Manifesto Rakyat
Nov 20th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaPada 31 Oktober yang lepas, Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Hotel Syuen, Ipoh. Oleh kerana Pakatan Rakyat Perak dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP…maka, Konvensyen tersebut hanya dihadiri oleh ahli-ahli parti. Mereka yang bukan ahli parti, tidak layak untuk menghadiri konvensyen tersebut walaupun Pakatan Rakyat melaungkan Ketuanan Rakyat.
Hakikatnya, rakyat hanyalah komoditi yang diperlukan ketika pilihanraya. Dalam menentukan dasar, kepimpinan dan pengagihan kuasa, ianya hanya berlegar dikalangan pemimpin parti-parti yang memerintah. Malah rakyat tidak boleh tahu tentang apa yang dibincangkan oleh mereka didalam parti-parti yang memerintah.
Dasar keterbukaan yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat masih lagi merupakan slogan yang mengelirukan. Ada yang boleh dibuka..ada yang perlu ditutup. Siapa yang menentukan apa yang boleh dibuka atau ditutup? Sepatutnya rakyat yang menentukan..bukan hanya sebilangan kecil pemimpin yang berkuasa.
Oleh itu, apabila Manifesto Pakatan Rakyat dikemukakan didalam konvensyen tersebut, ianya tidak mencerminkan apa yang dikehendaki oleh rakyat. Sebaliknya tentang apa yang hendak dikemukakan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Kecetekan manifesto tersebut juga memberi persepsi bahawa manifesto tersebut dibuat oleh hanya sebilangan kecil kepimpinan kerana skopnya tidak menyeluruh. Itu sebabnya aku katakan, manifesto tersebut seolah-olah digubal oleh Tok Imam dan Tok Siak Surau Changkat Ibol.
Komen dan kritikan tentang manifesto Pakatan Rakyat boleh dilihat disini dan disini.
Ada orang marah aku. Ada yang suruh aku mengemukakan kritikan dan cadangan mengikut saluran tertentu. Tapi apa saluran yang ada untuk mereka yang bukan pemimpin parti macam aku? Aku nak sampaikan kehendak rakyat kepada siapa? Ketua cawangan? Ketua Cabang? YDP Kawasan? Kadang-kadang nak tengok muka pun susah.
Jadi…saluran yang aku ada ialah blog. Begitu jugak dengan orang lain. Blog sudah menjadi saluran alternatif kepada rakyat yang bukan ahli mana-mana parti.
Dalam masa yang sama, aku juga tidak mahu dilabel sebagai baling batu sembunyi tangan. Hanya pandai mengutuk dalam blog.
Oleh sebab itu, aku cuba mencipta ruang bagi rakyat bawahan menyampaikan isi hati mereka, kritikan mereka, cadangan mereka dan kehendak mereka dengan menemukan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan rakyat yang tidak berparti. Dan aku juga menyediakan ruang kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk berhujah mempertahankan pendirian mereka.
Malam ini…Jumaat, 20 November 2009, bertempat di UREKA, Kuala Kangsar, kami menjemput ketiga-tiga pemimpin-pemimpin parti didalam Pakatan Rakyat Perak untuk mendengar rintihan dan keluhan rakyat marhaen.
Ini bukan ceramah. Kita sudah puas mendengar ceramah monolog. Kita dah dengar apa yang mereka ceramahkan. Sebaliknya kita mahu mereka mendengar suara rakyat pula. Sekarang adalah masa untuk rakyat pula berceramah…dan pemimpin mendengar.
Datang malam ini tepat jam 9.00 malam. Dan bagi mereka yang tidak dapat hadir, boleh mewakilkan cadangan-cadangan anda menerusi ruang-ruang komen dibawah. Aku akan cuba bawakan cadangan-cadangan itu kepada panel yang dijemput. Kami juga akan merakamkan dialog tersebut kedalam bentuk video dan dipertontonkan menerusi Perakexpress.
Kami akan membuat kompilasi cadangan-cadangan dan diperhalusi supaya akhirnya akan menjadi Manifesto Rakyat Perak. Dan Manifesto Rakyat Perak ini kemudiannya akan siarkan di Perakexpress supaya dapat dibahaskan dan dibincangkan menerusi satu Konvensyen Maya Rakyat Perak. Dan keputusan akhirnya akan dipersembahkan secara terbuka.
Kebiasaannya…setiap kali pilihanraya, hanya parti-parti yang bertanding mengeluarkan manifesto. Rakyat hanya perlu membuat keputusan sama ada menerima atau tidak. Kalau terima, pangkah ditempat yang kosongl…kalau tak terima, juga pangkah ditempat kosong. Itu sahaja pilihan yang ada pada rakyat. Habis pilihanraya, habislah kuasa rakyat. Kerana selepas itu, hanya pemimpin-pemimpin parti yang berkuasa.
