NIK AZIZ WAHABI

Nov 24th, 2009 | By Admin | Category: DAP Melayu, Rencana

Oleh DAP Melayu

Selepas peristiwa bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditangkap oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini, kebanyakan media tanahair samada media bercetak ataupun media internet berlumba-lumba melaporkan tentang gerakan Wahabi di negara ini.

Laporan yang disiarkan ada yang pro dan ada yang kontra.

Dalam masa yang sama pula telah muncul beberapa orang pembela Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang menyuarakan kebimbangan terhadap gerakan Wahabi dan cuba menonjolkan diri sebagai jaguh menentang aliran kaum muda itu.

Mereka ini termasuklah Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) yang telah menggunakan kolum tetap beliau di dalam Berita Minggu dengan mensensasikan perkara-perkara khilafiah bagi menghalalkan serangan terhadap pengikut Dr Mohd Asri.

Zamihan Mat Zin, anak Gua Musang, Kelantan yang kini menjadi Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam (ILIM) dan Mahfuz Muhammad seorang pendakwah bertauliah JAIS juga antara pendakwah yang dilihat sangat anti dengan gerakan pembaharuan yang dibawa oleh Dr Mohd Asri dan sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan pandangan ’jumhur’ dalam masyarakat melayu.

Yang terbaru, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dituduh bersifat Wahabi seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 November 2009. Laporan itu telah memetik kata-kata Abdullah Sa’amah, 64 atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Geting, katanya ;

“……….. kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi”.

“Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am,” katanya.

Kata-kata beliau itu merujuk kepada beberapa pendapat Nik Aziz yang dilihat tidak selari dengan beliau dan amalan masyarakat Melayu di Malaysia, khususnya di kalangan guru-guru pondok di Kelantan.

Sebenarnya Haji Lah cuba memperbaharui polemik antara beliau dengan Nik Aziz dalam isu khilafiah, setelah isu tupai yang hangat di Kelantan lebih dua dekad yang lalu gagal menghakis sokongan rakyat Kelantan kepada Nik Aziz.

Beberapa orang guru pondok di Kelantan termasuklah guru dari Pondok Geting telah menyelar Nik Aziz ekoran ’fatwa’ Nik Aziz yang mengatakan tupai halal dimakan!

Kes tangkapan terhadap Dr Mohd Asri, yang juga pensyarah di USM dilihat sebagai ruang untuk menyambung polemik lama dengan Nik Aziz, apatah lagi dalam banyak perkara Nik Aziz bersependapat dengan Dr Asri.

Apakah benar Nik Aziz itu Kaum Muda atau Wahabi biarlah masa yang menentukan dan ianya akan terjawab dengan sendiri .

Bukan sahaja Nik Aziz, malah Ustaz Muhammad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan (Bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat) tidak terkecuali dilabel sebagai Wahabi.

Dari sudut sejarah, arus pembaharuan Islam yang pada mulanya bersumber dari Timur Tengah telah mengalir ke Kelantan, dibawa oleh pelajar yang belajar terutama di Mesir, melalui majalah dan kitab, sama ada yang langsung dari pusat sumber di Timur Tengah atau melalui pantai barat Semenanjung.

Kerana itu tokoh-tokoh ulama Kelantan tidak terasing daripada majalah al-Urwatul-Wuthqa (Paris, 1884), al-Manar (Kaherah, 1898), Al-Imam (Singapura, 1906), al-Ikhwan (Pulau Pinang, 1926), dan Saudara (Pulau Pinang, 1928).

Meskipun majalah ini tidak diminati oleh orang awam, namun amat besar pengaruhnya kepada kelompok ulama Islam pada masa itu. Pandangan yang dikemukakan ialah pembaharuan mengikut ajaran Islam sebenar dalam pelbagai bidang kehidupan kaum muslimin.

Dengan yang demikian, pengaruh pemikiran tokoh-tokoh tajdid di Timur Tengah terutama tokoh tajdid tiga serangkai, iaitu Syed Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, dan Syed Rashid Ridha mengalir ke dalam pemikiran ulama tempatan seperti Tok Kenali, Haji Wan Musa dan Haji Mohd. Said yang kemudian menyebar ke tengah-tengah masyarakat Islam Kelantan yang ketika itu didominan oleh ilmu dari pondok-pondok.

Tokoh-tokoh pembaharuan di Kelantan mengajak kembali kepada al-Quran dan Hadits yang sahih dan tidak mahu terikat kepada taklid buta dalam beragama.

Maka lahirlah perbezaan pendapat di dalam beberapa masalah seperti masalah usalli, talqin,  Sifat Dua Puluh, dan lain-lain, persoalan yang tidak didapati dalilnya sama ada di dalam al-Quran mahupun di dalam al-Sunnah terutama pada masa Haji Wan Musa.

