Pemuda UMNO berjaya kuasai PDRM

Nov 23rd, 2009 | By Admin | Category: Berita, Sam Ahmad

Oleh Sam Ahmad

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagai di bawah telunjuk UMNO/Barisan Nasional (UBN) apabila membatalkan permit ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng di Kulai, Johor, yang sudah diluluskan lebih awal.

Ceramah yang diadakan pada semalam itu juga turut menampilkan Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sebagai penceramah. Walaubagaimanapun mereka berdua sempat memberikan ceramah.

DSAI dalam kenyataan balasnya berhubung penarikan semula permit polis itu berkata, “[permit] ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno!”

Alasan yang diberikan OCPD Zulkifli menurut DSAI ternyata tidak masuk akal.  DSAI  mempersoalkan adakah majlis anjuran UMNO akan dibatalkan sekiranya rakyat beramai-ramai membuat protes membantah sesuatu program anjuran UMNO atau BN.

Beliau hanya sempat menyampaikan amanat ringkas sebelum para hadirin diarahkan bersurai.

“Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit
kepada hadirin sebelum mereka bersurai. Tidak wajar polis mengikut
telunjuk umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap,” katanya menerusi telefon dan juga ada disiarkan di blognya.

Tags:

Afiat

One comment
Leave a comment »

  1. Ini bukan kali pertama UMNO Kulai mempergunakan PDRM untuk membatalkan ceramah Pakatan Rakyat. Dalam kempen PRU-12 dulu pun dikatakan Timb. Ketua UMNO Bahagian mempergunakan Polis Kulaijaya supaya menarik balik kelulusan permit ceramah yang sepatutnya diadakan di felda Mawi (Taib Andak). Padahal sebelum tu pihak polis telahpun memberi kelulusan tanpa sebarang masalah.

    Woi Datuk Adam (Ketua Bahagian Kulai) dan Hj. Tosrin (Timb. Ketua Bahagian)….. Apa yang korang takut sangat dengan Anwar dan Chua Jui Meng? Korang kata UMNO kuat? Kalau kuat, bagilah diaorang ceramah. Bukannya “ramai” (agaknyalah) yang datang tengok ceramah tu……

    Tapi kalau memang ramai, aku tak boleh kata apa-apalah. Sendiri mau ingatlah kenapa aku derhaka pada parti…..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.