Konvensyen, konvensyen, konvensyen
Nov 23rd, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaPada tahun 2005, aku mengikuti Konvensyen PKR di Hotel Equatorial Pulau Pinang. Bosan dengan ucapan-ucapan retorik..aku keluar dari dewan dan lepak kat lobi hotel sambil bersembang dengan orang-orang yang tak dikenali.
Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti didepan lobi dan seorang yang biasa aku tengok keluar dari kereta. Tak ada orang yang membuka pintu, tak ada pengiring motor besar, tak ada orang yang menyambut untuk mencium tangan. Orang itu keluar dari kereta dan berjalan bersendirian menuju ke dewan konvensyen. Orang itu ialah Anwar Ibrahim.
Aku pergi berjumpa dengannya dan bersalam. Dalam hati aku, dalam dua tiga tahun lagi, aku tak akan dapat peluang bersalam dengan Anwar dalam keadaan macam tu.
Sekarang, walaupun aku masih lagi berpeluang untuk berjumpa dan bersalam dengan Anwar, tapi keadaannya sudah berbeza.
Aku rasa Anwar masih macam tu. Dalam perjumpaan dengan blogger pada 18 hb lalu, dia masih macam dulu. Masih boleh bergurau. Tetapi jeneral-jeneral dan leftenan-leftenan disekelilingnya yang kadang-kadang membuatkan Anwar semakin jauh dari rakyat.
Anwar sudah diangkat terlalu tinggi, dan jurang diantara Anwar dengan rakyat semakin melebar. Imej Anwar dilonjak, sehinggakan imej pemimpin yang lain dan parti jauh ketinggalan dibelakang. Lonjakan ini membuatkan jurang diantara Anwar dengan kepimpinan yang lain juga semakin melebar. Cuba tanya satu soalan, kalau Anwar tak ada…siapa penggantinya dalam PKR? Hampir tidak ada yang layak. Dan sesiapa saja yang menggantikan Anwar dalam PKR akan menghadapi masalah untuk merapati imej Anwar yang terlalu tinggi.
Sekarang musim PKR berkonvensyen. Setiap negeri mengadakan konvensyen. dan setaip negeri juga melakukan apa yang mereka mahu untuk menampilkan imej mereka. Tetapi kalau tengok pada penampilan imej yang dibuat…menampakkan imej PKR yang bercelaru. Ada juga yang mengatakan imej demokratik. Sesiapapun boleh buat apa yang depa suka.
Setakat ini…dalam penampilan imej..aku lebih suka kepada Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan.
Paling teruk..Konvensyen PKR Pulau Pinang. Imej PKR hilang. Tak ada lambang PKR langsung..yang ada cuma lambang mata satu. Macam lambang mata Dajjal..Freemason…ditambah pula dengan background merah. Seolah-olah melambangkan PKR Pulau Pinang sudah terpisah dari PKR induk. Dan yang paling teruk, Ketua Umum dan Presiden dari Pulau Pinang. Apakah imej Dajjal yang hendak diketengahkan?
Kedua teruk..Selangor. Satu negeri yang diketuai oleh PKR..tetapi cuba google gambar-gambar Konvensyen PKR Selangor. Dalam TV Selangor tak ada. Dalam Selangorkini tak ada. Cukup susah nak cari. Come on la…Yang ada gambar Khalid dengan Anwar. Penampilan parti langsung tak ada.
DiPerak..yang seronok dan bangga, cuma pemimpin parti. Tapi bagi mereka yang merasa penderitaan rampasan kuasa Perak…merasa meluat dengan Konvensyen PKR Perak ini.
Pertama sekali…aku tak dapat nak membezakan diantara ceramah dengan konvensyen. Tak ada pembahas. Pembentangan kertas kerja pun dibuat sambil lewa.
Yang bawa kertas masa pembentangan cuma Dr. Lee. Tapi aku tak tau kertas apa sebab apa yang dicakapkannya..seolah-olah bukan membaca dari teks yang disediakan. Macam hujah dalam Parlimen saja.
Kesavan bawa buku tiga lima. Macam tu ka membentang kertas kerja? Kesavan kena bezakan, ceramah atau konvensyen.
Pembinaan imej parti langsung tak ada. Yang ada cuma pembinaan imej Anwar dan Mustafa Kamil Ayub. Cuba tengok gambar dibawah ini.
