KRISIS UMNO PERAK dan ZAMBRY TUNGGU MASA DITURUNKAN

Nov 11th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Blog Terpilih

Team PerakEx mendapat maklumat bahawa UMNO Perak kini sedang mengalami krisis hebat.  Maklumat daripada orang UMNO sendiri dan ditulis oleh blog PerakKume, antara lain menyebut, kumpulan Mahyuddin Yassin kini telah pun mula menjalankan gerak kerja menghancurkan Zambry Kader disamping orang Najib juga dikatakan cukup berminat dengan jawatan MB Perak walaupun HARAM.”

Tulisnya lagi, “[a]da bekas EXCO UMNO sendiri secara terang-terangan menentang Zambry Kader dan meminta najib membuat pertukaran segera MB sebelum menerima padah!!!”

Perebutan itu dikatakan berlaku antara tiga kuasa besar dalam UMNO.  Kuasa-kuasa itu adalah dari kalangan orang Najib, orang Muhyiddin dan proksi KJ.

Dan lagi terdapat juga bekas EXCO yang teringin untuk jadi Adun kembali.

“Pertentangan seorang EXCO dengan seorang Adun yang dikatakan tidak “ngam” dan sering berbalah dalam banyak isu termasuklah pembahagian tender atau projek.

Tulis blog PerakKume lagi, “sikap Adun Bebas yang dah mula bercakap dan memburuk-buruk Zambry kerana menolak permohonan kroni-kroninya untuk mendapatkan projek….”

Dalam perkebangan yang sama terdapat juga perbualan di kedai-kedai kopi UMNO , “Zambry Kader akan digantikan…..?”

Antara perbualan-perbualannya, “ada diantara Ketua-Ketua Bahagian UMNO telah pun bercakap sendiri dengan Timbalan Presiden UMNO. Zambry tidak sesuai sebagai MB, Zambry bukan orang “najib” bukan orang “mahyuddin”, ini kata mereka.”

Zambry dikatakan sebagai “proksi” KJ di Perak.

Keretakan UMNO Perak bermula ketika Mahyuddin datang melawat tragedi “jambatan runtuh” di Kuala Dipang dimana Mahyuddin datang bersama 2 Ketua UMNO Perak menaiki helicopter bersama Mahyuddin.

Beberapa “pertemuan sulit” dikatakan telah berlaku bagi menurunkan Zambry Kader di Perak.

Tags:

Afiat

18 comments
Leave a comment »

  1. MSK.
    Ada kemungkinan perang saraf daripada UBN?
    Nak coolkan penyokong PR dan Rakyat Perak yang dah meluat dgn UBN?
    Tepuk dada, tanya selera.

  2. Maklumat dari kotraktor di 2 DUN mengatakan kebanyakan projek mesti ada persen untuk untuk ADUN (BN).Siapa jadi ADUN BN memang moncah..

  3. hangpa semua jangn syok sendirilaa!!!daripada duk syok kononnya umno duk bergaduh lebih baik bagi pr perak lagi kuat..turun kpg2 tu…pi sembang dgn org kpg ka..org pekan ka bagi kuat lagi pr!!!tubuh banyak lagi cawangan ka..lagi berbaloi daripada duk syok sendiri kononya umno perak lemah!!lemah2 diaorg pun bersepah kerusi melayu depa sapu!!pas bila yg nak sapu kerusi melayu ni????

  4. MB melayu, exco ramai melayu Islam pulak tu..itu pun orang melayu/islam lain nak jatuhkan? Adakah anda semua sanggup tengok perak dipimpin oleh orang DAP? Orang bukan islam sudah semestinya sokong anda yang mahu menjatuhkan kerajaan sekarang, Kerana apa?…fikirlah. Jika PAS yang jadi parti dominan, majority exconya islam/melayu, PASTI DAP akan cari orang melayu/islam lain untuk menjatuhkan PAS jugak. Sama saja…

  5. apa khabar maslinsham…? khabarnya diintai SPeRM

  6. maslinsham kp ameno perak dijejak SPRM..? beno ke chor…?

