Speaker: Abu Hasan bukan lagi ADUN
Nov 10th, 2009 | By Admin | Category: Akhbar OnLineMKini
Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, hari ini menegaskan bahawa Datuk Abu Hasan Sarif bukan lagi ADUN walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukannya.
Beliau berkata, Abu Hasan telah hilang kelayakan selepas ADUN Kota Siputeh itu gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah buat keputusan yang lain, saya anggap bertentangan dengan peruntukan 51 UTKK, jadi saya minta kepada mahkamah semak semula keputusan SPR.
“Jadi sementara nak semak, mengikut pandangan kita, kedudukan dia (Abu Hasan) bukan lagi anggota dewan sejak 17 Ogos lalu, tidak timbul subjudis,” katanya ketika ditemui pemberita di Yan hari ini.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Speaker DUN Kedah tu orang kampung teman yop…dia ni orang Perak asal nye…rasa bangge juge dapat orang perak dilantik speaker kat kedah….
sorang lagi exco kedah …orang perak juge asalnye Taulan Rasul…kalau dapat abg mat cuba le interview dengan dua orang ni…teman seronok juge nak dengo pandangan deme tentang perak ni …masukkan dalam blog perak express ni lah…kedua2 nye orang kampung teman yop…kampung ayer tawor