Pakatan Senyap UMNO-PAS
Nov 14th, 2009 | By Admin | Category: M3m, RencanaOleh: M3M
Selepas isu UG yang dikatakan telah dikunci dan Presiden PAS telah memberi jaminan bahawa PAS akan terus komited untuk memperkukuh kerjasama dalam Pakatan Rakyat… tup-tup UMNO syorkan pulak Pakatan Senyap. Nak tau lagi, baca kat sini.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, berkata… cara terbaik nak menjaga kepentingan Melayu-Islam adalah melalui pakatan antara UMNO-PAS, baik secara tertutup ataupun terbuka. Ini sebenarnya adalah idea Dr Ridhzuan Tee Abdullah. Mengikut Dr kita ini, Pakatan Senyap telah lama diadakan oleh MCA-DAP-GERAKAN. Mereka ini bersatu dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan kaum Cina.
So, demi menjaga kepentingan Melayu-Islam, PAS dan UMNO mesti bersatu juga. Nampak gayanya UMNO cuba menarik PAS dalam kancah politik perkauman dengan menggunaan Islam sebagai alasan. Sebenarnya mereka ingin memerangkap PAS. Idea Pakatan Senyap ini merupakan strategi serampang dua mata untuk melemahkan PAS.
Jika PAS tolak… ia akan dilihat seolah-olah PAS tidak serius memperjuang kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya, jika PAS menerima idea ini, PAS akan dilihat membelakangkan kepentingan kaum-kaum lain. Dan ini sudah lari dan bercanggah daripada konsep keadilan dalam Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Begitu juga dengan slogan PAS For All. PAS akan dilihat sebagai hipokrit di mata para penyokongnya yang non-muslim. Mereka akan meninggalkan PAS dan berhenti memberi sokongan kepada PAS.
Ini akan meletakkan PAS dalam keadaan serba salah dan tersepit. Dan… PAS akan terpalit dengan persepsi yang negatif, baik daripada Melayu-Islam dan juga non-muslim.
Persoalannya, mengapa baru sekarang UMNO fikirkan kepentingan Melayu-Islam?
Sejak hampir 52 tahun UMNO menjadi tunjang pemerintahan negara, apa yang mereka buat untuk bangsa Melayu dan Islam? Kuasa di tangan mereka tapi apa mereka buat?
Majoriti bangsa Melayu masih mundur… masih miskin… makin terpinggir dalam dunia yang serba moden ini, baik dari segi politik, sosial dan juga ekonomi. Tak payahlah disenaraikan satu persatu petunjuk-petunjuk tentang realiti sebenarnya keadaan bangsa Melayu di bawah pemerintahan UNMO/BN, sebab semua kita sudah sedia maklum.
Tentang Islam pulak?? Apakah Islam dimartabatkan oleh UMNO/BN? Sebenarnya, mereka menzalimi Islam dengan cara memperolok-olok Islam… meracuni pemikiran non-muslim tentang Islam…. menutup mata dan memekakkan telinga tentang kepincangan yang berlaku pada umat Islam…. tidak serius menangani isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan banyak lagi.
Usahlah UMNO nak kencing rakyat Satu Malaysia. Dulu dan kini… kemunduran orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO dalam semua bidang masih ketara. Dulu… dan kini… Islam di Malaysia masih terpinggir. Dulu… dan kini…. keadaan Melayu-Islam lebih kurang sama saja.
Mengapa dulu…. UMNO angkuh dan tidak perlukan PAS untuk bersatu dan berpakat?? Mengapa kini…. baru UMNO terasa yang mereka perlukan PAS untuk memperjuangkan kepentingan Melayu Islam? Sebab… UMNO mahu memperkudakan PAS, demi survival politik mereka yang saban hari, pengaruhnya semakin merosot.
