Inilah dia pemimpin PAS sebenar.

Nov 11th, 2009 | By Admin | Category: Rencana

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Sewaktu berkhidmat di Harakah lama dahulu, saya kerap juga bertemu dengan almarhum Datuk Fadzil Noor. Sikapnya yang bersahaja, tidak terlalu berprotokol memudahkan urusan ramai orang. Datuk Fadzil pergi mengadap Allah SWT lebih lapan tahun dabulu, dalam keadaan ahli-ahli PAS dan umat Islam masih mendambakan khidmat baktinya. Saya tidak akan dapat melupakan, pada tahun 2000 saat saya menjadi perwakilan ke Muktamar PAS di Taman Melewar, gaya dan cara Ucapan Penangguhan Presiden oleh Datuk Fadzil amat mengesankan. Saat itu, beliau menasihati pimpinan muslimat agar lebih rasional dalam berfikir dan bertindak. Uslub nasihat Datuk Fadzil kala itu saya rasakan lebih kepada seorang ayah menasihati anaknya. Sejuk dan menyamankan jiwa. Tidak menyakitkan telinga dan hati. Begitulah kelebihan beliau yang sempat saya rasa.

Anda tahu, ramai orang menganggap Datuk Fadzil sebagai perintis dalam menyatukan saff parti-parti opposisi pelbagai ideologi di Malaysia. Sewaktu beliau mengunjungi DSAI selepas dipecat oleh DrM, ramai pemimpin dan ahli PAS marah-marah. Rupa-rupanya, ia tindakan bijaksana yang membawa rahmat kepada PAS. PAS dilihat satu-satunya parti yang mendahului dalam usaha membela keadilan apabila ada orang yang kena zalim – hatta yang dizalimi itu adalah musuh politiknya satu waktu dahulu. Akhirnya, rakyat Malaysia yang selama ini mempunyai PERSEPSI HITAM kepada PAS berubah 180 darjah. PAS bukanlah ekstrimis; tetapi fundementalis Islam yang praktis.

Itulah kebijaksanaan Datuk Fadzil Noor.

Saya masih ingat, di dalam satu tulisan oleh Sdr Hanipa Maidin, peguam yang terkenal dalam PAS (dan tahniah kerana Hanipa lebih terbuka mendepani teguran demi kebaikan PAS berbanding segelintir pemimpin PAS yang lain), Hanipa ada menceritakan betapa hemahnya Datuk Fadzil Noor saat menjawab atau menangkis serangan soalan yang memerangkap beliau atau lebih tepatnya kepada PAS yang bernuansakan Islam.

Hanipa menceritakan, semasa beliau menjadi penterjemah kepada satu sesi wawancara antara Datuk Fadzil bersama wartawan Austria, wartawan itu bertanya apa akan jadi kepada Pusat Perjudian di Genting jika PAS berkuasa? Ini memang soalan perangkap. Jika segelintir pemimpin PAS hari ini yang diuar-uarkan bermasalah, yang kononnya terlalu ISLAMIK hingga semua nak DIRAMPAS dan DIHARAMKAN, maka pastilah jawapannya: KAMI AKAN TUTUP PUSAT PERJUDIAN ITU! KAN JUDI ITU HARAM DI SISI ISLAM!!

Tetapi, Hanipa menyatakan, jawapan Datuk Fadzil adalah seperti ini: “Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Nah! Saya sokong 100% apabila Hanipa menyatakan, dia begitu kagum dengan uslub dan jawapan Datuk Fadzil Noor. Jawapan itu bukanlah seperti mana yang diharapkan oleh wartawan Barat yang memang skeptical dengan Islam dan bukan juga seperti jangkaan ramai orang. Tetapi jawapan itu padat dan sarat dengan intipati perjuangan PAS yang akan dilaksanakan jika sudah menguasai politik Malaysia. Secara tidak langsung, Datuk Fadzil mencerminkan jiwa besar PAS dalam wawasan politiknya; tidak hanya tahu mengHARAMkan sahaja! Namun, beliau sedikit pun tidak menafikan bahawa judi itu haram, cuma seperti kata ramai orang, itulah dia politikus Islam, bijak mendepani keadaan, tidak gopoh, tidak suka mencari popularity dan publisiti murahan dan lebih utama, sedar atas implikasi ucapannya. Bukankah nabi ada menyatakan: “Berkatalah kamu kepada manusia di depan kamu mengikut kapasiti minda dan kadar penerimaan diri mereka.” Datuk Fadzil sedar siapa di hadapannya dan ada perangkap sudah dipasang, lalu dia bijak menyusun bicara.

