Carta Top Hits Blog Pro-PR
Nov 13th, 2009 | By MSK | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utamaOleh: MSK
Analisis kali ini bukanlah bertujuan untuk menonjolkan blog mana yang popular atau tidak. Bukan juga untuk menunjukkan blog mana yang glamer atau tidak. Bukan juga untuk menunjukkan blogger mana yang terror atau tidak. Tetapi untuk menunjukkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, tentang persepsi wargamaya tentang Pakatan Rakyat.
Semua blog-blog dibawah adalah blog pro-Pakatan Rakyat dan anti-BN. Semasa PRU 12 ataupun semasa PRK, semua blog ini menyokong Pakatan Rakyat. Tapi sekarang…mana-mana blog yang mengampu Pakatan Rakyat akan jatuh merudum, manakala yang sentiasa menghentam Pakatan Rakyat akan naik. Pasai apa?
Kalau dulu, sapa yang kutuk PAS, PKR atau DAP..dah tentu kena label macam-macam. Tapi sekarang, sapa yang kutuk parti sendiri, jadi hero.
Macam mana boleh jadi macam tu?
Semua ranking yang dibuat adalah berdasarkan ranking di Malaysia yang dikeluarkan oleh www.alexa.com. dan ia bertukar setiap hari. Hangpa nak check ataupun countercheck…pi la kat www.alexa.com.
Ranking yang dibuat oleh Alexa berdasarkan jumlah pengunjung dan pageviews. Lebih tinggi pengunjung dan pageviews, ranking akan meningkat. Bila pengunjung berkurangan, ranking akan jatuh. Tapi mengapa pengunjung lebih suka melawat blog yang menghentam Pakatan Rakyat…sedangkan kebanyakan pengunjung adalah terdiri dari penyokong Pakatan Rakyat sendiri? Yang ini pemimpin Pakatan Rakyat kena ambil perhatian.
Blog Tukartiub adalah blog yang paling konsisten dari segi pengunjung. Blog ini juga merupakan blog yang paling top sejak ianya mula dibina pada 2008.Selain daripada menghentam Umno, Tukartiub juga mengkritik semua parti, tak kira Pas, PKR atau DAP. Bebas dan berkecuali. Walaupun ia lebih condong kepada Pakatan Rakyat.
Kedahlanie lebih banyak bercerita tentang hal-hal Kedah. Dan oleh kerana tidak banyak blog di Kedah, blog ini menjadi rujukan tentang Kedah. Blog ini diurus oleh orang Pas, tapi cerita pasai orang tak suka kat Hadi pun dia bubuh. Jadi nampak neutral.
Perakexpress…yang ni ramai orang tak suka…sebab suka hentam keliling. Ada yang kata pemecahbelah PR. Ada yang kata ejen Umno.
Penarik Beca..lagi orang tak suka. Ini blogger takdak akhlak. Tak habih-habih cari pasai dengan Pas. Habih cerita dalam kain Pas dibongkar oleh Pak Bakaq. Nasib baik dia bukan ahli Pas…cuma penyokong fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan Pas. Dia bukan suka kat Anwar pun, tapi kalau sebut nama Nasha dan Mustapha Ali, lagi la dia tak suka.
Satu masa dulu, Perisik Rakyat merupakan blog yang paling top, bawah sikit dari Tukartiub dan Albanjari. Kemuncak populariti Perisik Rakyat ialah semasa PRK Bukit Gantang dimana pernah mencapai top 300 dalam Alexa Ranking. Dulu dia asyik hentam Umno dan tak pernah kutuk sapa-sapa dalam Pakatan Rakyat. Akibatnya…ranking dia merudum dengan teruk. Tapi sejak dia mula menghentam geng UG…ranking dia naik balik.
MSO melayu? Yang ni pun tukang hentam Pas..terutamanya Husam. dan oleh kerana dia blogger otai…banyak kenalan yang top…banyak la dia dapat berita sensasi. Tapi orang Pas ramai yang kata dia ni pun pemecahbelah PR…barua Umno.
Wartamaya…orang masuk blog dia pasai blog dia dah jadi directory blog. Tapi dia jugak hentam geng UG. Masuk geng Aduka Taruna pulak tu.
Albanjari…top blog semasa PRK Bukit Gantang. Lebih popular dari blog Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang. Lebih popular dari blog Perisik Rakyat satu masa dulu…tapi pasai dia nampak pro UG, cuma cerita yang baik-baik tentang Pas…blog dia merudum. Dari tangga ke 246 semasa PRK Bukit Gantang, sekarang jatuh ketangga 1506 pada 12/11/09.
