Isu derhaka: PAS taat perlembagaan
Nov 12th, 2009 | By Admin | Category: BeritaKenyataan Media (12 November 2009)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyelar tuduhan derhaka terhadap Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang pernah menjadi polemik bahawa PAS tidak taat atau menerima Perlembagaan Negara. Datuk Seri Nizar yang dilaporkan oleh media satu ketika dahulu bertindak melafazkan sembah derhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak kerana keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar sah di pilih rakyat.
DPPN Pk menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana antara lain perkara yang ditekankan oleh PAS ialah supaya ahlinya taat dan mematuhi Undang-Undang serta Perlembagaan Negara. DPPN Pk yang telah diberikan kesempatan merafak sembah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak pada 14 Julai 2009 di Istana DYTM Raja Muda Perak, Ipoh dan telah menjemput untuk bersama pada Majlis Berbuka Puasa pada 13 September 2009 di Istana DYMM Sultan Perak, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar adalah bukti bahawa hubungan PAS dengan Istana adalah baik dan terjalin mesra.
DPPN Pk yakin segala tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang cuba merosakkan hubungan antara PAS dan Istana akan dibuktikan apabila keputusan Mahkamah Rayuan yang akan diumumkan kelak. Keputusan tersebut penting kerana sudah tentu Datuk Seri Nizar akan terus memberikan kerjasama dengan Seri Paduka Sultan Perak sebagai Raja Pemerintah yang perlu seluruh rakyat patuh kerana ianya sebahagian daripada Perlembagaan Negara.
DPPN Pk meminta supaya seluruh rakyat menumpukan keputusan yang bakal diumumkan oleh Mahkamah Rayuan berkaitan kedudukan Menteri Besar yang sah nanti. DPPN Pk yakin semua pihak akan menerima keputusan ini tanpa bersikap perajudis dan tidak akan cuba mencetuskan perkara yang akan menggugat keselamatan Negara. Jesteru DPPN Pk meminta supaya Datuk Seri Nizar supaya terus memainkan peranan beliau atas jawatan yang akan di galas kembali kelak dengan jayanya.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















salam DPPN Pk..
tersentuh saya membaca ” antara lain yang ditekankan
oleh PAS ialah supaya ahlinya taat dan mematuhi Undang2
dan Perlembagaan Negara”. soalnya adakah pihak pemerintah
termasuk UMNO dan raja2 mematuhi undang2 ini..? kalau ya
jawapannya tidak mengapalah.. marilah kita mematuhi
Undang2. tetapi saya kira DPPN Pk lebih tau dengan apa yang berlaku
sekarang ini. rasa saya tak perlu mengulas kedudukan itu semua.
tuan2 lebih bijak sana untuk menimbang pekara itu.
saya cuma nak mintak DPPN jangan dibuai perasaan bila Nadzrin
ajak tuan2 berbuka tu. saya pun buleh ajak DPPN berbuka sebulan
kat rumah saya, jangan kata sehari.
ingattt.. depa ni penyamun. saya takut tuan2 semua pun
terikut jadi penyamun sama. menyamun hak rakyat.
ingat kami kat bawah ni letih kena usap dek cota FRU, kena
sembur dek air wangi POLIS.
bab2 gantung bendera, pecah tabung nak cari dana bagi kat
PAS. tidur baring kat markas masa p/raya, yang itu semua
boleh kami buat lagi. tapi kalau hangpa pun nak join depa2 tu
cakap terang2.
tak pun kut hangpa rasa tak perlu sokongan kami org bawah ni..
cakap terang2. kami boleh buat kerja lain dari buang masa kami
menyokong para penyamun. rasanya dah sampai masa rakyat
keluar dan tunjukkan kuku. tak sanggup dah tengok kengawan
kena pisah dengan anak bini duduk dalam ISA bertahun-tahun.
maaf munkin bahasa tak brapa cantik.. bukan apa cuma sayang
kat parti yang kita dah lama bela.
wassalammm..
Taat pada Allah lagi bagus