Kemunculan Abu Abdillah Syed Hasan bin Nurhasan al-Khurasani (meninggal 1944) yang berasal dari Khurasan telah menyemarakkan pengajian Hadits Sahih secara berkitab di Kelantan serta pengajian yang menitikberatkan aqidah yang murni dan ibadah yang bersandarkan kepada dalil sunnah.

Di kalangan murid-murid dan rakyat Kelantan ketika itu, memangil beliau dengan nama Tok Khurasan.

Allahyarham Datuk Yusuf Zaki, seorang ulama tersohor Kelantan ketika diwawancara dengan Majalah Pengasuh suatu ketika dahulu, apabila ditanyakan pendapat beliau mengapa di Kelantan dewasa ini ada penentangan yang kuat menuduh Nik Abdul Aziz sebagai Wahabi, walhal dari sejak dahulu Nik Aziz sudah dikenali sebagai tokoh pembaharuan; beliau menjawab bahawa itu adalah sebab politik.

Bahkan sejak ayahnya lagi, Haji Nik Mat telah dituduh sebagai Kaum Muda hanya kerana menjadi pengikut Tok Khurasan.

Bacaan berkaitan

Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, , berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

”Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

“Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

“Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

“Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am,” katanya.

“Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

“Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita,” katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

“Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

“Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

“Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,” ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

Tags: , ,

Afiat

28 comments
Leave a comment »

  1. Ada rahsia tersembunyi di sebalik berkembangnya aliran kaum muda (wahabi) di Arab Saudi. Melalui kefahaman aliran kaum muda ini, kesucian Makkah Al-Mukarammah terus selamat sehingga ke hari ini. Andaikan Tanah suci dijaga oleh Ahlu Sunnah Wal-Jemaah genetik melayu (baca:umno), Mungkin tanah suci pun akan terlepas ke tangan Singapore! Ahlu Sunnah Wal Jemaah mungkin menentang aliran kaum muda ini demi kepentingan (baca:keselesaan) yang mereka nikmati! Selain aliran Wahabi dari sudut agama, aliran Wahabi dari sudut politik sedang berkembang biak kini. Nah! itulah yang paling dibimbangi!

  2. dapat peruntukan besar kot pondok geting tu… hahahah…

    nampaknya geng UG ada senjata baru… panglima perang baru…

    tok guru haji lah lubuk tapah dulu pun tak kata apa…. dia pulak bising…

  3. uthman muhammady janggut merah tuh??? dulu menganut Islam hadori tuh… sebelum pada tu… tibi pun haram… hahaha….

  4. Aku rasa Dr Asri dah banyak menjelaskan mengenai “wahabi” ni. Dan ramai orang yg baca. Antara lain beliau berkata (lebih kurang): “Orang berselisih pendapat tentang apa yang dikatakan wahabi, dan ramai yang membicangkan bahkan melabel orang lain dengan pelbagai label, walhal mereka sendiripun kurang jelas apa itu “wahabi”.

    Aku rasa tiada apa yang perlu di’highlight’kan dalam isu ini. Tiada perbezaan pokok ataupun akidah yang ketara. “Perselisihan” pandangan feqh terlalu kecil (contohnya doa beramai2 lepas solat adakah “bidaah”, baca Yasin malam Jumaat, bacaan ayat2 suci utk disedekahkan kpd si mati adakah pahalanya sampai kpd si mati dll. Itu saja).

    Dr. Yusus Estes (bekas paderi Amerika) yang kini memeluk Islam dan giat dlm kerja dakwah, semasa beliau dtg ke Malaysia beberapa bulan lepas mengingatkan umat Islam supaya jangan kita melabel atau menuduh orang Islam lain sebagai “wahabi”, “salafi” atau sebagainya semata2 mereka berbeza sedikit pandangan dengan kita. Boleh jadi mereka lebih baik daripada kita, kata beliau. (Rakaman ceramah beliau boleh dapatkan ceramah beliau di Youtube, di mana beliau telah mengadakan beberapa siri ceramah di Menara Telekom, Mesjid KLCC, Penang dll).

    Kita selalunya jeles jika orang lain berlainan cara, pratik ataupun berbeza. Yang kita amalkanpun mungkin
    kita takliq buta tanpa merujuk kpd Quran/hadis/ ulamak. Yang pasti, Banyak jugak amalan sunat yg kita lazim lakukan, walhal di Mekah orang tidakpun melakukannya. Wallahu’alam.

  5. Jangan dipanjang2 kan lah isu ini….
    Perpecahan mazhab sekarang ini pun adalah disebabkan perbezaan pendapat ulama…Jika orang nak tuduh ” WAHABI” pun terimalah….amalan kita yang penting..
    Jika mengaku “AHLI SUNNAH JEMAAH” tetapi menggalakkan rasuah/melanggar arahan Allah, jangan berangan lah nak tempat dalam Syurga tanpa hisab….