Kali ini, rakyat Perak perlu mengeluarkan manifesto sendiri untuk memastikan bahawa kuasa rakyat itu kekal ditangan rakyat. Mana-mana parti yang gagal memenuhi kehendak rakyat, perlu disingkirkan.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















tuan msk
penyakit lama ‘kepartian’ masih kekal
bila leeee - rakyat yang tak berparti nak nengok kesatuan yang sejati
kalu macam tu - boh aje - pakatan parti dahhhh
‘harapan - dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat - lima tahun sekali, aje leeee - nampaknya
dah menang - jadi TUAN RAKYAT pulak
Oh malaysia kuuuuu………
BANG MAT
SAPA AHLI PANEL NYE….?
Kita telah lihat bagaimana PR memerintah beberapa negeri dan apa yang berlaku hampir sama dengan cara BN memerintah seperti tidak mengambil tahu nasib rakyat yang tertindas,berlaku rasuah seperti kes salaguna wang peruntukan DUN di selangor, cubaan rasuah di perak yang akhirnya menjadi punca kejatuhan kerajaan PR, tidak telus dalam sesuatau projek yang dijalankan.Masih bersifat perkauman seperti DAP lebih kepada orang cina dan cuba membolot ekonomi serakus yang mungkin,PKR yang masih terbawa-bawa budaya UMNO/BN, PAS dilihat agak konsisten namun masih ada kelemahan berbanding parti lain.PR harus lebih fokus,jangan kita dianggap sama seperti zama pemerintahan BN.
blues,
Banner terpampang kat atas.
Bro MSK awat sejak dua menjak kebelakangan ni hangat bangat semua negeri di bawah pakatan ?
Tak habis selangor gie la kelantan….kalu dulu kisah menantu pak lah si KJ…la ni hantu sorry menantu tok guru plak..! apa psal ya? ada klu tak…!!
Salam Tuan,
Lontaran atok berlegar kepada 3 perkara asas yang masih gagal dipratikkan sepenuhnya oleh PAKATAN sehingga hari ini walaupun dari segi teorinya PR menjuarainya. Rakyat dulu memilih PR pada PRU 12 kena melihat UMNO-BN gagal /tak ambil pot langsung dengan 3 perkara asas ini. UMNO-BN hanya beretorik dan slogan. PR perlu melihat 3 perkara asas ini sebagai ‘bottle-neck” kepada aliran sokongan rakyat kepada PR la nie.3 perkara asas ‘tertunggak” adalah seperti berikut:
1. Soal Kerjasama
-Mesti terbuka & praktikal di mata rakyat, bukan retorik atau slogan. La ni konsep PAKATAN/Jemaah tu ada tapi muafakat tu tak da langsung khususnya di “playground area”.
2. Soal Kepimpinanan
-Mesti merentasi kaum~bukan masih perkauman; mesti berasa “selesa” dan kelihatan “selesa” dlm menangani sesuatu isu/permasalahan.
-Mesti “inclusive”bukan “exclusive” terutama hal-hal berkaitan rakyat
-Lebih pada IQ & SQ bukan EQ dlm menyelesaikan sesuatu isu
3. Polisi Pentadbiran
-Bebas rasuah/kroni~sbb PR Perak lingkup ni la antara puncanya..nak perkayakan kawan2 sekeliling dengan menggunakan alasan “semuanya untuk Parti’ konon… Padahal “wayang” katanya untuk Parti ttp untuk perut sendiri. Tak ubah sebijik macam UMNO-BN ttp lebih teruk dari UMNO-BN kerana UMNO-BN tak melalak /menjaja menentang polisi ini sebagaimana PR sebelum PRU 12 dulu. UMNO-BN senang ler masuk jarum kerana depa lebih hebat bab Rasuah/kroni ni.
-Telus~bukan telus hanya dikalangan ahli dan penyokong tetapi yang lebih penting rakyat!
