RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah
Nov 19th, 2009 | By Admin | Category: Akhbar OnLine, Mat Saman Kati, utamaOleh: MSK

Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya. Gambar Ihsan Pinkturtle.
Tok Guru,
Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.
Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.
Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.
Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.
Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.
Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.
Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.
Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.
Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.
Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.
Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.
Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.
Kemaskini 1.25 pagi.
Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.
Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com
Dibawah adalah printscreen akaun yang akan digunakan, dan baki didalam akaun tersebut ialah RM26.44.
Aku akan bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan kedalam akaun ini sahaja. Tolong maklumkan, kalau ada blog-blog lain yang membuat kutipan sumbangan ini, tetapi menggunakan akaun yang berbeza.
Dan aku tak mau terima cash, cek, gelang cerai atau rantai emas. Aku hanya menerima sumbangan yang dimasukkan terus kedalam akaun.
Nombor akaun ada terdapat di sidebar sebelah kanan.
Maybank: 158 097 625 245
Pemegang Akaun: Mohmad Afandi bin Ahmad. (MSK)
Sebarang pertanyaan:
email: matsamankati@gmail.com
HP: 013-5935721
Untuk melihat Senarai Penyumbang, klik disini. Senarai Penyumbang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Kemaskini 14.19. Selasa.
Jumlah terkumpul setakat ini ialah RM681.44.
Kemaskini 12.15. (Khamis)
Jumlah terkumpul :RM.1909.94.
(Ada beberapa nama yang belum sempat dikemaskini, akan dilakukan sebentar nanti)
Pengumuman:
Projek RM2.00 untuk Tok Guru ini akan dihentikan tepat jam 12 malam esok. (Sabtu 21 November 2009). Jumlah terkumpul akan di siarkan selepas itu dan aku meminta cadangan dari pengunjung untuk melantik seorang atau dua orang juruaudit bebas untuk meneliti akaun yang digunakan. kami akan mengatur pertemuan dengan Tok Guru untuk menyampaikan sumbangan tersebut.






Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Ke mana hilangnya maruah dan harga diri sang pemfitnah laknat durjana?
Salam kepada big brader Mat Saman Kati,
Den sokong saranan Big brader MSK. Den lum kaya tapi dalam poket den skrang ado RM3.50. Lebih sikit RM1.50 dari Big Brader kito. Jangan jeles.Hihihi
Mari kito hantar Tok Guru pakai duit poket kito. Duit poket rakyat.
SPRM sila buka kertas siasatan terhadap kami. Ada ratus ribu rakyat nak merasuah Tok Guru ke Mekah tahun depan. Kami memang nak rasuah Tok Guru dengan duit 2-3 ringgit poket kami.
aku sokong!!! celaka la sapa yang kacau tok guru sampai macamni!!!
Terima kasih MSK atas nukilan anda…
setuju… mari kita tunjukkan kuasa rakyat….
saya tetap bersama Tn. Guru,
walau apapun tohmahan…
semoga Allah melaknat orang yang berhati hitam tersebut..
Salam MSK,
Setuju dan sokong sangat-sangat.
OK, bukalah akaun untuk rakyat nak derma ni.
Besok Selesa. Boleh buka akaun khas kut!
Atau selewat-lewatnya hari Jumaat!
saya setuju bebenar dari saya rm10 untuk Tok Guru. Macamne nak bagi ni
Nice idea, bro. Gua yakin MSK boleh organize kan jika tak keberatan, 2 ringgit dari rakyat utk pengorbanan TG kepada rakyat! Cukup kena dengan ‘tema’ PEx - dari rakyat untuk rakyat! Hope bro takde hal memberi kesempatan dengan membuka ruang kpd orang seperti gua untuk turut menyumbang terhadap ‘misi’ ini. Account no, pls!
Eden setuju sangat kito buek tabung ni….insyaallah ramai yang akan men SPONSOR TGNA.
saya sokong… bagi no akaun bank saya ada la rm5.20
Soalan aku senang aje…UMNO ni KAFIR ke tidak…apa hukum dalam ISLAM menghalang orang nak bagi HADIAH bukan RASUAH perkara yang Allah suruh…BN Umngok ni…tak TAK RETI beza hadiah dengan rasuah…aku minta SPRM buka fail beratus ribu…pergi ke sekolah2 pada HARI GURU…murid2 akan bagi HADIAH pada GURUnya..mungkin ada murid anak jutawan BN Umngok yang bagi KERETA SPORT…jadi PENGERUSI SPRM yang ngok bolehlah BUKA FAIL SIASATAN…
Ana sokong Dr.Wahab.Perak Express boleh pelopori projek/gerakan kutip sumbangan rakyat dan kita hantar TGNA dan isteri ke Mekkah tahun depan .celaka mereka yang fitnah Tok Guru.
tekad kan hati..setuju…
Aku tengah ada rezeki lebih ni nak derma ni, dapat upah jual deghoyan.
aku pun nak tumpang sekaki mintak berkat..dok cara dengan puak gila ni …kiamat tak habis
Hidup MSK hidup tok guru…
Aku pun setuju… cepatlah usahakan bagi no akaun !
tuduhan yg serious..damaging..benar2 menyesakkan nafas..tok guru nik ni pengaruh kesederhanaannya dlm isi material dunia sgt melekat di hati rakyat..sprm tak perlu tangguh n tunggu lagi..bongkar dan tunjukkan bukti2 yg membenarkan tuduhan bangsssat ni..bangun rakyat bangun..sedekahkan wang kecil kita sebagai tanda kasih kita kepada pemimpin rakyat yg satu ini..tgna milik rakyat..dan aku yg hina dina ni mengharap doa semua yg menyayangi kesederhanaan peribadi pemilik tubuh dgn ruh bernama nik aziz ini di berikan yg Esa kekuatan menghadapi fitnah bobrok dan dayus ini..segerakan kempen dana haji tuk nik aziz. izin Allah tak sampai 24jam dana ini akan melebihi kalau pun tidak menyamai sejumlah wang yg dikatakan sebagai rasuah..khusus utk rakyat kelantan yg bisa dan membakar kerusi stadium dan terbalikkan trak polis bilaman kome di kecewakan..tak marah ke kome mb kome di hina mcm ni?dasar gerombolan tak sedar diri..bangun dr tidur yg panjang bangsa malaysia..we love nik aziz for his truthful rakyat leader credentials!
