RM1 untuk Tabung Bantuan Pasukan Seladang Perak

Nov 17th, 2009 | By Admin | Category: Berita

17-november-2009-datuk-seri-nizar-melancarkan-tabung-bantuan-untuk-pasukan-seladang-yang-di-usahakan-oleh-pemuda-pas-perakjp

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hari ini diberikan peluang berbincang dengan Persatuan Bolasepak Negeri Perak dan Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden Persatuan Bolasepak Perak bukan dengan sebarang sentimen politik tetapi perbincangan atas semangat kesukanan yang tinggi demi pembangunan bolasepak di Perak khasnya.

DPPN Pk sedar bahawa berjuta peminat bolasepak yang berada di luar sana akan merindui sentuhan Pasukan Bolasepak Perak atau Pasukan Seladang ini yang pernah menempah sejarah yang membanggakan apabila dengan beberapa syarat tambahan baru daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana Pasukan Bolasepak Perak mungkin tidak dapat beraksi pada Liga Super musim baru ini.

DPPN Pk jelas dengan kekangan isu pembayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASIL) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah FAM ketatkan di dalam syaratnya yang perlu dijelaskan menyebabkan Pasukan Bolasepak Perak tidak layak menyertai Liga Super kali ini. DPPN Pk juga yakin Persatuan Bolsepak Perak akan memastikan isu pembayaran ini di selesaikan dengan segera.

Oleh yang demikian, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak pada hari ini berusaha membantu Persatuan Bolsepak Perak dengan melancarkan Kempen Seringgit (RM1) untuk Tabung Bantuan kepada Persatuan Bolsepak Perak. DPPN Pk akan merancang beberapa perlawan an bolasepak amal bagi tujuan tersebut dan akan menggerakkan seluruh peminat, penyokong dan rakyat Negeri Perak yang cintakan sukan bolasepak ini untuk sama-sama membantu.

ZAIRUL AZRUN ZAINAL ABIDIN

Bendahari,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

http://dppperak.blogspot.com/

Tags:

Afiat

5 comments
Leave a comment »

  1. taliban dok jauh2 skit. shoh…shoh. hahaha. ‘bahaya dr gunung tora2′.

  2. eh.. dok ngata taliban.. dia ler manager pasukan perak musim lepas..

  3. yob4ever.com dah nak stat kutip dana bantu PAFA, menyahut cabaran Kutipan DANA rm1… jika ada akuan bank lagi baik….

  4. kalo Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin nak tarik pengundi muda lebih ramai lagi… bolasepak salah satu ‘platform’ yg ideal.

    jaga betul-2 PAFA.. sumber kewangan cukup.. pemain & penyokong gembira… insyaalah org muda akan sokong Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

    org muda ni..prinsip depa senang jer..
    lu bagi gua happy..
    gua bagi lu happy..
    ok

  5. bolasepak adalah sukan yang paling diminati dimana-mana negara. majoriti peminat bolasepak adalah dari budak-2 muda. mereka sanggup lakukan ape saja demi bolasepak.

    budak-budak muda sanggup menderma ikhlas utk pasukan mereka,
    budak-budak muda sanggup datang dari jauh utk memberi sokongan pada pasukan mereka,
    budak-budak muda sanggup bergaduh demi pasukan mereka,
    budak-budak muda sanggup lakukan apa saja kerana bolasepak..

    kalo betul Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ikhlas dlm perjuangan.. bolasepak adalah salah satu ‘platform’ untuk menarik sokongan dari budak-budak muda.
    Urus PAFA dgn profesional.. jaga kebajikan pemain.. mesra dgn peminat..
    insyallah Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin akan berjaya dan mendapat sokongan dari peminat bolasepak negeri perak terutamanya budak-budak muda.

    prinsip budak muda sekarang ni senang jer..
    “lu payung gua..
    gua payung lu balik”

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.