Sejarah tidak pernah menipu kita. Jangan lupa… PAS pernah berkorban untuk kepentingan Melayu apabila mereka menyertai BN semasa Datuk Asri Muda menjadi Presiden PAS. Masa itu, UMNO sedang bergolak dan Melayu berpecah. Tetapi, apa jadi pada PAS setelah UMNO berjaya mengembalikan semula kekuatannya. UMNO jadi angkuh dan PAS ditendang keluar macam sampah.
Once bitten twice shy.. kata orang putih. Sekali terkena cukuplah. Jangan pisang berbuah dua kali. UMNO ini parti oportunis. Begitu jugalah para pemimpinnya. Kita mesti mengambil iktibar daripada sejarah dan mala petaka yang menimpa PAS akibat perkahwinan singkat dengan UMNO. Amat memeritkan. Serik… serik… Malangnya, ada yang tak serik-serik!!
Rasanya memang betul apa yang dikatakan oleh Dr Ridhzuan Tee Abdullah. Umno sekarang berada dalam keadaan yang tersepit. Tersepit?? Siapa yang menyepit? Tersepit dengan permintaan-permintaan dan desakan daripada Pakatan Senyap MCA-DAP-GERAKAN. Kalau tak dituruti… hilang pulak sokongan bukan-Melayu. Kalau diberi… dipandang serong pulak oleh kaum Melayu. Tapi.. puak-puak ni peduli apa. Yang penting ‘aku’ . Melayu lain… boleh pergi jahanam. Hipokrit semuanya!!! Sikap inilah yang menyebabkan kepentingan Melayu semakin terhakis.
Di samping terpaksa memenuhi tuntutan pakatan senyap puak sebelah sana, mereka juga dikuasai sikap tamak dan haloba akan kekayaan duniawi dan gila kuasa. Untuk menjadi kaya raya dan berbuat apa mereka suka, mereka perlukan kuasa. Oleh sebab itulah, mereka perkosa sistem pemerintahan negara untuk terus berpaut pada kuasa bagi menghalalkan rompakan terhadap harta rakyat dan negara.
Sekarang… dalam era melinium.. era cyber… usahlah nak kencing rakyat. Rakyat bukan bodoh lagi dan tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya. Semua informasi berada di hujung jari sahaja. Orang mula nampak tembelang UMNO. UMNO dilihat begitu keji sekali. Lantaran itu, rakyat yang ada otak, mula menjauhi UMNO. UMNO mula hilang sokongan terutama the urban Malays, daripada golongan muda dan begitu juga golongan muda di merata tempat.
Dalam PRU 12, UMNO/BN menerima penangan mereka. Melayu, Cina dan India memberi sokongan padu kepada PAS/Pakatan Rakyat. A vote for PAS is a vote against UBN. Sejak itu, UMNO bagai cacing kepanasan… tak senang duduk. Mereka hanya mampu bertahan dengan undi golongan tua di luar-luar bandar. Sabah dan Sarawak jadi penyelamat mereka untuk terus berkuasa.
Menyedari hakikat inilah, maka UMNO beriya-iya dan sedaya upaya mahu merebut semula sokongan yang mereka hilang. Caranya mudah… sweet-talk golongan pemimpin atasan PAS yang ambitious… yang giler kuasa…. yang hipokrit, untuk mengadakan pakatan yang dikenali sebagai Unity Government.
Sejak itu… PAS mula bergelora dilanda kemelut politik dalaman. Pas dan para pemimpin atasannya yang pro-UG mula dikritik hebat. Malah.. para penyokong dan pendokong PAS mula kecewa dengan para pemimpin tersebut yang sudah mula berbohong untuk menghalalkan tindakan mereka.
Rakyat marah dan imej PAS menjadi parah. UMNO pulak kata, alhamdulillah….
bersambung….



