PRINSIP–PRINSIP KERAJAAN RAKYAT: PAKATAN RAKYAT

Nov 18th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, nash ar-rawy

“PAS bersikap anjal atau fleksibel dalam menangani kerjasama di atas prinsip Islam dengan PAS tidak menjual prinsip dan PAS tidak memaksa parti-parti lain dalam pakatan menjual prinsip tetapi kita (PAS) boleh bekerjasama dalam perkara yang sama atau titik persamaan yang satu di antara kita bagi membuat perubahan ke arah yang adil, menentang kezaliman. Di mana menegakkan yang adil dan menentang yang zalim merupakan perkara sejagat yang kita tidak berbeza antara satu sama lain.”

( Petikan wawancara Sdr. Khairul Azlam Mohamad dengan TGHA – Harakah )

Oleh: Nash Ar-Rawy

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly” ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliment ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.

02 KERAJAAN RAKYAT bermakna Satu Malayisa Milik Rakyat bukan Milik PR maupun BN . Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka dibayar oleh kerajaan ( RAKYAT SATU MALAYSIA) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti parti-parti kekal seperti sediada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing.

Pada praktis dan hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT SATU MALAYSIA kerna semua wakil rakyat adalah kuli rakyat belaka.

03. Tiada lagi wakil PR atau BN . Semuanya adalah wakil rakyat Satu Malaysia bukan lagi wakil parti. ‘Mind -set ” parliamentarians kena berubah kerna tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan

Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI

Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah KERAJAAN RAKYAT ;bukannya kerajaan Parti PR atau BN Semua parliamentarians terikat ‘uphold democracy and eliminate authocracy of any kind as sworn in’ ‘ This is the BASIC PRINCIPLES OF ‘ THE PEOPLE’S GOVERNMENT” YANG WAJIB DIFAHAMI DAN DIPERJUANGKAN OLEH PAKATAN DAN BN.

Sesuai dengan “ISLAM 4 ALL “ and “ JUSTICE FOR ALL “ regardles of race and religion ( Borderless, Raceless, Universal and Global; Unlimited )

04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia( WANG RAKYAT ) . Justeru itu, di dalam parlimen; semua wakil rakyat (bukan lagi wakil parti; baik PR atau BN) bisa membangkang atau menyokong mana-mana Menteri ; hatta PM.

Kerna semua adalah Bukan Anti –Kerajaan Rakyat tetapi adalah KERAJAAN Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarangikatan dan kongkongan parti (parti hanya digunapakai sewaktu pilihanraya sahaja; untuk menentukan siapa PM dan siapa Menteri Kabinet Malaysia).

Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parlimen Malaysia; automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parlimen justeru kerna semua sudah menjadi angota KERAJAAN RAKYAT belaka , satu negara , satu warga.satu Obligasi satu komitmen yang sama belaka ; bukannya anti – nasional atau anti kerajaan atau subversif ; kerna semua MP adalah KERAJAAN.

Semua MP sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parlimen bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasan parti masing-masing. Tenyata di dalam Parlimen; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah ANGGOTA KERAJAAN RAKYAT bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang )

Kesuma akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep ‘Kerajaan RAKYAT” sudah tiada lagi wujud parti; tetapi kesemua ahli parlimen pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat Malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku WAKIL RAKYAT yang bertanggungjwab kepada PARLIMEN ( pastinya bukan wakil PR atau BN lagi )

Namun dasar perjuangan parti-parti dalam sistem dua parti ( PR dan BN) berjalan seperti biasa dalam berhujah dan perdebatan dalam Parlimen ; identiti tiada hilang ; prinsip tiada tergadai .

06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN; THE PEOPLE’S GOVERNMENT NO MORE PR OR BN ; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat , Satu Warga ) yang SAMA ( RAKYAT MALAYSIA ).

07 ‘Wakil Rakyat yang menang pilihanraya atas tiket PR atau BN boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dalam berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan PR atau Dewan BN

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia.

Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT, AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA; nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu; Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( ” Negara yang makmur , aman damai dan mendapat kerehaan Allah Hu Ta’ala.

09. PSRM, SPR, PDRM, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Tulus Tentera, dalam ‘KERAJAAN RAKYAT : bebas lepas daripada ‘Ketiak” atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus dibawah kuasa Parlimen ( DYMM Agong )

Justeru itu, , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam Kerajaan Rakyat ; Insya Alla Hu Ta’ala,dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ‘ Bias” dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim Negara , SPR , SPRM PDRM , I.G.P. serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imuniti atau perlindungan politik ; hatta PM, Hakim , IGP bisa dihakimi oleh parlimen secara telus .

Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yang dipaksakan untuk menyambung talian hayat ‘parti pemerintah’ dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma.

Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannya di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.; Hukum tanpa bicara.

10. Kerajaan Rakyat juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman( Judisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif

( Speaker ). tetapi berlakumnya ‘ Separation of Powers ” secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i] Judiciary (badan Kehakiman )

ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni ; KITABULLAH dan ASUNNAH.

THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parlimen membolehkan Akta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA’AZIR boleh terlaksa kerana ‘ la ikro hafideen ”

(Tidak ada paksaan dalam agama /” There’s No Compulsion In Religion) Hudud is just meant for the muslims only and non-muslims could opt to the present civil Law. Parlimen juga menerima pakai SISTEM KEWANGAN DINAR sebagai penyelesaian ‘Global Economic Recession’ bebas-lepas daripada sistem kewangan riba, laba dan cengkaman kapitalisme dan monopolisme.