Alamak…….
sekali boss aku bersajak ler pulak… penangan pegi TAF ari Sabtu lepas la tu…
aper pun… gua sokong 2001 persen cadangan tu… Bila mau kutip???
i also wanna contribute my money. RM 10.00 from me insyaAllah.
Cepat lancarkan tabung tu biar terbeliak mate2 orang yang busuk hatinya ni.
All of us make a deal that the maximum we can contribute is 10 ringgit so no one ade rase bangga diri kalau bg lebih. Kita xnak ade yang berlawan2 nak bg lebih takut tersalah niat.
Yang penting kita ikhlas dan Tuan guru kita dapat ke mekah.
dugong-hang punya link dari name tu terus ke website kristian la. suh MSK betulkan..
Insyaalah buka je akaun…dah kita kumpul …kita bagi tok guru dalam satu majlis…SPRM tak boleh pertikaikan…ini hadiah daripada rakyat….
Nik Aziz dah banyak kali pegi Mekah. Bagi lah peluang kat orang lain pulak. Tapi selalu dengar, pegi mekah guna duit sendiri lagi afdal, betul ke?
Mat…
Satu cadangan yang amat membanggakan dan mulia sekali. I setuju sesangat. Benda yang baik, kita kena segerakan. Marilah kita beramai-ramai menderma and let’s send our Tok Guru to Makkah dengan duit rakyat. Rakyat sentiasa berada di belakang Tok Guru!!
Jika ada apa-apa yang I boleh tolong atau bantu, cakap jer. No problem punyer!!
errr….
sori…
silap type ler bro… nak cepat type… perkara tu memang selalu berlakunyer…
haaaa sekarang dah betui kan
takde masaalah, ape sangatlah rm2.00 nk dibanding dengan jasa tok guru.. susun elok2, bagi tau berapa diperlukan, berapa orang yg akan iring tok guru, update jumlah masuk setiap hari, thn depan kita hantar tok guru ke Mekah, bior terbeliak puak2 durjana ni. bagi jadi projek ni.
Titisan air mata dari TOK GURU … amat mahal harga NYA…..tunggu saat tu..!!!!
da ada akaun rupanya. sapa yang nak menyumbang, bleh tgk atas gambar burung twitter tu..
agaknya maksud rasuah sekarang nih berlainan bawah 1malaysia najib..
beli lembu untuk dikorban pun kena siasat..
nak pergi mekah tunaikan rukun iman pun nk disiasat..
kesian kat TGNA… dengan cara pemakaiannya y sederhana
kehidupannya y sederhana tuh pun masih ada orang nk ganggu..
mcm puak quraisy je
pembetulan..rukun islam..
salammm..
creative la abg mat..
aku pun nak bagi nihh..
tolong panggil SPRM meh siasat aku..
segera panggil polis suruh gari aku..
cepat panggey tok hakim suruh jatuh hukum kat aku..
cepat panggil depa suruh uli aku nih..
lepas ni tok guru nak bagi aku projekk..
projek nak pangkah PAKATAN RAKYAT
salammm..
Sumbangan pertama diterima dari Mohd. Faesal Mazlan. sebanyak RM20.00. dari blog pulakdah.blogspot.com. Terima kasih.
boleh kee pakai akaun persendirian..rasenye kene create 1 akaun semasa.
kalau pakai akaun persendirian activity akaun tu limited nanti maybank akan block atau name lain akaun tu “flood”
Cube tanye pada yang lebih pakar. Nanti bile dah jadi macm tu masalah plak..
Cadangan paling sakit jiwa pernah aku baca. Ingat tok guru nak terima ke duit rakyat utk buat haji? Kalau 1st time tok guru nak gi mekah, oklah jugak.
Tok dah masukkan dah…
New 3rd Party Account Transfer - Step 3 of 3
Confirmation status
Amount: RM10.00 Status: Successful
Reference number: 1350929202
Transaction date: 17 Nov 2009
Transaction time: 02:59:26
From Account 108195017287 SA
New balance: RAHSIA LE…
To 3rd Party Account Number: 158097625245
Account Holder Name: MOHMAD AFANDI BIN AH
Effective date: Today
Description of transaction: 620715085149
kalau masuk kan duit ke akaun atas tu guna ATM boleh ke?
Mawardi! jgn gitu, nnt betul2 kena sakit jiwa susah… tengok je lah, nnt kamu tau, ape dia mesej yg nak kami disampaikan pada malaun2 UMNO tu.. setakat rm10 - rm20 sorang takde hal laa..
Sokongan dari warga TKO
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1723#34506
Kawan… Tlg sediakan akaun paypal sama… Aku kat Uk pun nak bagi… Akaun maybank Aku kene block
sedikit maklumat kalau nak guna mesin atm. kalau ada akaun maybank boleh buat fund transfer minimun rm1, kalau nak masuk wag tunai minimun rrn10. kalau ada akaun online bank lain boleh buat fund transfer minimun rm1 tetapi akan dikenakan caj perkhimatan yang telah ditetapkan oleh pihak bank. kalau bank-in melalui kaunter maybak tak kena caj tapi kena beratur ler. jangan ler lupa pulak no akaun tuan msk kite nanti tak tahu pulak sumbangan tu nak hala kemana. selamat beramal!
hati panas,
Memang betul. Bila terlalu banyak transactions dilakukan sehari, akaun tersebut sudah pasti akan kena suspend. Aku sedang cuba untuk berbincang dengan rakan-rakan untuk menggunakan akaun semasa Bloggers Perak Corporation, Cuma aku nak pastikan, wang sumbangan tidak bercampur aduk dengan wang Bloggers Corp.
Mawardi,
Memang cadangan ini merupakan cadangan orang sakit jiwa. Sama ada Tok Guru nak terima atau tidak, itu soal lain. Tapi nak tunjuk kepada semua yang terlibat dalam perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan bahawa rakyat dibelakang Nik Aziz.
tetamu,
Boleh. Kemudian hantarkan nama dan jumlah kepada M3M.