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Pakatan senyap Umno Pas
written by Nash Ar-Rawy, November 14, 2009
Memang Umno sekarang adalah elite anjing tersepit “MelayuIslam Umnopurtra”. Kali pertama “anjing tersepit MelayuIslam Umno elitpurtra ini diselamatkan PAS masuk BN . Bila ‘anjing tersepit MelayuIslam elit umnoputra ini terasa gah PAS dengan senang hati ditendang Keluar dan Kelantan dimagerankan sehingga PAS tertinggal satu kerusi sahaja.
Nabi bilang orang mukmin tiada bisa dipatuk dua kali dalam satu lubang oleh ular yang sama ( “anjing tersepit MelayuIslam Umno elitputra) .Pastinya PAS tiada akan membiarkan opotunis “anjing tersepit MelayuIslam elit Umnoputra ini” kembali beraksi untuk kali keduanya.
Melayu tiada bisa membela melayu kerna Melayu tipu Melayu oleh MelayuIslam ( kroni elit DEP MelayuIslam Umnoputrra) Melayu bunuh Melayu ( Memali) atas konspirasi MelalyuIslam Umnoputra”.
Tiada ajaran MelayuIslam , CinaIslam atau Arab Islam . Yang ada hanya Islam Islam Siapakah ikhwan lamu soalan kubur bisa kah kamu mejawab “MelayuIslam Umnopurtra . Malaikat pastinya ketawa bagaimana ummat Muhammad di ditipu dengan “MelayuIslam Umnoputra”.Hanya Islam yang bisa selamatkan orang Islam dan semua kaum dan agama ;Islam for all . Apabila islam diperjuangkan. “Islamu nyalu wala nyala ‘alaih Insya allahu umatnya pasti selamat. Tetapi Melayu Islam samlah dengan ArabIslam kerna fahaman assobiyyah atau kebangsaan atau Natinolisma OIC tidak bisa bersatu kerna ada ArabIslam, Turki Islam, MelayuIslam, dsn sama seperti kosmetik MelayuIslam Umnopurtra : dunia islam diratahi Yahudi. Tolaklah fahaman sesat MelayuIslam Umopurra tinggalkan UmnoMelayuIslam keseseatan nya dan masuk Islam Islam bersama PAS . Kerna Pakatan PAS DAP PKR itu lebih praktis yang terdiri daripada pejuang-pejuang keadilan dan penentang autokrasi kezaliman ISA . PAS DAP PKR lebih baik daripada UMNO MCA MIC Sila lihat : http://www.nasharrawy.blogspot.com dan http://www.perakexpress.com
Maaf tuan…persepsi tuan tentang UG terlalu meleset..tuan mengambil ulasan tentang UG bukan idea asal UG… Idea asal UG ialah kerajaan tanpa pembangkang yang kemudiannya difahamkan oleh golongan berkepentingan dengan idea penyatuan umNO dan PAS…. meleset sangat…harap rujuk lontaran idea asal UG dalam siasah…. bukan ulasan yang diolah dengan niat masing masing….
anaksengat..
Tak usah nak nasihatlah geng2 nie….mereka menulis kerana nak rating naik…blog yang kutuk PR dapat rating teratas…
Mungkin dalam masa terdekat tercapai segala hasrat….Blog 2 lain dah mula beralih arah menyerang UMNO mungkin mengikut nasihat pemimpin.
Selepas resminya PAKATAN RAKYAT di daftarkan elok konvensyen PR seluruh Malaysia nanti mendaftarkan sama blog yang benar2 membantu PR….
Bukan apa takut nanti bila menang PRU13 ramailah yang mengaku merekalah yang banyak membantu PR…
Umno tu parti puak “ee”! Ingat apa tok nenek kita pesan. Jumpa Ular dengan ‘ee’, katuk ‘ee’ dulu. Tapi mentang2 tok nenek kita dulu takde internet, pakai pelita ayam (Paling femes pun pakai lampu gasolin!), orang muda sekarang taknak pakai nasihat orang dulu2!
