Perakex Top Blogs

Nov 26th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Perakex Top Blogs minggu ini menyaksikan beberapa perubahan besar mengikut isu-isu yang hangat diperkatakan.

Tukartiub terus unggul dengan mengukuhkan kedudukannya..tetapi beberapa blog menunjukkan peningkatan yang mendadak.  Apa yang menarik ialah isu-isu yang mereka bawa.

Penarik beca terus naik dengan mengekalkan identitinya. Tetapi blog-blog Perisik Rakyat, Malaysiawaves dan Kickdefella naik mendadak dengan isu PMBK.

Sebelum ini, Malaysiawaves dan Perisik Rakyat popular dengan isu Hasan Ali sehingga mereka disaman oleh Suwardi, tetapi sejak beberapa hari ini, kedua-dua blog ini mula beralih ke Kelantan dengan isu PMBK. Dan kehangatan isu ini melonjakkan kedua-dua blog ini.

Perakexpress jatuh satu anak tangga di carta Perakex Top Blog apabila mengambil sikap tidak mahu masuk campur dalam isu-isu PMBK dan Hasan Ali. Dalam masa yang sama, Perakexpress tidak banyak membuat posting-posting yang menarik minggu ini kerana kesibukan tugas-tugas cari makan.

Begitu juga Kedahlanie yang terus merosot.Seperti yang diramalkan minggu lepas, “Kalau mengikut trend, aku percaya… Malaysiawaves akan memintas Albanjari paling lewat minggu depan.” Dan tepat ramalan tersebut..Malaysiawaves berjaya memintas Albanjari. Manakala dua blog yang bertentangan dengan Kickdefella dalam isu PMBK, Manjongmari dan Saynotomunafiqeen juga meningkat secara mendadak.

Chegu Bard juga menunjukkan peningkatan yang mendadak, tetapi Chegu Bard memilih jalan lain untuk popular iaitu dengan menghantar email seberapa banyak yang mungkin mengajak pengunjung berdiskusi di blognya. Satu idea yang bagus tetapi peningkatan hits seperti ini tidak akan bertahan. Kita tengok bagaimana ranking Chegu Bard minggu depan.

Ramai blogger yang berkata bahawa mereka menulis bukan kerana nama..bukan nak glamer..bukan nak pengiktirafan..bla..bla.bla. tapi bagi aku, itu hanyalah kenyataan hipokrit. Betul, ada yang menulis kerana minat (passion), tetapi ramai yang menulis untuk dikenali. Untuk itu..pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan hits.

Ada yang menciplak artikel orang lain…ada yang mencedok berita dari sumber lain…kemudian mengubah tajuk. Ada juga yang menumpang populariti orang lain seperti Malaysiakini untuk mendapatkan hits.

Satu masa dulu, ramai yang menambah perkataan ‘Malaysiakini’ dihujung tajuk posting dengan harapan akan tersenarai didalam topblogs Malaysiakini. Apabila Malaysiakini mengubah keywords, mereka juga mengubah tajuk posting mereka dengan menambah pelbagai keyword yang digunakan oleh Malaysiakini seperti Nizar, Najib, Altantuya…walaupun posting mereka tidak ada kena mengena dengan keywords yang digunakan. Semuanya ini dilakukan untuk menambah hits tetapi cara ini tidak akan kekal lama.

Kalau diperhatikan kepada sepuluh blog teratas, kesemua blog-blog ini menghasilkan posting yang original. Bukan diambil dari mana-mana sumber lain dan mereka juga mempunyai identiti tersendiri.

Begitu juga dengan blog-blog yang kurang popular tetapi apabila mereka menulis tanpa mencedok dari sumber-sumber lain, blog mereka menunjukkan peningkatan yang konsisten.

Sementara itu…dua blog dari Pulau Pinang..Zul Mamak dan Kedaikopitepimasjid terkeluar dari senarai top 100,000 Alexa apabila sudah jarang dikemaskini.