Gambar Azmin jauh lebih kecil dari gambar Madzi sedang berucap. Tetapi dalam gambar Azmin, wajahnya cukup jelas. Logo PKR dibelakang Azmin cukup jelas walaupun saiznya jauh lebih kecil. Ingat Azmin, ingat PKR. Bila tiba waktu mengundi, gambar Azmin tak ada dalam kertas undi…cuma logo PKR yang ada. Gambar tiga orang pada bannar dibelakang Azmin tak jelas sapa dia… dan orang tak boleh fokus…sebaliknya orang fokus kepada Azmin. Itu sebabnya mengapa Azmin sinonim dengan PKR. Dia membawa imej PKR dengan baik.
Bukan setakat gambar Azmin, hampir semua yang berucap berlatarbelakangkan logo PKR. Rostrum diletakkan diposisi yang strategik. Semua gambar yang diambil akan berlatarbelakangkan logo PKR. Cuba pergi ke laman Minaq Jinggo. Dan perhatikan bagaimana PKR WP berjaya mempromosikan imej PKR.
Di Perak, rostrum juga diletakkan diposisi strategik, tetapi bukan untuk mempromosi imej PKR…sebaliknya wajah-wajah Anwar, Wan Aziziah dan Mus. Dan imej itu terlalu besar sehingga menenggelamkan wajah Madzi. Malah menenggelamkan wajah siapa saja yang berucap. Logo PKR terlalu kecil kalau dibandingkan dengan wajah Anwar dan Mus.
Ini gambar Anwar sedang berucap diambil dari jauh. Tak jelas….kerana wajah Anwar ditenggelami oleh banner dibelakangnya. Bagi setiap jurugambar, dia pasti mahukan gambar close-up. Tapi bila diambil gambar close-up, gambar Anwar dibayangi oleh gambar Mus yang lebih besar dari Anwar.
Siapa saja yang bertanggungjawab dalam pengurusan konvensyen ini ..aku hanya ada dua persepsi. Satu…tak tahu. ataupun sengaja nak promote Mus.
Sambutan ketibaan Anwar juga nampak pelik. Semua kepimpinan yang duduk diatas pentas turun meninggalkan dewan untuk menyambut Anwar. Bagi la peluang mereka yang tak masuk kedalam dewan untuk bersalam dengan Anwar. Selama ni pun, depa tak dak peluang nak bersalam sebab setiap kali Anwar sampai, dia dikelilingi oleh kepimpinan yang lain. Hangpa dah selalu jumpa Anwar…tak payah la nak hurung dia, bagi peluang orang lain pulak.
Sambutan ketibaan Anwar diurus oleh Biro Kebudayaan dan Sukan. Aku tak tau budaya apa yang hangpa nak tonjolkan. Hangpa mungkin kata, ini sambutan pahlawan…tapi aku cukup meluat apabila Anwar disambut macam Raja.
Cukup la dengan raja-raja yang ada. Speaker diseret depan mata pun dia buat tak tau. Ni..hangpa pulak sambut Anwar macam raja…piirrrah!! Sambut dengan tombak yang dipegang oleh Pak Pacak. Diiring dengan paluan gendang dan tiupan serunai. Woit..ni budaya sapa?
Cuma satu saja yang aku seronok. Bila Anwar sampai, muzik pun dimainkan. Dan bila mendengar serunai yang dimainkan oleh budak yang didepan sekali…kaki aku bergoyang. Sebab lagu yang dia mainkan macam biasa aku dengar! Memang seronok dengar lagu tu…tapi sesuai ka lagu tu dimainkan untuk menyambut pahlawan? Bagi yang tak pernah mendengar lagu yang dimainkan oleh kumpulan tersebut…cuba layan lagu ini.
Kepada Biro Kesenian PKR..pi la jumpa Raja Ahmad Aminullah kat Yayasan Kesenian Perak. Minta nasihat dia tentang budaya…jangan main bubuh saja.









