Persepsi Tentang PKR
Nov 10th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaOleh:MSK
Sekarang….sibuk orang bercakap tentang ‘persepsi’, terutama orang Pas. nasib baik lah sekarang mereka menggunakan perkataan ‘persepsi’, boleh jugak aku faham. Kalau depa pakai perkataan Arab..naya la aku.
Dah dua kali aku mengikuti seminar tentang ‘persepsi’. Bukan calang-calang orang yang datang bagi kuliah…konsultan terkenal dari Amerika. Pakar membina imej yang membantu Obama memenangi pilihanraya Presiden.
Dari bagaimana membuat slogan, sampai kepada cara berpakaian. Bagaimana team Obama berfikir sedetail-detailnya. Dan sudah pasti, kejayaan Obama membuatkan idea mereka sentiasa diminta dari seluruh pelusuk dunia.
Apabila PKR Pulau Pinang berkonvensyen semalam, tiba-tiba datang idea nak membandingkan PKR dengan Demokrat. Anwar dengan Obama.
Dan dari warna-warna yang dipamerkan, Anwar tidak akan mampu menjejaki kejayaan Obama menjadi Presiden. Apakah Anwar mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kalau setakat ini…aku tak yakin.
Imej mencipta persepsi. Imej membuat orang berfikir sendiri dan membuat keputusan sendiri. Tak perlu buat sidang akhbar menafikan akan bersekongkol dengan Umno, kalau imej itu sudah rosak. Itu cuma contoh. Manusia membuat kesimpulan berdasarkan apa yang dia nampak..bukan apa yang dia dengar.
Kita boleh berceramah tentang Umar Ibn Aziz yang tanggung beras bantu orang miskin, tapi kalau kita sendiri naik Harrier, tak pernah masuk kampung…sapa pun tak percaya. Walaupun dalam Harrier kita penuh guni beras.
Kejayaan Obama adalah kerana dia berjaya mencipta imej sebagai pemimpin rakyat. Dia mempunyai kelebihan berpidato. Dia mempunyai imej bersih. Dan yang lebih penting, dia dilihat sentiasa berdamping dengan rakyat. Dia sentiasa berhubung dengan rakyat. Dan dia menggunakan teknologi untuk berhubung dengan rakyat. Facebook, twitter, web, blog…semua digunakan. Dan yang lebih penting, teknologi ini digunakan secara konsisten.
Mesej sentiasa dijawab. Web selalu dikemaskini. Blog sentiasa membawa berita baru. Teknologi dipergunakan semaksima mungkin untuk mencipta persepsi bahawa Obama adalah pemimpin rakyat.
Dan teknologi membantu Obama memenangi jawatan Presiden.
Cuba lihat atau lawat laman-laman Obama ini. Facebook, twitter, malah laman rasmi whitehouse.org juga mempunyai imej yang sama. Konsisten.
Satu perkara yang ditekankan semasa membina media komunikasi ini ialah imej. Team Barack Obama memastikan bahawa setiap kali pengunjung mengunjungi laman-laman web ini, mereka akan membuat tanggapan bahawa Obama adalah seorang yang mesra rakyat, konsisten dalam dasar-dasarnya, memastikan rakyat terlibat dengan perubahan yang dicanangkanya, dan memastikan suara rakyat didengari.
Team Obama cuba mencipta imej konsistensi dengan memilih warna-warna yang digunakan. Biru, putih, dan diselitkan dengan warna merah. Warna-warna bendera Amerika.
Ini adalah untuk mencipta imej bahawa Obama adalah rakyat Amerika tulen. Warna-warna tertentu digunakan untuk menarik perhatian. Dan ia digunakan secara konsisten. Dari mula Obama berkempen sehinggalah dia menjadi Presiden.
Selepas menang, Obama masih lagi mengekalkan imej tersebut. Dan rakyat Amerika bertanggapan bahawa Obama masih lagi berpegang kepada janji-janji yang dibuat semasa dia berkempen.