Berkaitan dengan UG, pada aku apa sahaja yang bersabit dengan umno “ghentikan ler!’ Tak kira lah gitu ke, gini ker!
ada benarnya jugak ulasan unity government ni dah tersalah lorong.tapi klau sebuah dewan parlimen takda pembangkang apa maknanya demokrasi?tak perlu pun ulas pasal umno yg tersepit!tersepit2 umno…aku rasa tersepit lagi pas dengan agenda negara islamnya!maybe nash ar rawy bley provide any constructive blueprint of islamic state kat malaysia nie..jgn hentam umno kalau rumah pakatansendiri punmasih cacamarba!
Anaksengat,
Artikel ini ialah mengenai Pakatan Senyap…bukan UG. Orang bersembang pasai ayam, depa bersembang pasai itik. Lepas tu kata tak paham pasai itik.
lontaran idea dari siapa ?
kesepakatan pemimpin PR ?
Sesudah PAS merasa boleh berdiri sendiri/berdikari?
Lim kit siang,wan azizah selaku pimpinan di mana suara mereka……….???
wakil ahli parlimen,ketua pembangkang yang di lantik apa bicara………???
salamm tuan meriambuluh..
jgn sembang pasai mengaku membantu PR
bila PR menang nanti. kalau nak nama nak
rezeki banyak baik kami selamatkan UBN.
berjuang dengan PR bukan dapat apa pun.
dapat bala lagi ada laa.
tapi kerana smua kita ni sayangkan PR. kita
tak nak kemenangan yang dah dekat sangat
untuk dicapai terlepas. kalau kita tewas lagi
pada kali ini, munkin kita memerlukan 3 atau
4 kali PRU lagi untuk mendapat kedudukan
seperti apa yang kita dapat sekarang ni.
salammm..
Saya setuju dengan pandangan matsamankati . UG dah tak laku dijaja . so pls don’t divert d focus of subject matter Pakatan yang terbaik dan realistik dewasa ini adalah PAS DAP PKR lebih baik daripada UMNO MCA MIC kerna PAS DAP PKR terdiri daripada pejuang-pejuang keadilan dan penentang autokrasi berparlimen . UBN masing masing becakaran dalaman yang ketara sarat dengan rasuah dan perasuah ; tongkang tunggu pecah . InsyaAllah The Only Choice For The Masses is PAS DAP PKR ( Pakatan Pilihan Rakyat ) for PRU 13.
Satu lagi mainan blogger Umno.
Setelah gagal isu UG.. jangan nak timbulkan lagi apa-apa perkaitan berkaitan UMNO-PAS.
close is close…
please.. blogger yang istiqamah dengan perjuangan PAS, abaikan artikel ini..
kita juga tak perlu divert issue2 masalah dlam pakatan dap pkr pas ni sbg berpunca drpd adu domba umno semata mata!pas pada aku masih berhutang byk penjelasaan mengnai negara islam..pada pengundi pengundi nya terutamanya nonmuslim.maybe nash boleh wat kajian penerimaan gagasan negara islam pas pada rakyat malaysia..seminar pas baru baru ini nampak pas mcm nak bergerak dlm kapasiti idealisme n piagam tersendiri yg mungkin ber canggah dgn kehendak msjoriti rakyat malaysia?walaupun di nafikan dosa pakatan senyap ni still akan merebak jika takdak tindakan yg lebih quatumleap dr pas serta ahli2nya.n for god sake pls stop retorik adu domba umno nie..to hell with umno..parti2 yg nengaku berpakat utk rakyat ni kena syncrhonise lah..slogan2 pas for all dah tak relevan sebab komitmen pas skrg kan utk pakatan?
kumpulan2 penyokong UG, kata kat kumpulan penentang “ini mainan blogger UMNO” kumpulan penentang UG kata kat kumpulan penyokong UG “ini mainan blogger UMNO” mana satu betul ni, 2-2 betul, 2-2 dah tak sior kat UMNO.