  6. DAP Melayu,

    Kalau boleh, ulas juga tentang negara Islam dan negara sekular. Kadang-kadang aku tengok, senang sangat orang bagi label tentang islam dan sekular ni. Yang mana satu islamik dan yang mana satu sekularis.

    MSK

  7. MSK,

    MUngkin Huzaifah boleh tulis bab negara islam dan sekular. Atau Nash Ar-Rawy…..

  8. aku tak suka artikel ni …

    apa yg penulis nak highlightkan sebenarnya?… pasai tupai? atau pasai wahabi? atau pasai PAS yg taknak UG?.. atau UMNO yg jelas junjung perlembagaan KUFAR?! .. atau pasai ijtihad?….atau pasai mazhab?.. hang tulih dalam ni berjuta org baca berjuta org akan buat persepsi dan kesimpulan dari tulisan ini yg aku nampak bukan ke arah yg lebih baik … atau sekadar ketengahkan kata kata org lain utk tatapan umum pengunjung web ini?…. adakah penulis puas hati bila kebanyakkan yg jahil macam aku akan temui sebutir mutiara islam dalam tulisan ini?.. subhanallah … pasai ni lah umat islam akan sentiasa pecah belah ..!!.. dalam pada sepakat ulama jelas mengatakan perbezaan pendapat dikalangan orang berilmu adalah satu rahmat sebenarnya…so.. jom pakat gi ngaji biaq habis dulu…dan pakat berlumba buat benda berfaedah.. utk bekalan akhirat ..

    anak jati tumpat kelantan

  9. Petikan dari harakahdaily

    Dr Asri persoal pegawai JAIS ‘kutuk’ Hadi, Nik Aziz

    KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

    Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

    “Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

    “Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. ‘Anak Pak Wahab’ itu merujuk ke pengikut wahabi.” kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

    Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

    Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk “Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi” berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

    “Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin,” tulis Mahfuz dalam blognya.

    Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

    “Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

    “Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau,” katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

    Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

    Salah satu keratan di bawah tajuk “Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash” memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :”Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang…”

    Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS ‘dibiarkan’ oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

    “Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?” katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.

  10. Apabila orang yang ikut Quran dan Hadiths dikatakan wahabi maka kaum salafpun wahabikah? Imam Muhammad Abdul Wahab tu terkemudian dari Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim tapi mereka masih dikatakan wahabi. Jadi kat Malaysia ni sesiapa saja yang tak ikut ulamak Melayu dicap wahabi? Org Melayu mengaku menjadi pengikut mazhab Syafie tapi Imam Syafie pun tak kenal. As-Syafie dalam Al-Umm menyatakan azan pada hari Jumaat sekali tapi kat Malaysia dua kali. Konon nak ikut Sayyidina Uthman bin Affan tapi tak jugak. Pada zaman Uthman azan pertama tak buat dalam masjid dan belum masuk waktu jumaat. Rasionalnya betul sebab orang terlalu ramai dan asyik berjual beli. Beliau mengingatkan mereka pada solat Jumaat. Pada zaman sekarang dah ada jam dan pembesar suara, jadi rasionalnya dah hilang.

    Nik Aziz dituduh wahabi tapi yang mempertahan nur Muhammad tu pengikut apa? Syiah? Orang yang mengikut Quran dan Sunnah dikatakan sesat sebab tak sealiran dengan ulamak Melayu konservatif. Mulut mengaku ikut Quran dan Sunnah tapi amalan bertentangan dgn Quran dan Sunnah nak kata apa?

    Selagi umat Melayu tak benar-benar kembali kepada Quran dan Sunnah polemik begini tak akan selesai. Bagi umat Melayu tepuk dada tanya iman. Kalau nak ikut Quran dan Sunnah ikutlah betul-betul. Kalau tak hendak ikutpun siapapun tak marah. Di maksyar kelak masing-masing akan jawab.

  11. salam buat pembaca semua…

    Pasal wahabi nie… akua nak mintak tolong skit….

    Tolong jangan diperbesarkan isu nie… sebab wahabi atau ape pun, selagi ia tidak melanggar syarak dan sebagainya, itu adalah antara allah swt dan umatnya. Yang rugi adalah umat Islam itu sendiri, perpecahan akan terus berlaku kerana perbalahan (Kedua2 nya ada dalil). Kita bukan ulama nak cakap benda 2 halal atau haram, biar urusan ulama tu diorang yang selesaikan. Percanggahan pendapat atau tafsir sudah pasti berlaku, tapi pasti ada jalan penyelesaian, sekarang bukan ada nabi atau mukjizat, kita berpandukan Al Quran dan Hadith yang ditafsirkan oleh ulama ulama terdahulu dan sekarang. Mungkin ada perbezaan ulama dulu dan sekarang, kerana ia mengikut kesesuaian masa, keadaan dulu dan sekarang, Oleh itu, perkara begini janganlah dibesarkan kerana apabila perpecahan dalam islam itu di khuatiri allah menurunkan sesuatu yang berat kepada kita (nauzubillah). Fikir2kanlah

    p/s: Isu wahabi ini kalau nak kaji, banyak benda kena belajar… aku pernah bawak benda nie dalam usrah, Hampir 2 jam lebih baru abis… Soo please jangan perbesarkan isu2 nie… Mintak maaf klu ada salah silap teman…

