Rentas Alam dan Zaman
Nov 25th, 2009 | By Labu labi | Category: Rencana, labu-labiDizaman aku kecik kecik dulu. Pilihanraya adalah pesta. Semua gembira. Kecik beso. Tua muda. Terutama adanya wayang pacak. Ketika cerita separuh jalan. Pastu dengar ceramah. Habis ceramah. Sambung balik cerita. Hingga selesai. Angkat punggung, sapu sikit sikit. Masing masing balik rumah. Tidur.
Dulu, Tok ki Det terkenal. Semua yang dia buat betoi belaka. Orang puji sakan dia. Dia orang kuat UMNO. Orang puji sekali dengan UMNO, sekali dengan kerajaan. Kerana masa tu. Orang anggap UMNO tu kerajaan. Kerajaan tu UMNO.
Semua harta kerajaan tu, adalah harta UMNO. UMNO boleh buat ikut suka. Depa nak larang orang guna dewan orang ramai ke. Nak lantik ketua kampong ke. Nak songlap kerbau pawah ke, apa ke. Semua tak apa. Pasenya, orang anggap UMNO tu kerajaan dan Kerajaan tu UMNO.
Kalau ada sape sape cuba perjatuh UMNO. Bermakna perjatuhkan kerajaan. Begitulah keadaan ketika itu. PAS, pada masa itu dianggap sebagai pembangkang yang suka pecah belah orang kampong. Nafaspun semput. Dikampong aku lagi le.
Baik disekolah atau dimana sahaja. Itulah mentalitinya. UMNO tu kerajaan. Kerajaan tu UMNO. Tu pase, mentaliti tu masih lekat pada setengah setengah orang hingga sekarang. Sampai sanggup bersengkokol dan mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Mereka menyangka masih hidup dizaman purbakala. Mereka tidak sedar zaman telah berubah. Begitu juga dengan pemikiran anak anak muda masa kini.
Selain dari UMNO tu kerajaan. UMNO tu juga Melayu. Melayu tu UMNO. Jatuh UMNO maka jatuhlah kerajaan. Jatuh lah juga Melayu. Melayu tu Islam. Maka. Otomatik orang jadi takut. Kalau kalau UMNO tu jatuh. Maka akan berangkai. Kononnya Kerajaan akan jatuh. Melayu turut jatuh. Islam pun ikut jatuh. Itulah mentaliti kuno dan jumud yang masih melekat di pemikiran.
Orang jadi cam tu. Pasenya, semua tok guru ugama, baik dikampong atau bandar, cam tu lah otaknya. Sampe kan muftipun camtu lah otaknya. Habih kalau dah orang bijak pande ugama pun kata camtu. Sape lah orang awam ni.
Masa tu mana ada keset ceramah ugama. Piring hitam EMI ada le. Lagu lagu zaman tu le. Internet lagi le tak ade. Jangan kan internet. TV pun ada sebijik je kat kampong aku tu. Tu pun takat tengok cerita melayu seminggu sekali. Lain lain, Cerita katun. Cerita orang putih. Nyanyi.
Kemudian dari itu timbul cerita lain, Anjang Jan pulak. Dengan Anjang Jan ni bukan orang perak. Dia bukan orang kampong aku. Dia di tempat lain. Anjang Jan ni lain pulak kerenah dia. Sebelum tu ada kesah tersendiri juga, pasal Bang Long Buya. Kesah dia ni sekadar melalui ‘hearsay’ dengar cerita serta melalui keset je.
Takat tu dulu le, sebagai pembukaan celoteh Rentas Alam dan Zaman.
See you next session.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh













