Bohongmania

Nov 9th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Please! Don’t try this at home.

Hangpa biasa tengok wrestling? Memang syok..orang tu hentam orang ni. Orang ni hentam orang tu. Ingatkan Big Show dah boleh menang bila dia terajang Undertaker. Tengok-tengok…referee hilang ditarik oleh orang lain. Bila Big Show beralih, Undertaker bangun dan sepak teloq Big Show dan terus buat chokeslam…gedebooomm!! Big Show pengsan…referee pun tiba-tiba menjelma entah dari mana. Dan Undertaker menang!!

Ciss…Semua kena tipu. Itu hanya lah hiburan. Kita seronok bila ditipu. Kita seronok bila orang tipu kita. Bila orang bagi tau kat kita…hangpa semua kena tipu!! Kita pun jawab..”tak apa…janji seronok.” Tipu dah diterima sebagai hiburan.

Bila Nasha dan Mustafa Ali berpeluk dalam gelap di London dengan disaksikan oleh wakil Ikhwanul Muslimin… ramai orang tau. Raja Petra tau. Bakaq Penarik Beca tau. Matsamankati pun tau.

Tapi bila blogger-blogger cikai ini menulis dalam blog, riuh rendah sekeliling alam, mengatakan blogger-blogger ini penipu…pemecahbelah…tukang fitnah!! sampai ada yang nak menyaman blogger kerana menyebarkan fitnah. Hadi, Presiden Pas pun sama…tak mengaku adanya perjumpaan dalam gelap di London!

Dan tukang-tukang ampu Nasha dan Mustafa Ali pun riuh rendah melabelkan blogger-blogger sebagai penyebar fitnah. Mahfuz nak saman blogger yang menyiarkan cerita berpeluk dalam gelap!! Nasha pun nak saman blogger yang menyebar fitnah!!

Tup-tup…akhirnya mereka mengaku. Sapa yang bohong? Sapa yang menyebar fitnah?

Oleh kerana Presiden yang bohong, oleh kerana Timbalan Presiden yang bohong, oleh kerana orang kuat Presiden yang bohong…maka orang menerima bohong itu sebagai dakwah dan perjuangan.Orang masih wala’ kepada Presiden, orang masih pilih Nasha sebagai Timbalan Presiden. Depa bohong tak pa. Bohong diterima demi dakwah dan perjuangan.

Selepas pilihanraya ke 12, Hasan Ali berlari berjumpa Khir Toyo untuk membentuk kerajaan baru. Tapi apabila gagal…masing-masing menafikannya. Masing-masing berbohong.

Tapi cerita itu disebarkan oleh blogger-blogger cikai yang kemudiannya dilabelkan sebagai tukang penyebar fitnah dan pemecahbelah. Teruk la blogger-blogger ini kena hentam kiri dan kanan oleh mereka yang wala’ kepada Presiden dan kepimpinan.

Hasan Ali terus juga dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Hasan Ali bohong tak apa…demi dakwah dan perjuangan. Bohong diterima demi Islam dan perjuangan.

Di Perak, ada pemimpin yang memujuk Ahmad Awang untuk membawa PAS bersekongkol dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan. Masing-masing menafikannya…masing-masing berbohong. Yang salah ialah blogger penyebar fitnah. Yang cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat ialah blogger-blogger penyebar fitnah.

Tup-tup, Ahmad Awang sendiri memecahkan rahsia. Siapa yang bohong? Siapa yang menyebar fitnah?  Kerja blogger jugak?

Orang tak kisah sapa yang memujuk Ahmad Awang. orang tak tak mau tau siapa pemimpin yang cuba memujuk Ahmad Awang. Bohong diterima demi kesinambungan Islam dan perjuangan.

Siapa yang berlari berjumpa Pak Lah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan?

Mana ada!!! itu hanya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh blogger-blogger cikai macam Bakaq Penarik Beca! Itu hanyalah imaginasi liar dari Raja Petra! Dan yang sedihnya, blogger-blogger Pas juga turut sama menyebarkan fitnah dan dakyah untuk menghancurkan Pakatan Rakyat!!

