Sultan dan Raja sekalian alam
Nov 12th, 2009 | By Admin | Category: RencanaOleh Kulup Ludin
Saya sekadar menarik perhatian kita semua apa yang kita rasakan sedang berjuang mencari keadilan dan menumpaskan kezaliman.
Saya pasti setiap orang dari kita merasakan kita sedang dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita kita itu. Saya yakin jalan menuju keadilan yang kita impi-impikan itu penuh ranjau duri.
Kalau umpama meneroka jalan baru, kita sedang menebas semak samun sepanjang jalan itu. Kita lakukan itu semua dengan harapan di penghujung jalan yang kita tebas dan bersihkan itu nanti akan ada titik keadilan itu.
Dan di situlah kita akan berhenti dan membina rumah baru kita dan meneruskan kehidupan. Pekerjaan kita mencari keadilan ini sebenarnya hanya menyambung pekerjaan pejuang-pejuang yang terdahulu dari kita.
Ketidakadilan telah berlaku di bumi bertuah ini sejak sejarahnya dikenal umat manusia. Sejarah tanah bertuah ini tercatit secara teratur bermula Parameswara dirajakan di Melaka itu.
Kerana kebodohan orang melayu, entah penyamun dari mana diambilnya dan dirajakan di Melaka itu. Dan keturunan penyamun itulah hari ini yang dianggap berkuasa di tanah ini. Akan yang ditabal sebagai raja tadi pun memerintahlah. Dan bermula disitulah ketidakadilan berlaku.
Lihat ke muka surat 193 dalam edisi yang disunting oleh A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka:
“Sekali sepertua Sultan Mahmud Syah bermain dengan isteri Tun Biajid, anak Hang Tuah; pada tatkala itu Tun Biajid tiada di rumah, pergi ke Merba kerana Merba itu pegangannya. Pada suatu malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah isteri Tun Biajid; setelah dini hari maka baginda pun kembali.
“Maka Tun Biajid pun baru datang dari Merba diiringkan oleh orang-orangnya hendak pulang ke rumahnya, maka bertemu dengan Sultan Mahmud Syah yang kembali dari rumah isterinya.
“Maka Tun Biajid pun tahu Sultan Mahmud bermain dengan isterinya itu; jikalau hendak dibunuh pada masa itu dapat, kerana tiada berapa orang yang mengiringkan …
“Hei Sultan Mahmud, demikiankah perkerjaan tuan hamba akan hamba? Sayang tuan hamba tuan kepada hamba, jikalau tuan hamba bukannya tuan kepada hamba, jika tidak lembing ini kuterbang ke dada itu, ubah nama si Biajid anak laksama Hang Tuah.”
Lihatlah bagaimana ketidakadilan berlaku. Adakah akalnya sang raja menginginkan isteri orang. Tambah pula isteri kepada pegawainya yang setia berbakti. Perhatikan orang-orang yang mengiringkan sang raja itu. Tidakkah mereka merasa bersalah mengawal raja pergi berzina..?
Gamaknya kalau zaman ini mereka inilah yang membawa kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu.
Sementara sibangang Tun Biajid itu pula masih lagi hendak mengenang akan penceroboh isterinya itu sebagai tuannya. Adilkah pekerjaan sang raja ini..? Dan cerdikkah kesetiaan Tun Biajid itu..?
Ketidakadilan ini berlaku terus hingga kezaman moden ini. Tempoh Inggeris masuk ke Tanah Melayu ini, dipergunakannya lagi raja-raja melayu. Kerana mereka tahu bahawa umat melayu itu bodoh. Bodoh kerana takut akan rajanya. Padahal raja-raja itu menyuap nasi seperti mereka juga.
Inggeris tidak mampu menentang umat melayu itu sendiri kerana terdedah kepada risiko. Mereka takut mengikut jejak Birch. Kerana itu walaupun beratus tahun mereka menjajah Tanah Melayu ini, kekuasaan pegangan mereka hanya di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang sahaja. Itu pun kerana digadai oleh rajanya.
Sistem pemerintahan mereka hanya laku di negeri itu sahaja. Mereka tidak dapat melebarkan cengkaman kekuasaannya ke daerah lain. Tetapi mereka mengesan bahawa raja-raja melayu itu mudah dipakat. Mudah dicucuk hidungnya. Dan mudah pula dibeli. Sementara umat melayu itu takut amat kepada rajanya.
Dan terjumpalah mereka akan kelemahan umat melayu. Dengan terjumpanya kelemahan ini daerah kekuasaan mereka melebar. Pegangan mereka tidak lagi hanya di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang.
Sebaliknya seluruh Tanah Melayu dikuasainya. Raja-raja dan bangsawan melayu diulit dan disuap dengan segalanya. Sedang khazanah tanah ini dipunggah dan dibawa ke negeri mereka. Sekali lagi ketidakadilan berlaku.
Tempoh itu ramailah pejuang-pejuang keadilan ini yang dianiaya. Sama ada dibunuh atau disumbat ke penjara. Sedang raja-raja dan bangsawan melayu hanya melihat ketidakadlan ini berlaku. Mereka hanya gelak ketawa melihat rakyatnya yang setia mempertahan tanah ini dianiaya. Tidak pernah kita mendengar usaha mereka menghalang penganiayaan dilakukan.
Kemudiannya pada zaman yang sudah dikatakan maju ini masih ada lagi umat melayu yang hendak menyanjung institusi ini. Samada mereka benar-benar menyanjung raja kerana setianya atau menyanjung raja kerana kepentingan peribadi dan kroni mereka masih lagi tidak dapat dipastikan.
