Top Blogs Pro-Umno
Nov 22nd, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaOleh: MSK
Hari ini aku senaraikan pula top-blogs pro-Umno. Senarai bloggers pro-Umno ini diambil dari blog Panglima Perang Cyber, yang merupakan bos kepada Bloggers Pembela Negara. apa yang tidak kelihatan dalam senarai PPC ialah Parpukari dan Perak Bangkit.
Sebelum pilihanraya yang lalu, blogger-blogger Umno terkumpul dibawah Blogger Pembela Negara (BPN). tetapi selepas pilihanraya…apabila Umno tewas, BPN terbahagi dua. Satu yang pro-Pak Lah dan satu lagi Pro Najib.
Apabila berlaku pertembungan diantara Khairy dan Mukhriz, blogger-blogger Umno berpecah lagi. Gomo dan Parpukari keluar dari BPN kerana menyokong Mukhriz. Dan apabila Najib mengambilalih Perdana Menteri, Gomo dan Parpukari menjadi lead bloggers manakala mereka yang pro-Khairy semakin menghilang. Dan ramai yang mati meragan.
Diantara sejumlah 85 blogger BPN, dicampur dengan 21 Blogger Penyokong BPN, tambah 53 blog pilihan dan ditambah lagi dengan 32 rakan baru yang tersenarai dalam blog PPC, dan banyak lagi blog-blog yang sudah mati didalam blog Perak Bangkit…hanya 44 yang tersenarai dalam senarai top 100,000 Alexa… manakala yang lainnya merudum. Sama ada ditutup ataupun tak ada yang mahu membacanya.
Malah blog yang paling aktif sebelum rampasankuasa Umno diPerak iaitu Perak Bangkit, juga sedang nazak. Sudah dua minggu tidak dikemaskini. Ini berlaku kerana Perak Bangkit merupakan pro-Khairy dan apabila Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan walaupun memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno…blogger-blogger Pro-Khairy semakin menghilang.
Senarai ini bukanlah senarai penuh. Masih ada lagi yang tidak tersenarai dalam senarai BPN. Dan senarai ini hanyalah penanda aras tentang kedudukan blog-blog pro-umno.
Dibawah adalah senarai top-blogs pro-Umno pada 21 November 2009.
Adalah tidak adil untuk membandingkan ranking blog pro-Umno dan blog pro-PR dengan mengunakan data yang diambil pada hari berbeza. Tetapi untuk mendapatkan gambaran awal tentang persaingan diantara blog kedua-dua penyokong ini, aku menggunakan ranking pada 18 November 2009 untuk blog pro-PR, dan membandingkan dengan blog BPN yang dibuat pada 21 November 2009. dan perbandingan itu boleh dilihat disini. (Warna merah adalah blog BPN)
Dari senarai 50 blog teratas, terdapat 15 blogger pro-Umno berbanding dengan 35 blog pro-PR.
Dari senarai keseluruhan 100 blog teratas, blogger pro-Umno mewakili 28 % berbanding blogger pro-PR sebanyak 72%.
Selain dari itu, hangpa buat analisa sendiri.










Klik Imej Untuk Senarai Penuh















from what i can see..blog anti kerajaan lebih popular berbanding blog pro kerajaan..thats good!
nampaknya bloggers pro PR masih menguasai alam maya…teruskan…mantapkan saf dan satukan hadaf…jahanamkan UBN sehingga lumat!!!…usah berperang sesama sendiri..
Kickdefella tu nampak saja Pro PAS tapi berotak dan berjiwa AMNO.. tak pernah berubah.
Tunggu masa nak lompat macam katak-katak yang lain. Tak percaya, kita tenguk nanti..
yang penting nya - pengurusan atasan PR tu kena betoi betoi ada komitmen
kearah perjuangan rakyat - disemua peringkat pengurusan PR
jangan hanya sekadar lima tahun sekali jeee
lepas tu hilang serupa UBN
tak mustahil - orang akan mengekalkan kembali penyangak dan penyamun
kalu pemimpin yang diharapkan - 2 x 5 dengan penyangak dan penyamun juga
fikir baik baik demi masa depan bersama
Haku s0k0ng orang atas.Rapatkan saf dan marilah kite sama2 hancurkan UBN.Hentikanlah perselisihan and maju ke depan..
Salam Tuan.
Nampak gambar kat atas tu, macam dalam satu kapal her?
cantek. blog pr memang mendominasi alam internet..takbirrr!!!!!
Salam tuan,
Aku tabik dengan hang kerana rajin buat analisis mengenai blog-blog ini. Aku tau, ia bukan kerja mudah dan perlukan kesabaran, tapi hang buat juga untuk menyedarkan di mana kedudukan kita.
Memandangkan hang sudah memulakan, hang kenalah teruskan kerja buat analisis yang bukan mudah itu. Teruskan dan sekali lagi tabik spring utk kerja murni tu!!
Kalau rakyat…gunakan SEPENUHNYA kuasa mengundi…POLITIKUS pulak akan MATI BERAGAN…biarkan politikus berkempen hingga tercabut anak tekak…kita rakyat BUAT TAK TAHU sahaja…sampai masa pilihanraya …kita pilih PARTI DAN WAKIL…yang cakap SERUPA BIKIN…tak kira parti cap apa pun…MENYELEWENG SAHAJA….kita tonggengkan setiap LIMA TAHUN.. amacam setuju….
Teruskan blog PR mengusai top 10…kalau boleh top 10 tu 100% lagi cantik..kansenang buat statistik….MSK nak tanya sikit la..blog yan pro BN ni…banyak search dari mana ye….contoh nya dari server cafe ke?…atau dari putrajaya ke???
tok perak,
yang tu susah sikit. Kena cari yang pakar untuk buat kerja ni. Yang simple-simple tu boleh la aku buat.
mahathir nyanyok!! bagi aku C4 lg, aku nak bom mahathir..
kalau ade org yg baca blog pro umno pun bukan sebab nak tau berita tapi saja nk tngk ape dieorg klentong.. org umno sendiri pun da tau depa mmg kuat klentong.. sama2 depa pun depa nak tipu.. geng putaq a’lam..
Biar berpuluh blog yang menyokong PR tetapi jika tiada siapa yang membaca dan memberi komen, ianya tidak memberi apa-apa makna. Sebagai contoh, jika perakexpress.com/www/ bersikap syok sendiri dalam menyediakan artikel apakah pembaca blog akan singgah dalam blognya,..?
Pada kebiasaannya pelayar blog akan singgah mana-mana blog adalah untuk mendapatkan maklumat atau penerangan yang jelas berkaitan dengan isu semasa. Dan mereka juga ingin mengetahui kedudukan sebenar apa jua isu yang dibangkit oleh pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Kesemuanya itu berkaitan dengan keadilan dan kebenaran.
Dan bagi pelayar yang menyokong mana-mana parti akan mencari isu yang berkaitan dengan parti yang mereka sokong. Jika cerita yang disampaikan dirasakan adalah palsu dan cuba diada-adakan seperti indah khabar dari rupa maka blog itu akan dianggap blog bangang dan syok sendiri.
Hidupnya sesebuah blog itu adalah kerana cerita yang disediakan bersesuaian kehendak semasa. Maklumat diberi dan teguran pula mesti diterima. Itulah nyawa blog.
cayalah abg mat…
analisis nie agak penting dalam persaingan maklumat alam maya.
pastikan blog pro-pr popular bagi memastikan kita secure pengundi celik IT.