Sebaliknya, ada segelintir pemimpin PAS hari ini sudah tidak mewarisi kebijaksanaan ini. Mereka ghairah dengan kekuasaan yang didapati tiba-tiba. Mereka merasakan, semuanya kena dilaksanakan SEGERA. Tutup itu tutup ini. Haram itu haram ini. Larang itu larang ini. Akibatnya, ia mendatangkan gambaran buruk kepada PAS dan lebih teruk kepada Islam yang PAS lagang selama ini. Orang bukan Islam yang sudah mulai tertarik kepada PAS, tiba-tiba merasakan PAS sudah menghampiri garis ekstrimis. Iyalah, tiba-tiba sahaja ada pemimpin PAS yang bertindak di luar jangkaan, menegah itu menegah ini, mengharamkan itu mengharamkan ini. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Mereka melihat, keanjalan PAS selama ini sudah kian menghilang diganti dengan kekerasan dan kebekuan. Bagi saya, kebebalan sebenarnya, maaflah…kasar bahasa ini!

Walhal, Datuk Fadzil Noor begitu hebat memberikan citra baharu kepada imej PAS. Begitu juga, TGNA juga bersungguh-sungguh memberikan wajah yang indah kepada PAS. Hampir 20 tahun mentadbir Kelantan, tak ada sekali pun kita dengar orang bukan Islam di sana mengeluh tentang tindakan PAS yang menyakitkan mereka. Hatta orang Hindu pun sanggup menyarung T-Shirt berwajah Tok Guru. Begitulah, mereka menyanjungi PAS dengan cara mereka sendiri. Sayangnya, kerana sikap segelintir pemimpin PAS, semuanya sudah pudar. Semuanya mulai hilang diganti dengan gambaran negatif dan momokan halus yang penuh pra-sangka. Dan inilah akhirnya melahirkan PERSEPSI negatif yang merugikan PAS.

Cadangan saya, semua pemimpin PAS kena duduk kembali dan buat semakan semula (muhasabah dan koresksi diri). Upayakan suatu penjernihan fikrah agar PAS kembali di atas landasan yang betul. “Islam untuk semua” hanya akan tinggal slogan penuh retorika jika ia tidak diisi dengan tindakan yang menyokongnya. Benar kata Sdr Hanipa, Nabi Muhammad saw sendiri enggan membunuh Abdullah bin Ubay si kepala munafik, kerana enggan ditohmah: “Muhammad sendiri membunuh sahabatnya…”, maka soalan saya…gawat sangatkah keadaan hari ini sehingga perlu semuanya DILAKSANAKAN segera tanpa mengambil kira wake’ atau maslahah semasa? Jika Nabi SAW sendiri mampu bersabar…kenapa tidak kita? Hmmm…Hanya mereka yang berkenaan dan membaca tulisan ini sahaja, ada dan tahu jawapannya.

Wallahua’lam!

Tags:

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. Kalau USRAH..ada sukatan pelajaran berkaitan SIRAH RASUL…maka akan jelas USLUB atau cara Nabi Muhammad SAW menegakkan ISLAM bersesuaian dengan sasaran dakwahnya…bukan semua SASARAN kita kena tembak dengan MERIAM…ada dakwah lemah lembut, ada dakwah keras, ada dakwah tipu helah,…pendek ceritanya pelajarilah SEDALAM2nya USLUB DAKWAH Nabi yang mencakupi SELURUH kehidupan BUKAN POLITIK sahaja…apatah lagi politik sekular hari ini…kalau kita tumpu SEPENUH HATI dan TENAGA…maka rugilah kita…tak ada masa mendalami ilmu ISLAM yang lainnya…

  2. Ya..Kebijaksanaan diperlukan. Ajaklah (serulah) maknusia kepada Islam dengan hikmah (kebijaksanaan), kata Allah. Islam tidak pernah “ekstrim”. Cara dan pendekatan kita yg kekurangan hikmah mungkin orang labelkan kita “ekstrim”. Payah.

    Apapun.. KEBIJAKSANAAN DIPERLUKAN. Jangan sergah anak2 inu tak boleh, itu tak boleh. Sebaliknya jelaskan kpd mereka kenapa arak, judi, atau dadah itu merbahaya kpd mereka. ini namanya ‘pendidikan’
    kut..

    Jangan cepat sangat kita ‘menjatuhkan hukuman’, kelak menakutkan orang2 bukan Islam, bahkan anak orang2 Islam sendiri.

    Wallahu a’llam.

  3. Ada orang kata, “Ada pemimpin PAS yg tak tahu kata “no comment” kepada wartawan!! Perangkap mai dekat, dia masuk kedalam ! Jahannam.