2611a2611b2611c2611d

Dibawah pula adalah blog-blog pemimpin Pakatan Rakyat. Dan untuk memberikan kesamaan, aku tidak masukkan blog-blog berbahasa Inggeris, kerana padang yang tidak sama rata. Sama seperti blog penyokong, blog pemimpin juga meningkat disebabkan populariti yang dibawa oleh penyokong.

Blog Husam meningkat kerana isu PMBK. Blog Anwar masih konsisten diatas manakala blog Cina Islam terus menurun.

Minggu lepas, aku menulis “Dengan trend penurunan sebanyak 10% sebulan, tidak mustahil…diakhir tahun ini, blog Cina Islam akan terus turun dan dipintas oleh Penarik Beca, kecuali sesuatu pembaharuan dibuat..ataupun Perak bergolak kembali.

Tiga hari yang lepas, blog Penarik Beca berada ditangga 905 di Alexa Ranking manakala blog Cina Islam berada ditangga ke 745. Hari ini, Penarik Beca naik mendadak ketangga 854. Peningkatan sebanyak 51 anaktangga  manakala Cina Islam turun 10 anaktangga ketangga 755 di Alexa ranking.

Blog Zuraidah Kamarudin satu masa dulu cukup aktif menarik, tetapi blog barunya sekarang nampak gersang. Macam blog surirumah..bukan macam blog seorang ahli Parlimen. Kalau tidak ada penambahbaikan dibuat, aku percaya blog Zuraidah akan terus merudum.

bp2611abp2611b

Tags:

Afiat

7 comments
Leave a comment »

  1. La…blog ummuasiah pun ada gak ka…

    Semangat gak ni….:)

  2. info menarik untuk di “bookmark”.. tak payah-payah search…. terima kasih abg mat

    1 blog minimum 5 minit… 10 blog mungkin 2 jam kot ..masa utk surfing dan dan baca.. baca berita pasai itu dan ini.. pasai org itu dan org ini…dan takde pun artikel pasal diri sendiri utk di baca…. terfikir juga berapa banyak pula masa aku peruntukkan utk ilmu …. hampir takde!!!

  3. Lepas ni kalau bongkar cerita hassan ali .. mungkin boleh naik anak tangga kot?
    atau pun terus jatuh di timpa tangga.
    Hmmmm …..

  4. Salam MSK,

    Pada sesiapa yang nak aku cilok berita nya sila beritahu. Aku ni pantang ada berita, nak mencilok je. tangan terasa gatal gatal nak mencilok.
    Ini bukan salah ibu mengandung .. confirm punye.

  5. nashita,

    teruskan dengan menulis apa yang orang lain tak tulis. Asalkan tulisan itu original..orang akan minat.

    Hanging Parrot,

    Itu sebabnya wartamaya terus popular kerana sudah terlalu banyak blog. Kalau nak search sendiri, sehari suntuk kena duduk depan pc. Jadi ….wartamaya banyak membantu.
    Nak mencari ilmu, bukan kat blog-blog yang ada diatas, ada blog-blog yang tersendiri tapi tak popular.

    wartamaya,

    Komen no3..tu dalam maknanya. mungkin hang tau..pasai apa aku tak mau ‘invest’ dalam Perisik Rakyat atau Malaysiawaves…ha..ha

  6. untuk blog edyesdotcom, kebanyakkan entri adalah ulasan daripada berita-berita yang keluar dari mkini media arus perdana.

    terdapat juga entry yang dicilok dari blogger lain tetapi tidak pernah lupa taruk kredit (penting nie bai), memandangkan isu yang dibawa dan apa yang ditulis 100% dipersetujui oleh webmaster dan sangat baik untuk dibuat paparan. edyes akan ulas berita tersebut mengikut pandangan peribadi.

    terdapat juga entri yang origin dari edyes sendiri namun entri sebegini hanya banyak pada tahun 2008. Tahun nie kurang skit sebab tak banyak masa.

    harap blog edyesdotcom menjadi salah satu persinggahan pengunjung yang merujuk perakex sebagai sumber berita.

  7. Jangan sampai di kuasai oleh pihak UMNO sudah laa….

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.