Jamil Khir tidak faham gender mainstreaming
Nov 10th, 2009 | By Admin | Category: BeritaMenteri di JPM, Jamil Khir Baharom tidak tahu terminologi yang tepat dan tidak faham tentang pengarus utamaan gender (gender mainstreaming). Bagaimanakah pengarus utamaan gender boleh berlaku dalam sistem pentadbiran kerajaan, khususnya sistem Mahkamah Syariah, sekiranya Menteri sendiri tidak faham terminologi yang dianggap umum oleh dunia seluruhnya?. Ia membuktikan bahawa pengrus utamaan gender adalah jauh dari sasaran dan masih gagal. Tidak menghairankan jika kedudukan Global Gender Gap Index Malaysia merudum sejak tahun 2006 di tangga ke 72 jatuh ke tangga 101 tahun ini, 2009. Hanya dalam masa tiga tahun.
Wanita dan lelaki yang prihatin juga akan merasa bimbang dengan keadaan sedemikian kerana kejahilan Menteri hanya akan meneruskan sebahagian unsur ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita (yang menjadi anak, adik, kakak, ibu, ibu saudara, nenek, ipar dan teman kepada ramai lelaki) dalam sistem pentadbiran negara, khususnya dalam sistem pentadbiran Mahkamah Syariah.
YB Zuraida Kamruddin telah mengemukakan soalan asal dalam sesi jawab lisan Dewan Rakyat
9 November 2009 kepada Setiausaha Dewan Rakyat yang berbunyi:
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA, DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat bagi memastikan berlakunya pengarus utamaan gender dalam pentadbiran dan sistem mahkamah syariah?
Soalan di atas telah diubah kepada:
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah Kementerian bagi memastikan berlakunya pengaruh utama gender dalam pentadbiran dan sistem Mahkamah Syariah.
Soalan yang dikemukan seharusnya dijawab oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bukan Menteri di JPM kerana bukan bidang tugasan utama Menteri di JPM mengarus utamakan gender.
Jamil Khir menyatakan bahawa perlantikan hakim-hakim wanita sedang di susun proses perlantikannya. Dasar Wanita Negara yang telah wujud lebih 20 tahun juga telah menyusun perkara yang sama. Tidak ada penyelarasan di antara Kementerian Pembangunan Wanita dengan kementerian-kementerian dan Jabatan Perdana Menteri sendiri kerana sehingga kini masing-masing hanya terus menerus menyusun proses perlantikan hakim-hakim wanita berdekad-dekad lamanya tanpa sebarang tindakan yang menyerlah.
Pengarus utamaan gender (gender mainstreaming) bertujuan antaranya supaya berlaku dengan mudah dan telus, akses terhadap keadilan di Mahakmah Syariah dalam menuntut keadilan yang dibenarkan oleh undang-undang syariah agar ekonomi, keselamatan, kesihatan biologi, fizikal, mental, spiritual wanita dan anak-anak terjamin. Sudahkah ada gender focal point dalam sistem pentadbiran Mahkamah Syariah di setiap negeri? Adakah berbagai masalah yang sedang berlaku dalam sistem pentadbiran Mahkamah Syariah, ditangani serta-merta? – timbunan kes yang tertunda, unsur-unsur rasuah yang wujud, merayatkan pengetahuan mengenai proses dan prosedur mahkamah syariah kepada rakyat, khususnya wanita dalam mendapatkan hak mereka, mempermudahkan sistem dan prosedur dalam kes-kes tuntutan nafkah yang dihadapi oleh wanita dan penguatkuasaannya, dan adakah wujud suatu sistem pemantauan terhadap sejauh mana pengarus utamaan gender yang akan menghasilkan keadilan hakiki berlaku? Beratus-ratus wanita dalam sistem sokongan pentadbiran Mahkamah Syariah bukan ukuran bahawa pengarus utamaan gender telah berlaku dan berjaya, lebih-lebih lagi jika wanita miskin dan terpinggir masih merasa terbeban oleh prosedur dan kelembapan sistem Mahkamah Syariah.
Seorang Menteri seperti Jamil Khir Baharom juga amatlah perlu untuk menjalani proses pengarus utamaan gender bagi memastikan wanita Malaysia yang menjadi pelanggan atau pengguna sistem Mahkamah Syariah mendapat pembelaan dan perlindungan yang sewajarnya dalam masa sesingkat-singkatnya.
Rozaini binti Mohd Rosli
EXCO Wanita KEADILAN
Biro Penerangan



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Apa hal BLOG JUTAWAN TRICAJUS..kacau setiap kali orang nak komen…lapar sangat tak ada duit ke…Aku bukan tak sokong perempuan memegang apa2 jawatan awam ke swata ke…TAPI aku nak bagi pengalaman sebagai guru selama 33 tahun sejak 1974…mula2 aku bertugas 6 g lelaki…2 g wanita…1980…35 lelaki dan 25 wanita…aku rasa sungguh bahagia dan seronok menjadi guru…TAPI 1995…15 g lelaki 35 g perempuan….aku mula rasa tak bahagia lagi…2000 sebelum naik jadi GPK…12 g lelaki 58 g wanita…aduh SAKIT HATI dan KEPALA…apa tidaknya…jadi ketua guru disiplin, ketua guru perabot, ketua guru sukan permainan, guru famous menghantar murid ke merata ceruk rantau, ketua guru perkhemahan, …pendek cerita perkara BERAT2 …maka guru lelakilah jadi MANGSA PENDERAAN terutama oleh Pentadbir2 WANITA dari Pengetua dan GPK2…
Saya dah larang anak lelaki saya jangan jadi GURU…mampus kau nanti…
Aku ada bincang2…protes sesama guru…patut guru lelaki dibyar ELAUN KERJA BERAT…atau pengambilan guru2 lelaki dipermudahkan sedikit…TAPI Shahrizat dan Hishamuddin (menetang(…alasan
NAK ADIL konon…pada aku kalau nak adil tahun ini..isteri lahirkan anak…tahun depan suami pulak lahirkan anak…MAKSUD ADIL pun menteri tak PAHAM…
Lelaki2 yang SPM atau STPM nya kurang baik…bukan BODOH…bagilah peluang masuk jadi guru…sebab lelaki bila kahwin akan menanggung keluarga…itu pasal LELAKI sekarang banyak tipu wanita…aku pun geram juga …SPM STPM lebih kurang sama…TAPI wanita pulak lebih2 dapat kerja…SHARIZAT nak marah…silalah marah…