  7. Melayu Islam kalau perangai macam komunis buat apa yop oiii…
    Kira nak makan komisyen saja…lagi baik orang lain perintah,,yang penting kebajikan rakyat terjamin…
    Islam akan dihancurkan oleh orang Islam sendiri…
    Penjajah Inggeris pun tak kacau hal2 agama orang Islam suatu ketika dulu…mereka kira sapu hasil negeri saja macam UMNO la juga….
    hahahaaa

  8. Encik selama pahamkan erti keadilan dan amanah. jangan pandang rumpun bangsa. Pilihlah orang yang boleh berlaku adil dan bertanggungjawap. Memetingkan keperluan dan hak rakyat.kalau cina pun x pa kalau dia benar-benar adil dan amanah. bukan macam setengah2 pemimpin2 tu, melayu x sudah2 tetapi rasuah dan pecah amanah. kalau kita mengabai dan mengenepikan aspek ini kita sebenarnya tidak berlaku adil dan menzalimi hak orang lain. Pilih lah pemimpin bedasarkan kredibiliti dan kemampuan mereka bukan kira bangsa. Kalau bangsa menjadi keutamaan di sisi Islam, maknanya orang arablah yang paling mulia di dalam dunia nie. kerana Rasulullah S.A.W dari kalangan mereka. Jadi kat mana melayu nak duduk? Takan kta nak ikut ajaran KAHAR mengaku rasul bagi umat melayu… Beristighfarlah bersama. Mudah-mudah Allah bagi petunjuk

    Wallahu’alam

  9. Komer ni suka buat cerita lawak..udah2 ler..ADUN2 PR tu jaga elok2 tempat komer tu..silap2 next PRU komer putih mata..bak kata pepatah, jaga kain demer dulu, jgn dok intai kain org..tambah2 pulak kalau komer intai kain si zambri tu, nampak rambutan kering yang terbakor ler jawabnyer..hahhaha..hitam legam ghopernyer..huhuhu

  10. Semut putih, saya orang perak dan tinggal di selangor dah lebih 20 tahun. Pada zaman UMNO/BN diselangor, susah juga nak tengok 7E, 99 store dan kedai runcit jual arak. Tapi sekarang ni dah macam jual coke saja. Itu lah keadilan dan amanah yang anda maksudkan. Rasuah oleh pemimpin berlaku tak kira parti mana-mana pun, ini termasuk orang PAS, UMNO dan lain-lain. Kita sepatutnya bersatu dengan bangsa melayu/islam yang lain untuk memerangi masalah ini. Bukan dengan menyokong bangsa lain yang bukan beragama islam untuk menjatuhkan kan orang melayu/islam sendiri. Adakah benar orang bukan islam akan menyokong orang islam dan mempertahankan islam jika kita melantik mereka sebagai ketua kita? adakah mereka juga anti rasuah? saya rasa tidak.

  11. selama ni ejen UBN ke?

  12. Setuju 200% dengan zik.

    Semua pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Perak dah tak boleh rehat lagi lepas ni. Pi masuk kampung-kampung, tanya khabar, tawarkan apa-apa bantuan yang patut kepada mereka yang memerlukan.

    Calon pakatan yang kalah tipis dalam PRU-12 lebih kritikal. Jangan hilang momentum. Teruskan berkhidmat untuk rakyat. Walaupun anda belum bergelar wakil rakyat!

  13. ikutceramah,,bukan. saya bukan umno dan bukan PAS dan bukan orang politik pun.

  14. dok dediam saja dah laa.. biarkan .. biarkan .. biarkan …

  15. “Semut putih, saya orang perak dan tinggal di selangor dah lebih 20 tahun. Pada zaman UMNO/BN diselangor, susah juga nak tengok 7E, 99 store dan kedai runcit jual arak”

    apa punya statement…..bukan selangor je beb…1m’sia…agak2nya sapa la punya control? aku tak dok selangor

  16. kesian la ’selama’ tu aku rasa kurang cerdik hujahnya..lagi satu kalu dah bukan umno,bukan pas,bukan org politik pun yg dia gatai nyebok kat blog politik nih ape ke hal nye.ramai dah org dok habak yg Allah tak pandang pun hang bangsa apa.tak kira la melayu ka,arab ka kena laknat jugak kalu buat zalim kat org lain.lg satu kalu hang boleh nampak isu arak tu kenapa pulak hang tak boleh nampak banyak lagi yang umno buat zalim kat rakyat…

  17. Orang PR cuba jangan syiok sendiri orang Bn tidak akan mengaku kalah selagi dunia tidak kiamat, mereka ni sanggup buat apa sahaja keran wang kerana kuasa. oleh yang demikian saya harap orang2 PR perkemaskan gerak kerja masa PRU ke 13 nanti .TK

  18. maslinsham kena intai sprm?kome pecaye ker?maslinsham orang baik.tak reti nipu.ngaji tak tinggi. yang pandai nipu ni..orang ngaji sampai ada dua tiga gulung ijazah.
    tapi kalu maslinsham kena intai sprm…bior ler kena intai.kalu dulu dapat sikit projek,lepas jadi ketua banyak pulak perojek…..memang kena intai la..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.