Sekiranya mereka menyanjung raja kerana taat setia mereka kepada raja, maka jelas bodohnya dan bangangnya kelompok ini. Tetapi kalau mereka menyanjung raja kerana kepentingan kelompok mereka maka rajanyalah yang bodoh dan bingai kerana dipergunakan oleh kelompok yang tidak adil tadi.
Sekiranya umat melayu terus mengagungkan institusi raja ini, maka akan berterusanlah ketidakadilan ini berlaku. Kerana perkerjaan kelompok yang membodek raja ini sebenarnya berbuat demikian kerana sangka mereka umat melayu takut akan rajanya.
Maka itu sekelian umat melayu, berpada-padalah menjunjung kesetiaan kepada raja. Sebagaimana pun bengis dan garangnya sang raja, ingatlah Allah lah raja segala raja, sementara sekalian raja-raja melayu pula ingat kerajaan tuan-tuan itu hanya umpama hama disisi kerajaan Allah SWT.
Marilah kita tunduk menyembah Allah SWT semata-mata.
Wallahualam



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Samalah keadaan sultan-sultan yang ada. Diulit dan disuap oleh Umno yang pemimpinnya bukan berdarah pure Melayu. Raja pure melayu? Piiraahh! Dan Melayu terus selesa diperbodohkan. Momokan melayu, Islam, melayu, Islam terus digunakan. Setelah sampai masanya nanti, peranan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam harus dilucutkan. Biarlah tinggal peranan mereka sebagai ketua adat istiadat melayu saja. Selagi mereka diberi peranan sebagai Ketua Islam, Islamilasi takkan berjaya dilaksanakan. Ini adalah percaturan Mubaligh Kristian di era penjajah yang paling berjaya. Sebarang masalah agama setakat ni ada Raja dapat selesaikan? Raja sebagai Ketua agama Islam pun pun kena Johny Walker 2 tot pagi, 2 tot tengahari, 2 tot malam! Astaghfirullahalazim!
salammm..
ketua istiadat pun tak payahh.
kita pakat cari Presiden plak tgok..
kata Almarhum Pak Sako ‘ negeri
besor lidah ayam.. rajanya sampai
9 orang..’
nak buat apa tanggung depa reramai
tu. buat kita pakat kongsi gaji dema tu
boleh beli beras kat rumah.
salammm.
pagi kepada semua,
1st sekali aku nak komen pasal Tun Biajid, anak laksamana Tun Tuah,
- korang ni bab mengata cukup pandai, bab mengutuk cukup suka. korang ni yang pandai berkata2 ni pernah ke hidup masa zaman tu? korang tau ke keadaan zaman tu macam mana? sedap hati je nak kutuk2. korang tau tak yang Tun Biajid tu mcm mana org dia? nampak tak ayat dia?
“Sayang tuan hamba tuan kepada hamba, jikalau tuan hamba bukannya tuan kepada hamba, jika tidak lembing ini kuterbang ke dada itu, ubah nama si Biajid anak laksama Hang Tuah”
nampak tak kat situ? dia kata kalau bukan la Sultan Mahmud gatal tu raja, dah lama dia tebas je, kalau tak jgn panggil dia tun biajid anak hang tuah. korang ni kaji sejarah ke tak? atau korang ni yang sebenarnye terpengaruh ngan dakyah penjajah barat?
baca balik sejarah, berapa kerat sangat sultan yang gatal merenyam camtu..yg teruk sgt Sultan Mahmud tu sorang je..
bapak Sultan Mahmud tu, Sltan Alauddin Riayat Shah, sikit punya baik ke. keluar tangkap penjahat malam2. tapi apa yang jadi kt dia?kena racun dengan pembesar istana. tgk Hang Tuah kena bunuh dengan Sultan Mansur Shah, siapa yang buat jahat hasut Sultan? tak ke pembesar istana? so sebenar2nye sapa yang jahat?sultan ataupun menteri?
kepada mangkuk2 yang dok kutuk sultan macam2 ni, korang tak boleh kata mcm2 sbb korang tak duduk kt tempat diorg. aku rasa la kalau korang duduk tempat sultan tu, 100X jahat korang daripada sultan.
aku nak ceritakn sikit la kisah Al marhum Sultan Idris Syah, Sultan Perak sebelum Sultan Azlan ni..sebab aku sll keluar masuk istana waktu baginda memerintah Perak.
baginda ni sangat2 la baik dengan rakyat, kadang2 rakyat perak ada la petani ke pekebun ke datang istana bawak persembahan macam nangka ke, pisang ke, umbut ke, sultan cakap “haa bagus2″ siap suruh bentara ambil duit dalam poket baju dia suruh bagi kat orang yang bawak persembahan tu, kalau ada rm50, rm50 la rezeki orang tu. pemurah, sangat2 pemurah. ada ke pa’2 menteri buat camtu? Baginda ni pulak selalu je keluar istana jalan2 tgk kampung, sorang2 diri dia xde bodyguard pun. kalau ada Cina dok buat tak tentu hala, mcm ada sekali tu Cina dok korek pasir kt tempat kampung Melayu, dia bawak pistol cakap “Kamu ingat ni negeri bapak kamu?”..
sebenar2nye, Sultan2 ni la yang dok bela lagi nasib melayu sekarang ni, nak harap pemimpin politik boleh belah la..diorang kira poket ngan perut diorg je..
sedar la wahai melayu, kalau tak ada sultan yang memayungi kita sekarang ni, dah lama kita ni tinggal habuk je.