Hukuman Mati

Nov 11th, 2009 | By Admin | Category: Rencana

Oleh Zakaria Harun

Waktu memisahkan kita dengan al-Hallaj.

Kalimah Ana al-Haq (Aku yang benar/Aku tuhan) terus menjadi polemik generasi ke generasi — sangat rapat dengan ummah manusia. Imam an-Nawawi menyokong penuh hukuman mati dan dakwaan murtad ke atasnya. Dan dinasti Abbasiyah merelakannya mati.

Beliau telah dihukum mati pada 26 Mac 922, ketika berusia 60 tahun di Iran.

Disebabkan oleh pemerintah yang tidak sehaluan dengan al-Hallaj maka beliau telah dikatakan kafir dan telah dijatuhkan dengan hukuman bunuh. Kerana cuma politik maka nyawa yang dianggap suci melayang tanpa perlu mengadakan satu sessi atau suruhanjaya memperdebatkan isu ini dengan tuntas.

Al-Hallaj pernah berkata akan kata-kata ini:

“ana’l-Haqq.”

“Kau tahu dan Kau tidak diketahui; Kau lihat dan Kau tidak dilihat.”

“Semangat Engkau bercampur dengan semangat ku sedikit demi sedikit oleh pusingan (peredaran), melalui penyatuan semula dan perpisahan (tanpa rasa takut) dan kini aku adalah diri Mu, kebenaran Mu adalah aku sendiri dan ianya juga adalah kehendak ku (keupayaan). “

“Aku mendapati suatu keganjilan yang seluruh kecintaan, boleh dilahirkan
oleh tubuh ku yang kecil, sehinggakan disebabkan oleh bebanan yang kecil, bumi tidak dapat menanggung ku.”

“Aku telah melihat Tuhan ku dengan mata hati, dan aku berkata : “Siapa Kau?”

Dia berkata : “Engkau.”

“Aku tidak berhenti berenang dalam lautan cinta, timbul bersama gelombang, kemudian turun ke bawah. Kini gelombang menetapkan aku, dan kemudian aku tenggelam dibawahnya. Cinta membawa aku pergi di mana tidak ada lagi pantai.”

Ada antara kata-kata tersebut telah menyebabkannya mati pada tiang gantung.

Syeikh Fariduddin ‘Attar seorang ahli Sufi berasal dari Iran, pengarang kitab Tazkiratul-Auliya’ pernah mengulas berkenaan dengan Al-Hallaj katanya :

“Alangkah sedihnya seorang Sufi yang agung ini (Al-Hallaj) tidak difahami oleh orang-orang sezamannya. Anda boleh hormati pokok jika ia berkata “Ana Al-Haq”, tetapi kenapa seorang manusia yang menucapkan kata-kata itu disalib pula. Anda patutlah tahu bahawa perkataan seperti itu adalah diucapkan oleh orang-orang Sufi yang agung yang dalam keadaan “dzauk” Allah atau fana’ diri, dan mereka berucap seperti itu melalui Allah. Atau dengan lain perkataan, Allah yang bercakap melalui lidah-lidah mereka. Diri mereka itu telah “mati”.”

Zaman ini bagai memanggil semula zaman ketika al-Hallaj dihukum pancung, di mana terwujudnya pelbagai undang-undang neutralisasi semacam inquisisi atau minhah di tengah-tengah masyarakat ‘membetulkan ajaran yang dikatakan sesat’.

Tags:

Afiat

2 comments
Leave a comment »

  1. Sebelum Al Hallaj dipancong…Al Hallaj di beritahu…secara bisikan oleh pengurusan pemancongan…hukuman ini adalah HUKUM SYARIAT ZAHIR…dari segi SYARIAT BATIN,,,kau Al Hallaj adalah berada dekat di sisi Allah…bersama2 WALI2 yang lain….Al Hallaj..kau MENZAHIRKAN…apa yang sepatutnya menjadi RAHSIA engkau dengan Allah…maka redhalah engkau akan hukuman ini…Al Hallaj TIDAK SESAT…

  2. Salam.

    Apa tujuan kisah Wali Allah Mansur Husin Al-Hallaj ini timbul kembali…………..???

    Akan ada nanti fatwa majlis ulama mengkafirkannya………
    majoriti adalah ulama fekah syaitan……..seperti mana menghalalkan leher hamzah fansuri di pancung………yang mana beliau melarikan diri ke Patani………

    Bukankah Imam Ghazali sudah melangsaikannya ?
    Apa lagi di ungkit-ungkit………?

    Bukankah Imam Ghazali telah memancung/mengharamkaN beratus-ratus mazhab sepeninggalan Rasulullah ?
    Di tinggalkannya hanya 5 Mazhab untuk di ikuti olah umat Islam.
    Itu pun beliau memohon ampun pada Allah s.w.t. seandainya tindakan meninggalkan 5 mazhab itu akan mendatangkan kecelaruan pada umat Islam…………

    Hallaj adalah episod terakhir kesedihan yang amat sangat pada umat Islam…………..
    Pengucapan Ana Al-Haq hendaklah dilihat akan diri beliau………
    bukan melafaz sebagaimana manusia biasa beranak berbini,makan,minum,berak kencing………..
    Telusi diri-diri agung ini dahulu………..habiskan pengajian dulu………baru utarakan

    Jiwa/Nyawa Ugama.(Ihya Ulumiddin)

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.