Dan selepas menang jawatan Presiden, nama Obama terus menjulang apabila memenangi hadiah Nobel.
Tekonologi membantu Obama mencapai apa yang dicapai sekarang.
Berlainan dengan Anwar dan PKR. Kegagalan Anwar memimpin Pakatan Rakyat hari ini adalah kerana inkonsistensi. Anwar digambarkan sebagai pemimpin yang sentiasa berubah. Tidak berpegang pada janji. Tidak mempunyai pendirian yang tetap.Elit dan tidak mesra rakyat.
PKR gagal menggunakan teknologi untuk mencipta persepsi. Sebaliknya teknologi telah mencipta imej bahawa PKR sebuah parti yang tidak berkemampuan untuk mengurus dirinya sendiri.
Sama ada benar atau tidak bukan menjadi isu…yang penting ialah persepsi. Itulah tanggapan orang yang melihat Anwar dan PKR. Dan tanggapan ini terjadi apabila pengunjung mengunjungi media komunikasi yang dibuat oleh PKR.
Sebelum PRU 12, imej Anwar digambarkan sebagai pemimpin rakyat, yang bakal membawa suara rakyat Malaysia di Parlimen. Bendera Malaysia dan Parlimen lebih menonjol dari gambar Anwar sendiri. Dan hasilnya, laman web ini mampu menarik seramai 42 juta pengunjung.
Tetapi selepas menang, laman web yang menjulang nama Anwar ini dibiarkan. Daripada jutaan pengunjung, sekarang laman web ini sudah seperti rumah buruk. Penuh dengan sawang.
Tak banyak maklumat boleh diperolehi dalam anwaribrahim.com. Yang ada hanyalah feed dari anwaribrahimblog.com.
Dan Anwar berpindah kerumah baru. Imej beliau cuba diubah, dari seorang pemimpin rakyat kepada seorang hero. Gambar bendera Malaysia dibuang dan Parlimen sudah tidak penting. Dan dari imej yang cuba digambarkan…yang penting hanyalah Anwar.

Dan untuk memastikan imej Anwar lebih besar dari imej parti, laman-laman web tentang parti dibiarkan mati atau setengah mati. Dan sesiapa saja yang memasuki anwaribrahimblog.com, sudah pasti akan terpandang satu lagi laman web yang diiklankan pada header blog tersebut, www.harapanmalaysia.com. Cuba lah pergi kelaman tersebut dan apa yang kita dapat?
Masuk kelaman-laman web PKR atau Anwar, seolah-olah kita masuk PKR. Lompat sana…lompat sini. Masuk sana tersekat, masuk sini tersekat. Lama-lama, kita keluar. Ini bukan lagi imej kosong, ianya realiti.
Ramai yang masuk PKR kerana mengejar harapan. tapi bila sampai kedalam..sama ada tidak dipedulikan atau tidak mesra pengunjung. Sorang…sorang…cabut.
Laman Suara Keadilan satu masa dulu merupakan sumber rujukan. Penuh dengan sumber berita-berita panas. Siap dengan fakta dan angka. Tapi selepas menang, imej parti dianggap tidak penting. Semua ditumpukan kepada pembentukan imej Anwar. Ketua Penerangan ditukar. Sepatutnya pertukaran membawa kepada perubahan yang lebih baik, tetapi tidak diketahui, mengapa Anwar melantik Lateefa Koya, Ketua Penerangan yang gagal melaksanakan tanggungjawab.
Ataupun Anwar sengaja melantik seseorang yang tak tahu nak buat kerja, supaya imej parti itu tenggelam.
Kini, Suara Keadilan Online dah jadi mayat. Manakala Laman Web rasmi PKR hidup segan mati tak mau. Malah berita pun diambil dari sumber lain seperti Harakahdaily atau pun TV Antara. Apa yang kita tau tentang PKR? Yang kita tahu hanyalah tentang katak-katak yang melompat. Jangan salahkan sesiapa kalau PKR berimejkan katak, kerana itulah imej yang tertonjol kerana kepimpinan PKR gagal memunafaatkan teknologi untuk mencipta persepsi.
