Carta blog mingguan Perakex
Nov 19th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaCarta top-blogs ini akan dibuat seterusnya setiap minggu.
Dan seperti yang aku katakan dalam posting berkaitan minggu lepas…bukan untuk melihat blog mana yang popular dan blog mana yang terror. Apa yang aku cuba analisa ialah tentang apakah persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Masing-masing boleh menilai dengan sendiri, apakah yang boleh ditafsir dengan melihat kedudukan blog-blog anti-BN dibawah.
Tukartiub terus mengungguli carta manakala Kedahlanie jatuh ketangga keempat Carta Perakex. Tempat Kedahlanie diambil oleh Penarikbeca yang melompat dua anak tangga meninggalkan Perakex ditempat ketiga. Perisik Rakyat masih menduduki tempat yang sama walaupun sedikit menurun mengikut ranking Alexa. Terdapat beberapa blog yang meningkat dengan mendadak dan ada juga yang turun.
Ini dapat dikaitkan dengan isu-isu yang mereka bawa, dan jumlah pengunjung yang bertambah atau berkurangan menunjukkan minat pengunjung tentang apa yang mereka mahu baca. Ada dua isu besar minggu lalu. Pertama tentang pita rakaman Hasan Ali dan Blogger dan satu lagi tentang kecelaruan di Kelantan. Pita rakaman Hasan Ali dengan blogger mula dipecahkan oleh Albanjari.
Malah, Albanjari berjanji pada mulanya akan mendedahkan pita rakaman tersebut. Ini membuatkan blog Albanjari menerima peningkatan yang tinggi minggu lepas kerana pengunjung mahu mendengar pita rakaman tersebut. Tetapi apabila Albanjari tidak berjaya memenuhi janji-janji tersebut, pengunjung mula meninggalkan Albanjari.
Malaysiawaves akhirnya mendedahkan pita rakaman tersebut dan menyebabkan pengunjung mula bertumpu ke Malaysiawaves dan peningkatan yang mendadak ini membuatkan Malaysiawaves berjaya melompat dari tangga ke 13 ketangga ke9. Kalau mengikut trend, aku percaya…
Malaysiawaves akan memintas Albanjari paling lewat minggu depan. Ramai yang mahu mengetahui apakah yang berlaku di Kelantan sehinggakan Kickdefella ditamatkan kontraknya. Pendedahan Kickdefella menjadi isu hangat dikalangan pemaya dan pemaya mula menghurung blog Kickdefella sehingga memboleh Kickdefella melompat dari tangga ke 19 minggu lalu ketangga ke 11 minggu ini.
Ada dua blog yang bertentangan dengan Kickdefella. Masing-masing dengan hujah mereka mempertahankan tindakan Arifahmi menamatkan kontrak Kickdefella. Manjongmari dan Saynotomunafiqeen. Dan ini juga melonjakkan kedua-dua blog ini dalam carta Perakex dimana Manjongmari melonjak dua anak tangga manakala Saynotomunafiqeen berjaya menambahkan pengunjung yang cukup tinggi untuk melonjak tujuh anaktangga.
Isu di Kelantan juga menarik minat Penarik Beca dan ini juga yang menyebabkan peningkatan Penarik Beca. sementara itu..beberapa blog menunjukkan penurunan yang mendadak. Pahangdaily terus menjunam. Zulmamak juga menjunam kerana sudah jarang dikemaskini. Begitu juga dengan Harimau Menaip, Perakite, Pemudacheh, Anaksengat yang menunjukkan penurunan.
Beberapa blog lain juga terkeluar dari senarai top 100,000 Alexa. Ketika aku mula-mula membuat senarai ranking Perakex ini minggu lepas, isu panas ialah tentang kepimpinan. Dan blog-blog yang menghentam kepimpinan mendapat perhatian. Maka ada yang berpendapat…kalau nak popular…hentam pemimpin.
Tapi persepsi ini jelas meleset. walaupun masih terdapat peningkatan dalam blog Aduka Taruna, tapi pengunjung lebih meminati isu Kickdefella. Malah pertembungan Baganutama dengan Misbah juga tidak menarik perhatian.







Klik Imej Untuk Senarai Penuh















gud job msk…teruskan buat ranking ni….bravo
pahangdaily tu banyak sgt javascript nye.. lambat nak bukak..ruang komen kat perakexpress ni pun sama gak, ada script..bila klik, terus ada popup..membosankan la pulak.. ni dah kali ke-4 teman komplen nih…
betoi2 comment box kat perakex ni setiap kali klik keluar pop up. macam annoyed je.