Ikut bahasa mudah org tua2 “bebudak apa yang kita larang, itulah yang dia buat”. Mana-mana orang PAS yang nak berpakat senyap2 dengan Umno, pegi jangan tak pegi! Mana2 orang PAS yang tak setuju, Meh masuk PKR. Islamkanlah orang PKR yg Islam kalau berasa tak cukup keislamannya. Takde hal. Alhamdulillah. Biarlah dalam Pakatan tinggal PKR dengan DAP je. Takper. Ini apa hal sorong, tarik, sorong, tarik? Pegilah kat Umno! PRU-13 kita tengok macamana. Kalau Pakatan menang hangpa jangan terhegeh-hegeh nak mai balik. Kalau Pakatan kalah pun tak per. Aku nak tengok selama mana hangpa boleh duduk dengan umno. Kalau Umno tendang hangpa, aku tambah lagi front kick, side kick complete chopping kat pungkoq hangpa! Ooo.. hangpa Islam lebih dari orang lain iye? Pegi, jangan tak pegi. tadak sapa nak larang hangpa. BOSAN BETUL!
m3m dan mat saman kati sedang menempah tiket ke neraka. Tak sudah-sudah mengadu domba. TGHA dah kata tutup isu UG atau apa-apa pakatan yang melibatkan UMNO-PAS tapi depa bukak balik. Lepas tu guna nama statement drpd UMNO. Kalau hangpa tak bukak cerita, isu ni x berbangkit lagi.
Nakhoda melayu, kalau x faham politik jangan masuk campur. Jangan cakap seolah pandai tapi sebenarnya menampakkan kebodohan. Buat malu Melayu aje (sebab hang pakai nama Melayu).
Aku setuju Anak Sengat, ramai yang nak ulas tentang UG dulu tapi sebenarnya tak faham tentang UG walaupun TGHA dah bagi contoh India & Indonesia.
Aku doakan hang M3M & MSK mampuih cepat supaya kurang sikit makhluk perosak kat bumi Malaysia ni. Jangan sampai mati kafir dah le.
anaksengat, meriambuluh dan anak perjuang,
Hangpa memang jenih yang dilabelkan oleh Adukan Taruna sebagai genetik bangang. Hangpa dah terlalu paranoid dengan UG…sampaikan orang cakap lain, hangpa masih ingat orang bercakap tentang UG.
Artikel ini adalah merujuk kepada artikel yang di tulis oleh Riduan Tee Abdullah yang bertajuk “Untungnya bersatu dalam senyap” kat sini. http://ridhuantee.blogspot.com/2009/10/untungnya-bersatu-dalam-senyap.html
Inilah akibatnya apabila terlalu taksub dengan pemimpin yang pembohong. Bila kisah pertemuan dalam gelap diLondon dipecahkan, hangpa semua kutuk blogger sebagai pemfitnah, pembohong, didoakan masuk neraka.
Dan Mahfuz dan Haji hadi siap nak saman blogger yang dikatakan berbohong. Tapi bila Pak Lah mengaku tentang wujudnya pertemuan tersebut, baru pemimpin hangpa terkencing dalam seluar. Tu pun hangpa taksub…hangpa masih mendewakan pemimpin yang berbohong.
Jangan lah hangpa ingat hangpa tu warak sangat sampai nak mendoakan orang lain mati kafir. Silap-silap hangpa yang mati kafir.
senyap..macam ular dalam semak! Macam ni bolih cari makan..
Alahai anak pejuang..anak pejuang mana ni?tok janggut?rentap? To ask other people to shut up just because you think you’re cleverer than others is not justified. Belajar la utk agree to disagree. Tak salah kan kalau aku cadang kat sesiapa yg berautoriti dlm pas@ pendukung pas utk wat kaji semak atas dasar negara islam pas tuh,samada voters boleh terima ke reject ke?selalunye pas evasive sgt,mcm taboo bila dikritik,tapi kata dukung demokrasi,public discourse,namun…anakpejuang boleh terus berdoa melaknatkan org lain..mungkin tu kot kepandaian hang dlm bepolitik,cheh..hak ktuih.
