. Bagi komen-komen yang dipaparkan dengan cara bahasa yang tidak menyelerakan, Yop skip sahaja. Walaubagaimana pun Yop ingin menyebutkan bahawa di tempat Yop bukanlah semua orang boleh (bukan kerana tidak berminat) mendapat kemudahan ber’internet’ ini. Sudah hampir dua tahun Yop memohon talian tetap untuk mendapatkan perkhidmatan internet yang lebih sempurna, tetapi masih belum dapat kerana kemudahan prasarananya yang belum ada. Kini Yop bergantung kepada jalur lebar dengan kelajuannya yang amat lembab tidak setimpal dengan caj perkhidmatan yang dikenakan. Ini yang menyebab kan tidak ramai orang tertarik untuk menggunakan internet. Yop berharap benar pihak yang berwajib dapat melihat situasi ini dengan bersungguh-sungguh bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dengan iklan-iklan yang indah khabar dari yang sebenar.
aduka, love perak,
Hangpa layan politik sat saja. Selebihnya layan rumah tumpangan sabul.
Kena check balik, blog politik yang paling popular pun sekitar ranking ke seribu. Apa agaknya blog yang paling popular untuk orang muda macam aduka? Macam la aku tak tau.
kah kah kah… itu aku setuju…
Aduka… BikiniMerah la oit… baik punyer….
baca blog PR dulu, lepas tu BTN (Barang Telah Naik)…. baru layan BiNi bukan BN.
dah lama dah…..
salam,
wow mmg terperinci.. sya rasa ada byk fakta yg perlu ki teliti dan kaji disitu…
cuba teka adakah sya golongaan muda atau tua dr segi bhs saya ini..?
huhuhu apa pun… lawan ttp lawan, lawan sampai menang….
salam reformasi.
cuba teka..teman ni muda ke tua? wakakkaa
ada masa2nyer..blogger2 ni xder idea nak tulih paper pun..
dan..blogger2 nih, terutamanyer yg mewakili parti2 politik..
xkirala..mp ker..adun ker..ataupun ahli2 biasa..
patutnyer buat homework mcm msk nih..
stat nih penting..klu x mampu nk buat stat sendiri..
boleh mintak bantuan pembaca2 blog..yg ada background stat ler..
klu xpun..upah jer msk..
tahniah..msk..
salute bro MSK.. sejak Bagan Pinang aku pon dah lama tak buka blog2 ni.. dah mcm takda isu sgt.. asik cerita yg sama..BN lawan PR, PR lawan BN, MCA lwn MCA, PR lwn PR, PAS pon lawan sesama depa… kita semua insan politik, bila ada isu yg kita suka kita tgk la.. tapi bro MSK ni mmg lebih kreatif dr yg lain2, kalau dia kutip cerita org lain pon dia akan buat ulasan …jrg sgt MSK kutip cerita org lain, cerita dia kena kutip ada lah.. hehehe..
Nnt dekat2 PRK Kota Seputeh aku akan usya selalu blog2 pilihan.. tenkiu utk semua team PerakExpress
MSK memang betul, yang aku pelik masih ada orang PR yang celik IT tapi lembam…tak tau nak manfaatkan IT…dengar berita sehala je…aku tak kisah la dari BN ka atau PR, kita mesti kena dengar dua hala…
Dan statistik yang ditunjukkan oleh MSK juga membuktikan bahawa talibarut talibarut PR yang bekerja didalam agensi kerajaan inilah yang memberi liabiliti kepada kerajaan yang memerintah. Kalau dulu, masuk kerja jam 8pagi, stat jam 9pagi, pukul 10 plak…keluaq minum…laniiee depa ada satu lagi kejaa…tengok berita sensasi di blog puak pembangkang. Menyebabkan perkhidmatan kepada orang ramai lembab dan sembab…dahlah guna harta kerajaan pada waktu kerja, kutuk kerajaan plak…curi tulang…makan duit haram tapi tak sedaq. Terbukti pada hari isnin…..rating melambung tinggi….dok berblog ditempat kerjaa…kahkahkah…pencuri laa puak hangpa niee.