Tengku Razaleigh dan Pakatan

Nov 13th, 2009 | By Admin | Category: Rencana

Zaid Ibrahim

Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu. Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, kegembiraan ini tidak pula dikongsi bersama oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Tindakan Demokratik. Tidak ada langsung kenyataan yang memberangsangkan dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu. Mereka seolah-olah tidak mahu perkara ini dihebohkan kepada orang ramai. Tak tahu lah saya sama ada ini strategi politik masing-masing; hanya mereka sahaja lah yang mengetahui sebab-musababnya.

Sebaliknya yang dihebohkan kepada awam adalah kenyataan seorang dua pemimpin kanan PKR yang bersungguh-sungguh mahu menjelaskan kepada orang-ramai bahawa saya bukan lah Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia. Mereka menjelaskan nama saya sebagai pengerusi “protem” ini hanyalah untuk tujuan pendaftaran. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana gigih berusaha membuat penjelasan itu. Saya percaya rakyat Malaysia yang bijaksana sudah pun sedia maklum yang permohonan pendaftaran sesebuah pertubuhan memang memerlukan beberapa pegawai penaja untuk memenuhi syarat pendaftaran. Sudah tentu tak masuk akal kalau saya yang menjadi “ketua” kepada pemimpin-pemimpin besar seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Yang rakyat ingin dengar tetapi tak diterangkan ialah tujuan dan harapan penubuhan Pakatan Rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Bagi saya penjelasan tentang isi lebih penting daripada bercakap soal kulit. Saya pasti rakyat ingin tahu matlamat, wawasan dan strategi bersama Pakatan Rakyat Malaysia.

[baca lagi]

Tags:

Afiat

4 comments
Leave a comment »

  1. Saya sgt setuju sekiranya Tok Guru Nik Aziz di lantik sbgai pengerusi PR yg pertama spertimana yg di cdgkan oleh Zaid Ibrahim dlm artikel penuh beliau.. Tok Guru adlh ikon yg terunggul yg sgt2 di segani di mana2 pn.. Sudah tentu pd saat ini, UMNO tidak sng duduk dgn cdgn ini.. Mn tidaknya, satu2nya org yg tidak berjaya di tewaskan oleh UMNO selama ini adlh Tok Guru Nik Aziz.. W’pn UMNO mencatat sejarah mng besar pd 2004, Kelantan di bwh Tok guru tidak berjaya juga di tawan oleh UMNO.. Moga Allah berikn kesihatan yg baik kpda tok guru & pnjgkan umur beliau..

  2. amin…

  3. saya hardcore pkr…. tapi saya setuju dengan pemilihan TG Nik Aziz. rasa-rasanya masayarakat bukan islam boleh terima

  4. Aku pun setuju TG Nik Aziz jadi Pengerusi Pakatan Rakyat. Kalau beliau menolak, pujuk dia elok-elok.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.