Apakah persepsi yang tercipta dari dua laman web yang tak berfungsi ini? “Aaaah!! tak perlu buat kerja. Kalau pandai bodek Anwar, boleh dapat jawatan. Kerja pun tak payah buat. Nak maklumat pi baca Harakah. Kan Pas selalu tolong kita?”
Rakyat nak maklumat? Aaahh..mampuih pi la. Bila rakyat dapat maklumat tak betul? Salahkan Utusan dan media arus perdana.
PKR seolah-olah diurus oleh orang yang tak mau buat kerja.
Imej PKR juga tidak konsisten. Sama macam pemimpin-pemimpinnya. Ada yang kaki lompat dan ada yang berperangai macam Umno. Sentiasa berubah mengikut trend. PKR dilihat sebagai parti cacamarba yang haru-biru. Ini dapat dilihat dari imej yang ditonjolkan.
Bandingkan dengan konsistensi yang ditonjolkan oleh Obama dengan laman-laman web PKR. Bukan setakat laman web saja, malah dalam dunia realiti pun begitu juga.
Dalam PRU12, PKR mencanangkan ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’. Disambung terus ke Kongres yang diadakan tahun lepas.
Setakat ini, apakah harapan-harapan rakyat yang telah ditunaikan? Sudah berapa banyak janji yang dikotakan?
Dan kemungkinan pada tahun ini, PKR akan mengubah janji-janji mereka. Bukan setakat itu saja, malah imej mereka juga akan diubah untuk menunjukkan betapa mereka sebuah parti yang tidak konsisten. Mungkin selepas ini, PKR akan berwajah baru, seperti gambar dibawah.













Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Analisa yg ni aku suka! Kahkah, cute apa! Tapi mat, hang jgn over reading, nnti ter-reading mcm amno lak..
Biasak la, pkR kan parti demokrasi dari demokrat, jadi wat la apapun, asal boleh! Takkan nak sama jerrrr mcm parti komunis! Tu amno bleh la.. Boleh belah!! Kahkah
aku sokong msk…pkr kena guna internet semaksima mungkin…kalau tak susah nak pi jauh…
aku jugak sokong.. banyak pemimpin2 utama PKR masih tidak ada web/blog… sukar dicari yg betul ‘hidup’ dan mesra rakyat.. so far antara yg ada contoh agak baik kat blog chegubard : http://chegubard.blogspot.com/ … walau kalah pilihanraya, blog tetap bersama rakyat.. maaf klu xsetuju…
kalau gunakan pendekatan internet cam obama…aku rasa najib yg dah ikut cara obama…cuba bandingkan perdana menteri yg sebelom2nya..mana ada guna pendekatan internet cam najib.
Bro MSK……gua tabik sama lu…….
HARAPAN BARU pun belum selesai………La ni nak MENGGILAP HARAPAN RAKYAT pulak…! kelakar habis bebbbbb …Nanti …yang di kandung cicir dekat belakang rumah yang di kerja berterabur atas jalan….. Tak ke naya tu nama nya..?..
Bagi gua slogan Nabil lagi cun LU FIKIR LE SENDIRI…….?
Dr. Asri,
Hari tu Anwar dah bagi warning…”Toe the line!! Kalau tak mau ikut dasar parti…keluar dari parti?” ha..ha.
Dulu aku dah cakap benda ni…tentang percakaran dan percanggahan pendapat dalam parti, dan jawapan yang aku selalu dengar, macam yang hang kata la.” PKR parti demokrasi…sapa-sapa pu bebas buat apa dia suka.”
La ni…pasai apa Anwar suruh orang ikut dasar parti? Kalau tak mau…keluar dari parti?”
