Fahaman Pakai Al-Qur’an Sahaja; Tolak Hadis

Nov 25th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, nash ar-rawy

Oleh : Nash Ar-Rawy

Fahaman menggunapakai Al-Qur’an sahaja dan menolak hadis adalah fahaman yang sesat lagi menyesatkan. Semua mahzab yang besar seperti mazhab Shafie, Hambali, Maliki , Hambali dan Syiah menerimapakai Kitabullah dan Assunnah sebagai rujukan dalam ambilan pengamalan kehidupan seharian. Ini adalah kerna perbedaan mazhab adalah dalam perkara yang furuk sahaja bukan di dalam perkara-perkara fundamental atau asas. Semua mazhab tidak tolak Hadis Sohih ; solat , puasa, zakat, fitrah dan mengerjakan haji.

Semua mazhab menyatakan solat lima waktu adalah wajib dan bukan dua waktu solat sahaja . Fahaman yang ambil nas Al-Qur’an waktu terbit matahari dan terbenam matahari sahaja ( waktu solat subuh dan maghrib ) sahaja tetapi, waktu zohor, asar , dan isya’ yang juga disebut di dalam kedua –dua ayat tersebut tidak dipakai kerna tiada disebut dalam perkataan ; perkataan zohor, asar . dan isya’ . Sedangkan perkataan subuh dan maghrib juga tiada disebut di dalam ayat tersebut.( Rujuk: Suratul Isra’: 78 dan Suratul Toha: 130 ).

Justeru itu, bagaimana bisa tahu nama-nama 5 waktu tersebut ? . Di sinilah fahaman anti hadis adalah sesat dan menyesatkan kerna di dalam Al-Qur’an tiada sebut perkataan Subuh dan Maghrib .Lantaran itu jika mereka solat waktu subuh dan maghrib sahaja ; daripada mana bisa perolehi perkataan tersebut mendirikan solat ‘Subuh” dan mendirikan solat ‘Maghrib”.; jika mereka solat kerna Qur’an tiada sebut cara solat secara spesifik dan direkodkan dalam Qur’an.

Di sinilah penipuan fahaman anti –hadis . Sedangkan fahaman yang betul adalah ; sekalipun nama-nama waktu tiada disebut dengan perkataan secara spesifik kelima-waktu itu . Ianya dinyatakan di dalam hadis Rasulillahu. Jelas sekali , terang dan nyata jika tolak hadis; subuh dan maghrib pun tiada bisa solat bahkan untuk mendirikan solat sekalipun tiada bisa ; kerna di dalam Al-Qur’an tiada ditunjuk cara-cara mendirikan solat.

Lalu bagaimana golongan fahaman anti hadis ini bisa solat? Tepuk dada tanya Hadis dan Assunnah Rasulillahu . Jika masih ‘Comfort Zone” gunapakai Al Qur’an sahaja bererti sendiri yang menyesatkan diri . Sesat dalam ertikata terbatal akidah , terbatal, syahadah dan terbatal tauhid ini ; tiada perlu pihak yang berotoriti dalam hal agama menentukannya ; kerna kalau sudah berlaku kemurtadan , maka murtadlah , itu sahaja, Umpamanya seseorang itu menyatakan hudud tiada sesuai di zaman moden dan masyarakat majmuk sudah bisa terbatal akidah dengan sendirinya. Atau , hadis tiada bisa digunapkai kerna tiada rekod yang autentikal ; sudah lebih daripada 1.4000 tahun yang lalu mesti ada tokok tambah dan sebagainya ; jika penolakan itu adalah hadis aporkriper tiada salah kerna memang ada hadis palsu . Akan tetapi; bagaimana pula borong sekali hadis sohih pun di tolak juga , Maka ini bisa membatalkan akidah juga , nauzubillahiminzalik.

Bukti hadis sohih itu wujud walaupun sudah beribu –ribu tahun. Di mekah; para hujaj daripada semua mazhab termasuk syiah dibenarkan masuk ke dalam masjidil haram untuk solat lima waktu . Apakah pernah bisa berlaku perkelahian dan pertengkaran di kalangan para hujaj tentang cara –cara solat didirikan . Bahkan , semuanya takbir, roku’ sujud serentak mengikut Imam , sama sahaja . Setelah lebih daripada 1.400 tahun bisa sama sahaja. Cuba fikarkan secara waras dan bukan secara membuta tuli keintelektualan atau mudah difahimi; ‘Bodoh Sombong” . Apakah semua para hujaj di Mekah itu bodoh belaka ikut solat secara membuta tuli sahaja dan semborono begitu tiada pakai otak. Atau orang yang intelektual kononnya terlalu pintar dan ilmiah itu yang sebenarnya tertipu dek diri sendiri , Ini renungan bagi golongan yang ‘Comfort Zone “ anti –hadis.