Silap banyak kalau fikir orang yang mempertahankan PAS sebagai taksub kepada pemimpin. Aku tak taksub pada mana-mana pemimpin tapi aku tak mahu penat lelah yang dilakukan oleh orang yang bersungguh-sungguh nak daulahkan Islam ni dirosakkan oleh orang-orang macam hangpa (kali ni aku tak bubuh nama tapi sapa makan cili dia rasa pedas). Kalau duduk depan laptop sambil hisap rokok tulih blog, lepaih tu salahkan orang tu, salahkan orang ni, londehkan orang tu, londehkan orang ni hingga masyarakat pandang serong pada PAS dan PR (bukan hanya pada seorang dua pemimpin yang bermasalah), adakah hangpa rasa cara hangpa betoi?
Pemimpin yang lari dari perjuangan Allah akan menghukumnya (kalau hangpa tak percaya sudah, tapi sejarah dah buktikan). Tapi usaha yang pemimpin lain buat secara ikhlas habis musnah kerana perbuatan hangpa. Macam hangpa bubuh racun dalam susu yang kami bagi kat orang. Aduka Teruna dan beberapa nama lain tu, confirm cyber trooper UMNO yang kononnya nak tengok perubahan dalam PAS tapi sebenarnya merosakkan nama PAS. Aku tengok yang guna logo tu kepala semua sama, mungkin agendanya pun sama. Hangpa nak pelingkupkan Islam.
Pakatan sengap PAS UMNO ini membuktikan Umno kemaruk dan kepingin sangat nakkan PAS selamatkan dia untuk kali yang kedua kerna semua rancangan RosmahNajib tak menjadi kalah semua PRK di semenanjung kecuali di BAGAN “MelayuIslam Umnoputra” Anjing tersepit MelayuIslam ini memang memerlukan PAS untuk sambung talian hayatnya . Kerna ‘MelayuIslam Umnopurtra dah terasa dan ternampak dah bakal jadi LDP Jepun dan Parti Kongress India atau Golkar Indonesia berada dalam zaman menurun seperti pusingan roda , Simtemnya dah nampak perasuah Umno jadi wakil rakyat dan ketua Menteri satu Malaysia. Perasuah MCA PLFZ mendedahkan perasuah Gerakan dan Umno . Satu tongkong caca merba tongkang UBN ini tunggu masa aja nak karam !
Rakyat nampak semua ini bukan tak sekolah ! UBN tidak bisa diselamatkan lagi kerna dah terok sangat.
Bila orang buat islam bising . Kanun Jenayah Islam ( Hudud Kisos Ta’azir) Kerajanan PAS Kelantan Dan Terengganu dah buat selesai obligasi pada Allahu, tapi, di halang oleh kuasa kerajaan Federal UBN . Hudud UMNO mana? ada dalam Qur’an. Macamlah tak sekolah Hudud mesti diperundangakan dalam parlimen yang dtolak UBN 3kali bila di bawa TGHA. ” LAW IS AUTHORITY “Sekarang buat kalut pulak pasai ;Negara Islam . Kesian, banyak sangat baca Utusan MELOYA dan Berita HAIRAN , :Blueprint telah di kemukakan oleh Tim Mursidul Am Prof. Dr. Harun Din dalam Harakah . Mana dia bluebrint negara Islam Umno yang kata Malaysia ini dah negara Islam . “Muslim State ” dan ‘Islamic State” tak sama . Masjid pun ada di Singapura, Amerika dan Rusia. Adakah negara itu semua Islamic State. Negara Arab dan Indonesia sebenarnya Muslim State kerna ramai orang muslims Hakikatnya negara sekular yang menolak Islam ada yang nationalis sesat seperti MelayuIslam Umnoputrra , ada yang Sosialis Islam.