Dah tak demokrat kot?
aku dah cakap dulu … PKR parti anwar , mati anwar mati pkr …
tetapi dari parti itu akan cambah banyak parti nanti
parti rakyat …. tetapi kebanyakan pemimipin pr skrg tak da dlm parti tu nanti
tapi parti rakyat tu parti yang dapat sambutan memberansang gak nanti …
ni bau adil. pkr pon ko kritik. lepas ni dap plak
ni asik pas je ko tibai. tak demokratik betul. mmg sah takde harapan la kau ni
zulkifli noordin tu kuar pkr masuk pas je la… perjuangkan islam gunakan pas.. bukan pkr..
adakah pas parti yang melambangkan islam?kalau ada hati nak join dgn umno mcm ne hehehehe….pas ni kita suruh zentrum future studies wat survey untuk PKR pula..kan itu lebih baik
Apa ilmu msk pakai nih? Aku kutuk Mus abis aku kena hamput. Msk kutuk Anwar dapat pujian plak! cisss!
TheSniper,
Hang menuntut ilmu tajul muluk msk tak sampai habis! Kah Kah Kah!
salam bang MSK.. baca kat sini pulak :
http://www.malaysiakini.com/news/117094
macam2 hal.. saya rasa dulu baik YB Zul ni dok dalam PAS je..
neo,
Dia ni dulu YDP PAS. Duduk dalam PAs tak boleh tahan. Nak jadi calon Pas kena sain bai’ah. cerai isteri kalau nak melompat. Dia cabut masuk PKR. Tapi dalam PKR pun dia nak buat cara dia. Orang macam ni kena tendang keluar dulu.
Pening ni Mat ,nampaknya kena tubuh parti baru..
lambang mata tu…dah macam simbolik kepada illuminati la plak.. takpun freemason? hati2 jgn smp mcm simbol dajjal plak…dah mcm2 simbolik dalam dunia yg kita tak tau..tp puak2 yahudi ni tau…maaf.. just a thought…persepsi le katakan…
erm.. kaki lompat jugak la YB zul nih..patut la dlm blog dia dah takde lambang mana2 parti…
Salam Tuan MSK,
2 bende jer atok nak cakap:
1. Tuan “plan” nak jd Prof. Dr Aziz Bari Junior ke? Elok la tu lepas ni boleh jadi panelis Seminar PKR plak! Prof Azizi Bari lepas kena gasak, merajuk lepas tu cakap tak mau komen/tulis hal PAS lagi, nak tulis hal MCA plak. Tuan nak tulis hal parti mana plak? atok cadang IPF! oraiit!! Tani yiillekk!
2. Tuan ada “chemistry’ dari segi pendekatan siasah dengan YB Zul Kulim! play safe..tahniah!!
Atok pesan: Mai kita dok peramai jenis kapala hotak 1. & 2. di atas..Jenis lontar soalan dan Jawab sendiri! PRU 13 insyallah milik UMNO-BN! Hidup Najib Altantuya!
Yang buat masalah dalam pakatan rakyat dari PKR yang banyak…dari DAP 1 orang…dari pas xder..pikio pikio kan le….
atokengkau tu jenis karat umno, karat bn! jenis yang cakap dia dapat hidup dimalaysia kerana bn yang bagi rezeki. hampeh!
Akhbar Khan Manjung,
Siapa cakap orang dari PAS tak dak yang buat masalah dalam Pakatan Rakyat?
Kes Hasan Ali dan Mustafa Ali tu apa? Sampai Tuan Guru Nik Aziz mintak buat EGM, bukan masalah ke tu?
MSK,
Sebenarnya PKR memang memerlukan orang yang prihatin terhadap parti. Keadaan parti sekarang hanyalah mengikut syarat tapi tidak ada siapa yang mahu memulakannya secara konsisten. Parti PKR adalah parti miskin. Tiada tawaran duit, projek, jawatan atau pun harapan. Orang yang bekerja kebanyakannya berdasarkan sukarela dan yang bekerja hanyalah bergaji rendah.
Artikel anda seperti diatas sememangnya dialu-alukan. Semuga teguran itu akan membuatkan ahli dan penyokong setia berkumpul serta berbincang demi membina perpaduan dan memeriahkan parti kepada rakyat Malaysia.
ikutCeramah,
itu masalah dalaman…umno pon ada..pkr pon ada…banyak lagi parti2 lain ada masalah…itu semua asam garam dalam politik,,,,maksud saya, yang tersirat…kes lompat parti…ini sudah kire masalah yang besar!!!