Klik Imej Untuk Senarai Penuh















lagu pak ku syahadat ni main masa kenduri budak masuk jawi OK la…
nasib baik budak tiup serunai tak boh lagu hindustan
Jeneral dan Leftenan Anwar berusaha mengklon diri menjadi seperti Anwar. Anwar terpedaya lalu melantik klon-klon ini menjadi Pengerusi Negeri. Klon beliau yang paling berjaya dah lari (Ezam Kotak). Sejarah telah membuktikan, berjayakah klon Elvis Presli, klon Siti Nurhaliza, klon Michael Jackson?
Dr posting ni, aku nak sgt PKR penang explain why the hack simbol yg sinonim dgn freemason jadi pilihan,warna rasmi keadilan warna apa?ni awat la depa pilih warna yg sama tona yg lain2 n tambah garis2 mcm bendera nippon,design tak tahun 2009 langsung depa nie,cuba la bwk2 belajaq pop art n rebranding skit imej hangpa jadi appealing n tak bersifat bola tanggung smash joko suprianto wak wak pkr oit©..banner gambaq besaq2 muka anwar tak payah la ..logo parti lebih afdhal, instead of printing muka pemimpin baik print muka2 rakyat melayu cina india dll yg pkr konon2nya pejuangkan,biaq dea2 yg di piih sbg pemimpin yg duk atas stage tuh tau di belakang depa adalah rakyat,break the norms pkr,jgn kelihatan dan kenampakan mcm umno,bolehlah nk smbut pemimpin wat ceremony kesenian tp awat pencak silat sunat saja,campuq la skali silambam,tai chi,tomoi om bak skalipun,baru lah amalgamasi yg pkr championkan jadi praktis bukan ucapan retorik,konfirm punya dlm semua konvensyen ni takdak kot pakai projektor n pengucap bentang ucapan bwk buku 3 5 mcm nk kutip utang,konvensyen ni la angpa nk berdegar2 bentang kaji selidik or perancangan,medan ni lah mendidik pendokong parti jadi lebih attentive,bukan takat tadah mulut dgr ceramah liur sahaja,
heh,ntah la…
hey napoleon..
depa memang ceroi. in the end depa question org macam kita balik.. kata kita ckp je lebih. depa tak sedaq diri, depa jd politaikian tu watpa.
p/s.. kalo semua US president ada bloodline (sepupu sepapat, kesudahnya freemason juga), ntah2 najib n anwar pun sedara freemason juga. anwar pun satu hal, byk sgt connection yg buat org curiga. lepas tu puak BN dok kata dia agen asing marah. diri sendiri yg mangkaq.
kita tgk kot ada ‘anwariyun’ yg nak meloncat. hahaha
Berubah lah.. berubah lah.. sebelum rebah !
Kalau tak mau berubah.. mampuih pi !
Pas pun sama jugak. Tak mau berubah, mampuih pi..!
mmm… bila aku layan lagu tu.. rasa macam ada kat Konvensyen PKR Perak la pulak .. ha.. ha..ha..
Woit.. Kerani Opis.. Nakhoda Melayu tanya tu..why the hack simbol yg sinonim dgn freemason? Hang jawab la..
quote
“Paling teruk..Konvensyen PKR Pulau Pinang. Imej PKR hilang. Tak ada lambang PKR langsung..yang ada cuma lambang mata satu. Macam lambang mata Dajjal..Freemason…ditambah pula dengan background merah. Seolah-olah melambangkan PKR Pulau Pinang sudah terpisah dari PKR induk. Dan yang paling teruk, Ketua Umum dan Presiden dari Pulau Pinang. Apakah imej Dajjal yang hendak diketengahkan?”
abg mat, by far this is your best piece ive read for a while. gila tajam. terngiang2 lagi ni.
PKR penang takkan jawab benda ni. orang politik mana nak ngaku diri bodo?
and also, you guys can take this seriously or not..
sebenaqnya PKR penang saja diam. lambang mata warna merah tu betui. ada secret kod dia. kalo freemason ada 1 mata tapi background colour hijau, yg ni 1 mata utk ‘kaum muda’ freemason, nama baru dia ‘freemansoq’. kira puak freemason juga, tapi so-called reformist. also, nak masuk kalu, kena jadi anak buah mansoq. (also, aku tadak kena ngena dgn zahrain.bukan soal memburukkan sesapa, tapi isunya accountability). buat kerja bodoh, pastu diam.
viva la freemansoq.