Adisha,
Yang tu aku tak ada…Ada sapa-sapa yang boleh tolong bantu untuk sediakan akaun Paypal?
BTW….Ada sesiapa yang boleh bagi tau kos untuk mengerjakan Haji…kelas paling rendah, pakej paling murah?
Sebab aku tak mahu collect lebih dari itu. Cukup saja jumlah yang diperlukan, aku akan stop dan serahkan wang tersebut kepada TG Nik Aziz.
KEUTAMAAN 10 HARI YANG PERTAMA BULAN DZUL HIJJAH
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
Artinya
“Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzul Hijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.
Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
Artinya :
“Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzul Hijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid”.
MSK,
Ini adalah suatu usaha yang murni bersempena bulan Dzulhijjah 1430 untuk Dzulhijjah 1431.
Idea yang bijak datangnya dari orang yang bijak. Tahniah. Kali ni jenuh la Umno nak buat tunjuk perasaan desak suruh letak jawatan.
Yang paling tak sabar nak tengok ialah, SPRM terpaksa iklan jawatan kosong untuk ‘Penyiasat’ seberapa banyak yang boleh untuk soal siasat 27 juta rakyat Malaysia yang ‘MERASUAH’ TOK GURU NIK AZIZ.
tindakan yang bodoh datangnya dari mereka-mereka yang bodoh (Umno BN SPRM).
http://www.pemudakemehe1.blogspot.com
tok guru bukan maksum.. tapi bagi aku tok guru contoh terbaik macam mana pemimpin yang aku impikan..
TQ
Amount: RM15.00 Status: Successful
Reference number: 1350967390
Transaction date: 17 Nov 2009
Transaction time: 10:23:32
From Account 151306691278 WSA
To 3rd Party Account Number: 158097625245
Account Holder Name: MOHMAD AFANDI BIN AH
Recipient email: matsamankati@gmail.com
Effective date: Today
Description of transaction: rakyat sokong tuk guru
Kalau usaha yang macam ni aku sokong. Yang aku selalu hentam hangpa dulu sebab aku sayang kat jamaah ni. Kalau ada yang buat komen tak membina memang aku hentam. Penat ooi… selalu kuar program. Kerja makan gaji lagi, keja ngan jamaah lagi (yg ni xda gaji, tapi aku yakin saham akhirat). Masa ngan anak bini pun kurang. Tetiba ada kutu yang porak perandakan dan buruk-burukkan jamaah nie. Mahu aku hangin satu badan. Kalau kritikan membina macam apa yang diberikan oleh Dr. Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan aku terima sebabkan berdasarkan kajian terperinci. Tapi kalau sekadar persepsi dan kutip dari blog-blog yang juga hanya buat persepsi tanpa kajian, memang aku tolak. Sia-sia le master aku kalau terima hujah tanpa fakta konkrit.
Anyway MSK tahniah atas usaha hang ni. Harap tabung ni cepat penuh untuk tunjukkan kuasa dan kasih sayang rakyat kepada TGNA. Kalau lepaih ni buka tabung untuk PRK Kota Seputeh pun baguih gak. Aku pasti ramai simpatisme yang nak donate. Duit PAS Kawasan-kawasan pun dah banyak kurang sebab selalu ada PRK.
Adios…..
Salam MSK, terima kasih sebab cetuskan idea ni…ana nak derma gak…nanti ana mintak kawan masukkan menerusi Maybank2u…RM10 je MSK…
Ha ha ha he he he…ANWAR TAK RETI APA PUN EKONOMI..SABDA : Mahated orang sruhan BN Umngok yang diheret kesana kemari sekarang…AKU SETUJU…ini MENGESAHKAN UMNO parti TERBODOH dalam dunia dan akhirat…17 tahun ANWAR jadi berbagai MENTERI termasuk MENTERI KEWANGAN di bawah DAGU..Al Nyanyuki MAHATED…Anwar tak reti apa2 ekonomi…PATUTLah orang MELAYU ketinggalan dalam EKONOMI..kecuali UMNOPUTERA…gampang…
Mawardi, mmg pun Tok Guru dah pegi mekah byk kali. samada dia nak terima ke tak duit tajaan rakyat tu terpulang pada dia. pada aku usaha ni satu simbolik & utk membuktikan kepada org2 yg angkuh & hina tu bahawa Tok Guru Nik Aziz amat disayangi oleh ramai org, sama mcm arwah Ustaz Fadzil Noor kita. Aku rasa elok juga kalau kita letakkan nilai maksimum sumbangan seperti yg dicadangkan oleh member kita tu
Ingatlah mereka2 yg menganiya Tok Guru.Sesungguhnya doa org yg teraniya itu amat makbul. Walaupun mungkin Tok Guru tak pernah mendoakan perkara buruk kepada yg menganiya beliau tapi kalau Allah murka terima lah balasanNya
Syabas pada Perak Express.
Kita buat sumbangan terdaya mungkin.
Betul kata sahabat diatas jika TGNA keberatan kita gunakan sumbangan ini sebagai simbolik kepada pengkianatan Melayu Islam UMNO(Quraish 1Malaysia).
Jika pertuduhan ini datang dari MCA,GERAKAN atau MIC kita boleh terima tetapi fitnah ini datang dari orang2 Islam UMNO.
Kita boleh gunakan isu ini sebagai kempen Kota Seputih nanti.Tiada apa lagi yang boleh diharapkan pada UMNO.Dunia kita rugi apatah lagi akhirat.
Ayoh rakyat Malaysia edarkan pengumuman ini secara meluas..
kpda yg nk sumbang ribu riban sblm ni, sila sumbangkan melalui akaun ini.. So, tkde le persepsi coz bkn direct kpda tok guru.. Ni melalui org ramai.. Kpda din tebolah, duit ribu riban anda blh mskkan dlm tabung ini. Klu ade duit lebih, kta taja skali bbrp org miskin dari Kelantan yg di pilih scra undian bertuah.. Cmne dgn cdgn sy ini bro MSK??
Slm bro msk, blh update tk bp dh duit yg ade skrg?
celaka punya melayu/mamak umno !!! sanggup menghina Tok Guru kesayangan aku ini !!!