Salam Tuan MSK,
Minta kebenaran untuk publish analisa tuan ke dalam blog AMK Melaka.
Terima kasih.
bina imej rosmah? jumpa bag kondom dapat 7 juta. fuh hebat menipu.
setiap organasasi mesti ada buah yang busuk.
Gerobolan pun ada kaki raba punggok. perogol bersiri…….
nothing new what !
atokengkau,
Orang yang tak ada kepentingan dalam parti…bila menegur kerana ikhlas. Kalau Hadi berundur, adakah Aziz Bari akan dapat projek? Dia macam tu jugak. Dan menegur kerana mahukan perubahan kepada yang lebih baik. Tapi kalau menegur pun tak boleh…malah sesiapa saja yang menegur itu dianggap ejen Umno..lebih baik tak usah tegur.
Pasai apa Aziz Bari tak mau tegur untuk menambahbaikkan Umno? Sebab orang dah meluat. Bila ditegur…dilabel sebagai pengkhianat Melayu. Bila dikritik, dilabel sebagai pengkhianat negara. Silap-silap masuk Kamunting. Jadi..orang dah meluat. akhirnya….mampuih pi la.
Aku pun setuju dengan aziz Bari..kalau tak mau dengar…dan bila kita beri pandangan, kita dilabel dengan macam-macam label…bukan merajuk!!…tapi…mampuih pi la.
akhbar Khan,
Cuma satu saja cara nak halang orang dari melompat…buat bai’ah. Kalau lompat..jatuh talak. Macam Pas buat.
Umar,
Setiap masalah ada penyelesaian, tetapi perlu juga ada kemahuan. Mengapa dalam PKR penuh dengan orang sengkek? Mengapa orang loaded tak mau join PKR? Tunggu siri kedua atau ketiga.
AMk Melaka,
Tak perlu minta kebenaran. Ambil saja yang mana suka, cuma buat link pada sumber. Takut nanti hangpa kena hayun…boleh kata..”Ni MSK yang tulih…bukan AMK.”
mungkin mata aku lain. tapi persepsi yg aku nampak, stage untuk konvensyen pulau pinang (gambo yg last skali) mempunyai unsur ‘mata’ freemason.
sebagai menggunakan persepsi sekali lagi, ‘ya, memang betul anwar agen yahudi’. muahahhaha. padan muka.
neo, aku tak perasan hang dah perasan. hahaha. anwar yahudi.
Alamakkkkk oiii leceh betul le chegubad ni, nak promote diri dan blog sendiri gune nick name lain plak. Aku rasa blog dia lagi hampeh klau nak banding dgn blog dsai! Sedar la diri sikit jangg! Atau lobeh baik ekau join amno jo jangg!
Salam MSK, tahniah, inilah analisis yang baik bagi aku. Tak ramai sanggup analisa macam hang buat. Banyak dok belasah ikut suka ja. Sebenarnya, masalah utama dalam PR ialah, TAK RETI MENGURUS. Mula-mula nak menguruskan parti la…lepas tu nak mengurus kemenangan. Tu yang jadi macam ni…
bang mat,
yang ni saya suka….. kita kena berterus terang…. sejak bila lak jadi ahli PKR tak boleh terus terang…. Mahathir pun kita lawan…. polis pun kita lawan…. tak kan hal2 macam ni jadi isu besar…. pemilihan calun kena betul2 buat macam kat Amerika…. kena pergi kusus, siap sedia dengan latihan, kena biasa berdemo sebab itu stail PKR, barulah rakyat pandang kita ni berjiwa rakyat. Jangan dah menang… macam Badrul nak menyusahkan orang
Baca komen2 kat atas nie..nampak sangat ramai orang UMNO….
