Kisah Polis Tembak Pemuda di Perlis.
Nov 28th, 2009 | By Admin | Category: Berita, utamaOleh: Perfectwater75
Kisah benar yang diceritakan sendiri kepada saya oleh keluarga tersebut. Saya hanya menyampaikan dan tiada niat untuk melukakan mana-mana pihak sama ada tersurat mahupun secara tersirat…..Seperkara yang harus diambil perhatian, mangsa yang ditembak ialah seorang OKU yang cacat di bahagian kakinya akibat kemalangan jalanraya satu ketika duhulu.
(Cerita yang dikutip versinya dari Bapa kepada mangsa sendiri)
Pada pagi 14 November 2009, lebih kurang jam 6 pagi, terdengar orang mengetuk pintu, di rumah saya di alamat No. 2, Jalan Taman Intan, Belakang Istana Raja, 02600 Arau, Perlis. Setelah melihat melalui tingkap bilik, saya dapati mereka ialah polis yang datang untuk memberitahu bahawa anak saya MOHAMAD TAWFIQ BIN NOORZAN (selepas ini disebut sebagai Tawfiq) seorang yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai Pengusaha Kedai Makan di Medan Rancangan Perumahan Awam Arau dan Balai Baru Beseri, Perlis telah membuat laporan di Balai Polis Arau bahawa beliau hendak ‘buat orang’ . Dalam lebih kurang 15 minit kemudian anak saya telah pulang kemudian terus masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasutnya dan keluar semula dengan membawa pisau pemotong sayur dalam keadaan marah dan keletihan. Anggota polis yang berada di depan pintu rumah hanya memerhatikan sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan awal bagi menghalang anak saya untuk keluar untuk bertemu dengan Rashidi (kawannya yang meninggalkannya di Alor Star). 2 orang anggota polis yang ada menyatakan mereka tidak berani untuk menghalang anak saya yang juga dikenali sebagai ‘Botak’ kerana mereka mengenali kelakuan beliau apabila berada dalam keadaan marah.
Lalu Tawfiq mengambil motosikalnya dan isteri saya masih memujuk Tawfiq supaya tidak meneruskan keinginannya. Jawab Tawfiq “ Jangan ganggu dia!” dia terus membonceng motosikalnya ke arah Guar Sanji. Saya pun keluar mengikut jejaknya dengan kereta pada jam 6.30 pagi dan mendapati motosikalnya ditinggalkan di tepi jalan lalu saya terus menuju ke arah Guar Sanji. Apabila sampai ke Guar Sanji, saya dapati beberapa anggota polis siap dengan sebuah kereta peronda dan sebuah kereta Proton Satria berwarna putih yang saya kenalpasti sebagai kepunyaan salah seorang anggota polis yang telah datang ke rumah saya. Lalu saya memarkir kereta saya. Saya lihat anak saya Tawfiq sudah berada di hadapan rumah Rashidi. Tawfiq memanggil keluar Rashidi dengan berkata “ Hang keluaq, kalau betui hang anak jantan!” Kemudian saya memujuk dia dan mengajak beliau pulang ke rumah tetapi dia menjawab ‘ Abah cakap senang, tak kena kat abah takpa la…abah tau apa, apiq (Tawfiq) yang tau, ni muka nak letak kat mana, apiq botak ni abah. Saya terus memujuk beliau. Dia menjawab, tang lari apiq tak lari, apiq nak selesai juga pagi ni.” La, abah pi balik”. Lebih kurang 6.45 pagi Saya pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah untuk mengambil isteri saya dengan harapan dia dapat memujuk anaknya yang sedang marah itu. Lebih kurang, saya terus bertolak ke tempat kejadian bersama isteri..Lebih kurang 7.00 pagi, Saya dapati ada dua kumpulan anggota polis masing-masing berada di tepi jalan. Salah seorang angota polis itu memegang sebatang paip pvc putih. Saya tidak nampak kelibat anak saya berada di tempat kejadian.