Tup-tup, Pak Lah mengaku. Memang betui ada perjumpaan. Khalid Samad mengaku…memang ada perjumpaan.

Sapa yang bohong? Sapa yang menyebar fitnah?

Tapi pembohongan itu dimaafkan. Pembohongan itu diterima…bukan sahaja sebagai hiburan, malah diterima demi Islam dan perjuangan.

Tipu dan bohong sudah menjadi budaya.Ia sudah diterima demi menegakkan Islam dan perjuangan. Pirrrrah!!

Baru-baru ini keluar pula berita, TG Nik Aziz diherdik oleh ABC.  Bohong!!!

Maka keluarlah kenyataan-kenyataan dari mereka yang wala’ kepada Presiden dan Timbalan Presiden…itu semua bohong. Itu semua kerja penyebar fitnah dan mereka yang cuba memecahbelahkan Pas.

Sama ada blogger tersebut berbohong atau tidak…cuma masa yang menentukan.

Tetapi buat sementara waktu…marilah kita berhibur dengan bohongmania. Kita berhibur dengan pemimpin-pemimpin yang suka berbohong, kerana tidak salah kita menerimanya demi menegakkan Islam dan perjuangan.

Pemimpin bohong tak apa. Blogger bohong…saman!! labelkan mereka sebagai pemfitnah atau pun pemecah belah parti.

Tidak salah kita berbohong. Tidak salah kalau kita menipu.

But please….don’t do this at home.

Foto muka depan tiada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan.  Jika pun ada kaitan, hanyalah sikit.
Foto muka depan oleh Sya, arkib Perak Ex Press

Tags:

Afiat

26 comments
Leave a comment »

  1. salam MSK

    Bloggers bermatian mempertahankan PR deme kata membohong juge,isk isk

  2. Ish Ish Ish, memang dasyat gile le….

  3. Aku sebagai ahli PAS lagi tak faham, MSK. Kenapa? Sebab bohong tu kan sebahagian dari sifat munafiq. Jadi, apa pemimpin-pemimpin PAS ni buat? Aku tak kata dia orang munafiq, aku hanya kata ciri-ciri orang munafiq. Menjatuh hukum bukan aku.

    Dah naik meluat tengok pemimpin jadian ni semua. Pastinya pembersihan akan berlaku, insya Allah.

  4. Prof Aziz Bari dan Dr Abu Hassan dan dilabel barua UMNO oleh blogger PAS pro TGHH, siap dengan ayat quran dan dihukum sesat lagi. Kalau mereka berdua tu bukan barua UMNO, bukankah itu fitnah? Kalau blogger PAS buat fitnah, apa beza mereka dengan blogger UMNO?

    Sesapa yang aktif dalam PAS Yong minta tolong, usahakan le supaya EGM tu jadi. Jelaskanle kat orang2 kawasan tu yang selalunya melopong bila dengar orang petik ayat2 quran.

    Yahudi pun pandai petik ayat quran.

  5. Opps silap taip. Prof Aziz Bari dan Dr Abu Hassan dah dilabel barua UMNO…

    Tambahan: Kaedah “observation” dan “document analysis” yang digunakan oleh Dr Aziz Bari diterima sebagai satu kaedah dalam “investigative research”/ “exploratory research” /”ground-based theory research” oleh pakar2 ilmiah dunia. Ramai orang dapat PhD cara ini. Ramai ustaz2 pun dapat PhD cara ini. Ia boleh dimantapkan olen cara “triangulation”. Dr Abu Hassan guna kaedah ini melalui statistic.

  6. Penulis seperti berniat jahat untuk memperlekeh & usaha memecah belahkan PAS. Istilah ‘bohong’ telah disalahfahamkan, semua prosess adalah aturcara berpolitik tahap tinggi dimana perkara -perkara yang melibatkan kepentingan ummah perlu disusun , maklumat rahsia.

    Penulis seperti juga Dr Aziz boleh dilabel sebagai barua UMNO ….awas ramai musang berbulu ayam.

