Selamat Ulang Tahun…!

Nov 23rd, 2009 | By Admin | Category: Rencana, Sya reformis
BloggersNetwork@Perak
Bloggers wanita
Satu kenangan yang tidak akan dilupakan
KEMENANGAN ITU CUMA SATU KEMANISAN DALAM PERJUANGAN

Sesuatu yang telah dilalui itu dipanggil sejarah.Namun harus difahami bahawa sejarah dan kenangan itu berbeza maksud dan pengertiannya.Sejarah adalah apa yang kita lalui dan kita tempuhi.Kenangan ialah sesuatu yang juga kita lalui namun ia tidak akan kembali kerana ia tidak lagi sama seperti dahulu.

22 November 2009 genaplah Setahun ulang tahun kelahiran BloggersNetwork@Perak ,satu nama yang pernah gah satu ketika dahulu.Ia dizahirkan ketika Kerajaan PR mula menapak didalam beberapa Negeri di Malaysia.Kerajaan Perak memulakan langkah pertama apabila membuka pintu dan menerima kehadiran penulis-penulis bebas yang lahir dari kalangan mereka yang menulis di laman-laman Blog.Hasil usaha dari MSK maka semua Blogger yang tidak mengenali antara satu sama lain bertemu dan duduk bersama atas nama persaudaraan dan minat yang sama.Perjumpaan dan juga pertemuan yang dihadiri dan dirasmikan oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin nampak teratur dan menarik dan pada hari tersebut juga lahirlah istilah satu istilah baru yang dinamakan  KAMAR.

Namun ia tidak berakhir disitu,semangat dan juga keazaman rakan-rakan untuk membantu PR dan juga menyampaikan maklumat kepada Rakyat berterusan dan dikembangkan ke Kelantan Darul Naim.Pertemuan dan perbincangan bersama dengan Bloggers di sana cukup bermakna dan meninggalkan kesan yang baik.

Penubuhan Bloggers Network@Malaysia telah disempurnakan oleh Dato Paduka Hussam Musa yang pada masa itu hadir sebagai wakil Kerajaan Negeri kelantan dan bersama dengan kami untuk satu hari yang penuh makna.Hari yang mana kehadiran kami di hargai dan bermulalah satu persaudaraan dan ikatan persahabatan dengan semua rakan-rakan Bloggers.

Di Kelantan BloggersNetwork@Malaysia

BloggersNetwork@Malaysia melangkah setapak lagi apabila kali ini Pulau Pinang juga menggarap dan menyelusuri jejak yang sama.Apabila Kerajaan Perak mengiktirafnya selepas itu Kelantan dan ia membawa AURA tersendiri dan ia dapat bertapak kali ini di Pulau Pinang.Merupakan satu yang baik apabila 3 Negeri bersatu dan mengiktiraf Identiti baru ini.

Hasil dari ikatan dan kerjasama ini maka ia telah banyak mencipta kejayaan dan sejarah tersendiri yang begitu meninggalkan kesan disanubari setiap dari kami.Kejayaan yang kini dapat dilihat dalam arena politik Negara begitu membanggakan.Satu kesyukuran yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Allah swt yang bnyak memberikan kekuatan kepada kami dalam menegakkan kebenaran.

Namun hari ini pelbagai yang terjadi,pasang surut ombak di lautan turut melanda kami.Ketidak seimbangan cuaca turut menjadi tempias kepada kami.Satu ikatan yang dahulu terbina kini agak longgar ikatannya,ada ruang-ruang yang telah diresapi angin dan mula menampakan ketidak seimbangan dan sebelum ia reput dan terputus maka ia perlu diganti dan diikat kembali agar ia kembali bersatu.

Kita tidak berpecah dan terlerai tapi kita hanya kadang kala diasak taufan yang singgah sesekali ia menginginkannya.Namun walau setinggi badai sekalipun kita tetap sama.Satu pasukan yang berkhidmat untuk Rakyat dan selamanya akan bersama Rakyat.Bloggers ialah satu nama dan yang bernaung di bawahnya merupakan mereka yang berperanan mencantik dan memperelokannya dan ia ialah penghuninya.

Buangkan istilah Bloggers Pas,Keadilan,Dap mahupun apa sahaja kerana kita dahulu pernah hadir dan bertekad untuk menjadi satu gelombang baru dalam memantapkan PR.Kerana identiti kita itu hanya ISLAM,dan bersatulah untuk Islam selamnya.

Oleh itu marilah kita bersama mengembalikan sejarah itu agar ia tercipta dan berjaya kali ini.Buangkan semua keraguan dan bersatu atas nama Keadilan dan Kebenaran..!

Gambar dari blog kak luna

Afiat

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.