Pada masa yang sama, Saya terdengar seorang anggota polis yang saya kenali sebagai Aidil menjerit untuk menanyakan patutkah kita keluarkan Rashidi? Rakan-rakannya menjawab “tak payah”. Selepas itu kami bergerak berjalan kaki sambil mencari kelibat anak saya dan saya terlihat anak saya berjalan kaki menuju ke arah landasan keretapi berhampiran dalam keadaan amat keletihan kerana dia dilihat rebah dan bangun semula dalam setiap beberapa langkah. Saya terus mengekori dalam jarak yang agak jauh tetapi masih nampak kelibat anak saya dan terus mengekori ke arah jejantas lebuh raya Arau. Kemudian kami kembali masuk ke dalam kereta untuk mengekori anak saya. Saya memandu kereta dan memarkir kereta di sebelah atas jejantas lebuh raya Arau. Kami turun dari kenderaan dan meneruskan usaha memujuk anak saya agar tidak meneruskan kemarahannya lagi. Taufiq tidak mengendahkan pujukan saya dan terus berpatah balik.
Sebaik sahaja melihat keadaan itu, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membuat pusingan ‘U’ di atas lebuh raya sehala untuk mendapatkan Tawfiq dengan cuba mengikut kereta peronda polis yang turut bersama di atas jejantas tetapi agak terlambat. Sepanjang berada di atas jejantas, saya dapati tiada sebarang usaha memujuk yang dilakukan oleh anggota polis kepada Tawfiq untuk menyerah diri kepada polis. Ketika itulah saya terdengar bunyi dua kali tembakan secara berturut-turut(bukannya berselang dalam satu tempoh) dan pada ketika itu isteri saya berkata “abah, depa tembak dah anak kita” lalu pengsan. Sesampai saya di tempat kejadian. Kami menghentikan kereta dan bertemu dengan Ketua Polis Balai Arau yang saya kenali panggilan Tuan Jabar dan saya bertanya “ mana anak saya?!”. Beliau(Tuan Jabar) sambil memegang pisau pemotong sayur yang saya kenal sebagai pisau yang dibawa oleh Tawfik (sedangkan ia barang bukti dari tempat kejadian yang belum diproses kerana tiada pasukan forensik polis dilihat berada di tempat kejadian itu) menunjukkan isyarat mulut ke arah tubuh di tepi jalan dalam keadaan tertiarap dan tangan bergari di belakang yang kemudian saya kenali sebagai tubuh anak saya Tawfik.
Pada masa yang sama, saya terdengar suara salah seorang anggota yang saya tidak kenali menyatakan “Kami tembak di kaki”. Kemudian, saya terus bergegas menuju ke arah tubuh anak saya untuk memangku beliau. Isteri saya terus menyelak kaki seluar yang dipakai Tawfik untuk mencari kesan tembakan di kaki. Malangnya tiada sebarang kesan tembakan di kedua-dua belah kaki anak saya. Sebaik saya melihat ke arah badan Tawfik, saya dapati ada satu kesan darah di baju dan terus saya menyelak baju Tawfik dan saya dapati dengan jelas kesan satu tembakan di bahagian dada. Saya berkata “ tadi hangpa habaq kat aku tembak di kaki, tapi pasaipa hangpa tembak di dada?!!” Ni bukan nak bagi cedera tapi memang hangpa nak bunuh anak aku!!!” Saya bertanya lagi ‘ mana dia ambulan,bawa dia pi hospital” Sambil itu, kami memeriksa nadi dan tiada sebarang tindak balas, kemudian saya menyuruh Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membuka gari di tangan anak saya. Jadi kemudian, ikatan gari dibuka tetapi hanya sebelah tangan sahaja. Selepas itu, saya lihat keadaan muka anak saya berlumuran dengan darah dan sekali lagi meminta kain untuk mengelap mukanya dengan harapan Tawfik dapat bernafas dengan sempurna kerana saya beranggapan Tawfik masih hidup ketika itu. Tuan Jabar menjerit kepada anggotanya “mana kain?, mana kain?”. Selepas itu, saya melaung sambil bertanya “ pasaipa hangpa biaq tang ni, pasaipa hangpa tak bawa pi hospital, mana ambulan, hangpa mai angkat cepat bawa pi.
