Mukhriz mungkin jadi calon BN untuk Kota Siputeh
Nov 23rd, 2009 | By Admin | Category: Rencana, blackOleh Black
Khabar angin bertiup kencang mengatakan Mukhriz Mahathir akan dipilih untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) jika berlaku pilihanraya kecil di kerusi DUN Kota Siputeh. Mukhriz enggan mengesahkan mengenai spekulasi tersebut. Klik disini. Sementara itu, hari ini Mahkamah Tinggi menolak rayuan SPR untuk menangguhkan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong. Klik disini.
Ramai yang mempersoalkan kewajaran SPR membuat rayuan untuk menangguhkan keputusan tersebut. Tindakan SPR itu sedikit sebanyak telah mencemarkan imej badan tersebut yang seharusnya bebas dan mentadbir perjalanan pilihanraya tidak kira waktu bila sekalipun apabila diperlukan.
Jika benar Mukhriz menjadi calon pilihan BN, tahniah diucapkan kepada beliau. Akan tetapi rakyat harus perhatikan apakah harta milik Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) digunakan dalam kempen pilihanraya tersebut. Jika ada, ambil gambar atau video dan emailkan kepada National Institute for Electoral Integrity (NIEI) di niei@niei.org.my.
Perlu juga perhatikan kerajaan negeri Kedah, jika mereka juga menggunakan jentera kerajaan negeri dalam berkempen, lakukan perkara yang sama. Ambil gambar atau video dan emailkan ke alamt email diatas.
NIEI telah membongkar penyalahgunaan jentera kerajaan dalam beberapa pilihanraya kecil seperti Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan terbaru di Bagan Pinang.
Dalam isu penyalahgunaan jentera kerajaan dalam kempen pilihanraya, didapati kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat terlibat sama!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















sama je tindakan yang akan diambil oleh kedua-dua pihak,iaitu tutp kes.rugi beras je ,mana ada tindakan yang diambil sebelum ini mengenai salahgunakuasa.baik lah pangkah PR
UMNO dah terdesak sangat ke sampai calon yang dah bergelar MP sebagai calon DUN dalam PRK? Kalau dalam pakatan rakyat, aku tak heran sangat. Tapi sejak PRK Permatang Pauh dulu pun dah diletak adun Seberang Jaya, nampak gaya UMNO dah tak mampu nak menutup rahsia besarnya - tak kira siapa pun calon UBN, semuanya nakkan habuan wang ribu-riban!
Perhatian para penyokong, pengundi, otai-otai dan ahli-ahli Pakatan Rakyat, jom kita turun bantu PAS dalam kempen PRK Siputeh. Kita lawan UMNO-BN habis-habisan.
Kepada puak-puak pro-UG, kamu semua tak bantu kami pun takpe. Buat “perabih boreh” aje. Silap-silap kalau kamu semua “tolong” jentera Pakatan, BN boleh menang dengan majoriti lebih besar, macam yang berlaku di Bagan Pinang.