Sepanjang aku bersama PAS tak pernah dengar pun bai ah cerai isteri…Memang sekarang penyokong PR sudah beralih kepada sumber media kerajaan…
Kau orang jangan bandingkan Anwar dengan Obama lah….
Anwar pun buat benda yang sama menggunakan media internet semaksimum yang mungkin…Tapi kau orang ingat kita tinggal di Malaysia…
Media kerajaan hanya siarkan kempen UMNO sahaja manakala kempen bagi pihak PR hanyalah cerita keburukan…
Di US media mereka bebas…kempen parti2 politik semua boleh dengar dan rakyat dapat menilai sendiri.
Banyak channel TV yang siarkan kempen2 baik Republican mahupun Demokrat….
Di Malaysia nie kalau kau orang buka TV masa PRK/PRU hanya parti UMNOlah parti yang paling maksum…
Jadi memang pembangkang di Malaysia memerlukan masa yang agak panjang untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kepada MSK and the gang apa yang pemimpin kau orang lakukan sekarang adalah yang terbaik cuma kau orang lah yang perlu memberikan laporan yang lebih baik bagi menghancurkan UMNO dan bukan menghancurkan gerakan PR sendiri..
Perlu dingat….jika polis ingin menangkap pengedar dadah mereka terpaksa menyamar menjadi penagih dadah barulah akan dapat maklumat…
Jadi untuk UMNO menghancurkan PAS dan PKR maka mereka akan melayari blog PR bagi mendapatkan maklumat.Jadi laporan2 negatif anda sebenarnya memberikan bahan kepada mereka menghentam PR.
Aku bukan apa kesian kat kau orang juga menulis artikel panjang2 takut nanti bila PRU tewas maka sia2 sajalah perjuangan anda.
Maka adalah lebih baik kita bina tembok daripada menyediakan senjata yang boleh dicuri oleh musuh….
Kerana tembok dapat menahan musuh daripada masuk mencuri dan dalam masa yang sama barulah kita boleh menyusun strategi menyerang musuh…
anwar ibrahim bersama panglima panglima yang belum teruji benar-benar
sedang mengalami sindrom bayang-bayang sudah ada di putera jaya
kerna itu mereka bercakap nada angkuh bunyinya sekarang
………….LU SENDRI FIKIR DAN SAMBUNG CAKAP AKU NI … wa dah boring ….
‘tak kemana cor’ apalagi ‘mahu bawa kita ke mana-mana’
MSK ,
stop analisis faggot faggot ni and bikin persepsi on them ,
mcm tian chua cakap - i don’t spend more than 1 min on this possibility ..
so engkau pun jangan buang masa analisis faggot2 (baik pkr pas dap) ni
yang sudah pelan pelan jadi umnos
lebih baik fokus building gelombang 3 itu ………
byebye anwar ibrahim , we thank you for your spirit and inspiration & mukaddimahmu
selamat bermula dan bergerak gelombang 3 msk rpk jkkk ……………
haha.ni kalau pkr leaders specifically anwar n co tak amik analisa tuan msk yg jujur berterus terang ni mmg bengong la depa ni.ni pun ada juga pemberi komen yg terasa.parti parti yg mengaku pakatan rakyat ni kena buck up speed up prep up semua effort utk tunjukkan depa depa ni bersedia nak jadi paeti yg memerintah.ni baru msk buat analisa pasal media media pkr,blum tgk lagi masalah2 pkr yg lain. masa berlalu pantas woit,hangpa(pemimpin2 parti) duk tunggu apa lagi.?takkan takda strategi tersusun nak menang persepsi dan realiti hati rakyat! so lame lah!
Atok setuju dengan pendapat engko meriambuluh.