  12. salam…

    TGHH antara sebilangan kecil Ulama kat Malaysia ni yg mampu menghuraikan kitab agama kuno… (tajuknya aku tak ingat) yang ramai ulama tak boleh huraikan… ia diakui oleh sorang panel dalam interview kat radio IKIM.fm masa tu… tu pun boleh orang pertikaikan lagi dia wahabi…

    aku menyokong comment “BlueCrownHangingParrot”. sepatutnya artikal ni tak disiarkan… dalam ramai-ramai pembaca blog ni, mesti ada yang kata, TGNA n TGHH sama je wahabi.. sebab kejahilan diorang tentang agama.. biarlah orang yang berkelayakan yang mengulas isu ni… dulu lagi, ulama’ dah sepakat perbezaan pendapat atau ijtihad di kalangan orang berilmu ni merupakan satu rahmat… perkara ni dah lama selesai… apa jua pendapat dalam agama (ijtihad para ulama… bukan Ijtihad para blogger) selagi ia tidak menjejaskan akidah, dianggap tidak sesat…

    Salah satu tanda-tanda hari kiamat bila orang bukan ahli bercakap tentang agama,…

  13. Sebelum muncul Dr. Asri…mereka2 yang menuduh tu…mestilah diakui sah sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) kan.kan kan…apakah TINDAKAN mereka kepada orang RAMAI..supaya orang ramai Islam BETUL2 faham apakah ASWJ tu….TAPI pada dapatan hamba yang dhoif ini…80 peratus MELAYU TAK SOLAT…90 peratus tak tahu baca QURAN dengan betul tajuwidnya..95 peratus MELAYU tak tahu tulis baca JAWI..masjid2 dan surau2 berkunci lepas solat Isyak…TIDAK di imarakkan….apakah TINDAKAN yang dijalankan oleh PUAK2 yang mengaku diri tu ASWJ…Inilah dia SALAH orang walau kecil BOLEH NAMPAK…SALAH SENDIRI…besar gajah DEPAN MATA tak nampak..

  14. BlueCrownHangingParrot,
    Tanpa nama &
    IKhwan,

    InsyaALLAH artikel ini akan bersambung lagi. Saya tidak memaksa sesiapapun untuk bersetuju dengan tulisan saya. Tulisan ini hanyalah sambungan kepada beberapa siri tulisan saya yang terdahulu, dalam membicarakan tentang ‘Amalan Yang Bersumberkan Hadits Palsu Dalam Masyarakat Melayu’.

    Saya tidak paksa saudara bersetuju dengan tulisan saya. Imam Syafie R.A. telah meminta pengikutnya supaya membuang pendapat Syafie sekiranya bertentangan dengan hadits-hadits yang sahih. Saya tidak akan berhenti menulis sebagaimana Muhammad Uthman El-Muhammady tidak berhenti menulis dan menyesatkan golongan yang tidak sependapat dengannya setiap hari Ahad di Berita Minggu.

    Wasiat Rasulullah SAW : “Sampaikanlah YANG DATANG DARIKU walaupun satu ayat”

  15. aku setuju isu ni jgn diperbesarkan…yg penting skrg ni jgn lari drpd akidah kita yg sebenar iaitu sujud dan takut kpd Allah…lebih baik bincang isu byk cite dlm tv yg terang2 memesong akidah…tambah2 cite dr indon

  16. Saya kurang faham apa huraian ‘jangan diperbesarkan’. Apakah saya sebagai orang awam tidak berhak menilai keabsahan apa yang saya pegang selama ini, tidak perlu menyelidik samada kefahaman saya mempunyai asas yang kukuh sekukuh-kukuhnya?

    Jika perkara itu khilaf, sampai menganggap orang lain ’sesat’? Berkenaan perpaduan, benarkah kita faham benak hati orang yang kita nak padukan itu? Sudahkan kita menelusuri garis panduan Tuhan dan rasul tentang mengenal hatibudi seseorang?

    Setakat ini, teramat payah bagi saya sebagai orang bawahan untuk menerima cadangan UG. Keputusan, tingkahlaku dan amaln pemimpin persekutuan sungguh menggusarkan hati tentang masa depan anak-anak kita.