Orang Cina , India dah tahu Hudud is just meant for d muslims only . Non muslims could opt for civil Law ” La igra hafiddeen ( There’s NO COMPULSION in religion for d non muslim but Muslims must be abide to Kitabullah n the Assunnah! Fahaman Umno adalah fahaman punnah ranah kerna berpegang kepada Nationalisme berkosmetik Islam yang dijaja sekarang setelah UG gagal iaitu: “MelayuIslam Umnoputra” . Belajak mana ni? Nabi ajak tegakkan panji-panji ArabIslam ke? Siapa IKHWAN kamu soalan kubur , Boleh kah kamu jawab dengan akidah baru kamu ” MelayuIslam Umnopurtra daaa ” Boleh ke ?
Alhamdulilahu negara berkebajikan sebagai asas fundamental Negara Islam berjaya dibentuk oleh TGNA di Kelantan selama 19 tahun diiktiraf tiada Korupsi . Islam for all bisa di terima dan Cina India TOLAK parti assobiyyah Umno ; “MelayuIslam Umnoputra.
Kebangkitan dan kefahaman yang jelas tentang Islam yang sebenar telah mula di fahami dan diperhatikan secara dekat oleh orang Cina dan India ” Rahmataan lil a’almeen” memang ada pada PAS dan tidak ada pada UMNO MCA MIC yang bernaunsakan bangsa dan hanya bisa hidup dengan API PERKAUMAN sahaja. Berbeza dengan PAS sekalipun memerintah Kelantan dan ummat Islam 90 peratus tapi PAS tiada mengajar sentimen perkauman seperti UBN.KELANTAN TIADA BERLAKU 13 MAY . INI SATU MALAYSIA TAHU Orang Cina dan India tahu sejarah ini dan yakin parti yang tidak bernaunsakan kaum seperti PAS DAP PKR adalah lebih baik daripada UMNO MCA MIC untuk memerintah negara selepas PRU 13 insyaAllahu Senjata kuno Umno :Pas parti ekstemis ugama( Taliban) dan DAP ekstremis perkauman Cina sudah tidak bisa digunapakailagi kerna massa sudah tahu itu permainan politik UBN yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Bahkan Lee Kuan YU sendiri pun secara personal kunjung hormar TGNA dan TGHA kerna dia tahu PAS dan Pakatan adalah ” GOVERNMENT IN THE WAITING” ”
” GOD IS THE GREATEST! “
Puak-puak penagih UMNO ni, kita jamu depa dengan carrot, depa dok rasa macam cili api. Itu yang terasa pedas semacam jer. Berasap sampai keluaq stim ikut semua lubang yang ada. Malah… ada stim yang masuk sampai ke kepala hotak depa. Saraf otak, rosak habih. Itu yang depa jadi paranoid semacam jer. Babi giler pun tak lagu tu paranoidnya!! Hangpa lagi teruk.
Hoi anakpejuang… hang doakan aku dan MSK mampuih cepat ya?? Ni aku nak habaq mai. Hang pi mampuih dulu…!!!
Hang ni belajaq tak habih kot. Tu yang banggang sangat. Tak paham apa yang orang tulis, dah kata kita makhluk perosak…. Kalau makhluk perosak sekalipun…. sasaran aku bukan PAS tetapi UMNO. Baca dan paham betoi2. Itu ler apabila emosi menguasai akai…inilah akibatnya, hangpa hilang akai dan jadi manusia paranoid.
Harap maklum. Sekian terima kasih.
Menyedari hakikat inilah, maka UMNO beriya-iya dan sedaya upaya mahu merebut semula sokongan yang mereka hilang. Caranya mudah… sweet-talk golongan pemimpin atasan PAS yang ambitious… yang giler kuasa…. yang hipokrit, untuk mengadakan pakatan yang dikenali sebagai Unity Government….M3M
Hangpa memang jenih yang dilabelkan oleh Adukan Taruna sebagai genetik bangang. Hangpa dah terlalu paranoid dengan UG…sampaikan orang cakap lain, hangpa masih ingat orang bercakap tentang UG….MSK.