Laman Marhaen adalah laman otai. Sudah ada di alam maya ini sejak era reformasi lagi.
Pahang Daily masih lagi bertahan ditangga ke2231. Tetapi mungkin tak tahan lama, kerana trend Pahangdaily sedang menurun. Enam bulan dulu, Pahangdaily berada diranking top 1000, tetapi sekarang sudah jatuh melepasi 2000 ranking Alexa.
Ok..itu top ten dalam ranking Alexa berdasarkan blog-blog yang dikenalpasti sebagai blog pro-Pakatan Rakyat yang tersenarai dalam direktori Wartamaya. Ada beberapa blog lagi yang dikutip dari link-link yang terdapat di Pautan Perakexpress. Cukup la banyak tu.
Tapi ada beberapa blog lagi yang sedang naik secara mendadak.
Blog Baganutama hanya dibuat semasa PRK Bagan Pinang yang baru lalu. Masa dibuat dulu…tak termasuk dalam ranking Alexa. Entah ke berapa ratus ribu. Tapi dalam masa yang singkat, dia berjaya naik ketangga 5420, mengatasi beberapa blog yang sudah lama ada. Sebabnya…dia juga anti-UG.
Dan yang paling top macam goreng pisang panas sekarang ialah blog Aduka Taruna. Dulu aku nak tengok blog ni pun geli geleman. Habih benda-benda dalam seluar dia sebut. Kalau dulu…Aduka Taruna boleh dianggap macam iblis baru terlepas dari dalam botol, tapi sekarang dia berjaya menjadi pawang. Sama ada apa yang ditulisnya itu betul atau fitnah..itu tidak penting. Tapi…kalau Aduka Taruna lebih berpengaruh dari Ustaz Derih, Pas ada masalah.
Dalam dua bulan dulu, aku tengok ranking dia 6,000 lebih. Aku pun tak peduli la blog cokia macam tu. Tapi semalam sudah mencapai 3091!! Bahasa yang digunakan…aku pun dulu tak teruk macam tu. Pas nak buat Konvensyen Blogger Pas, dia pun nak buat Konvensyen PAS Reform. Orang lain nak selesai tentang UG…dia buat Projek Langgar Hadi.
Sekarang aku tak tau…Aduka Taruna yang gila…atau geng UG yang tak sedar diri. Tapi apa yang pasti, semakin ramai orang yang ikut Aduka Taruna jadi gila. ha..ha..ha. mampuih Umno.
Ini satu sebab mengapa blogger-blogger lebih seronok menghentam Pakatan Rakyat, sebab pemimpin Pakatan pun dua kali lima.
Ada sapa-sapa yang terima upah oleh musuh politik Pas untuk memporakpurandakan PAS?
Ada sapa-sapa yang terima upah untuk menimbulkan keraguan dikalangan pengundi bukan Islam untuk memencilkan PAS dari Pakatan Rakyat?
Mungkin Isham Rais dengan Tukar Tiub dia kot? Tapi toksah kata ada kereta, kapcai pun takdak.
Mungkin Kedahlanie dah dapat balak dari Ustaz Azizan kot?
Ataupun Bakaq Penarik Beca? tapi aku tengok…sengkek tara tu jugak.
Mintak maaf Ustaz Derih. Semakin hari aku semakin risau…rakyat semakin percaya kepada blogger-blogger pembawa fitnah, dari kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin.
Blogger-blogger yang bebas mengkritik pemimpin..semakin lama semakin top. Mana-mana blog yang mengampu atau menyampaikan kenyataan pemimpin..semakin hilang kredibiliti mereka.
Yang ni pemimpin PR semua kena fikirkan. Tak kan yang tu pun aku nak buat?







Klik Imej Untuk Senarai Penuh














fiiuuhhhhhhhhh..nasib baik aku takdak dlm senarai..kekekkeek…
selamat…
AKU NI KENE MASUK UREKA NI….. kene belajar menulis…..
LEPAS TU BOLEH AKU JADI NO 1 LEPAS NI……
AKU NAK BUAT LAIN PADA YANG LAIN…..
YANG ADA SEKARANG NI BLOGGER LANGGAR PRO UG…. LANGGAR HADI….. PKR… PAS
DAN BLOGGER LANGGAR HUSAM…. ANWAR…. ERDOGAN…..
AKU PULAK NAK BUAT BLOG LANGGAR BLOGGER2 YANG ADA LA NI….