Hidup Tok Guru !!! Hidup Rakyat Bangsa Malaysia !!!
***Mawardi…YANG KITA patut sakit hati..***
Mereka2 yang merompak……mencuri…melanun…melacur…menjalang…merampas segala harta benda duit ringgit rakyat jelata …ikut sesuka hati……dan nafsu haram jadah puak pauk yang memerintah 1 Malaysia sekarang ni.. …..?
Berduyun-duyun kes…rasuah dan seangkatan dengan nya…..bersabit………! Tak nampak ke…anda…. tidak satu pun tersangkut di meja undang-undang…?
…..Itu pasal le……….oiiii…!!!
Terkadang benda yang baik di lakukan…………….susah sangat sesama kita hendak paham…….?
Tahniah buat bro MSK….semoga kerja mulia di berkati….dah cukup Allah Taala tahu tujuan ..dah niat ……..!
TERIMA KASIH BRO MSK….TERIMA KASIH ….. SELURUH RAKYAT MARHAEN MARI BERSAMA HULURKAN RM 2.00 UNTUK TOK GURU RAKYAT KITA……!!!!
Terkadang aku tak paham di mana nilai kasih dan belas.. insan…..jenis yang sama kulit dan se agama ni….?
………Dan aku mengerti kini sifat2 itu telah di tarik dari jiwa mereka…….sebab memudahkan kerja para malaikat2 kelak……….di alam barzakh nanti….kut..?
Wallahualam…….bi_shawab.
Salam.
Syabas utk team PerakExpress dgn usaha murni ini. Makanya saya pun ingin merebut peluang yg telah disediakan ini dengan memberikan sumbangan.
Juga saya mohon kebenaran kepada perakExpress utk ambik artikel ni boh dlm web site (www.toyu2u.com) saya, untuk di war warkan…
Amount: RM10.00 Status: Successful
Reference number: 1351016187
Transaction date: 17 Nov 2009
Transaction time: 13:54:52
From Account 1×430x0v0×77 WSA
New balance: RMxxxxxxxxx
To 3rd Party Account Number: 158097625245
Account Holder Name: MOHMAD AFANDI BIN AH
Recipient email: mahligai83@gmail.com
Effective date: Today
Description of transaction: Sumbangan untuk Tok Guru ke Mekah
abg mat…tok tak sabor nak tau bape yang dah collect…..dah masuk ribu ke?
Jumlah kutipan setakat ini: 681.44. Klik pada imej diatas untuk pembesaran. Bagi mereka yang menderma melalui ATM, nama-nama anda mungkin terlewat untuk dikemaskini kerana M3M sedang bekerja. Akan dikemaskini apabila ada masa terluang.
Yang ini jihad dari anak Tok…tapi guna akaun tok …nanti tok mintak lah kat dia…
New 3rd Party Account Transfer - Step 3 of 3
Confirmation status
Amount: RM10.00 Status: Successful
Reference number: 1351023593
Transaction date: 17 Nov 2009
Transaction time: 14:26:58
From Account 108195017287 SA
New balance: RM00.00
To 3rd Party Account Number: 158097625245
Account Holder Name: MOHMAD AFANDI BIN AH
Effective date: Today
Description of transaction: Jihad hantar tok guru ke mekah
sempat ke lg ni….?bila tok guru dpt pegi mekahnya……..
Bang mat,ni kos menunaikan haji..harap boleh jadi reference.
Bayaran menunaikan haji tahun ini meningkat RM1,007 kepada RM9,980, kenaikan pertama sejak 2002, berikutan peningkatan kos penginapan dan penerbangan.
Lembaga Tabung Haji dalam kenyataannya semalam menjelaskan, peningkatan kos penginapan berlaku berikutan kerja pembesaran dalam lingkungan 800 meter di persekitaran Masjidil Haram yang dimulakan Kerajaan Arab Saudi pada 2007.
Berikutan pelaksanaan projek itu, beberapa hotel dan rumah penginapan berhampiran Masjidil Haram terpaksa dirobohkan sehingga mengakibatkan berlaku kekurangan jumlah katil di kawasan itu, sekali gus menyebabkan sewa hotel meningkat.
“Berdasarkan itu, kadar bayaran RM8,973 sebelum ini tidak dapat dipertahankan lagi kerana anggaran kos haji bagi setiap jemaah untuk musim ini adalah RM12,600. Ini bermakna Tabung Haji menanggung subsidi RM2,620 bagi setiap jemaah.
“Pada musim haji lalu, Tabung Haji menampung (subsidi) RM75 juta atau RM2,350 untuk setiap jemaah. Namun kita pastikan peningkatan kali ini adalah pada kadar paling minimum,” katanya.
Bagaimanapun, Tabung Haji akan terus menanggung kos berkaitan penyediaan jemaah untuk menunaikan haji, seperti bayaran kursus haji bersiri, intensif dan perdana, selain penyediaan buku panduan serta kos penghantaran petugas haji.
Kali terakhir Tabung Haji menaikkan bayaran haji ialah pada 2002 daripada RM8,585 kepada RM9,445 tetapi pada 2004 bayaran dikurangkan lima peratus menjadi RM8,973.
Tabung Haji menjelaskan walaupun dengan kenaikan itu bayaran yang dikenakan masih yang paling rendah berbanding negara lain di rantau ini.
Lembaga itu masih menanggung sekurang-kurangnya RM70 juta untuk musim haji tahun ini bagi menampung kenaikan kos, terutama penginapan dan makanan di Tanah Suci.
Tabung Haji juga memberi jaminan akan berusaha menangani peningkatan kos bagi mengurangkan beban jemaah, di samping mengekalkan mutu perkhidmatannya.
“Tabung Haji akan mengkaji semula bayaran haji untuk musim 2010, sekiranya kos penginapan dan kos lain akibat faktor luaran terus meningkat,” katanya.