  7. Ini Bohongmania keberapa 1,2,3 dan tak lama lagi boleh lawan WWE Wrestlemania 26….

  8. Pelari terpantas biasanya naik ke podium untuk terima medal emas. Hasan Ali naik ke podium dikalungkan PJ Negeri ke lehernya. Nasha diberi tali pinggang kejuaraan oleh referee yang muncul entah dari mana (kira undi dalam gelap). Ahmad Awang dilucutkan tali pinggang kejuaraan kerana tidak muncul dalam perlawanan penting. Pengatur pertunjukan (Tapa AIi, ABC, Harun Taib) turut menerima laba masing-masing.
    UMNOism - semua orang dah tau.
    HADIsm mungkin istilah yang sesuai untuk semua cacamerba yang sedang berlaku!
    Selepas apa yang berlaku HADIsm mungkin sesuai sebagai label manusia yang:
    1. tikam belakang kawan.
    2. tidak peka tapi mata terbuka.
    3. pemikiran tak selari zaman.
    4. cintakan jawatan.
    5. menidakkan pendapat orang lain.
    6. gunakan hadis untuk menghalalkan tindakan.
    7. guna ancaman untuk kesetiaan (jatuh talak sekiranya keluar parti).
    8.
    9.
    10.

  9. Nasib baik…!! Aku dah siap dgn peluru meriam nak letupkan ABC! Rupanya berita bohong (yg mngatakan beliau mengherdik TGNA). Hai.. haru dibuatnya. Aku rasa kekawan yg lainpun sama. Depa nak menghujani dan tembak ABC sampai lembik… kalu benar beliau kurang sopan dgn pemimpin spt TGNA.

    Tolonglah pi main jauh-jauh sesiapa yg menyebarkan brita palsu. Rumour mongers.. Fitnah tu dosa besar..tolong ingat sikit…

  10. Salam,

    Satu komen yang baik. Bak kata orang…guru kencing berdiri….apalagi anak-anak murid kencing berlari lah. Untuk menghalalkan tingkah lakunya, pemimpin berbohong dikatakan sebagai satu strategi, sedangkan ahli-ahli dikatakan berbohong dituduh kerana benci dan dengki kepada pemimpin????? Apapun hakikatnya berbohong itu memang tidak islamik sama sekali dari sudut apa sekalipun. Di samping saya amat bersetuju ahli-ahli terus menegur dan menjelaskan kesalahan, kelemahan dan ketempangan pemimpin, TETAPI jangan pula ahli-ahli turut melakukan kesalahan, lemah dan tempang. Ertinya jika pemimpin bohong, ianya tidak menghalalkan sesiapapun yang lain untuk berbohong. Ringkasnya, jika orang lain bodoh jangan kita sekali bodoh. kalau ada orang yang nak menempah api neraka jangan kita turut menempah api neraka. Teruskan menegur….. TasikMalaya

  11. [...] http://perakexpress.com [...]

  12. non partisan,

    “ahmad awang dilucutkan kejuaraan…”

    ape bende lu cakap ni bai…tak dengar ucapan beliau dlm muktamar pas tahun lepas ker…

  13. itu le.. kalau udah semua yg diatas membohong.. yg dibawah ni pun suka.. cdgan utk memperkasa langsung tadak.. cdgan utk memperbaiki pun tadak.. apa lagi yg diharap? next PRU, kita tetap dgn pakatan.. tapi sedia la wahai kumpulan2 primitif, hangpa PASti dikecundangkan…

  14. Secara lojiknya, kalau kita berbohong dirumah — boleh bawa musibah. Rumah tangga boleh jadi punah.

    Ini kan pula berbohong dalam hal kepentingan awam. Lagi besar akibatnya. Cukuplah tu. Sudahlah tu pemimpin-pemimpin Pas. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada kamu. Kerana nila setitik, rosak habis semua. Amanah ke benda macam ini?