MSK…
Cuba lihat tulisan M3M kat atas tu…kalau dalam subjek BM kata2 M3M tu kira jawapan hampir tepat dengan isu UG.
Jadi hakikatnya kau orang masih membicarakan tentang isu yang cuba di lupakan oleh kepimpinan PAS. Hakikatnya PAKATAN SENYAP dan UG tu adalah dua perkara yang sama di tujukan pada orang2 tertentu sebelum ini.. ..
Satu lagi untuk pengetahuan MSK dan Aduka Teruna GENETIK BANGANG tu kira ok lagilah…kalau diajar lama lama boleh jadi pandai..
Tapi yang jadi masalah sekarang kau orang jenis GENETIK BODOH SOMBONG….langsung tak boleh nak diajar dan di tegur apatah lagi nak menerima pendapat orang lain.
Jadi langkah selamat isu2 UG atau PAKATAN SENYAP (istilah baru dari Perak Express) tak perlulah di war2kan lagi…biar blogger Tulang Besi yang buat ulasan kerana beliau memang dah kategori manusia yang kena sumpah…
Dah sampai JB dah tak kan tak nak berhenti kot…Kita mulakan perjalanan baru pulak balik ke Ipoh..
baca sepenuh artikel, dan baca dari blog Riduan Tee Abdullah untuk mendapat gambaran sepenuhnya tentang artikel yang ditulis oleh M3M. Jangan baca sekerat-sekerat, dan kemudian sumpah seranah orang dengan kafir-mengkafir. Memang perangai hangpa dari dulu tak pernah berubah.
yg keluarkan isu ni, org amno
yg sebarkan isu ni org amno
yg nak jatuhkan pr pun org amno
hangpa nak jadi barua amno belaka ker…
udah2lah politik, gi buat kije…kitakan satu mesia…hehe
hahaha
Betul cakap kau tres…
Kebanyakan blogger sekarang jadi “NASI TAMBAH” kepada setiap kenyataan dari UMNO.
Bukannya nak “back fire” balik.
Minta MSK buatlah analisa pulak macam mana nak jatuhkan UMNO…
Banyak sangat dah analisa yang menegur pemimpin PR….Kalau selalu sangat tegur tu nanti kata orang tua2 “Dah tak makan saman” hehehehee..
Bab kafir mengkafir nie aku tak masuk campur…tapi kalau kau orang mengaji kitab lama kat tok guru pondok memang boleh jumpa la dia punya fakta…tapi kalau tahap agama kita pun ciput baik duduk diam…
OK MSK kami tunggu analisa terbaru bagaimana nak menjatuhkan UMNO….pakat2lah dengan editor2 PE kita buka gelanggang baru….
Memang setuju dengan Meriam Buluh dan Tres. Walaupun isu asal dari blog Ridhuan Tee (aku dah baca sebelum M3M bukak cerita lagi). Tapi kalau hang x besar-besarkan isu ni dah senyap. Jangan jadi anjing umno dan bertopeng di sebalik blog yang dulu sokong PR tapi la ni nak pelingkupkan PR.
NI LEBIH KEPADA PERINGATAN SAJE…..
RASE KALAU TAK NAK BLOGGER BISING LAGI…..
JANGAN BUAT LAGI YE……..
LARI TAJUK SIKIT……
TAKKAN SEMUA NEGERI KAT MALAYSIA NI NAK ORANG PAS JE JADI MENTERI BESAR….
AGAK2 LA….. BAGI LA KAT PKR SIKIT (selangor, melaka.NS. sarawak…sabah…)…… DAP SIKIT (PP)….
JANGAN TAMAK….. ( yang ni untuk member aku yang membaca P.EX )