Berikutan itu,Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membawa masuk kenderaan Polis (Land Rover) yang sedia terdapat di dalamnya pengusung dan plastik hitam pembungkus mayat seolah-olah mereka telah merancang untuk menembak mati Tawfik. Anggota yang ada terus membawa turun pengusung tanpa membuat sebarang pengesahan kematian secara rasmi kerana tiada sebarang kenderaan ambulan dari hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan dilihat berada di lokasi kejadian. Sepatutnya perlu ada satu pengesahan status anak saya yang ditembak sama ada masih hidup atau mati tetapi saya lihat tiada seorang pun yang melaksanakan Prosedur Pengesahan Status Kematian tersebut. Kemudian Land Rover Polis terus membawa tubuh anak saya ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Fauziah Kangar untuk proses selanjutnya. Saya bersama isteri saya juga mengikut kenderaan polis menuju ke hospital tetapi gagal untuk mengekori kenderaan tersebut kerana ia dipandu laju.
Sesampainya saya di Unit Kecemasan HTF, saya merujuk kepada salah seorang petugas yang saya tidak ingat namanya di kaunter kecemasan bertanyakan tentang hal tentang pendaftaran kemasukan sebarang kes melibatkan orang awam ditembak polis tetapi jawapan yang saya terima ialah tiada dan diberitahu pada kebiasaannya kes sebegitu biasanya terus dirujuk ke Unit Forensik HTF. Saya pun terus pergi ke unit berkenaan untuk mengetahui prosedur selanjutnya.
Saya melihat sekumpulan anggota polis sudah berada di perkarangan rumah mayat HTF pada pagi kejadian. Selepas itu, saya bertanya kepada setiap anggota polis yang ada di situ siapa yang menembak anak saya, lalu saya telah ditunjukkan kepada anggota yang menembak anak saya, selepas mengecamnya saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis berkaitan keseluruhan kejadian. Setibanya di IPK Perlis di Kangar, saya telah diganggu privasi ketika hendak membuat laporan polis yang pertama. Terdapat terlalu ramai anggota polis di kaunter laporan yang mengerumuni di meja penerima laporan silih berganti dan membaca laporan yang saya adukan.
Selepas selesai membuat laporan polis, saya terus dipanggil oleh seorang pegawai penyiasat di tingkat dua yang berbaju preman untuk mengambil kenyataan saya. Setelah habis memberikan kenyataan, saya terus ke Unit Forensik HTF untuk melihat dan menuntut mayat anak saya. Ketika itu, saya dimaklumkan sesi autopsi masih belum berjalan kerana menantikan kehadiran Pakar Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Dr. Mohd Suhani bin Mohd.Noor yang terlewat kerana baru menyelesaikan kes di Pulau Pinang lebih kurang jam 5 petang. Saya terkejut bila ditanya oleh pakar yang berkenaan penjelasan prosedur berkaitan oleh Polis sedangkan tiada sebarang taklimat atau sesi penjelasan berkenaan kes anak saya yang ditembak polis ini.
Dari pengamatan saya, banyak prosedur telah dilanggar oleh pihak polis berkaitan proses dan prosedur bedah siasat mayat yang berkaitan kes seumpama ini terutamanya makluman awal kepada pakar forensik tentang masa kejadian berlaku, prosedur imbasan X-ray telah dibuat awal sebelum mendapat kebenaran daripada pakar yang berkenaan menyebabkan prosedur kedua imbasan x-ray dilakukan, makluman pihak polis kepada pakar forensik menyatakan bahawa sesi taklimat dan penjelasan kes sudah diberikan kepada waris si mati sebelum proses bedah siasat dijalankan. Akhirnya, saya memohon kepada Pakar Forensik agar ketelusan dalam proses yang berkenaan. Selepas mendapat jaminan ketelusan daripada pakar forensik tersebut saya pun keluar dari bilik pejabat am di Unit Forensik HTF.
