Harapkan Pagar…Pagar Makan Padi

Nov 24th, 2009 | By Admin | Category: M3m, Rencana
Oleh: M3M

Pagi ini, aku klik sana klik sini masuk dan baca bolg kengkawan. Tup-tup apabila masuk blok PAS Bukit Sentosa, nampak informasi ini. Tajuknya… Anak Tun Mahadhir dan anakanda Sultan Perak Antara Manusia Terkaya Di Malaysia.

Apabila menelitinya… beberapa perkara terus terlintas dalam otak aku. Ini dia…

  • peristiwa rampasan kuasa di Perak
  • kronisme
  • nepotisme

Apabila Najib merampas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, Malaysia Today telah mendedahkan dan mengaitkannya dengan kegiatan business yang melibatkan keluarga di raja Perak. Isu ini, hangat diperkatakan rakyat dan menjadi topik perbualan hot di kedai-kedai dan di warung-warung. Ramai yang geleng kepala tanda tak percaya dan dukacita. Rupa-rupanya inilah feudalisme ala-Malaysia. Ha ha ha…. Yes… rakyat didahulukan!! Daulat Tuanku!!

Kalau anak Che Det salah seorang individu yang terkaya di Malaysia, apa nak diherankan. Tak pelik…. Bukankah pada era pemerintahan Mahadhirlah kronisme dan nepotisme berleluasa. Jutawan segera muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Penswastaan dilaksanakan bagi menghalalkan rompakan wang rakyat. Pada masa itulah, banyak kroni serta anak pinak dan sedara mara… menjadi OKB dan jutawan segera.

Wang rakyat dirompak tanpa ada rasa segan dan silu. Yang kaya raya hanya segelintir kelompok elitis yang terdiri daripada rakan dan taulan puak-puak yang memegang tampuk kuasa. Hasil kekayaan negara dibuat macam harta mak bapak mereka. Mereka kaya raya….. rakyat terbanyak ternganga!!

Banyak projek gajah putih dilaksanakan atas nama pembangunan tetapi sebenarnya untuk mengkayakan kroni-kroni mereka. Puak-puak ni menjadi ibarat serigala yang rakus melapah dan meratah daging rakyat.

Yeeessss!!! Rakyat didahulukan!!! Hidup Mahadhir!!

Sekarang…. kita masuk pulak era Satu Malaysia tajaan Piem terkini di pasaran iaitu Najib Razak. Dan… sudah ada nama-nama individu yang kini berada di sekeliling Najib. Apakah nepotisme dan kronisme akan berterusan? Aku rasa sudah pastinya. Tetapi… kali ini mungkin Najib akan menggunakan slogannya, Satu Malaysia dan Rakyat Didahulukan untuk menghalalkan pulak rompakan wang rakyat dan harta negara. Tunggu dan lihat….

Lantaran itu, rakyat jangan mudah terpedaya dengan slogan-slogan maut yang dicipta hanya semata-mata untuk mengaburi mata kita. Remember…. Najib is ‘the’ Great Magician. So… beware always. He can make the impossible jadi possible dan sebaliknya. Jadi, kita kena betul-betul beware of this magician piem. Jangan biarkan dia trick kita hidup-hidup. Oleh itu, bukak minda dan bukak mata!!

Apa yang obvious sekarang, sistem demokrasi kita sudah hancur. Tunggang langgang. Tiang-tiang demokrasi kita habis runtuh. Separation of powers…. lunyai. Entiti-entiti penguatkuasaan sudah tak bebas…. semua dibelenggu macam lembu. Apa yang tinggal sekarang?? Apa yang boleh diharapkan oleh rakyat untuk menjamin hak-hak demokrasi mereka??

Harapan sudah tiada lagi. Yang tinggal hanya 3K.

Kehampaan… Kekecewaan dan Kemarahan.

Inilah luahan hati anak-anak muda yang peka akan hak-hak mereka…. yang peka akan masa depan negara…… yang mahukan keadilan dan kesejahteraa demi kasih dan cinta kepada negara.

Jadi tidak hairanlah, kalau ada dalam kalangan anak-anak muda yang berdarah panas mengeluarkan kata-kata seperti ini….

  • Let’s Go Republic
  • Hidupkan semula demokrasi melalui revolusi
  • Jika reformasi gagal, kita ber’revolusi’ pula

Mungkin brutal bunyinya, tapi itulah luahan hati mereka. Namun… harap-harap janganlah sampai begitu jadinya. Na’uzubillah…..

Sekiranya masih ada ruang-ruang demokrasi yang tinggal…. kita gunakanlah kesempatan dan ruang itu untuk membaik pulih kepincangan yang telah dilakukan. Kita gunakan kuasa kita. Kuasa rakyat kuasa keramat. Semoga Malaysia sejahtera selalu hendaknya.

Tags:

Afiat

4 comments
Leave a comment »

  1. salam MSK

    ada cerita baruuuuu….!!!!

    pening deme MSK lepas ni…

  2. Pindah ke Australia lah yop…mesti senang.

  3. nik aziz pun kronisme n nepotisme gak…jgn nk kata org jer…sume org amalkan kronisme dn nepotisme…beli roti canai pun kdg2 pun kroni

  4. Memanglah kroni beli roticanai 60 sen aje…kalau RM6 juta..berapa keping roti tu…cuba hang kentut kirakan..
    aku rasa akan sampai masa…darah akan mengalir..kalau puak berkuasa ni terus-terusan menindas menipu tak habis2…kalau berlaku macam REVOLUSI PERANCIS tu nanti…nasi dah jadi buburlah…DEPA SEMUA cabut pi luar negeri…kita yang BODOH tak nak guna kuasa mengundi padanlah muka…

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.