Untuk Tuan MSK, analisis tuan berkaitan Obama dan Anwar, atok setujulah dari segi pemanfaatan ICT namun rasenya lebih adil dan realistik jika mengambil kira keseluruhan faktor yang menyumbang kepada kekuatan dan kemenangan Obama..cth: kadar celik IT di Amerika, pendidikan, Kebebasan Media, Money etc..baru ler adil. Malaysia?Haprak ler..Cuba kita himbau media(baca: media yang majoriti rakyat malaysia boleh access..) ambik saja Berita RTM jam 8mlm semasa 3 hari Konvensyen UMNO baru-baru ini, 1/2 jam pertama semua dok cerita pasai UMNO saje..hari tu malaysia nie aman jer tiada berita banjir, kemalangan ka, jenayah pun tarak!! semua UMNO punya cerita. Tu baru contoh media..Atok bukannye apa dlm kita menegur dan membuat analisa semestinya ramai yang membaca analisa yang dibuat oleh kita namun tidak semuanya menilai analisa tersebut secara “kritis”. Akhirnya analisa tersebut nilainya hanya “sensasi” jer lebih.. atok teringat satu dialog seorang ketua Cabang(KC) dengan seorang Orang kuat cawangan di Cabang tersebut dlm satu mesyuarat cabang..KC: “Pak Sop.., bagaimana sokongan orang ramai pada kita di tempat(cawangan) Pak Sop..? Pak Sop: Tuan KC, akhir-akhir ini ramai menyokong kita… KC: Apa justifikasi Pak Sop? Pak SOP: Saya tengok ramai orang dok baca paper HARAKAH/Keadilan la nie..di kedai kopi, bla!bla!bla! KC: Terima kasih Pak SOP..(KC muka berseri tersenyum puas tanda setuju dengan laporan tersebut..) tup!tup! masa plihanraya kawasan tu kalah guyup gila..sekali-kali dengan Pak Sop kalih meja!(khianat). Amacam?
Jadi moralnya..berita/analisa yang dibuat biarlah “terkesan” terutama kepada rakyat teramai yang memangkinkan ke arah perubahan(baca: politik malaysia). Sejarah dah membuktikan pada kita bagaimana UMNO tumbang, kerana berita yang dibawanya tiada nilai, hanya terarah kepada sensasi yang memuakkan ditambah-burukkan dengan sifat provokasinya. Kalau kita masih ingat senario masa tu, semua berita yang dibawa oleh media UMNO rakyat kata, “boleh layan ler, nak percaya no way!” waima adakalanya berita itu memang pun betul! punya lah meluatnye masa tu..sebut UMNO jer, orang kata, “kencinggg!”.
So jangan sampai pulak analisa/berita kita besok, ayat yang sama rakyat kata, “boleh layan jer..nak percaya?no WaY!!” Tapi atok percaya kenapa seseorang itu menulis, semestinya bertujuan sama ada negatif atau positif. Dlm konteks PR , sebenarnya jika dia bersetuju dengan perjuangan PR, maka tidak dapat tidak apa yang ditulisnya semestinya bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada kekuatan PR..bukannya tulisan/sokongan membawa rebah!!
Atok katakan demikian kerana akhir-akhir ini kebanyakkan bloggers yang dulunya cenderung kepada PR ,nilai beritanya kini dah banyak “sensasi a.k.a tulisan/sokongan membawa rebah” arahnya.
Justeru kalau ramai bercakap mengatakan masalah PR nie banyak berkisar kepada masalah gagal menguruskan kemenangan, maka atok bersetuju 110% ini termasuklah para-para bloggers, “sifat, kelaku & feelnya” sama saja..tak dak beza pun!
Tapi bagi penulis “macai”/tiada hala tuju..pandangan atok nie..dia kata boleh jalan ler..!!
Tuan MSK bagaimana?
atokengkau,
berapa ramai pelanggan internet di Malaysia? 17 juta orang. Penduduk Malaysia 27 juta…tolak dengan 2 juta pendatang asing yang dapat IC kat Sabah, tinggal dua puluh lima juta. berapa ramai pengguna internet diSabah dan Sarawak dan berapa ramai pengguna internet di Sarawak? Aku tak ada statistik selengkapnya, tapi dari anggaran, sekurang-kurangnya 15 juta pengguna internet di Semenanjung. Siapa yang menggunakannya?