  17. Kenapa bila kita bercakap pasal ’sunnah’, Wahabi, ke apalagilah, ianya mesti dikaitkan dengan MELAYU…. Aku percaya masalah problem paling besar kebanyakkan orang MELAYU yang berugama ISLAM ialah MENGUGAMAKAN adat dan budaya. Kita buat benda yang lain tak buat, pas tu kita kata diorang tak betul…

    Cakap pasal makan tupai dan lain-lain lagi (aku ngaji tak abis…) setahu aku yang jelas dan nyata TAK BOLEH makan (dlm keadaan bukan darurat) hanya babi dan anjing. Yang ‘lain’ semua hanya di anggap sebagai Toiyibah. Isu pokok sepatutnya bukan “tak boleh makan tupai” tetapi MENGAPA nak makan tupai kalau ada makanan yang lebih baik? Tak begitu…??? Menagpa nak minum Guiness Malta sedangkan ada lagi minuman kesihatan yang baiknya???

    Last sekali … Salah ke kalau kite ni WAHABI ke, SUNNAH WAL JAMAAH ke, SYIAH ke. Kan yang penting ALQUran sebagai Konsep dan Defination dan Hadith sebagai ‘Supplementary Exploratory Notes’? Contoh nya kalau aku tak nak ikut mana-mana mahzab, aku bukan islam ke?

    MY TWO SEN WORTH OF OPINION

  18. Isu ini tak perlu diperbesarkan tapi perlu diperjelaskan. Baru tidak akan ada perpecahan. kalau tidak org yg tidak faham akan terus tidak faham. itu yg menimbulkan label-melabel… Sebagai contoh saya. Semasa saya dalam keadaan tidak faham, memang saya melabelkan org itu, org ini wahabi dan sebgainya. Kenapa, sebab org lain berkata begitu. So kita punya kefahaman hanya berdasarkan ikutan bukan benar2 kita faham. Dan apabila (kebetulan saya tinggal tak jauh dari mengkuang, BM) saya ada perasaan ingin tahu dan saya mengikuti kuliah Dr Asri dan seangkatan.
    Dan akhirnya, semua persoalan selama ini terjawab dan saya lebih memahami. Dan akhirnya secara tak langsung perkataan wahabi itu sudah tidak ada dalam kotak pemikiran saya.
    Cuma bagaimana kita nak cari titik pertemuan utk menyatukan balik kefahaman dari pengajian pondok2 dan “bahtera perubahan”.
    Dan lagi satu, pengikut2 “bahtera perubahan” jangan terlalu ekstrem, berhujah secara rasional dan berhemah. Kadang2 pengikut2 yg membuatkan “bahtera perubahan” menjadi “bahtera percanggahan”.

  19. Buat penulis,

    buat lah apa yg termampu… prinsip saya mudah .. Allah menghitung setiap perbuatan kita… maximumkan amal ibadah khusus dan minimumkan perkara yg mendatangkan kekeruhan.. ana tidak kata sdr salah .. cukuplah saya tuliskan… DI SINI BUKAN TEMPATNYA….dizaman ict ni .. yg tak kenal pensil pun boleh menaip apa saja … takde yg lebih jelik dari perkataan yang di ketengahkan tanpa ilmu .. yg lebih parah lagi mengundang fitnah dan pertelingkahan yg berterusan.. ya benar .. sampaikan daripadaku walaupun sebaris ayat .. itu kata rasulullah s.a.w …(berselawatlah kepada baginda) namum .. martabat ilmu (sebaris ayat itu) ada kaedahnya..!!.. suruhlah si anak kecil belajar dari org gila ..kerana org gila pun ada ilmu ..paling tidak ia tahu meminta utk makan!!!…

    kesilapan yg selalu kita buat kita ..do things with wrong person at the wrong time at the wrong place!!!

    kalau tempayan mudah nak tutup… ict ni sapa nak halang ?… dgn ict semua org seolah olah ..semua ada microfon sendiri.. tak kira siapa taraf org itu .. wahai diriku yg hina .. takutlah pada Allah .. yg memberikan nikmat lidah dan hati dan roh yg akan dikembalikan…

  20. sdr2 yang saya hormati, salam aidiladha,

    apa yang disuarakan oleh tg hj lah ni teramat jelas mengandungi kepentingan politik. ia merupakan kesinambungan serangan bagi memperlekehkan peribadi tgna yang tidak mampu dilakukan oleh seteru politik beliau. apa kena mengena dengan tg hj lah hujah “dia bukan Mursyidul Am” seperti di bawah:
    “Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am,” katanya.”

    alhamdulillah, kemelut pmbk telah berakhir. dan ia bukanlah penutup kepada serangan ke atas tgna. ia hanya akan berakhir apabila tgna aziz bukan lagi mursyidul am pas. tgna aziz merupakan tonggak utama penghalang kepada kerajaan perpaduan pas-umno. justeru beliau perlu ‘dihapuskan’.

