Biarkan Mahkamah Neutral
Nov 11th, 2009 | By Admin | Category: RencanaOleh Sivakumar
Seluruh rakyat Malaysia menanti keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 November 2009 lalu, untuk mengetahui siapakah Menteri Besar negeri Perak yang sah. Ia menjadi perhatian dan perbualan rakyat di mana-mana sahaja termasuk sembang kedai kopi, di agensi-agensi kerajaan dan firma-firma swasta serta institusi-institusi pengajian tinggi.
Para bloggers juga telah menghangatkan tarikh itu dengan membuat pelbagai ramalam dan tafsiran. Begitu juga pemerhati politik tempatan dan antarabangsa telah menfokuskan isu ini. Pemimpin-pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional telah mangatur langkah atau strategi untuk menghadapi sebarang kemungkinan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan.
Sementara itu, ramai juga rakyat Malaysia yang tidak mempedulikan langsung keputusan Mahkamah Persekutuan yang bakal diumumkan. Gelagat mereka bagaikan keputuan Mahkamah itu sudah pun bocor dan tidak ada guna untuk menungu dengan penuh harapan.
Tetapi, Mahkamah Persekutuan telah menangguhkan keputusan mereka ke satu tarikh yang belum ditentukan. Seluruh rakyat Malaysia berasa hampa dengan keputusan yang ditangguhkan.
Apakah daya mereka untuk mendapat keputusan segera melainkan terus menunggu untuk tarikh baru? Rakyat biasa hanya boleh berharap. Harapkan pagar, pagar makan padi, inilah pepatah yang sering kita gunakan apabila sesuatu yang mengecewakan berlaku.
Apakah pagar akan memakan padi sekali lagi? Soalan ini tertanya-tanya diminda semua warga yang mahukan keunggulan demokrasi dikembalikan. Mahkamah adalah badan yang disanjung tinggi dan dihormati oleh umat manusia yang mendukung sistem atau amalan demokrasi.
Hakim dianggap sebagai wakil tuhan untuk menjaga keadilan di muka bumi ini. Ini adalah kerana hakim merupakan sumber terakhir untuk mendapat pengadilan yang sewajarnya bagi sebarang pertikaian.
Rakyat menaruh kepercayaan bahawa mereka akan mendapat penghakiman yang terbaik apabila sesuatu masalah itu dibawa ke muka pengadilan. Rakyat menganggap hakim-hakim yang arif itu akan membuat keputusan berdasarkan keadilan semata-mata tanpa mengambil kira sebarang faktor lain yang boleh mempengaruhi keputusan mereka.
Campurtangan politik dalam hal-ehwal mahkamah boleh mengugatkan kepercayaan rakyat terhadap keseluruhan sistem pentadbiran dan pemerintahan negara. Kecacatan dalam badan kehakiman adalah sesuatu yang amat membahayakan. Jika Mahkamah lari daripada landasan keadilan, maka disitulah akan bermulanya titik pertama kejatuhan sesebuah kerajaan.
Kata-kata Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam akhbar Berita Harian adalah amat mengecewakan. Beliau telah mengumumkan keputusan Mahkamah Persekutuan lebih awal daripada 5 November 2009.
Beliau telah mengisytiharkan bahawa pilihanraya di Perak tidak mungkin diadakan semula kerana kerajaan negeri BN sudah disahkan oleh Mahkamah. Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa rayuan Dato Seri Nizar belum diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Dalam keadaam itu, Nazri telah membuat kenyataan media seolah-olah mahu mempengaruhi keputusan mahkamah yang bakal diumumkan. Tambahan pula, beliau menegaskan bahawa pilihanraya negeri Perak hanya akan diadakan serentak dengan pilihanraya umum yang akan datang.
Sedangkan Dato Seri Nizar masih berpegang kepada pendiriannya iaitu beliau akan memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan Negeri Perak jika Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau adalah ketua kerajaan negeri yang sah.
Apabila Mahkamah menunda tarikh penghakiman pada 5 November 2009, sekali lagi rakyat berasa tertipu. Peguam dari kedua-dua pihak sudah menghabiskan hujah mereka pada hari itu.
Tetapi, 5 orang hakim yang mendengar kes itu telah menangguhkan keputusan kepada suatu tarikh yang belum ditentukan. Ini telah menimbulkan perbagai persoalan dikalangan rakyat jelata. Kredibiliti mahkamah semakin tercalar. Keyakinan rakyat semakin terhakis.
Jika ini berpanjangan, rakyat tidak akan berpaling kepada mahkamah terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan kerajaan. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan boleh membawa padah atau implikasi yang jauh lebih besar daripada yang dijangkakan.
Parut yang ditinggalkan itu juga akan dilihat sebagai tanda yang menjijikkan di arena antarabangsa. Ini seterusnya akan menjejaskan ekonomi negara. Tidak ada negara yang sanggup datang unuk melabur di sesebuah negara yang mengamalkan pilih kasih atau mengabaikan keadilan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Penulis merupakan Speaker Pakatan Rakyat yang sah bagi Dewan Undangan Negeri Perak dan juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Mak temah = Mah Kamah
Penangguhan itu ada lah keputusan di saat akhir.,bilamana smua hujah pembela tidak dapat lagi di sangkal.
Untuk membuat keputusan pada saat itu.,JELAS DS Nizar adalah MB yg.Sah.
Maka Mereka menangguhkan.,Untuk mencari apa apa jua kelemahan ,kesilapan perkataan,pada stiap baris ayat pembelaan.
Kerana itu kita kena tunggu,sampai mereka jumpe,baru ada keputusan.
Minta siapa2 yang kerja dengan telco tu taping lah perbualan hakim2 tersebut…untung2 dapat macam kes LINGAM