Tags:

Afiat

4 comments
Leave a comment »

  1. Masalah sekarang..yang jadi pemimpin LEBIH rendah taraf ilmu kemahiran DUNIA AKHIRAT…daripada RAKYAT…cuba perhatikan YB2 yang berkuasa di kawasan DUN atau Parlimen…bandingkan ILMU KEMAHIRAN dunia akhirat YB2 dalam SATU kampung atau taman pun YB2 tu KO atau TKO dah…

    Pada saya Malaysia ni perlukan YB2 bertaraf DUNIA AKHIRAT…sebab kita Malaysia NEGARA ISLAM..sila rujuk YB TPM Muhyiddin…bertaraf DUNIA…pakar dalam bidang tertentu, bertaraf AKHIRAT…boleh jadi IMAM, boleh bagi KULIAH agama, ada TASAUF dan AKHLAQ Islam…Sidiq, Amanah, Tabligh, Fatonah…

    kalau BN Umngok berkeras juga …tak sedar DIRI tu bertaraf kat mana…KIAMAT pun dunia ni..Malaysia kan bertambah MUNDUR…contoh terbaru RASUAH dah turun lagi ke 56 dari tangga 47..itu belum indeks JENAYAH yang majoriti RAKYAT dan YB2…tak senag hati…nak TIDUR malam…boleh sambung lagi.,..InsyAllah…tapi cukuplah setakat tu dulu…

  2. Macam aku cakap la..Rakyat Malaysia sokong parti politik macam sokong pasukan bola sepak..Tahun ini kalah tahun depan cuba lagi..Inilah minda yang melekat di kalangan orang Melayu..
    Rakyat 1 Malaysia gagal mengenal apa itu politik dalam membentuk sesebuah kerajaan.UMNO sudah cukup lama memerintah Negara dan sepatutnya rakyat Malaysia sudah berada sama taraf dengan negara2 maju yang lain.Hasil bumi kita cukup melimpah ruah dan selayaknya kita lebih maju dari Singapura.
    Rakyat mesti sedar seperti kata penulis memang benar..apabila kerajaan tertubuh sahaja maka semua parti politik secara tak langsung tidak berfungsi lagi…yang bergerak adalah kerajaan rakyat..
    Dimana apa yang dilakukan oleh menteri2 rakyatlah yang akan menerima impak samada kebaikan ataupun keburukan.
    Mana ada dalam Dunia Menteri menggubal dasar yang menyusahkan hidup mereka sendiri.
    Kalau dasar yang menguntungkan menteri itu memang banyaklah.
    Dasar PPSMI siapa yang untung???…berapa banyak komputer,kilang pencetakan buku dan lain lagi.
    Adakah menteri yang rugi hasil dasar tersebut. Yang rugi sebenarnya adalah anak2 orang kampung baik PAS,PKR mahupun orang UMNO yang masih lagi memeluk bantal dakap lusuh berlambangkan dacing.
    Harap rakyat semakin hari semakin bijak menilai sesebuah kerajaan.Hari ini aku menyokong PR kerana mengharapkan keadilan akan tertegak dibumi Malaysia..Mungkin jika PR gagal melaksanakan hak2 rakyat selepas berkuasa suatu ketika nanti maka aku akan mengarahkan anak aku melantik kerajaan lain pula yang akan mengubah kehidupan mereka.
    Itulah sebenarnya politik dan bukannya seperti satu pasukan bola sepak yang kita tetap menyokongnya sebagai entiti negeri atau negara walaupun kalah dan menang kerana ia adalah asset kita.
    Malaysia tetap Malaysia dan kita tidak boleh menukar menjadi Brasil hanya untuk mendapat nama.

  3. apa yg disebut memang benar

    prinsip hubungan kerajaan dan rakyat yang “ideal”

    tapi dalam praktisnya memang susah sikit

    kenapa orang mesti ikut yang ideal ni?

    adakah orang nak ikut prinsip2 ni?

    kalau depa ikut apa yg depa dapat?

    setengah orang kata idealis ni orang tak berapa cerdik (bodoh) je

    depa ni tak kira pahaman politik ape pun biasanye buat apa yg memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan kerugian mereka saje

    (apa masalah dengan “prinsip” ni - why not depa kata)

    rasanye inilah pahaman yang membawa banyak masalah kat dunia hari ni

    wallahu a’lam

  4. ” La kod kholaq nal insa nafi khabad ” ( Sesungguhnya manusia itu dicipta dalam keadaan susah payah dan perjuangan ” ) Orang yang jiwanya mati dan beku pemikirannya ; jumud , tiada bisa jadi pejuang yang istiqamah . “Absolute Government” adalah ‘Dia” yang Empunya Global , Yang Empunya Kerajaan Langit dan Bumi dan Yang bisa menaikkan dan ‘Dethrone” mana-mana kerjaaan dan mana individu yang “Dia;” sukai . Justeru itu, sebagai ‘DUTA” ‘Dia’ di muka bumi hendaklah mengikut prinsip-prinsip ‘Dia ” yang mengatasi Demokrasi dan Autokrasi ; iaitulah , ‘Islam For All” ” Justice For All” tanpa kira warna kulit , fahaman politik dan anutan agama.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.