Salam Aidiladha
Nov 26th, 2009 | By Admin | Category: Berita, blackOleh Black
(memperingati Ali Shariati)
Sekejap benar masa berlalu. Tahu-tahu saja Aidiladha menjelma lagi.
Aidiladha dikaitkan dengan pengorbanan sepertimana Ibrahim mengorbankan anaknya Ismail kepada Allah S.W.T.
Pada ketika ini, Umat Islam sedunia berada di Mekah untuk menunaikan Haji. Jutaan Umat Islam berada di Tanah Suci sekarang. Bila berbicara soal Haji, pada pandangan saya, tiadalah yang lebih baik dalam menafsirkan ibadah tersebut sebaik Dr. Ali Shariati, arkitek kepada Revolusi yang berlaku di Iran satu ketika dahulu.
Menurut Ali Shariati, setiap perkara yang dilakukan dalam ibadah Haji mempunyai maksudnya yang tersendiri dan bukannya perbuatan semata-mata. Tidak perlu saya huraikan dengan lebih panjang lagi apa yang dikatakan oleh Dr. Ali Shariati. Anda boleh turut membacanya DISINI.
Kepada semua Umat Islam, Salam Aidiladha diucapkan. Kepada yang bukan Islam, tidak salah untuk menghayati pengertian Haji dan Pengorbanan. Anda boleh turut membaca karya Shariati mengenainya. Selamat bercuti juga kepada semua.
Kepada anak-anak muda, mainlah mercun dan meriam. Gemparkan suasana. Tetapi kena berhati-hati. Biar yang expert sahaja yang main. Yang belum expert, belajar dulu.
Salam!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