Setelah selesai ‘post-mortem’ si mati, saya dipanggil oleh Doktor Pakar Forensik dan menyatakan keputusan forensik seperti berikut: Sebab kematian pertama akibat tembakan peluru terkena jantung dan mati serta-merta, seterusnya ada kesan trauma pukulan di bahagian belakang tubuh mangsa dan yang ketiga ada kesan gari yang jelas di kedua-dua tangan si mati. Selepas itu saya menunggu proses akhir bedah siasat dan seterusnya kerja memandikan dan mengkafankan anak saya sebelum saya menuntut mayat untuk di bawa pulang ke kediaman saya.
Saya membuat laporan ini kerana mendapati terlalu banyak percanggahan dalam laporan dan kenyataan oleh pihak yang berkenaan dalam siasatan kes ini.
1) Saya memohon ruang keadilan yang saksama diberikan kepada saya dan tidak diganggu emosi oleh rondaan anggota polis di sekitar kawasan rumah saya setiap hari sejak kejadian tersebut.
2) Saya amat terganggu dengan cara mereka mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan fakta di tempat kejadian. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak polis jelas meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Tawfiq sedangkan dia belum disabitkan sebarang kesalahan dan tindakan polis hanyalah kerana beberapa prosedur yang mereka sendiri tidak patuhi selama menyelesaikan kes berkenaan.
3) Perlu diingat Si mati Tawfiq ialah seorang OKU kerana kecacatan kekal di bahagian kakinya tidak memungkinkan beliau melakukan kerja yang berat dan apatah lagi dalam keadaan keletihan setelah berjalan kaki dalam tempoh yang lama dilihat tidak mampu mengancam polis.
4) Polis sengaja mereka cerita secara tidak berasas untuk melindungi anggotanya yang tidak mengikut prosedur kes.
5) Polis jelas berbohong bila menyatakan mereka melepaskan tembakan amaran kerana dari pendengaran saya di tempat kejadian jelas dua das tembakan yang dilepaskan polis secara berturut-turut dan bukan diselangi waktu yang tertentu.
6) Polis juga gagal untuk mengambil sebarang tindakan awal membendung kejadian ini apabila menerima laporan yang dikatakan dibuat oleh Tawfiq sendiri di Balai Polis Arau pada awal hari kejadian.
7) Ketiadaan ahli forensik di tempat kejadian menyebabkan banyak barang kes termasuk pisau yang dibawa Tawfiq diusik dan mungkin diubah, jelas tidak mematuhi peraturan dalam melaksanakan prosedur kerja termasuk pengesahan kematian suspek yang ditembak di bahagian dada. Pihak polis dilihat sudah menyediakan kelengkapan untuk membawa ‘mayat’ dan bukannya bersedia menyediakan pasukan perubatan dari hospital atau pusat kesihatan yang terdekat jika tujuan mereka hanya hendak meleraikan amukan suspek. Buktinya mangsa tembakan terus dibawa ke Unit Forensik dan bukannya Unit Kecemasan. SIapa yang mengesahkan kematiannya ‘dalam perjalanan’?
Keadaan tangan yang bergari menimbulkan persoalan sama ada suspek digari sebelum atau selepas ditembak. Ini jelas menjadi keraguan kerana tembakan di dada boleh menyebabkan kematian serta-merta dan apa rasional mangsa tembakan digari selepas ditembak dan dibiarkan tersembam muka di tanah dengan berlumuran darah di bahagian muka?Apa juga rasional mangsa ditembak dalam keadaan bergari jika prosedur menggari suspek dilakukan sebelum ‘nyawanya diambil’?
9) Suspek dilihat sudah tidak bermaya untuk melangkah dan rebah beberapa kali sebelum ditembak. Apakah prosedur yang dipatuhi polis untuk menangani kes sebegini? Perlu diingat, suspek berjalan kaki sejauh lebih 50 kilometer dari Alor Star dan tidak berehat. Mustahil suspek mempunyai tenaga ‘superb’ untuk terus bertahan kekuatan fizikalnya untuk meneruskan ‘amukannya’?
10) Kenapa bilangan anggota polis yang lengkap dengan senjata tidak mampu dan gagal menangani seorang yang disyaki hanya membawa sebilah pisau pemotong sayur yang sudah keletihan dan tidak bermaya?