AKU NAK LANGGAR MSK….ADUKA….WAK BANJAR….. MSO…. MAT DERIH….MANJUNGMARI….
semua blogger la…….
kah…kah…kah…..
baru SYOKKKKK….
kah kah kah . . . kah kah kah . . . tahniah KOMRAD! ISYAM! lu ada telor! , aduka, lu memang cibai wa respek lu kah kah kah . . . tibai duka tibai jangan tak tibai, biarkan umno terberak berak . . .
aisey.. blog aku xde.huhu
bro.. npe xmasuk aku nye skali. huhu.. aku da check.. pr-vs-bn ranking 6438 dalam Malaysia. dalam tempat ke 31-32 huhu
nobisha pro PR?? hmmm…
aik. loveperak no 16 kah kah kah. blog picisan mcm ni pun org baca. T.T
Tak pasal pasal aku jadi follower Aduka pulak .. hish
Iblis keluar botol tu.
Hang ni MSK tak patut betui …
Wakakak !!!
aik.. blog teman pon tersenarai.. alhamdulillah.. BATU GAJAH MARI
macam tak percaya bloh bang isham dan kedahlanie yang paling diatas dalam blog PR yer…. saya ingatkan lamanmarhaen atau perakexpress…. tapi kalau tranungkite mash HIDUP ada mesti dia no satu punya
oit lankarim
apasat ko xcaya tukartiub no 1?ko tau x kalo aku xbc 1 ari blog isham,aku xkeruan tau x?
ko tau x apa ciri2 blog best? 1)xde iklan yg byk(kalo iklan ubat kuat lg la geli aku nk tgk) 2)simple
sbb tu la tukartiub plg atas,ngok
salam ukhuwah….
usaha yang baik….teruskan lagi menulis.
peduli apa nak tulis, free blogging?
que,
Blog hang ada tersenarai kat Warta maya tak? Kalau tak ada..pi marah kat Radenjowo. Anyway…mulai minggu depan, aku akan update top50 blog-blog pro PR. Sapa punya blog tak tersenarai…boleh bagi tau aku.
Salam..
Aku pun nak belajar lebih maki hamun yang power…. sekarang ranking 30… naik 10 takuk lagi pun jadilah…
patut la memasing asyik tabur fitnah kat pas..nak kejar rating rupanya..sampai tergamak ketepi fakta, moral dan kebenaran
apa la gunanya dapat ratig tinggi kalau sekadr jadi penambah dosa dan saham ahli neraka
so kpd blogger bertanggungjaab la skit..dan berlaku adillah
Isy…Isy…blog nyamuk aku nasib baik tak ada dalam senarai. Yang ada dalam senarai MSK hingga top 80 saja dengan Alexa rankingnya 64,486. Blog aku Alexa ranking ialah 46,158, dalam top 1 juta kot MSK noooo?
Blog2 berbahasa omputih pro rakyat tak tersenarai ka?thru my readings blog pro pr ni byk sgt artikel bersifat repetitive,n redundant,byk sgt copy cut sumber berita,effort nk menulis sndiri ceroi! Dah sama mcm blog pro umno plak, my personal choice utk bacaan harian steadyaku47,tukartiub,straighttalking,n few others,perakexpress mmg da tentu dlm senarai wajib,cuma aku tgk kolumnis yg post artikel,kalau nash ar tu agak berat la,bahasa dia byk arab term sgt,aku bukan apa,be praktikal lah,tak semua org “into” dgn term2 arab ni,maybe sbb tu ramai org pi baca blog bhsa2 lbh mudah n senang n terus terang mcm aduka,ramai org mcm aku prefer blog yg contentnya tepat,bermakna,x orthodox sgt cara olah isu,and trust me people are now more selective to read piece of news,or articles..kan?
ali,
sapa yang menipu dan sapa yang bercakap benar bergantung kepada persepsi. Dan persepsi bergantung kepada reputasi. Reputasi bergantung kepada kredibiliti.
Bila geng UG bohong kata tak ada peluk dalam gelap dan kemudiannya mengaku apabila terdesak…kredibiliti geng UG rosak. Bila dah tak ada kredibiliti, reputasi pun rosak.
Pembaca sudah tidak boleh dibohong lagi.
PGK,
Dalam posting tu, aku dah sebut…”berdasarkan blog yang tersenarai didalam Wartamaya”. Tak pa…minggu depan aku masukkan blog hang.