  15. Salam..

    Ambe wase..satu Malaya dah dengar dan kecoh pasal apa yang belaku dalamm PAS nih…tetapi tidakkah kamu tahu ..pihak UMNO menggunakan seluruh saluran Media mereka untuk menambah kekusutan ini..padhal hal ini sebenarnya tak sekusut mana…Sebagaimana kita lihat..terpangpang di dada Akhbar dan corong TV (Zaman ni Flat screen mana ada corong lagi)..”Sokongan Kepada PAS telah terhakis”,…”Sokongan Golongan Muda kepada PAS telah terhakis”..Dato Najib bertitah bahawa PR dan PAS tidak sefahaman dan mempunyai krisis ..dan BN lah sepatutnya Pilihan rakyat kerana stabil (Stabil ape MCA dan PPP beramuk sampai la nih)..perang saraf telah dilancarkan oleh pihak pihak UMNO untuk melemahkan lagi PAS dan Pemimpin PAS masih lagi saling menyalahkan antara satu sama lain…jamaah masih lagi longgar…APA DAH JADI…Mungkin betul kata Abang Mat…PR belum bersedia untuk Memerintah Malaya…

    Wassalammmmmmmmmmmmm

  16. memang dalam PAS dari dulu sampai la ni, geng2 penghukum dan pengeluar fatwa yang langsung dok leh ditegur (merujuk kepada geng-geng primitif) ramai sokmo bro MSK, apa kata bos depa anggap mcm hadith dok leh dipertikaikan langsung, wei geng2 primitif, org ramai tegur sbb masih sayangkan PR, reti baser dok, bukan dsebabkan oleh PAS, baru menang sikit doh naik toncang, PRU13 nnt , bersedialah kamu geng2 primitif, pasti kaloh ….

  17. Salam,
    Rasullullah S.A.W dan sahabat r.a. berbai’ah atas kalimah Laillahaillallah Muhammadur Rasullullullah. kome berbai’ah atas nama parti……….mana tak jadi bohongmania…….mana tak haru-biru………..lu pikir la sendiri (pinjam tag Nabil)

  18. salam msk
    aku rasa tak selesa dgn perakexpress kini.merindui zaman mat saman kati.masuk aje,muka depan dia aman,
    tenguk apa dia nak kata,baca dan fikir.dia pemain utama.kini perakexpress,masuk aje terasa semak mata dan fikiran.msk dah jarang berkarya.aku rindu..rindu…rindu.mungkin aku dah ketinggalan bas.

  19. Woi..hampa ni kalau tak sebulu semua BARUA! barua UMNO hampa tuduh..kalau dia sokong hampa Hampa puji melangit..PTUIIHHHHHHHHHHHHHH…ha..ambik hampa (pada ahli pas dan PR yang perangai mcm ni)..aku pun PAS jugak, tapi pas yang Profesional..huhuuhu

  20. tunggu dalam sehari dua lg… kisah abu bakar chik sudahnya lagumana…

  21. Ramai yang ingin memberikan buah fikiran dan merasakan buah fikiran (boleh juga dibaca sebagai ‘pandangan/pendapat’) mereka adalah yang terbaik. Masing-masing merasakan merekalah juara dalam memberikan buah fikiran. Seandainya buah fikiran itu diterima atau dibuktikan kemudiannya, mereka akan bermegah diri sambil berkata, “Kan aku dah kata dulu”. Sehingga masing-masing tidak tahu yang mana betul, yang mana salah. Yang mana hak, yang mana batil. Yang mana perlu disebarkan, yang mana perlu dirahsiakan. Adakah semua perkara perlu dihebahkan kepada dunia sehingga tiada lagi yang boleh dirahsiakan?
    Cuba andaikan anda menziarahi seorang teman lalu dia menjamu anda dengan secawa teh. Malangnya teh tersebut terlalu manis kerana terlebih gula. Lalu anda sebagai bloger yang prihatin tidak terus menyatakan kepadanya tentang minuman yang terlalu manis itu sebaliknya memasukkan pengalaman tersebut di dalam blog anda. ‘Mungkin’ bukan niat anda untuk memalukannya tetapi satu dunia telah mengetahui termasuklah musuh-musuh teman anda itu. Mungkin teman anda itu seorang gadis yang ingin dipinang oleh seorang lelaki tetapi ‘pendedahan tanpa niat’ yang anda lakukan telah menyebabkan pemuda yang meminatinya kehilangan minat lagi melainkan jika pemuda tersebut memang ‘minat seminat-minatnya’ sama ada gadis tersebut ataupun keluarga gadis tersebut.
    Para pengomen di dalam bolog anda pula menokoktambah dengan memberikan komen-komen yang menghina teman anda, ibu bapanya, dan keluarganya meskipun mereka sendiri tidak mengenali teman anda itu.
    Bayangkan ‘kerosakan’ yang telah anda lakukan kepada teman anda dan keluarganya hanya kerana isu ‘buat air terlebih gula’. Walaupun tanpa niat, dan anda ingin menyatakan kebenaran, adakah anda tidak merasa berdosa dengan perbuatan anda itu?
    Hanya yang membuka mata hati sahaja yang akan memahami. Jangan samapai ada yang lahir Islam tetapi mati dalam kekafiran.