Inilah saluran 3 dan 4 yang memberikan kemenangan kepada PR. Bukan Saluran satu yang bergantung kepada TV
Dan dalam penggunaan internet, ada dua kesan…satu secara direct dan satu lagi secara indirect. kesan direct ialah apabila pembaca mendapat maklumat melalui internet. Dan bila dia balik, dia akan bercerita kepada orang lain. Sekurang-kurangnya kepada keluarga. Pernah buat kajian ini?
Contoh yang disebut diantara KC dengan orang kuat cawangan tu aku setuju tak representatif. Bukan setakat kalah..tapi dalam kes PRK Bukit Gantang yang lalu, Nasha dan asmuni angkat tangan sebab kajian mengatakan Nizar akan kalah tetapi apa yang berlaku…Nizar menang.
Apa yang aku tulis ialah tentang penggunaan internet untuk mencari sokongan. Apa yang hang tulis ialah tentang kredibiliti berita atau rencana. itu dua perkara berlainan. Kalau cerita tak senonoh, tulis dalam Harakah pun orang tak percaya.
Jangan kata kritikan membawa rebah. Dan jangan ingat, pujian atau cerita-cerita yang molek itu akan membawa keuntungan. Rakyat dah sedar sekarang…kalau setakat cerita kosong…sapa pun tak percaya. Aku sedang buat lagi satu analisa tentang kredibiliti blogger, dan persepsi pengunjung terhadap blog-blog tertentu.
Begitu jugak dengan kegagalan mengurus kemenangan, diantara parti politik dan bloggers, sama saja. tunggu siri selanjutnya, aku akan tulis tentang bagaimana ada bloggers yang naik tocang bila glamer dan bagaimana mereka boleh lingkup.
MSK
Tuan MSK,
Atok oghang tua..apa pun alta da vista bebeh!
Kaler merah…dah nak macam UMNO la pulak !
Sapa la ahli2 kumpulan pemikir dalam PKR nih?! Berilah jawatan dan peluang kpd yg benar berkelayakan dan berkemampuan.
Aku sokong MSK.
Inilah saluran 3 dan 4 yang memberikan kemenangan kepada PR. Bukan Saluran satu yang bergantung kepada TV.
Dan dalam penggunaan internet, ada dua kesan…satu secara direct dan satu lagi secara indirect. kesan direct ialah apabila pembaca mendapat maklumat melalui internet. Dan bila dia balik, dia akan bercerita kepada orang lain. Sekurang-kurangnya kepada keluarga. Pernah buat kajian ini?
Jangan tersilap langkah MSK….memang benar fakta tu..tapi MSK kena ingat saluran 3 dan 4 tu jika mereka dah bosan dengan karenah yang di ciptakan oleh blogger dalam PR lagi buruk akibatnya….
Saluran 3 dan 4 terdiri dari mereka yang cepat panas dalam membincangkan sesuatu isu.
Contohnya ..senang2 cakap nak gantikan TGHA…daripada mana sumber mereka dapat TGHA tak layak..tentulah daripada hasil tulisan blogger PR yang negatif…Jika datang dari UMNO saranan tersebut, kata orang kelam2 lagi dah ditolak…
Jika saluran 3 dan 4 bergabung kembali dengan saluran 1 …kena pakai cara Thailand lah nampaknya PR..
Jadi berhati2 lah dalam memberikan laporan…benar kata atokengkau ” sokong membawa rebah”
meriam..
i beg to differ. aku dalam saluran 3&4. aku punya persepsi kalo takdak blogger pun aku memang dah nyampah kat hadi awang. tak perlu blogger tulih apa2. aku boleh pikir sendiri la.
dan blogger type macam hang dan tres lagi buat aku nyampah. walakhaktui!
aku nyampah kat hadi sebab slow segala benda. dulu masa PRK bkt gantang hanya 100 org jek dengaq ceramah dia. apa level presiden se-malaysia macamni? kat anwar pun dah mula menyampah. cepat2 la masuk jel. thanks for the memories. ive had enuff. kit siang pun sama. old regime must go!!