p/s.. nasib hang la mansoq, sapa suruh anak buah hang buat kerja bodoh.
tak abih lagi pasai PKR penang..
kalo aku kerja utusan melayu, aku dah sensasikan isu ni dah. headline aku berbunyi, “PKR penang alat Yahudi?”. bukan susah nak manipulate link antara PKR dgn western world (read illuminati/freemason people).
pastu isinya lagi, suruh org neutral cakap pasal simbol freemason jek. sendirinya memang pembaca akan nampak sendiri link ni.
aku doa hari ahad headline pasal ni. baru hangpa (PKR) ada akai. as umngok bloggers have always said, “parti kaldai rosak”. im echoing them now. hangpa kaldai. ada ati nak rakyat percaya hangpa lagi baguih drp umno.
to mus head of PKR perak..
anggap la konvensyen kali ni your first failure. ambik tanggungjawab. takkan nak tuding kata anak buah yg salah. pastu, abg mat kita komen banyak, apakata next konvensyen hang suruh dia yg organize? hahaha. rugi idea org yg ada akai pkr perak tak pakai. sudahla, apa hangpa buat tak ‘ground-breaking’ langsung. kalo analoginya konvensyen tu macam perintah malaysia, pkr fail.
Hehehe,freemansoq,kreatif jugak hang ni prioryofjenin,saja ja aku demand pkr penang jwp awat depa bingai sgt pi letak backdrop yg controversial mcm tuh,nak kata mata kita ralat,tak lah pulak sebab clear cut mata tuh simbol doktrin dajjal mcm mastika duk kata,mmg depa xkan jwp,apalagi nk explain, ok katakan lah mata mata kita yg metafsirkan logo backdrop tuh ralat,khilaf,silap wal ceroi,katalah simbol,tuh kononnya simbol matahari,fajar menyinsing perubahan,dr mlm yg gelap (erkh awat aku da jadi nik abduh bhs bunga2 ni),apa kejadahnya letak logo mata kat tgh2 matahari,black hole sun (baca son) btui lai freemansoq ni! backdrop tuh berpespektif (fakap imbuhan bhsa melayu ni) matahari pukul 8pg berlembah daratan rendah di tengah,yeah aku paham nk tonjolkan impak harapan hari yg baru but still why why why logo mata tuh jugak di tengah maahari itu?tidak kah lebih sempoi kalau tgh2 matahari tuh biaq plain n dataran lendut backdrop kome hias la corak2 bunga tadika 5 kelopak di tengahnya bulat,yg bulat tuh bubuh pi la logo mata pkr byk2,sebab org bley nampak n infere bunga2 itu pkr yg kunun dokong kebajikan rakyat,n tak lah terus terang nampak hangpa pkr mcm puak dajjal itu,unless kalau hangpa pkr penang memang terang2 nk ngaku angpa mmg puak freemason oh yeah,
jenin,aku rasa la utusan malaysia pun mungkin maleh nk amik port sgt geng2 pkr penang since depa pun dr kelompok keldai pencen,pi gilap bontot kuali lagi baguih la!
kalau penang pkr still xdak respond,mybe so called reformist mcm mus kamil,hasmi hashim jln telawi,or nik nazmi skema sekalipun,aku rakyat demand a fu67king answer to the matter above, get that fact straight-!
woi nakhoda..
hang tgk da vinci’s code kan? hang tunggu.. ada agen freemansoq pi kejaq hang sampai kat deck. hang tunggu.
depa ni sama spesis BN, kalo kena terjah je kira nak matikan org. blah la pkr. kaldai!
ha la, tengok cara pkr naik pun sudah tau ikut cara illuminati ala revolusi perancis. REFORMASI. Nasib baik tak menjadi. Simpang malaikat 44.
simbol bagi illuminati dan freemason memainkan peranan penting. mereka percaya simbol simbol itu memberikan kekuatan dan sokongan kepada mereka. lihat di semua media terutamanya media barat. semua penuh dengan simbol mereka. simbol itu hanya boleh dikenali sebagai lambang freemason oleh mereka yang tidak dibutakan, atau dalam erti kata lain, mereka melihat dengan ‘the third eye’. hanya orang yang beriman (mereka yang percaya kewujudan dajjal dan hari kiamat), dapat recognize kemunculan simbol2 ini.