  22. Salam Mat,

    Nak tuduh munafiq tak leh, tapi ciri -cirinya ada. Tak tau nak kata apa. Tapi kalau budaya ini dijadikan amalan samalah PAS dengan UMNO. Aku bukannya nujum tapi kalau amalan ini diteruskan natijahnya PAS akan kecundang. Bukan dek sebabkan oleh musuh politik tapi oleh permaianan sendiri. Rakyat akan tolak PAS.

  23. Buat sahabat-sahabat yang berakal.
    Jika ditakdirkan Allah (nauzubillah) PR tewas teruk dalam PRU yang akan datang, mungkin ramai di kalangan anda yang akan berkata, “kan dulu kami dah dedahkan tentang pemimpin-pemimpin PR yang penuh dengan kelemahan. Sebab itu rakyat tolak PR”. Mungkin tiada yang rasa berdosa terhadap diri sendiri ketika tangan-tangan anda memberikan komen yang memberikan kesan negatif terhadap perjuangan jamaah ini. Aku tak heran kalau komen-komen itu datang dari pemuka-pemuka yang memang ingin menguburkan Islam di muka bumi ini kerana janji neraka Allah memang cukup jelas terhadap mereka. Tapi bagi yang memang ingin melihat Islam subur kembali di muka bumi Allah ini, aku harap anda berfikir sebelum menulis. Janganlah nanti tulisan dan pandangan anda menjadi ‘api di dalam sekam’. Kesannya amat besar.
    Setelah berlaku kerosakan terhadap jamaah ini, tidak mudah diperbaiki lagi. Seandainya ada pimpinan jamaah yang tergelincir dari perjuangan ini, biarlah Allah yang menghukum mereka. Sekiranya kita yakin dengan alam akhirat, tiada manusia yang dapat lari. Namun, jangan sampai mereka dihukum Allah kerana merosakkan Islam, dan ‘kita’ (nauzubillah) dihukum Allah kerana meruntuhkan jamaah Islam. Menulislah dengan iman dan akal yang waras.