Nakhoda Melayu,
Nampaknya…bertambah la kerja aku.ha..ha. Aku ingatkan blogger menulis bukan kerana nama…tapi bila tak disenarai, ada yang marah..hu..hu..hu
MSK
den pun takde… huhu naruto sensei pun takde… sian die.. .hehehe
Tulis je apa yang patut ditulis. Pedulikan ranking manking nih! Anyway, apa yang msk tulis patut menyedarkan pemimpin Pakatan Rakyat! Rakyat dah lama sedar, depa tak sedar-sedar!
ok bro msk.. jangan lupa masukkan pr-vs-bn untuk top 50 nanti k… kalau termasuk la hehe
Aku tk minat nk bc blog2 pengampu.. Sbb tu TKO n Al Banjar pn aku dh tk jenguk..
yg ramai baca,yg top tp xmesti org percaya.maybe baca utk compare,aku sndri selalu layan perakexpress,malaysiatoday yg rpk tulis,tukar tiub,manjung mari
Jangan salah anggap penulis blog
Blog yang kutuk PR naik sebab PRO UMNO masuk sekali untuk cari sumber mereka…Utusan,Berita Harian,blogger Pro UMNO juga guna sumber kau orang….
Jika selepas nie dah tak ada isu..rangking jatuh la balik…blok yang ikhlas berjuang untuk PR akan meningkat balik…
Kedahlanie terbaik bagi aku kerana ia berjaya melawan Pro UMNO yang cuba menjatuhkan PR Kedah….sebab itulah banyak isu2 tempatan yang di paparkan…
Bagi PR Selangor aku tak nampaklah pulak blog yang mempertahankan PR Selangor…lebih banyak blog Pro PR yang dok hentam lagi ada la.
Bagi PR Perak pula lebih kurang PR Selangor la..
Blogger tak konsisten mempertahankan Kerajaan PR…masa mula2 UMNO buat demontrasi kat Perak tu kurang mendapat tentangan…
Bila negeri dah terlepas barulah nak mulakan serangan..”sayang semuanya sudah terlambat”..
Teringat pula lagu nyanyian Shidee…
hehehehe…
kah..kah..kah…Tukartiub penah cakap…otak umno dalam pkr… kat atas ni lah contoh2nya….
mula2 buat blog sebab nak sedarkan rakyat, lepas tu buat duit lak… then nk jadik ranking sapa paling hebat… bila dah rasa hebat, mulalah… cakap besar, maki hamun…
blogger2 yang pro pr tapi selalu dok mengutuk pr ni dah macam utusan melayu dah.. dan macam tv3.. pentingkan rating saja.. apakata pergi ikut program2 kerajaan negeri.. lepas tu sampai kan maklumat pada pembaca..
Salam MSK .. salam semua
Udah jarang bebenor teman menulih. Jenguk sekali dua jer. Itupun masuk list juge. Macam disusun jer .. teman diberanak pada 55, nombor rumah 55, umur belum 55 tapi masih angka kawin. Banyak lagi yang berkaitan dengan teman ada angka 5. Dan sekarang blog teman dalam list ke-55.
Tima kasih kepada kengkawan yang sudi membaca.
faktor2 menjadi pilihan
content
cara bawak
paling demokrasi
NASIB BAIK AKU TAK ADA BLOG !
Salam Bang Mat. Tahniah PerakEkspress kerana tersenarai dlm blog2 yg popular. Saya lawati beberapa blog lain. Tapi sistem yg digunapakai adalah tidak friendly. Maksud saya mereka tidak menggalakkan orang/ pembaca beri komen (kerana takut kena saman?). So, sekali tu je la saya berkunjung ke blog sebegitu. Kebiasaanya saya tidak akan membuka lagi blog yg tak friendly seumpama itu.
Ada satu blog yg mana saya boleh dikatakan ‘pengunjung tetap buat masa ini. Saya berdialog ataupun boleh dikirakan “berdebat” dengan orang2 Kristian mengenai Bible, Trinity dll. Tanggungjawab saya adalah mempertahankan kesucian Islam dari diserang secara melulu oleh musuh2 Islam. Kalau tuan-tuan sudi menyumbang idea, sila lawati blog berkenaan iaitu ‘’scottthong.wordpres.com”. Cara mudah akses, taipkan saja tajuknya “BUUUUURRRRNING HOT, OBAMESSIAH (ataupu ‘buuuuurrrrning hot’ saja).
Banyak sekali komen2 /discussion saya dgn mereka mengenai Islam-Kristian dialogue. Banyak juga perkara yg saya timbulkan dibawah tajuk khusus “obamassiah”. ADalah baik tuan2 sumbang idea sama (bg mempertahankan Islam). Dan saya percaya Mr Scott (pemilik blog) mengalu2kan tuan2 kerana dia juga mahukan blognya jd popular. Wallahua’ llam
aduka taruna dah pandai hina sultan
aduka taruna