Sumber: Berita Harian
smart move affandi . EVERYONE AGREE AND SUPPORT YOU , FOR SURE .
takat nak cari 10,000 org yg setiap mereka rm 10 = rm 100,000 , for tok guru , SURE CAN …
melebihi bajet rm 65,000 pakej v v i p tu .. jadi v v v i p ……….
nanti kalu berjaya dapat pakej v v i p tu adakah nak kata rasuah dari rakyat miskin marhean …
BANG MAT AFFANDI , BAGI JADI BETUL … THEN WE SEE PEOPLE POWER .. HAHAHA
Salam bang mat..aku amat terharu , usha bang mat dan kawan2 bloger satu perhormatan buat TGNA..aku sokong dan aku akan sumbang malam ni..
Dan apa kata buat satu tabong sumbanganuntuk Najib ke mekah sama..agak agak berapa dapat ?
kita boleh bandingkan..mana rakyat sokong .
terima kasih prblogger.
So..kita cari takat tu saja. Lepas tu kita pi Kelantan dan serahkan pada TGNA.
Gelong gajah,
Hari tu Najib pi Mekah dengan bini dia…tolong cari sapa sponsor.
Aku sudah transfer duit ke dalam akaun kau sebanyak RM10 pada 17 Nov 2009 jam 19:19:29.
Aku tau ianya tak banyak, tapi aku tau sumbangan aku ini akan sampai kepada Tok Guru. Semoga Tok Guru dapat ke Mekah. Kalau tahun ni tak sempat, tahun lagi satu pun oke. Terima kasih atas cadangan yang bernas ini.
muahahaha..korang gila ke hapa? buta mata hati
tidak setuju mengutip derma rm2 untuk menghantar TGNA ke mekah.ini kerana TGNA adalah orang berduit seperti apa yg dikatakan baru2 ni.lebih afdal memberi derma ini untuk orang yg tidak berkemampuan ataupun ibu tunggal.
Kepada saudara MAIL….
jika anda tidak bersetuju dengan tujuan kutipan sumbangan ini,…….
tidak perlu lah anda turut sama menderma……
tiada sesiapa pun yang memaksa anda.
Bagi sekalian yang telah memberi dan ingin memberikan sumbangan mereka,
saya pasti, sebagaimana saya, sekalian mereka itu juga tahu dan memahami
untuk apa dan mengapa kutipan sumbangan ini di adakan.
Bagi saya,… apalah sangat secebis yang saya berikan,…….
berbanding dengan apa yang telah Tok Guru korbankan.
Mail …
Bukan soal TGNA ada pitis ko takdop pitis … soalnya usaha ni simbolik nak tunjuk kuasa rakyat .. nak tunjuk kejahatan SPRM, UMNO dan BN…
17 NOV 2009, TUE,22:54 3rdPartyTransfer
3rdPartyTransfer (MOHMAD AFANDI BIN AH) - 158097625245 20.00 Successful 1351113169
Saya dah derma RM10.00… Harap dpt update jumlah terkini…
org yg tak berkemampuan dan ibu tunggal…kalo gi mekkah tak dok ilmu…rugi jer ler derma tu…maksud nyer…bleh ler dapat pahala skit…kalo bg derma pada org2 alim…skrg2 nyer…kita derma ke kaunter yg mampu bawak pulangan hasil yg berlipat kali ganda buat penderma…
dalam nak derma nie…kena cerdik gak!!!
aku dah bagi rm 10..aku sayang tok guru
Transfer Funds to Other Banks Acknowledgement
Ref No. : 92829101
Transaction Status : Accepted for Processing
Transferred From : 07140146301526
Account Type : Savings Account
Transferred Amount : RM 2.00
Email Alert : carlos_jck@yahoo.com
Beneficiary Bank : MAYBANK
Beneficiary Account : 158097625245
Beneficiary Name : MOHAMAD AFANDI BIN AHMAD
Remarks : Fund transfer
Transaction Date, Time : 18-Nov-2009 09:04:33 AM
http://mbrm.blogspot.com/
http://anaksiputeh.blogspot.com/
Bang Mat..Syabas ! Excellent tulisan di atas !
Jom kita smua sama2 tambah bekalan akhirat dgn cara ini. Kita sumbangkan sorang sikit. Kita mahu tunjukkan kpd UmNgok, bahawa tak salah orang nak beri kpd sesiapa saja termaksuk Tok Guru Nik Aziz, pemimpin kita. Kita harus beri sokongan padu kpd TGNA !
UmNgok dah meroyan. Kalu orang lain, semuanya tak boleh. Dia BOLEH. Awat tak siasat puluhan penyelewangan lain ? Nampak cepat sangat nak siasat Tok Guru Nik Aziz. Awat tak siasat setiap kali piliharanya kecil, sogok duit secara terang-terang ? Itu bukan rasuah?
Kalau nak siasat rasuah di Malaysia ni.. mak oii, kena tubuhkan 10 lagi “SPRM” - pun belum tentu cukup tangan ! UmNgok saja pun tak larat nak siasat. Dari bawah sampai ke atas. 2 X 5 !
Mohon Abg Mat pastikan , no akaun atau apa2 berkaitan dgn bank in tak timbul masalah. Kalau boleh Abg Mat respon, katakan, akuan tu okay. Kalu dpt Abg Mat beri no hp. skali. So, kekawan boleh tanya kut kut ada pemasalahan teknikal.
We are ready to contribute NOW.. kalu RM5 atau 10 sorangpun dah okay.
@ Kalau TGNA reject, no problem, duit tu kita boleh buat kebajikan lain, org miskin/ anak yatim dll.
Aku teringat lagi..sesaorang yang minta indentiti diri dirahsiakan, datang ke Markas PAS dan sedekahkan sebuah 4WD baru beli utk. PAS !!. Harga sekitar RM90,000 !
Jom kita donate RM10, 20, atau 50 sorang ! SEKARANG!
ade masaalah sabotaj kat maybank2u ke ari ni…dari pada pagitadi tak boleh masuk maybank2u…jangan main2 nanti kami tutup semua akaun maybank baru tau…
bro MSK,
minta kebenaran copy post ini kat bloggers lain dan semua yg ada pada email aku.
Hari ni ada masalah nak acces maybank2u. Aku sendiri tak boleh nak access.
MSK
nasaei,
akaun tu ok. Cuma tak boleh nak acces maybank2u. kat ATM masih boleh. No. handphone aku dan email ada kat dalam posting tu.
