Nostalgia romantis masa silam: Tok Leh

Nov 12th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Non Politics

Oleh Zulfikar Samsuri

Ketika ini aku sedang dengar sebuah cd lama. Betul-betul tang lagu “Jika Surga dan Neraka Tiada,” dendangan Ahmad Dhani dan Chrisye.

Aku dapat cd ni dari seorang kawan yang baru balik dari seberang. Pergi bulan madu sambil tu shopping-shopping sakan. Ingat jugak dia kat aku.

Jika surga dan neraka tak pernah ada, mungkinkah kau,  sujud kepadanya.

Lagu ini buatkan aku teringat kat seseorang yang aku jumpa lebih kurang lima tahun sudah. Nama orang tua yang lewat usia 70 tahun itu Tok Leh.

Sedang Tok Leh bercakap dengan aku airmatanya mengalir. Sedih.

Aku tanya, “apa yang Tok Leh nangiskan?”

Jawabnya, “Tak da apa. Semalam Tok ada mimpi. Mimpinya indah, tapi…,” kata-katanya tersekat, dia tidak dapat meneruskan percakapannya. Di tenungnya mata aku tak berkedip-kedip.

Dia kemudiannya menyambung, “Tok mimpi pergi ke syurga. Tok ada nampak, orang kat syurga bukanlah macam yang kita ramalkan. Orang kat syurga tak de janggut, pompuannya tak pakai tudung, yang masuk dalam tu macam seorang penjenayah.”

“Alamak, lain macam mimpinya,” kata hati kecil aku.

Dia sambung tanpa mintak kebenaran saya, “Tok ada juga pergi ke neraka, suasananya kelam kabut tetapi orang-orang di dalamnya berpakaian ikut sunnah dan yang perempuannya pakai tudung.

“Tok takut kalau-kalau mimpi tok itu satu petanda. Betul, suasananyapun macam ‘real’,” alamak hujan tak berhenti turun,

Beberapa minggu selepas itu, dia meninggal dunia.

Lokasi: suatu tempat di utara Perak.

Tags:

Afiat

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.