11) Kenyataan awal dari anggota polis yang datang ke rumah keluarga suspek menyatakan mereka tak mampu untuk mengambil tindakan menahan suspek kerana cukup mengenalinya bila berada dalam keadaan marah jelas menyalahi etika professionalisme polis yang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan rakyat.
12) Kenyataan akhbar yang dipetik dari makluman polis jelas menjatuhkan maruah keluarga dan suspek sendiri kerana kami sudah dihukum tanpa bicara terlebih dahulu. Soal komersial atau sensasi sepatutnya tidak menjadi keutamaan mana-mana pihak dalam kes sebegini kerana maruah sepatutnya menjadi keutamaan. Polis sepatutnya meneliti keseluruhan fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat ‘mempertahankan diri’ demi imej dan reputasi pasukan polis. Barulah integriti POLIS DIRAJA MALAYSIA sebagai pasukan yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam di Malaysia lebih dihormati.
p/s: Ketelusan semua pihak amat perlu untuk menegakkan keadilan. Kita sama-sama tunggu hasil SIASATAN DALAMAN yang akan dikeluarkan nanti (khabar terbaru menyatakan Menteri KDN telah mengarahkan kes ini disiasat tanpa prejudis demi mengelakkan tanggapan buruk kepada integriti polis)). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Ar-Ruh Mohamad Tawfiq Noorzan… Aaamiiin…….



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Salam to all,
Simpati saya pada keluarga magsa,nampaknya Polis Malaysia sekarang mengamalkan prinsip “Shot to death”. Apa kejadahnya mangsa digari dan ditembak. maklumat ayah magsa yang mengatakan Polis “tak berani” nak ambil tindakkan kepada magsa hanya keran “kenal” dengan perangai magsa adalah alasan zaman nenek saya tadika. Jangan bodohkan rakyat dengan alasan yang bodoh.
Di zaman sekarang, pembunuh rakyat boleh dilepaskan, isu mendiang Teoh Beng Hock hingga kini dengan sedaya upaya dilindungi.
Saranan saya kepada keluarga magsa, sabarlah,Allh di pihak yang benar. Kepada Anggota Polis yang melepaskan tembakkan, dapatkah anda hidup dengan tenang selepas ini?
Memang celaka tahap iblis la pihak p0lis yg terlibat.Dijamin lepas ni mreka2 yang terlibat akan terlepas cam tu je.Ngan alasan2 yang x masuk dek akal.Xpun ada yg dikambing itamkn.Almaklum la,”Polis Raja Di Malaysia”.
Abang Mat kalau boleh tolong buat online petition ke…kita pakat2 sign ramai2 tuntut penubuhan suruhanjaya siasatan bebas diraja siasat segala haru biru yang dilakukan oleh polis dan kita ramai2 hantar ke agong nanti….
Salam takziah buat keluarga Mohamd Tawfiq.
Didunia ni mungkin mereka akan terlepas tapi tidak diakhirat dihadapan Allah.
Jawapan bodoh Ketua Polis Negara: “kalau polis kena tembak sapa kisah”
… kalau camtu polis bole tembak orang suka-suka la… betul la Polis Raja Di Malaysia…
Patut duk rumah masak nasik je org camni…
inilah polis 1 Malaysia.oku pun x blh handle hingga sanggup tembak mati. puk..mk punya polis….
aku pun caye polis sial tu akan terlepas cam tu je… inikan negara polis.
zalim… bayangkan tangan di gari dan kemudiannya ditembak.. Takkan orang dah mati polis nak gari.. mesti gari dulu baru mati
Satu demonstrasi besar-besaran patut digerakkan. Jangan biarkan nyawa rakyat diambil sebegitu mudah oleh polis2 bodoh.
1.Polis akan mengatakan merka diserang….kalau diserang forensik kena tengok tembakan tu dari depan ke dari belakang…kalau dari belakang ternyata… polis tidak menjalankan tugas secara profesional….
2. mengapa digari kalau dah kena tembak…
3.Mengapa diganggu keluarga beliau…kenapa takut balas dendam …atau takut orang politik datang?
4.Tanda tanya …sape dia rashidi?
5. adakah Rashidi ni anak orang politik yang memerintah sekarang…????