Doa dari Nik Aziz, adalah doa utk kesejahteraan umat Islam semua, so kite patut memberi sedikit sumbangan atas jasa beliau selama 19 tahun memerintah dgn baik & lom terbukti Nik Aziz buat rasuah seperti UMNO durjana…
Buat Mail, lebih baik hang jaga kerbau hang jer…
Transfer Funds to Other Banks Acknowledgement
Ref No. : 92838134
Transaction Status : Accepted for Processing
Transferred From : 14120005978520
Account Type : Savings Account
Transferred Amount : RM10.00
Email Alert :
Beneficiary Bank : MAYBANK
Beneficiary Account : 158097625245
Beneficiary Name : MOHAMAD AFANDI BIN AHMAD
Remarks : RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah KSA .. InsyaAllah
Transaction Date, Time : 18-Nov-2009 17:05:34 PM
maybank2u jem ari ni smpai skrg tk blh2 lg.. adoi, tkkn sabotaj kot.. hahaha..
harap yang lain dapat sebar2kan kepada yang lain..
aku akan menyusul kemudian.. kumpulkan dulu n bagi skali terus =)
SALAM..
Pakai je ATM bro, transfer ke pihak ke 3…
Kalau x leh gak, SAH!! Memang ade unsur sabotaj!! Teman dah buat pakai ATM…
Ayuh teman2!! Mari kita pastikan misi ini berjaya, Insya Allah..
aku dah masuk dgn ATM….lagi senang, no hal….
date : 18-11-2009
time : 6:01pm
location : Greenlane
other a/c no: 158097625245
maybank2u boleh acess sekarang ni…boleh tolong update ke abg mat…?
Salam semua kekawan. Saya rasa usaha simbolik kita akan berjaya meghantar mesej kpd UmNgok/ Be End. Bahkan kalau kena gaya, ia boleh menjadi dana yang agak besar yang berpontesi merealisasikan kerja kebajikan kita. Daripada kita dok beli rokok berlebihan sampai 2 kotak sehari, elok kita gembleng usaha murni sebegini. Kurangkan rokok (bagi geng2 yg merokok), tambahkan “saham akhirat” kita !
Apa kata jika Abg Mat lanjutkan tempoh pelawaan ini sehingga SATU TAHUN (sampai musim haji tahun depan) kerana kita andaikan utk musim ini sudah agak suntuk utk TGNA “pergi haji”. Kemudian mohon blog2 rakan2 kita yg lain mengikut jejak TKODaily yg turut sama menghebahkan program ini dalam laman mereka sama, ..saya yakin kita mampu kumpulkan dana yg agak besar, InsyaAllah. Kita nak beritahu pihak2 yg penyebok termasuk UmNgok, bahawa tidak salah di sisi undang2 (bahkan mulia) bagi kita “menderma” , bersedekah, beramal jariah. Awat UmNGok sebok sangat ?
Kemudian, saya ingin cadangkan juga, kalau boleh..satu ‘proportion’ atau sebahagian drpd hasil kutipan hendaklah kita beri kpd penganjur (PerakEkspress) sepertimana Islam membenarkan diberi “upah” kpd amil-amil yang membantu memungut zakat. Ini adalah kerana usaha, tenaga, masa. dan perbelanjaan2 yg terpaksa dikeluarkan “Abg Mat and the Geng” perlu diambilkira dan dihargai. Saya rasa itu bagus, tidak salah. Yang penting kita usahakan supaya ia berjaya mengumpul jumlah yang kita harapkan.
Kawan2 sepejabat saya berminat sama menyumbang setelah saya maklumkan kpd mereka ‘projek” Abg Mat and The Geng ni . InsyAllah dalam minggu ini sumbangan akan meningkat.
PEOPLES’ POWER ! Saya harap ‘projek’ simbolik ini akan berjaya mengumpul sejumlah dana yang agak besar jika kena gaya, insyaAllah. Saya dah maklumkan kekawan sepejabat, mereka amat berminat turut sama menyumbang. Kalau boleh, saya ingin mencadangkan supaya dilanjutkan tempoh pelawaan ini sehingga setahun (sehingga musim haji tahun depan) kerana kita andaikan waktu sudah agak suntuk sekarang untuk TGNA “pergi Haji” . Kemudian kalau boleh, biar ada usaha diambil supaya blog2 rakan kita yang lain mengikut jejak TKODaily/ Pinkturtle yg turut sama menghebahkan ‘projek’ ini di dalam laman blok mereka. InsyaAllah usaha ini akan berjaya.
Kita cuma nak sampaikan mesej kpd pihak2 yg penyebok spt UmNgok, bahawa tidak salah bagi kita, atau sesiapa sahaja bersedekah, menderma atau beramal jariah, bahkan ianya mulia. Awat UmNgok sebok sangat ?
Saya sudah maklumlah kawan2 sepejabat. Mereka sangat berminat utk turut sama menyumbang. InsyaAllah dalam minggu ini kutipan akan meningkat. Harap tuan2 hebahkan sama.
Kalau projek ini berjaya mengumpul sejumlah pungutan/ dana yang baik, saya ingin cadangkan juga di sini, supaya satu ‘proportion’ atau satu bahagian kita harus serahkan kepada pihak penganjur (PerakExpress/ Abg Mat), sepertimana Islam membenarkan sejumlah “upah” diberikan kepada amil-amil yang membantu memungut zakat. Tiada salahnya. Ini adalah kerana usaha2, masa, tenaga dan mungkin perbelanjaan bil telefon atau kos pengangkutan/ petrol dll yg terpaksa dikeluarkan bagi menjayakan usaha ini. Saya percaya ia tiada masalah, kita sokong ! Yang penting kita pastikan dulu, sejumlah ‘dana’ dapat dikumpulkan bagi memungkinkan pelbagai amal jariah yg dapat kita sama2 realisaikan melalui usaha seumpama ini.. Amacam ?
Salam..semoga ALLAH swt memudahkan segala urusan hamba-NYA. Amin.