    ia tidak akan terhenti setakat itu. kini sudah timbul tgna perlu menamakan pengganti beliau sebagai mb kelantan oleh sebab2 yang sengaja digembargemburkan. serangan ke atas peribadi tgna akan berterusan kerana ia dirancang sebegitu rupa. seteru pas bukan sahaja telah berjaya ‘mewujudkan’ environment untuk menjatuhkan mursyidul am pas tetapi pada masa yang sama environment pengganti mb.

    ketiadaan tgna sebagai mursyidul am pas akan dengan sendirinya terhapus halangan besar perpaduan pas-umno sebagaimana yang ditekankan oleh tg hj lah seperti di bawah:

    “Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.”

    suara tg hj lah seiras dengan suara dari dalam pas cadangan idea kerajaan perpaduan pas-umno. seteru pas memang handal menyediakan platform2 supaya idea kerajaan perpaduan ini tidak hanyut dan tenggelam dalam banjir kerana ia merupakan ubat mujarab untuk meneruskan kuasa.

    isu ‘pengganti’ tgna merupakan agenda serangan bertubi2 terhadap pas kelantan menjelang pru13 bertujuan mewujudkan ketidakyakinan rakyat kelantan terhadap kepimpinan “berebut” jawatan.

    jika isu pmbk dapat diselesaikan dengan nasihat dari kepimpinan pas pusat kepada tgna demi menjaga pas, siapa pula yang boleh memberi nasihat kepada kepimpinan pas pusat dengan kerajaan perpaduan dan pas kelantan dengan pengganti mb? perlu diingatkan, kedua2nya, digunapakai bagi merudumkan lagi imej pas yang telah tercemar akibat dari isu ‘kerajaan perpaduan’.

    ‘fitnah’ kini sudah berada di muka pas. ia bukan lagi sesuatu yang datang dari seteru pas. ia sudah tertempel di muka pas!

    kebijaksanaan pihak seteru dalam memainkan sentimen rakyat bukan satu perkara baru. tg hj lah sekali lagi berjaya digunakan bagi menonjolkan “umno dulu, semasa kena tendang dulu, lain. umno hari ni, penerajunya, orang lain”. imej peneraju umno kini ditonjolkan sedangakan imej serta peribadi tgna diserang tanpa segan silu:

    “Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

    tg hj lah memilih untuk “mempertahankan kedaulatan orang Islam” melalui perpaduan pas-umno, walaupun, pada pas “mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.”

    “Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.”

    tg hj lah juga mengaku serta menerima bahawa selepas 52 tahun memerintah dasar umno masih belum bebas dari tekanan pihak british dan umno masih kurang dalam agama!

    “Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,” ujarnya.

    seteru pas telah berjaya, melalui penasihat yahudinya, menggunakan tg hj lah sebagai juru kempennya. siapa boleh menafikan “selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan” sepertimana kata tg hj lah?

    Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

    kepimpinan serta ahli2 pas, khususnya kepimpinan, perlu faham bahawa masa depan pas bukan terletak kepada kerajaan perpaduan. bukan terletak kepada siapa pengganti tgna. tidak tercatat di mana2, bahawa pas dengan dasar islamnya akan memerintah malaysia. yang tercatat hanya islam akan mentadbir dunia ini…itulah mesej dari langit.

    wallahu’alam

  21. kepada kepimpinan serta ahli2 pas, khususnya kepimpinan pas, we do not need stooges within the party! persepsi adalah maklumat, jangan sia2kan maklumat yang berada di tangan kalian!

    Jamos - comments on The Malaysian Resource Curse: William Leong Jee Ke…”:
    jamos has left a new comment on your post “The Malaysian Resource Curse: William Leong Jee Ke…”:

    A good and comprehensive article, outlining the weaknesses and complacency of our arrogant govt in facing the imminent economy danger that’s soon to befall the nation. The UMNO stooges are still in a comfy dreamland presuming that the nation is safe in their control, everything they do are perfectly right, all things are in good shape and on the right track to economy bloom. We can’t blame these political skunks for they possess the screwed-up mentality either by genealogical inheritance or by infection through the dictatorial bigtime father of corruption. Therefore, all that we often hear from these UMNO bigots are:

    * Saya pantang dicabar.
    * Jangan main api.
    * Jangan uji kesabaran kami.
    * Kami mempertahankan ketuanan bumi.
    * Perjuangan untuk bangsa,negara dan agama.
    * Jangan mempertikaikan polisi kerajaan.
    * Rakyat harus menghargai bantuan kerajaan etc.