-Adil~bukan adil “pukul borong” ttp adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Beringat..di dalam PR ini ada yang “cuba untuk tidak faham” apa makna adil ini…lebih yang difahamkan kepada penyokong adalah makna “saksama”. Adil dan saksama 2 ayat yang maksudnya berbeza. Ini perlu ditekankan/difahamkan kepada para penyokong kerana dikhuatiri bila diizinkan ALlah PR berkuasa kelak..ramai akan menuntut pada faham yang “saksama” ini. Bila gagal maka penyokong akan kata, “PR lebih kurang sama dengan UMNO-BN”. Maka berbondong-bondonglah keluar parti atau menyokong UMNO-BN kembali. Eleh.. macam dok berlaku kat puak makkal sakthi/sebahagian kaum India la nie..kerana justifikasi mereka la ni, “better with known devil than unknown angel”. So soal ini kena faham betul2, jgn dok kalut kejar kuasa, kita lupa bab ini..jadik macam PR sekarang bila dapat kuasa ttp gagal nak tadbir kerana lupa pada ability wakil rakyat..yang ada Kaput!
-Budaya ilmu~pendekatan mendidik bukannya sekadar “memuaskan hati”. Lihat kesan jangka panjang bukan kesan pada jangka masa pendek.
tu jer ler..
HALAMAK….
bang mat aku nak balik gopeng kul 3.30 nanti…..
kalu aku sempat… aku p la….. insyallah
harap dapat p la……. kalu jadi…. ni la baru pertama kali jumpa bang mat…..
sebelum ni jumpa member lama bang mat…. MAT COMOT….
jumpa dia pun pasai LOGO blogger network yang dulu kini da terkubur….
la ni tak tau ntah mana dia…. dulu call pon tak dapat…
dia ada BLOG baru ke….
not sure can come or not.
1. the main thing, i wanna ask why the draft of the upcoming manifesto macam s#$%? yg macamtu nak present to federal level? akai ada ka?
2. this goes to DAP.. awat aduns n MP hangpa cakap bahasa melayu/malaysia macam taik? takda klinik nak improve your language ka? kalo dok terus macam ni, mampoih org melayu takmau sokong hangpa. again, akai ada ka?
3. to mus kamil. apa your assurance yg you takkan fuck-up handling perak this time, compare to state yg lepas2? setakat nak janji, dari dulu hangpa janji pandai.
blues,
Duit logo yang dia kata nak bagi tu…ada ka?
salam,
1. Pakatan Rakyat mesti tubuhkan bhgn khusus utk penyebaran maklumat. Tak boleh harap pd bloggers shj.. media keadilan dan harakah masih tidak mampu utk cover semua pelusuk negara.
Negeri2 Pakatan Rakyat edarkan risalah kerajaan negeri spt dilakukan oleh Selangor. Edaran perlu sampai kesemua pelusuk kawasan dlm Malaysia. Masukkan kempen2 dlm media massa - ASTRO, dll. perhebatkan kempen yg menonjolkan nilai2 yg didokong oleh Pakatan Rakyat. Tampilkan perbezaan dr segi nilai murni yg dpt diterap kepada anak2 dan seluruh rakyat. Jgn guna perkara negatif dan jgn buruk2kan org.. tampilkan fakta yg jelas. jiga bergambar dan video adalah lebih baik..
dptkan survey dpd rakyat ttg apa yg rakyat mahu.. bukan apa yg pemimpin Pakatan Rakyat mahu.. Pakatan Rakyat boleh mencadangkan dan rakyat akan menentukan cuma pastikan dilakukan berhati2 utk mengelak peristiwa yg berlaku di Dewan Shah Alam berulang - org lain nak menyampaikan pandangan lain terdiam sbb segelintir yg menguasai “perbincangan”.
2. minta rakyat di tiap DUN/Parlimen nilai pemimpin mereka sekrg dan minta idea atau cdgan apa yg perlu diperbaiki dan apa yg perlu dilakukan utk membantu mereka..again Pakatan Rakyat boleh mencdgkan yg baik.. mana ADUN/MP yg bermasalah hadapi mereka skrg.. kita tak mahu kes ADUN di Klang itu berulang…
sekian dulu
setuju dengan atok ttg budaya ilmu, penyebaran kesedaran tentang demokrasi, kenegaraan, dll
masa jadi pembangkang peluang ini tertutup, bila dah memegang kuasa peluang ini mesti digunakan dengan maksima.
kalau kalah pun pilihan raya yg kemudian tidak rugi langsung kerana benih2 ilmu telah ada dalam masyarakat terutamanya orang muda
mesti ada agenda khusus dalam hal ini
PR dah daftar
tubuhkan segera:
majlis bersama - PR
majlis bersama - MB KM PR
majis tindakan bersama
ketua penerangan PR
serta lain lain - bagi menjadikan PR bersatu dan bersama dalam bertindak
satu haluan satu tujuan - untuk rakyat
bertekak didalam perjumpaan - itu ‘normal’ dalam mengenal
tapi - jangan jadi gunting dalam lipatan
jangan ada udang disebalik mee
berebut harta ‘ghanimah’