    Kerana santan..pulut binasa (atau sebaliknaya)

  4. mmg betui apa yang saudara katakan.syukur kpd Allah kerana ada teguran kepada kepimpinan Pas maka dengan cara tak langsung ianya akan memertabatkan perjuangan PAS dalam menegakkan Islam.ada segelintir dalam jemaah PAS masih kurang berfikiran terbuka dalam beberapa isu yang mana melibatkan bukan Islam.sperti yang terdapat di selangor kalu darimata kasar isu yang dibangkitkan tidak dapat ditangani dengan baik.sebaliknya kebanyakan ianya lebih kepada luahan atau pendapat peribadi tetapi dibayangi oleh bendera parti.maka ianya mengambarkan seolah olah ucapan @ pendapat itu keluarnya daripada saf kempimpinan.pada hari in PR mendapat serangan yang amat dasyat maka apa lah kiranya agar kita sentiasa saling pesan memesan sesama kita tetapi yang menjadi masalah isu yang tidak begitu soheh ceritanya degambar gemburkan sehingga kita berperangsaka antara satu sama lain.wallahualam

  5. JEBAT MENGKUDA..
    MERIAM juga yang kau pilih no..carilah lah senapang ka…tropedo ka…hahahaaa
    Sebenarnya benda nie aku dah lama dah tak suka cara segelintir pemimpin PAS yang terlalu gopoh dalam melaksanakan sesuatu dasar…
    Langkah ini cuba di ulang pulak oleh Ketua Pemuda PAS….perlu diingat ilmu anda memang tinggi dan tak semua rakyat Malaysia berfikiran sama seperti anda…jadi anda mestilah bersabar dalam berdakwah…
    Umat Islam di Malaysia lebih 52 tahun hidup dalam sekular….jadi jika perlaksanaan sesuatu dasar dilakukan dalam masa satu hari maka buruklah akibatnya….
    Tapi demi kesepakatan dan kesejahteraan dalam PR maka aku jarang menghentam pemimpin sebagaimana yang dilakukan oleh penulis2 blogger sebelun ini…
    Sekarang timbul pula isu YB Zulkifli Nordin…Jadi aku harap PKR belajarlah daripada isu yang menimpa PAS sebelum ini.Tak perlulah masalah tersebut di perbesar besarkan kerana akan menambah benci rakyat pada PR..
    Biarkan beliau dengan caranya,, nanti jika tidak berubah PRU13 hilang lenyaplah jawatan beliau…
    Kepada blogger tugasan kita adalah menyerang UMNO dan janganlah menciptakan “suicide” dalam kem sendiri….

  6. agak2nya PAS skrg nie PAS Baru kot?

  7. kenapa segelintir pemimpin ni gagal? sebabnya PAS sudah sampai satu tahap lupa untuk mentarbiah ahli … sibuk dengan kuasa, kerja, tanggungjawab keduniaan sampaikan pengisian hati.. pengisian nurani ahli diabaikan … TRUST ME!!

  8. aku terpikir kalau masa hasan ali sibuk nak haramkan arak kat shah alam tu ,
    patutnya pakat2 dengan dap supaya dap cakap : ya ya kita tarak minum arak di shah alam
    banyak lagi tempat boleh pegi minum woo … , kah kah kalau bole jadi itu macam kan baik ..
    terus tutup isu … block serangan ubn bla bla ………..
    tentang paktikalnya … biasa la kat msia kita cakap cakap je , praktik biasanya lain …
    atau praktik lebih kurang jo … kita nikan lebih suka berisu-isu kan ………..

  9. Muka depan Akhbar SIASAH bil. 0173, 8 - 14 November 2009.

    Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengeluarkan kenyataan berikut; ” Pakatan diminta mempertahankan tiga tonggak negara bangsa iaitu Islam sebagai agama rasmi, kedudukan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu SEBELUM penegasan memperjuangkan anti rasuah, penyelewengan, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.

    Tidak dinyatakan dimana, bila dan kepada siapa kenyataan ini dikeluarkan. Secara peribadi, saya berasa amat senang hati dengan penegasan beliau tentang hal ini, walaupun pihak akhbar SIASAH difahamkan isu sensitif berkenaan Melayu ini telah dipersetujui bersama oleh PAS, PKR dan DAP.

    Bagaimanapun, AWAS Dr Mujahid! Jangan sampai terperangkap dengan kenyataan sedemikian. UMNO semakin tersenyum lebar kerana satu demi satu umpan mereka mula mengena.

    Bandingkan kenyataan Dr. Mujahid ni dengan kenyataan Allahyarham Ustaz Datuk Fadzil Noor. Almarhum tak sebut pun pasal ketuanan Melayu kepada wartawan Austria tu. Almarhum dengan terang dan jelas menyebut keutamaan dalam mentadbir negara adalah membasmi rasuah dan penyalah-gunaan kuasa. Almarhum tak sebut pun pasal mempertahankan ketuanan dan hak-hak istimewa orang Melayu.

    Aku rasa, sampai sekarang, tak ada satu pun pimpinan tertinggi PAS (kecuali TG Nik Aziz) yang mewarisi kebijaksanaan Allahyarham Ustaz Datuk Fadzil Noor ni.

    UMNO akan menghentam kita balik “sejak bila PAS pandai bercakap pasal ketuanan Melayu?”

    Soalan yang akan memerangkap PAS sampai bila-bila!

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.