Satu lagi bukti yang juga tiada direkodkan di dalam Al-Qur’an ialah cara –cara menunaikan tawaf. Analoginya, sama sahaja dengan solat ; masing-masing tiada disebut secara ilmiah dan spesifik di dalam Qur’an . Namun, semua mazhab ; penganutnya sama sahaja sedangkan perilaku perbuatan dan aksi tawaf itu tiada direkodkan di dalam Qur’an. Umat Islam ambil daripada mana kerja –buat tawaf ini ? Kalau bukan daripada hadis sohih dan assunnah nabi . Apa ada ambilan lain yang sama sahaka kerja-buatnya dari dulu sampai sekarang ; hatta selelah lebih daripada 1.400 tahun yang berlalu . Begitu jugalah dengan saie . Anologi ini , tiada bisa disangkal lagi bahawa memang ada Hadis Sohih dan Assunnah nabi itu adalah benar ; yang menterjermahkan dan memperhalusi , menerangkan lagi apa yang kurng jelas di dalam Qur’an sebagai sumber hukum selepas Al-Qur’an : 2 dalam Satu ; Kitabullah dan Assunnah ( Allahu dan Rasulillahu ).;begitupun di dalam dua kalimah syahdah . Fahaman sesat anti hadis ini ternyata sekali buang nabi samasekali . Hanya ikut Tuhan sahaja . Bagaimana kamu bersyahadah ? Bukankah Muhammad itu pesuruh Allahu. Mengapa tiada disebut dan Muhammad itu manusia biasa bukannya ‘The Messenger of God “ Apa bisa ? Apakah Tuhan sendiri bisa ‘turun’ OK kamu bisa tolak nabi aku , kerna aku sendiri akan tunjuk kamu cara-cara untuk mendirikan solat lima waktu yang sebenar. Tiada perlu ‘ direkodkan” kerna kamu lihat caranya begini .

Bagaimana umat Islam solat sama bisa berlaku; sedangkan mazhab berbeda . Ini adalah kerna secara ‘simple calculation” mereka semua bukan anti –hadis sohih dan sunnah Rasulillahu dan mendirikan solat mengikut sunnah nabi, yakni cara yang ditunjukkan oleh nabi sendiri. Walaupun sudah beribu-ribu tahun , Akan tetapi, hadis ini dan sunnah ini di praktiskan dan kekal seperti ada sejak nabi hidup bersama para jemaah mendirikan solat lima waktu dan penentuan kelima-waktunya juga sama dengan semua mazhab ; terkecuali golongan yang membabi buta; bodoh sombong; tanpa otak menolak semua hadis secara totok ; kononnya tidak betul ikut nabi .

Secara ‘simple logic’ para hujaj dari Rusia, Cina, India, Balkan, Timur Tengah , Asia Tenggara masih lagi bisa mengekalkan sunnah nabi; cara solat ini sehingga mutakhir ini bisa sahaja membuktikan kebenaran sunnah nabi tersebut kerna para sahabah secara jujur dan bertanngjungjawab pastikan cara solat itu betul seperti yang diperlakukan nabi secara asli dan ‘Ori ‘. Bagaimana penipuan dan penokoktambahan bisa berlaku di satu dunia bukan satu Malaysia dengan bahasa dunia ; lingua franca yang berlainan samasekali tetapi di dalam kefahaman ambilan hadis sohih dan sunnah nabi mendirikan solat sahih belaka. Perkara ini berlaku sejak zaman nabi ,sahabah dan tabiin lagi .

Analoginya mudah sahaja . Orang mukmin tiada bisa sesat jika berpegang kepada kitabullah dan Assunnah nabi ( termasuk Hadis sohih ) . Al-Qur’an bisa dipelihara tuhan kekal seperti asal ; tanpa perubahan bukan pada perkataan atau ayat bahkan dari huruf ke huruf sama sahaja di pelihara Tuhan satu dunia bukan satu Malaysia. Sedangkan nabi adalah ‘ The walking Qur’an “ yang diparktiskan syariat solat lima waktu di dalam sunnahnya yang di tiru dan diikuti cara baginda solat kerna tiada disebut caranya di dalam Al-Qur’an ; itu sahaja. Bahkan golongan anti-hadis .Apakah kamu bisa selawat. Satu dunia umat Islam berselawat , apakah kamu juga bisa? Selawat itu bukankah ada di dalam hadis. Memang ada bermacam-macam jenis selawat , ada yang panjang dan pendek . Itu bukan soalnya . Apakah kamu juga bisa selawat? Bukankah selawat ada dalam hadis . Justeru bukankah kamu buang hadis bererti buang Nabi dan Syahadah itu sendiri ? Inilah reperkusi anti –hadis . Namun, jika terlalu pintar dan keprofesoran bisa ‘comfort zone’ dengan anti-hadis dan ikutan-ikutan buta tuli ; bodoh sombong dalam bersolat kerna tiada nas dalam Qur’an dan tiada berani kata ‘aku tak solat’ Pakailah otak ! Kalau semua hendak disampaikan Tuhan dalam satu Qur’an semuanya ; kebarangkalian bisa ‘berjilid-jilid’ pelepah tamar dan kulit kayu untuk di’rekodkan’ ayatollah .