Successful Transaction For Fund Transfer
Reference Number : 92851175
Transaction Status : Accepted for Processing
Transaction Date Time : 19-Nov-2009 14:06:56 PM
Transfer From : 14060536308524
Account Type : Savings Account
Beneficiary Name : MOHMAD AFANDI BIN AHMAD
Beneficiary Bank : MAYBANK
Beneficiary Account Number : 158097625245
Beneficiary ID/Reg No. :
Amount : RM10.00
Bank Charges : RM0.50
Remarks : Sumbangan untuk TGNA menunaikan Ibadah Haji
Amount: RM10.00 Status: Successful
Reference number: 1351277837
Transaction date: 19 Nov 2009
Transaction time: 14:19:18
From Account 159012715158 WSA
To 3rd Party Account Number: 158097625245
Account Holder Name: MOHMAD AFANDI BIN AH
Recipient email: matsamankati@gmail.com
Effective date: Today
Description of transaction: Selamat mengerjakan Haji TGNA
fitnah berleluasa, di mana sahaja..
perkara yang tak pasti, kemudian kita sebarkan. sudah jadi fitnah
kita memang suka menyambung cerita orang lain yang tanpa ada bukti benar sahehnya cerita tersebut. sudah jadi fitnah
atau sudah ada ‘fatwa’ baru fitnah politik diharuskan.
sedar tidak sedar kita semua sudah terlibat dengan fitnah.
cuba renungkan thread2 lalu yang dibincang di mana2..
http://www.azringoblog.net
tue la..sedih tgk TGNA..Sanggup depa bt TGNA mcm tue?Hanya Allah s.w.t. mampu balas org yg bt TGNA mcm tue…
Harap kekalkan artikal ini serta info Akaun yang terbabit dalam tempoh yg lama dalam site ini. Saya pun nak menyumbang juga… tapi belum dapat gaji. Tunggu awal bulan depan (lepas raya Haji…). Peluang ini tidak harus dilepaskan. Walaupun dapat menyumbang dalam jumlah yang kecil, kira bangga juga. Harap dapat keberkatan, hasil ketulusan dan keikhlasan hati TUAN GURU, Insyallah. Amin….
Abang Mail,
Rasa-rasa perlu ke kita buat buat kutipan untuk bantu PAFA bayang hutang tertunggak ZAHID HAMIDI. Kesian kat DS Nizar (Presiden PAFA) tengah kena hentam dengan puak-puak LANUN UNMO. Mana le tau Yob-yob dalam PR sekelian nak tolong…
oittt….apsal nak hentikan plak??….kan awal lagiii?!!….kita tutup sehingga ada penjelasan dari SPRM yg dikhabarkan telah membuka fail siasatan….
Tolong jgn hentikan!!…masih ramai lagi yg nak buat kebajikan….aku merayu MSK!!!…
AsSalam..semoga ALLAH swt memudahkan segala urusan hamba-NYA. Amin.
Confirmation status
Amount: RM15.00 Status: Successful
Reference number: 1351585162
Transaction date: 20 Nov 2009
Transaction time: 22:16:28
From Account 114150456670 BSA
New balance: RMxxxxxxxxxxxx
To 3rd Party Account Number: 158097625245
Account Holder Name: MOHMAD AFANDI BIN AH
Recipient email: matsamankati@gmail.com
Effective date: Today
Description of transaction: RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah
Saya nak mintak penjelasan kenapa nak hentikan kutipan yg telah dilancarkan….
Dari mula lagi, kutipan ini hanyalah simbolik sebagai tanda sokongan terhadap Tok Guru. Malah perkara ini telah pun dijelaskan kepada Tok Guru oleh orang perantaraan aku dengan TGNA. Secara simboliknya juga, niat ini sudah kesampaian apabila sokongan yang diberikan amat menggalakkan. Jumlah yang diperolehi bukanlah matlamat utama…malah aku percaya TGNA sendiri tidak memerlukan wang rakyat untuk menunaikan haji.
Walaubagaimanapun, aku merasakan sekiranya kutipan ini berlanjutan bagi jangka masa yang panjang, semakin banyak suara-suara sumbang akan lahir. Terutamanya mereka yang sewaktu dengan Umno.
Selepas aku membuat posting tentang pengumuman akan menutup kempen ini, aku mendapat sms dan email yang bertalu-talu meminta dilanjutkan sehingga sekurang-kurangnya 25 hb ini. Tunggu esok selepas aku berbincang dengan rakan di Kelantan sama ada mahu meneruskan kutipan ini atau tidak.
alamak bang mat!
jangan la stop dulu kutipan ni. tunggu la lepaih gaji 23hb ni. aku pon nak huloq jugak, tapi apakan daya, sendiri pon dok nyawa2 ikan dah ni. kalo tutup lepaih 23hb malam mesti ramai yg setuju.
please la bang mat…. please!
Apa nak dihiraukan ’suara-suara sumbang’ Umno ! Mereka tidak ada kena mengena. Mereka tak ada haq walau sekelumit. Saya cadangkan PerakExpress terus menerima sumbangan sampai 31 Disember. Itu sekurang2nya. Saya percaya masih ramai yg ingin menyumbang. Bahkan ramai lg yg tahupun mengenai pelawaan utk menyumbang ini kerana belum sempat disebarluas.
Check with lawyers. If it doesn’t go against the country’s laws, why must we bow to any “suara2 sumbang” ?I don’t think so ! We are free to invite people to contribute. Teruskan usaha murni ini.
admin, do we need a permit for this? if there is, then we apply for it!!!
we will show umno the people is with Tok Guru Nik Aziz !!!
Memeranjatkan!
Konspirasi pertemuan antara pegawai-pegawai JPM dengan pimpinan PAS Kelantan di rumah Pak Nik Husin L’gar sehari sebelum Najib berada di KB beberapa bulan lalu.
Konspirasi untuk “mengawal” TGNA dan menjatuhkan YB Husam!
Antara yang hadir Ust Nik Abduh, Ust Saari Mustafa, Azhar Botak dan seorang exco Kelantan.
Apakah yang berlaku sekarang ialah direct result dari perancangan di rumah Pak Nik Husin.
Apa pula misi Azhar dan Pak Nik Husin ke Moroko beberapa hari selepas pertemuan dengan 5 pegawai JPM di atas?