6.siapakah latarbelakang bapa Taufik…macam ada yang hendak disorokkan..
polis malaysia memang celaka, haram jadah bawah musang hassan sial
nak tangkap 1 orang OKU pun kena lepas tembakan????
tak masuk akal langsung!!! 1 OKU lawan berpuluh2 angota polis???
1 pisau sayur lawan berpuluh2 pistol????
PDRM = Polis Dera Rakayt Malaysia, sila jawab????
Salam taksiah kpd mak, bapak Tawfiq.
Ingin saya imbas kembali kes yg berlaku hampir 10 tahun yg lalu. Masa itu saya baru pulang ke M’sia setelah 12 tahun duduk diseberang. Suratkhabar melapurkan kes tembak mati seorang lelaki India bersama beberapa anak buahnya. Mengikut ‘cerita’, si mati merupakan salah satu ’samseng’ ganas yg telah lama diburu pihak polis maka pada malam kejadian, rumah yg diduduki lelaki India diserbu menyebabkan 3 mangsa lelaki ditembak mati dibelakang rumah tetapi apa yg menyesalkan, isteri lelaki yg diburu 6 bulan mengandung, turut ditembak mati. Inilah jalan cerita dari dulu lagi.
Saya pada masa itu tidak memikirkan apa-apa. Masih saya ingat, kemungkinan pihak polis akan dihadapkan kpd badan penyiasat lalu dihukum kalau ada silap langkah, cuai atau gopoh diantara anggota yg menggerakkan operasi pada malam kejadian. Malang seribu malang, sampai setakat ini langsung apa-apa pun tak terjadi dan PDRM makin mengganas.
Sekaligus, inilah hasil “Ketuanan Melayu” UMNO dan kita semua menjadi mangsa ancaman dari pihak yg ditugaskan menjaga keselamatan. Cuba imbas dalam masa 6 bulan yg lalu, agaknya berapa anak India terkorban, diburu dan mati ditangan setan-setan berkemeja uniform biru ? Ingat lagi Ketua Polis Selangor mendedahkan lapuran dalam sijil mati Kugan, dicatat bahawa mangsa mati akibat ‘asthma’ !!! Baru kemarin lapuran dari Penjara Ayeh Molek mencatatkan lagi satu kes mati dipenjara, simangsa nahas kerana gantung diri !!! Boleh percayakah ?
Mampuslah kamu semua anggota pembunuh PDRM. Agaknya ramai yg sanggup menjadi waris kpd kedua anggota UTK yg ditugaskan menyelesaikan masalah Razak Baginda. Besar kemungkinan Koperal Sirul and Insp Azilah tengah joli katak buat masa ini atas jasa mereka memelihara kedaulatan Ketuanan UMNO, bangsa Melayu dan Islam. Fed up dah.
Sekali lagi, salam taksiah kpd keluarga Tawfiq.
semoga allah melaknati polis2 yg zalim nie…ingat lah…balasan akhirat akan menanti…..
Kebanyakannya polis-polis ni suka makan duit haram….. pasal tu lah tak ada
hati perut……. lihatlah perangai anak2 diorg ………
Tak professional langsung dlm menantangani kes spt ini…..
Yoong setuju bebeno apa yg diperkatakan oleh Tok Perak……
Kepada keluarga Allahyarham Tawfiq semoga bersabar…….
mungkin ada hikmah disebaliknya……..
Kepada polis2 laknat ni ….. ingat ya setiap perbuatan yg kamu lakukan
kalau tak kena kat kamu kat anak2, cucu2 , cicit kamu nanti……
Pembalasan tetap akan menanti kamu…….
Satu je aku tak paham drp keseluruhan statement ni, perenggan nombor 9 ni….apa dibuat simangsa yg katanya OKU berjalan sejauh Alor Setar ke Perlis tu…jauh tu aku rasa lebih drp 50KM, usahkan OKU orang sehat pun tak tentu boleh buat berjalan sejauh tu. Maaf aku bukan menghina tp aku mushkil tang ni.