    Do they know who their real enemies are? Do they realise that the actual enemies are among and within themselves? For all we know, these UMNO goons worry not forthe nation , care not for the rakyat but only themselves. Whatever happens to the country is not important as long as it does not affect them, obstructing them any way in plundering the wealth ofthe nation . The natural resources the country possesses are the fortunate strength that keeps it afloat. It is quite obvious to us that ‘ignorance’ is very much alive in the govt. As the author says, if the govt do not recognize theMalaysian Resource Curse and do not have the political will to address it, the country will be heading for economic and political disaster.

    http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com/2009/11/jamos-comments-on-malaysian-resource.html

  22. inikah yang hendak dipertahankan oleh tg hj lah? mimpi apakah yang perlu dipertahankan kerajaan perpaduan?

    It’s the Corruption Stupid!

    It was corruption during Mahathir’s time, during Pak Lah’s time and it is still corruption now during Najib’s time! I have found it fascinating observing how the Malaysian voters think. They do not care about policy. The do not care about honesty. They want the politicians to tell them what they want to hear – when willl they get the roads built? The longkang repaired? Their temples rebuild? Their mosque airconditioned? Their land tittle? The cost of petrol reduced?

    UMNO knows that voters are emotional. UMNO work on the premise that voters are stupid. Stupid people votes are just as good as other people’s vote. Ignorant voters are easy target for manupalitive politicians. They will tell the voters what good is a politician without power? What good is your candidate without a position in government? And so the stupid voters vote in their manipulative candidates and there we have a merry mixture of “I want” from the voters and “I give” from the politicians…not for the greater good of the nation but that is what it takes to keep him in power and keep his voters contented.

    baca lagi…

    http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com/

  23. buat sahabat seagamaku, nomae…

    Jangan diperbesarkan tidak bermaksud tak payah ambil tahu langsung, perlu ambil tahu… tapi bukan melalui penulisan atau dengan membaca sahaja seperti ini kerana dikhuatiri akan terpesong aqidah. Saya setuju PerakEX membincangkan skop2 yang lain, seperti politik, isu semasa, negara hatta dunia sekalipun.. Tapi bab-bab agama nie, mintak cari la tok guru2 di masjid, surau atau pondok2. Kita tidak boleh mengatakan ia di pihak BENAR atau SALAH hanya berpandukan artikel dan sebagainya. Tanyalah pendapat tok guru2 kita, alim2 ulama mengenai perkara ini… Yang pasti setiap mereka pasti ada dalil2nya… sama ada ia kuat atau tidak kuat sahaja yang membezakannya… Tapi selagi ia tidak melanggar syarak… Pasti tiada yang mengharamkannya. Bersamalah kita dalam mengukuh dan menyempurnakan iman.. Ia lebih baik daripada membincangkan isu2 yang merosakkan aqidah dan ukhwah di antara kita.. Hanya Allah swt sahaja yang boleh menentukan sama ada kita ke syurga atau neraka, Rasulullah saw hanya mampu membantu kita dengan syafaat baginda di akhirat kelak, Oleh itu marilah kita mengejar keredhaan Allah SWT dan memohon syafaat baginda..

    P/s: Pohon maaf jika komen ini ada tersalah silap (tolong perbetulkan) dan menyinggung mana2 pihak.
    wassalam

  24. Dalam harakahdaily hari ni (24/11/09) juga ada artikel/berita tentang tuduhan Wahabi terhadap TGNA.
    Salahkah harakah melaporkan ?

  25. Terimakasih atas nasihat sahabat tanpa nama. Saya akur perlu adanya guru yang ikhlas dengan ilmunya, jujur dengan amanahnya.

    Cuma apabila dalam artikel ini, bukankah kata-kata yang tidak sepatutnya juga datang dari seorang yang sepatutnya kita jadikan rujukan? Menjalani kehidupan yang kita anggap yang lebih mendekati rasul dari diri kita sendiri? Dimanakah akhlak seseorang ilmuan Islam itu sendiri bilamana orang awam seperti kita sering disuruh berlapang dada dalam menghadapi khilaf, sedang mereka sendiri berdegar-degar mengatakan orang lain jahil?

    Apakah harapan anak-anak kita kini yang sering disibukkan dengan ilmu dunia untuk mengenali yang mana intan, yang mana permata? Ada benarnya kata orang, sebahagian orang Islam itu sendiri yang menjauhkan bukan Islam dari anugerah teragung Ilahi.

  26. Ha ha ha ha….lawak betul….

    Now..adalah satu strategi pihak UMNO untuk menukar persepsi masyarakat terhadap PR..maka tokoh-tokoh PR telah diserang dengan hebat di media-media UMNO..

