Tiada PRK di Perak: Ada tangan jahat - Nizar

Nov 23rd, 2009 | By Admin | Category: Berita, Blog Terpilih

Sendirimauingatlah

Keputusan mahkamah tinggi yang mengarahkan SPR mengadakan PRK di Kota Siputeh boleh memberikan kesan dan menggegarkan lutut tiga ahli “DUN Lompat” di Perak.”  Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak permohonan SPR iaitu salah satu cawangan Umno di Negara ini,maka ini bermakna mahkamah juga mengiktiraf kuasa speaker mengatasi kuasa SPR dalam menentukan kekosongan kerusi DUN.”tegas YB Nizar.Di Perak,speaker S.Sivakumar telah mengarahkan agar kekosongan di tiga DUN yang membabitkan ADUN dari PR yang telah melompat menjadi Adun bebas.Namun mengapa SPR tidak mengiktiraf kuasa speaker.Nizar juga berpendirian,sekiranya kuasa speaker terpakai di Kota Siputeh sudah tentu keputusan yang sama juga akan digunakan dalam kes di Perak dan kes 3 DUN “Lompat”ini akan ditentukan melalui suara rakyat dalam PRK yang akan diadakan di Perak nanti.

Beliau yakin bahawa kes di Perak berlaku kerana wujud tangan-tangan jahat dari luar yang telah mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh.”Jika Makamah Rayuan tak terima,ini jelas dan bermakna dalam kes 3 Dun di Perak akan konsisten ikut Mahkamah Tinggi.”katanya.

Beliau juga membayangkan bahawa jika ada PRK di tiga DUN ini,Pakatan Rakyat menyakini bahawa rakyat perak masih konsisten dalam memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi PRK tersebut dan mentadbir negeri Perak.

[baca yang lain]

Tags:

Afiat

2 comments
Leave a comment »

  1. Berangan tak habis2

  2. Nak harapkan mahkamah? Correct, correct, korekkkkk…..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.