9) Suspek dilihat sudah tidak bermaya untuk melangkah dan rebah beberapa kali sebelum ditembak. Apakah prosedur yang dipatuhi polis untuk menangani kes sebegini? Perlu diingat, suspek berjalan kaki sejauh lebih 50 kilometer dari Alor Star dan tidak berehat. Mustahil suspek mempunyai tenaga ‘superb’ untuk terus bertahan kekuatan fizikalnya untuk meneruskan ‘amukannya’?
saudara mdnoor,
kalau ikut cerita suratkabar, taufik telah ditinggalkan oleh kawannya si rashidi di alor star malam tersebut - kene main dek kawan ke ape ke kita tak tau (kalau kau ada kawan budak oku yang dok kampung mungkin kau pun nak pemain dia.. aku biasa tengok perangai orang macam nie - tapi tak la melampau sampai biaq pi dia jalan kaki 50km), bas akhir alor staq - kangar mungkin jalan pukui 10 @ 10.30, la nie dah jam 12, nak naik teksi mahal (50km mungkin paling kurang kena bayar rm50 sbb rate tgh malam). dia nie budak oku yang keje biasa, camne nak bayo, jadik kene la jalan - tak tepon pak dia pun mungkin duit dah takde.
polis diraja malaysia, dah ada title rajeee memang berkuasa le. macam kata TUN MAMAK MATHADIR ADA KUASA BOLEH BUAT APE SAJE…
bersabar kpd keluarga mangsa.
memang tak baik kt kate yg buruk pd org tapi klu dah geram, dah kn pd kite memang patut pun kutuk dan hinee pd puak2 nieee. yg di gelar ANJING UMNO….
salam…..
hmmmmmm….
imho, gari dan tembak adalah sesuatu yang tak mungkin. dalam keadaan tangan bergari ke belakang, kedudukan bahagian atas lengan akan berada setentang dengan kedudukan jantung. ader tak kecederaan pada bahagian atas lengan sebab kalau gari dan kemudian tembak, kemungkinan untuk peluru menembusi anggota tubuh dan mencederakan bahagian atas lengan adalah besar. ini kerana tindakan gari dan tembak akan melibatkan tindakan melepaskan tembakan pada jarak amat dekat. ader ker kes penembakan jarak amat dekat yang menyebabkan anak peluru terhenti di dalam tubuh badan? (kena tanya pegawai forensik, anak peluru tu tembusi tubuh atau terhenti dalam tubuh?)
perkara (5) dirujuk. kalau dikatakan dua das tembakan dilepaskan, adakah kesan tembusan pada tubuh/mayat juga adalah dua? kalau hanya satu, maknanya ada usaha telah dibuat agar tembakan tidak sepatutnya mengenai tubuh mangsa.
kewujudan tanda cedera pada bahagian belakang (trauma). adakah ini menunjukkan bahawa telah berlaku tempur jarak amat dekat sebelum tembakan dilepaskan. mungkinkah anggota polis berkenaan diserang dan bertindakbalas dengan melakukan libasan yang bertujuan menjatuhkan dan menghentikan serangan namun tidak berjaya dan serangan diteruskan sehingga memaksa tembakan dilepaskan?
nakkan kepastian. ader ker kalau kes jenayah (bukan melibatkan kes bunuh oleh pihak ketiga), senjata dibiarkan begitu sahaja? bukankah jadik tanggungjawab pegawai di tempat kejadian untuk kenalpasti dan ’secure’ senjata yang terlibat?
walaupun anggota polis tak boleh melakukan pengesahan klinikal berkaitan kematian, sebagai golongan pengendali senjata yang terlatih, sedikit sebanyak tentu mereka telah dilatih untuk menilai keadaan mangsa.
trajektori peluru bukannya lurus macam pembaris. banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi arah pergerakan anak peluru. kalau tembak sasaran statik pun boleh tersasar, inikan plak tembakan di bawah tekanan dan subjek yang bergerak.
kalau memang sedari awal nak tembak mati, tak derlah kekecohan tu berpanjangan. elok-elok dia mecabar tu dah kena tembak dah sebab sedari awal dah memang bersenjata dan mempamerkan nias yang jelas untuk mendatangkan kemudaratan.