    Sepatutnya Pemimpin PR dan penasihat beliau harus waspada supaya tidak terjerat dalam mainan kempen Media UMNO. Mereka mula menggunakan segala asset lansung (Utusan Melayau) dan tak lansung (macam Pondok Genting) untuk menyerang PR. Mereka menggunakan Isu Perbicaran Nuar Berahim yang menunjukkan Nuar Berahim belum sedia di bicarakan.. Isu Dato Khalid di Selangor dan Guan Eng di Pulau Pinang. Selain itu ..berita ketelusan SPRM dalam menangkap Pemimpin UMNO di Johor untuk mengambarkan Kerajaan UMNO yang ada sekarang ini telus. Selain itu, berita perasmian Parti Makhal Sakhti oleh Dato’ Najib di explotasikan dengan sepenuhnya untuk menunjukkan persepsi sokongan kaum India terhadap beliau.

    Dan jika ada isu dalaman Parti dalam PR. Kita boleh lihat bahawa berita itu disensasikan oleh mereka untuk menunjukkan kelemahan PR. Sebagai contoh isu lafaz taklik Khalid Samad. Adakah PR masih tidak sedar!!!!

    Mereka telah pun berjaya sedikit sebanyak mengubah persepsi rakyat terhadap PR. Oleh itu PR tidak sepatutnya leka.

    Berbalik kepada Cerita Haji Lah yang di keluarkan Oleh Utusan Melayau ini..dari segi penulisan “Utusan”, terang-terang ianya berpihak kepada UMNO dan menyuruh kita berperisangka buruk terhadap TG Nik Aziz dan memuji UMNO dengan berlebihan..Adakah ini di tulis oleh seorang pengikut Al-Sunah Wal Jammah atau pengikut Khawarij?…. Moga tiada orang yang terpengaruh dengan tulisan ini….

    Akhir kalam..Allah telah memberi kita Kudrat dan Otak..jadi gunakanlah dengan sebaiknya..

    Wassalammmmmmmmm

  27. ……pengaruh pemikiran tokoh-tokoh tajdid di Timur Tengah terutama tokoh tajdid tiga serangkai, iaitu Syed Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, dan Syed Rashid Ridha mengalir ke dalam pemikiran ulama tempatan seperti Tok Kenali, Haji Wan Musa dan Haji Mohd. Said yang kemudian menyebar ke tengah-tengah masyarakat Islam Kelantan yang ketika itu didominan oleh ilmu dari pondok-pondok…….

    betul ke dakwaan saudara yg Tok Kenali pun bawa pemikiran mereka2 ini..
    sy rs ini 1 fitnah atas nama Tok Kenali…
    kalau btl dakwaan saudara,datangkan bukti…..
    jangan pandai mnulis jer……….

  28. ma.lay36,

    Tentang Tok Kenali saudara boleh merujuk kepada buku ‘Tuk Kenali Penggerak Ummah’ yang tulis oleh ‘pewaris ilmu Tok Kenali’ yang masih hidup iaitu Ustaz Abdullah Al-Qari Haji Salleh ( AQHAS), Nama sebenar Tok Kenali ialah Muhammad Yusuf bin Ahmad

    Ayah AQHAS, Haji Salleh bin Puteh @Ab. Latif merupakan seorang guru di Pondok Kenali, di mana dia menjadi murid tua Tuk Kenali yang mewarisi ilmu Tok Kenali. AQHAS yang masih kecil ketika itu.

    Ilmu Tok Kenali diwarisi oleh AQHAS dan seterusnya anak-anaknya termasuklah Dr Najib AlQari, salah seorang pendakwah yang sedang menempa nama di Kelantan ketika ini.

    Abdullah Al-Qari ialah seorang tokoh agama serta pengarang dan penterjemah kitab-kitab berbahasa Arab dalam pelbagai bidang dan dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Malaysia diatas sumbangan beliau dalam bidang penulisan, walaupun tulisan-tulisan beliau dicop sebagai ‘Tulisan Wahabi’.

    Beliau dilahirkan pada pagi Ahad, 23 Zulkaedah 1356 bersamaan 26 Disember 1938. Nama Abdullah Al-Qari (maksud : Pembaca, terutama membaca al-Quran) diberikan oleh anak saudara Tuk Kenali, Tuan Guru Haji Muhammad Jebeng, di lot 1203 Kenali, Jalan Haji Salleh, Kubang Kerian.

    Ibu beliau (AQHAS), Hajah Khadijah binti Abdullah juga merupakan keluarga Tuk Kenali, mengajar al-Quran kepada anak-anak jirannya. AQHAS sejak kecil memang suka mendalami agama Islam. Hal ini demikian kerana, sejak kecil beliau dibesarkan dalam suasana yang penuh islamik bapa beliau.

    Kakak kepada ayah AQHAS pula ialah adik ipar Tok Kenali kerana berkawin dengan adik Tok Kenali.

    ma.lay36,

    Untuk lebih jelas, sila baca buku tersebut.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.