Kasssim Slamat
Maybank2U.com
Open 3rd Party Transfer
Status: Successful
Reference number: 1351681935
Transaction date: 21 Nov 2009 19:34:23
Amount: RM5.00
From Account: 162245612224 WSA
To Open 3rd Party Account : 158097625245
3rd Party Email Address : matsamankati@gmail.com
Account Holder Name : MOHMAD AFANDI BIN AH
MSK.Apasal nak dengar suara orang(UMNO).Teruskan kutipan ,kakitangan kerajaan belum dapat menyumbang lagi ,bulan lepas gaji awal..mereka tengah tunggu gaji bulan ni.Kalau TGNA tak mau duit ni biar dia beri pula pada orang lain.Nak buat kerja baik jangan terlalu dengar cakap orang.Buat la target 10k atau 15K dah capai baru tutup.
Aku bukan dengar cakap orang Umno…mampuih pi la kat depa. tapi bila ada orang Pas sendiri yang komplen, yang tu aku terasa jugak. Bila aku tulis kritik Pas, orang kata aku jangan nak menyibuk hal parti lain…jaga PKR tu cukup la.
Bila aku buat benda ni…pun ada orang kutuk. Seolah-olah menjatuhkan maruah Pas.
Aku buat bukan pasal Pas, PKR atau DAP. Aku sokong Nizar bukan pasai dia Pas. Aku sokong Nik Aziz bukan pasai dia Pas. Tapi pasai depa pemimpin rakyat.
Tapi betui kata hangpa, ramai yang minta aku lanjutkan kutipan ini. Dan aku lanjutkan sehingga paling lewat Jumaat depan…ataupun mendapat signal dari Kelantan sama ada patut dilanjutkan atau tidak. Oleh kerana hari ini hari Jumaat dan cuti diKelantan, maka aku tak dapat info dari sana. Oleh itu aku lanjutkan untuk memenuhi permintaan ramai lagi yang hendak menyumbang.
Siang tadi (Jumaat) ramai yang tak dapat access Maybank2u dan gagal membuat transaksi. Tak tau apa masaalah Maybank. Tapi siapa yang membuat transaksi melalui CIMB klik tak ada masalah.
Dan sekali lagi aku nyatakan, kalau aku dapat signal dari Kelantan mengatakan cukup….cukup la.
MSK
MSK…aku setuju gak dengan cadangan supaya dilanjutkan tu…sebab ada orang yang nak menderma lagi akan merasa kecewa sekiranya tak dapat bersama dalam membuat kebajikan…
Mengenai orang cakap2 ni…kita ambil ikhtibar kisah Lokman dengan anak nya dalam peristiwa dengan kaldai…saya rasa abg mat pun rasa nya tahu kisah yang mashur ini, pendekan cerita dalam kisah ini,dalam perjalanan musafir Lokman bersama dengan anaknya, lokman berjalan kaki dan anaknya naik atas kaldai,disebabkan banyak muatan yang dibawa,sampai disatu persimpangan ada orang menegur Lokman, dan seraya orang itu memberi komennya menyatakan Lokman ini orangnya bodoh,mengapa anaknya naik atas kaldai dan dia berjalan bersama kaldai itu, dan mendengarkan pandang daripada orang itu, maka Lokman mengambil keputusan naik lah bersama2 anaknya diatas kaldai sehingga sampai kesatu persimpangan ditegur lagi oleh sekumpulan manusia(sebuah perkampungan)…mereka mengatakan alangkah zalimnya manusia itu boleh naik dua orang diatas kaldai yang kecil itu….lalu didengari oleh lokman dan anak nya lalu mereka pun turun dari kaldai tersebut…kesimpulan nya kalau ikut kata2 orang ni apa pun yang kita buat semuanya tak betoi….jadi kesimpulannya abg mat buat aje lah,orang yang bercakap menjatuhkan maruah PAS tu pun rasa saya kalau kita check balik belum tentu lagi dia sentiasa menjaga maruah PAS…
Salam abg Mat.. Gov servant gaji 25 hb .. So, bgsla klu dpt lanjutkan lagi kutipan ni.. pedulikan ckp org tk kira dari PAS or UMNO.. Kita berjuang ats dasar simbolik yg rakyat yg plg berkuasa. Ini lah yg kita sdg buktikan..
salam, awat cepat sgt?? aku nak gak menyumbang.. tp kena tunggu gaji nih.. adoi.. abang mat, bleh lanjutkan lagi ka?? aku pun nak pahala gak.. tolong le bang mat.. lanjutkan smpai raya haji.. sempat aku nak transfer duit nih..
aku tak noreh
hari ni gaji
mesin deposit maybank
jumlah RM 20.00
tarikh 23/11/09
masa 11:31 am
nombor akaun = 158097625245
tak pernah guna - mesin deposit - betul kot cam tu - duit tu sampe kot
SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN HAMBA-NYA…AMIIN
Amount: RM22.22 Status: Successful
Reference number: 1352186618
Transaction date: 24 Nov 2009
Transaction time: 00:52:20
From Account 155126929521 WSA
New balance: RMXXX
To 3rd Party Account Number: 158097625245
Account Holder Name: MOHMAD AFANDI BIN AH
Recipient email: matsamankati@gmail.com
Effective date: Today
Description of transaction: Untuk Tok Guru NIk Aziz Ke Makkah
lebih baik korang tlg melayu kelantan yg miskin tu…ubah fikiran mereka…jgn lg fikir rezeki secupak xkan jd segantang…kurangkn skit semangat kenegerian deme tu
sy cadangkan lanjutkan derma ikhlas ini sehingga tahun depan agar tok guru berjaya ke mekah pada tahun depan sbb utk tahun ini sudah tak sempat..mohon agar cadangan ini dipertimbangkan
saya setuju dengan putih, saya bercadang masuk lebih sedikit masa lagi
nanti aku jugak nak derma untuk tabung tok guru pie mekah nie…
nanti free kan aku masuk…
biar kita buat lebih skit dari hari tue.. tgk apa SPRM kata…
dari aku bagi tok guru duit suruh pegi mekah..baik aku bagi duit kat mak ayah aku pegi mekah..lagi bagus..baik pikir mak ayah sendiri dari orang lain…