kalaupun digunakan akal yang waras, kalau kita dah bersenjata dan telah wujud kehadiran anggota polis di sekitar tapi kita teruskan jugak bermakna kita dengan sendirinya sudah mencabar kuasa polis. kehadiran anggota polis sepatutnya sudah menjadi signal supaya dihentikan tindakan tersebut.
cerita versi polis dah dengo, cerita versi keluarga si mati dah dengo, cerita versi tukang-tukang pemanjang cerita pun dah dengo. mana plak cerita versi ‘rashidi and the gang’? bukankah mereka jugak terlibat secara langsung? dengo semua mungkin baru boleh buat kesimpulan menyeluruh.
diandaikanlah sekiranya pada hari kejadian, yang tercedera atau terbunuh adalah orang lain. contohnya anggota polis yang bertugas. adakah situasi sama akan wujud? adakah anggota polis yang berkenaan dan keluarganya akan menerima pembelaan sepertimana yang berlaku pada si mati dan keluarga sekarang? atau kalau musibah tersebut hanya akan didiamkan?
pada saya, untuk sementara waktu, biarlah rasanya justifikasi sedia ada diterima.
-kurt-
polis…biasalah..dah wajib masuk neraka..!! masuk polis masuk neraka..!!
sya pn da dgar crita neyh…
mmg slh polis tuh…
ksian btl dkt mgsa tu…
n dgar kata “rashidi’ tuh polis….
sbb tuh la mcm tuh….
mula2 diorg gari dia…
blsah n lastly tmbak…
plis mmg kejam gler…
pdhl rashidi sial tuh yg salah…
dhla mncri…mnpu….pastuh mmbunuh plak….
xpa…skang polis tuh bleyh la trlepas…
tp xkn smpai bila2 pn dia bleyh tlepas kn….
dia pn da anak n isteri gak….
anak pn rmai lak tuh….
pa dia rsa kalo owg wat kt anak2 or isteri dia cm tuh?
bru dia sedar agknya….
gramnya aku…!~huhu
dia bkn wat slh berat pn psal smpai nk bnuh….
mmg xda slah pn…rashidi tuh yg salah…
mmg depa sja nk bnuh dia…
nk ttup kes…
nk cover rashidi tuh…
Aku amat amat bersimpati. Sikap tidak profrsional seorang anggota polis telah mencemarkan imej kepolisan Malaysia! Sudahlah si mati dianiaya dan ditinggalkan oleh rakan yang tak cerdik, berjalan kaki pulang ke 60 kilometer, ditembak mati oleh polis pulak. Ini kes “Trigger Happy” ? Abuse of power ??
Tolonglah, jangan berulang lagi kes macam ini. Tolong bawa ke muka pengadilan SEGERA. (Kalau boleh JANGAN undi UMNO sama..ooi..apa kena mengena UMNO ngan polis? Kena mengena ke tak, jangan undi UMNO !!
Apa nak takut, polis ke sapa ke, BN ke UMNO, sapa buat salah, bawa mahkamah, dakwa mereka!)
Suhakam (dlm.berita Astro Awani 1 Disember 2009) mahukan polis tingkatkan latihan dalam menangani kes amok. Tak taulah ini ‘isolated case’ ke apa, tapi aku nampak kurang profesional di pihak polis.Tembak kat kaki TAK BOLEH KE? Tak boleh ?? Cuba bayangkan kalau pemuda yg mengamok tu ahli keluarga anggota polis sendiri !
Ketua polis perlis,polis yang menembak dan mereka yang terlibat tutup kes.Hang pa tunggu azab di akhirat nanti.
Hang pa boleh tidur malam lena ke … skrg ni?
-korang jgn ckp byk..POLIS RAJA DIMALAYSIA…
PDRM - Lambang keangkuhan pasukan keselamatan Malaysia……..
Jom ramai-ramai jadi polis kalau suka berlagak……..
Kepada storm62,
PDRM - Polis Dera Rakyat Malaysia…Stujuuuu!!!!!
Aku tambah lagi… PDRM - Pasukan Dajjal Rakyat Malaysia…!!!!!
semoga tuhan laknati mereka yang zalim