Nostalgia romantis masa silam: Putus
Nov 25th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Non PoliticsOleh Zulfikar Samsuri
Esok lagi sekali, dia akan datang.
Titik.
Aku faham… hmm… setakat inilah!
Diam saja Pak Guard tu. Agaknya dia takut akan aku. Misainya tebal; “ular sawa” macam nyanyi P. Ramlee dalam cerita Labu Labi.
Sepatutnya aku yang patut takut akan dia, tapi ini sudah terbalik. Pusing jugak aku.
Lagi yang buat aku heran sampai ternganga mulut macam buaya kat Zoo Negara tengah tunggu daging merah mentah masih ada darah kat sana sini, aku heran, kenapa dia ada janggut; bukankah nak jadi Pak Guard kena cukur janggut.
Kalau dia cukur janggut tentu muka dia tak hensem; paling kurang muka dia sekarang macam pemain hoki negara - Azlan Abu Bakar.
Tiba-tiba terdengar akan bunyi bom di dekat tempat Pak Guard tu berdiri. Langsung secara automatik dia melompat ke arah jalanraya. Kebetulan pula ada sebuah lori yang lalu kat situ. Nyaris dia sempat elak lori tu. Tetapi, habis, kakinya kena langgar. Langsung juga kakinya terputus.
Dia pengsan.
Sedar-sedar dia ada kat hospital. Ada misi Cina berpakaian seksi, sdang merawatnya. Alamak Amoi tu pakai skirtlah pulak. Nyaris ini hospital bukan hak milik kerajaan.
Alangkah bagusnya, kalau lori tu dapat langgar aku berkali-kali. Fikirnya.
Setelah lebih sebulan kat hospital, dia pun dibenarkan pulang. Sebelum dia pulang, dia sempat mintak nombor fontangan misi yang berbangsa Cina itu.
Katanya, misi Cina tu mampu mengisi masa kosong, yang mungkin terluang akibat kakinya yang terputus — banyak aktiviti rutinnya, terpaksa ditinggalkan.
Positif. Permintaannya untuk dapatkan nombor fontangan amoi itu tidak dikecewakan.
Di rumah, dia tinggal sorang-sorang. Jelas, memang, hidup dia selalu sepi. Jadi dia habiskan masanya yang kosong itu, dengan menalipon misi yang berbangsa Cina itu.
Dan dia tak dapat tolong, misi itu tidak mengecewakan.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