Tahniah Br. Mat :Perakexpress close 2 d people maya outreaching.
tahniah KOMRAD isyam! LU ADA TELOR kah kah kah . . .kah kah kah . . .
bang mat, mungkin ko boleh buat sedikit analisis tentang serangan pencaci pada blog2 top ten nih. kalau dilihat pada keadaan , lalat2 ni sedang sebok mengurung blog2 utama nih, terutama blog isyam. Dulu pencacai2 ni takda ramai sangat, tapi gerombolan sudah bawak geng mau serang tukartiub , isyam terus gelak dan gelak, mungkin dari segi ni pun menjadikan blog tu hot. lagi satu bang mat ko terlupa kot KERAJAANRAKYAT.COM ,. blog dia pun ada pengikut sendiri. anyway teroskan kah kah kah . . . kah kah kah. . .
neo dan loveperak,
Betul, yang ni aku tak tau mana puncanya kerana kami tak pernah mengalaminya. Boleh tolong bagi tau, iklan apa yang pop-up?
Nash, jangan lupa datang malam esok
Mat,
Kerajaanrakyat.blogspot.com atau kerajaanrakyat.com?
Kalau kerajaanrakyat.blogspot.com…ada ditangga ke37. Tidak bertukar dari minggu lepas. Tapi kalau kerajaanrakyat.com…aku tak jumpa.
Serangan pencaci Umno akan terus berulang. Cuba google APCO Worldwide. Umno sedang menggunakan syarikat Israel ini untuk menggodam blog dan web yang pro Pakatan Rakyat. Oleh kerana blog Isham sedang top..maka sudah tentu blog tersebut menjadi sasaran.
MSK
mana saya nye blog tak kuar lagi nih… tak cukup terror nih…
Alamak merosot pula.
kena tulis benda kontroversi?
Meh aku try lak…
dah ok loveperak dan neo… teman pun penah kene jugak… Abg Mat… Iklan Jutawantricajus tu yang selalu pop-up
Baginda reformasi,
Sorry..terlepas. OK…Alexa ranking: 64310. No.91. Amdang81 nombor 92.
tulis ngan kebenran la
jgn tulis sebab nak naikkan rating
nnti jd cam bagan utama, nak sgt naik rating sampai buat surat bodoh kononnya dari deris ahmad pada mat sabu
bangang punya blogger
kalau boleh buat lagi satu list ranking untuk blogger musuh…
kita kena lihat juga blog musuh mana yang jadi tumpuan, adakah parpukari atau gomo atau chip mereka iaitu panglima perang cyber.
Provok banyak sikit baghu rating naikkk….gila glamor.
salam,
Wow dah macam carta pujaan 10 Nescafe la pulak cara Bang Mat buat cerita. Aku teringat masa zaman bebudak tiap - tiap pagi ahad jam 10 pagi aku mesti layan rancangan tu kat radio RTM, kalau tak salah aku lagu yang paling lama duduk dalam carta lagu Alleycat Suara Kekasih hehe…nostalgila sekejap….. Caya lu Bro
Ali,
Diantara Kickdefella dan saynotomunafeqeen, sapa yang cakap benar dan sapa yang cakap bohong?
Diantara Tulang Besi dan Albanjari, sapa yang cakap benar dan sapa yang cakap bohong?
Kebenaran adalah persepsi. Persepsi bergantung kepada kredibiliti. Kalau kredibiliti rosak…cakap benar pun orang tak percaya.
Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 tok masuk ko? Kalau ikutkan ambo check sat tadi, ambo no. 55 lah!
haha….tukartiub will stay there for 100 years to come!!
APCO nk godam?godamlah….kalau nk tgk penagih tulisan2 isham mengamok,p lah godam
msk,web tranungkite x msuk dlm list ke?..setau wa web tue dlu agak terhangat dipasaran gak..wa pun dah lame tak g situ..hehehe..
-cume wa risaukan blog isham tue,arap2 team tukar tiub dpt wat sesuatu sblm trjadi ape2..
Tok Mudin…
Minggu depan teman masukkan. Kalau ada sapa-sapa lagi yang ketinggalan dan sepatutnya berada dalam tu, tolong bagi tau aku.
zargus,
Aku tak pasti boleh dicampur dengan web yang buat forum atau tidak. Pada pendapat aku, biarlah web atau yang berkonsepkan blog yang dimasukkan. Takut nanti, disebabkan nak mengejar hits, semua blog buat forum macam Tranungkite pulak. Lama-lama semua macam geng BPN. bersaing sesama sendiri, akhirnya bungkus.
Tapi kalau ramai yang mahukan Tranungkite dimasukkan..aku tak ada masalah.
MSK