Di sini perlunya nabi untuk menghuraikan apa-apa yang tiada disebut di dalam Al Qur’an melalui Hadis Sohih bagainda yang bisa saja diterjernmahkan dalam assunnahnya . Artinya , bagaimana bisa ‘comfort zone” sesat secara semberono menolak semua hadis. Sumber hukum adalah Kitabullahu dan Assunnah bukan Kitabullahu sahaja .

Tags:

Afiat

6 comments
Leave a comment »

  1. SEKADAR RENUNGAN SEJENAK

    Hadits Nabi yang ertinya :

    “Bersolatlah kamu sepertimana kamu melihat AKU SOLAT”

    Dan hadits berikut :

    “Ambillah DARIKU manasik (cara) ibadah haji kamu”

    Dan hadits berikut :

    “Sampaikanlah olehmu YANG DATANG DARIKU walau satu ayat”

  2. Geng KAAA SIIM AAH MAAD..zaman Mahated berkuasa..nak pakai QURAN sahaja..tak pakai HADIS…Zaman PAAAK LAAAH pulak…ISLAM HADHARI…berbuih para ulamak PENJILAT menyokong…lepas tu..ISLAM LIBERAL…pulak…APA tindakan ulamak2 Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) yang MAKAN gaji di Pejabat2 Agama…Lepas tu..QURAN nak ditafsir semula…supaya ayat JIHAD dibuang atau ditafsir pakai OTAK sahaja…tak mau pakai hadis…Bila MELAYU ISLAM tak pegang lagi DUA perkara yang ditinggalkan oleh NABI MUHAMMAD SAW…iaitu QURAN dan HADIS…tunggulah kebinasaan…orang Melayu nama sahaja ISLAM..Quran tak boleh baca…sembahyang dua tiga kali saja sehari.( ISA ) ikut Suka AKU nak sembahyang…Tun Razak dulu2 hantar surat kat MCKK guna tulisan JAWI…Melayu sekarang…bergelar Ustaz pun tak boleh tulis jawi…TAPI duduk kat Pejabat Agama …sebut fasal HADIS..lagilah gila babi terus Melayu Islam tu..apa ke benda hadis tu…SOALAN nya APAKAH KERJA YANG DI BUAT OLEH PEGAWAI AGAMA DI PEJABAT AGAMA yang mengaku ( ASWJ )..jawapannya MENJUAL TAULIAH…MACAM menjual LOGO HALAL…mungkin nanti akan wujud BURSA SAHAM TAULIAH…

  3. Ada sorang mamat tu mula mengarang tentang “Kaedah Penafsiran Saintifik”, & menjadikan tulisan Kassim Ahmad sebagai salah satu daripada rujukannya yg utama. Apa lagi selepas ini???…..

  4. Itulah yg kumpulan anti hadis, kassim ahmad dll gagal jawab - dari mana datangnya sembahayang 5 waktu kalau tidak berpandukan hadis .. Dalam Quran, sebagaimana kita tahu hanya menyebut sembahayang waktu fajar dan terbenam matahari, dua tu saja. Cara2 lengkap dan terperinci utk mendirikan sembahayang juga tiada dinayatakan.

    Kut-kut geng anti hadis ni lebih pandai daripada orang Arab sendiri (termasuk para Sahabat Nabi ..).

    SESAT!!

  5. Sebenarnya solat lima waktu ada dalam Quran. Kaji dulu Quran sebelum buat kenyataan yang salah.

  6. Benar solat lima waktu ada dalam Quran :
    Pagi - 24:58 , 11:114
    Tengah Hari - 17:78
    Petang - 2:238
    Senja - 11:114
    Malam - 24:58, 11:114
    Rasul yang dijanjikan (3:81) telah menerangkan segalanya dan kita wajib mentaatinya. Taat Allah taat Rasulnya., tapi kebanyakkan manusia tak percaya dan kata dia gila. , sama seperti kaum-kaum Rasul terdahulu. siapa Rasul itu? Ia bukan Nabi Muhammad (33:7) Jangan cepat melabel orang lain sesat kerana Allah menutup pintu hati orang 2 yang banyak keraguan di hatinya dan terlalu Ego .. Allah tiada sekutu dan tiada pujaan diSampingnya.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.