  24. [...] Hangpa biasa tengok wrestling? Memang syok..orang tu hentam orang ni. Orang ni hentam orang tu. Ingatkan Big Show dah boleh menang bila dia terajang Undertaker. Tengok-tengok…referee hilang ditarik oleh orang lain. Bila Big Show beralih, Undertaker bangun dan sepak teloq Big Show dan terus buat chokeslam…gedebooomm!! Big Show pengsan…referee pun tiba-tiba menjelma entah dari mana. Dan Undertaker menang!! Ciss…Semua kena tipu. Itu hanya lah hiburan. Kita seronok bila ditipu. Kita seronok bila orang tipu kita. Bila orang bagi tau kat kita…hangpa semua kena tipu!! Kita pun jawab..”tak apa…janji seronok.” Tipu dah diterima sebagai hiburan. Bila Nasha dan Mustafa Ali berpeluk dalam gelap di London dengan disaksikan oleh wakil Ikhwanul Muslimin… ramai orang tau. Raja Petra tau. Bakaq Penarik Beca tau. Matsamankati pun tau. Tapi bila blogger-blogger cikai ini menulis dalam blog, riuh rendah sekeliling alam, mengatakan blogger-blogger ini penipu…pemecahbelah…tukang fitnah!! sampai ada yang nak menyaman blogger kerana menyebarkan fitnah. Hadi, Presiden Pas pun sama…tak mengaku adanya perjumpaan dalam gelap di London! Dan tukang-tukang ampu Nasha dan Mustafa Ali pun riuh rendah melabelkan blogger-blogger sebagai penyebar fitnah. Mahfuz nak saman blogger yang menyiarkan cerita berpeluk dalam gelap!! Nasha pun nak saman blogger yang menyebar fitnah!! Tup-tup…akhirnya mereka mengaku. Sapa yang bohong? Sapa yang menyebar fitnah? Oleh kerana Presiden yang bohong, oleh kerana Timbalan Presiden yang bohong, oleh kerana orang kuat Presiden yang bohong…maka orang menerima bohong itu sebagai dakwah dan perjuangan.Orang masih wala’ kepada Presiden, orang masih pilih Nasha sebagai Timbalan Presiden. Depa bohong tak pa. Bohong diterima demi dakwah dan perjuangan. Selepas pilihanraya ke 12, Hasan Ali berlari berjumpa Khir Toyo untuk membentuk kerajaan baru. Tapi apabila gagal…masing-masing menafikannya. Masing-masing berbohong. Tapi cerita itu disebarkan oleh blogger-blogger cikai yang kemudiannya dilabelkan sebagai tukang penyebar fitnah dan pemecahbelah. Teruk la blogger-blogger ini kena hentam kiri dan kanan oleh mereka yang wala’ kepada Presiden dan kepimpinan. Hasan Ali terus juga dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Hasan Ali bohong tak apa…demi dakwah dan perjuangan. Bohong diterima demi Islam dan perjuangan. Di Perak, ada pemimpin yang memujuk Ahmad Awang untuk membawa PAS bersekongkol dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan. Masing-masing menafikannya…masing-masing berbohong. Yang salah ialah blogger penyebar fitnah. Yang cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat ialah blogger-blogger penyebar fitnah. Tup-tup, Ahmad Awang sendiri memecahkan rahsia. Siapa yang bohong? Siapa yang menyebar fitnah?  Kerja blogger jugak? Orang tak kisah sapa yang memujuk Ahmad Awang. orang tak tak mau tau siapa pemimpin yang cuba memujuk Ahmad Awang. Bohong diterima demi kesinambungan Islam dan perjuangan. Siapa yang berlari berjumpa Pak Lah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan? Mana ada!!! itu hanya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh blogger-blogger cikai macam Bakaq Penarik Beca! Itu hanyalah imaginasi liar dari Raja Petra! Dan yang sedihnya, blogger-blogger Pas juga turut sama menyebarkan fitnah dan dakyah untuk menghancurkan Pakatan Rakyat!! Tup-tup, Pak Lah mengaku. Memang betui ada perjumpaan. Khalid Samad mengaku…memang ada perjumpaan. Sapa yang bohong? Sapa yang menyebar fitnah? Tapi pembohongan itu dimaafkan. Pembohongan itu diterima…bukan sahaja sebagai hiburan, malah diterima demi Islam dan perjuangan. Tipu dan bohong sudah menjadi budaya.Ia sudah diterima demi menegakkan Islam dan perjuangan. Pirrrrah!! Baru-baru ini keluar pula berita, TG Nik Aziz diherdik oleh ABC.  Bohong!!! Maka keluarlah kenyataan-kenyataan dari mereka yang wala’ kepada Presiden dan Timbalan Presiden…itu semua bohong. Itu semua kerja penyebar fitnah dan mereka yang cuba memecahbelahkan Pas. Sama ada blogger tersebut berbohong atau tidak…cuma masa yang menentukan. Tetapi buat sementara waktu…marilah kita berhibur dengan bohongmania. Kita berhibur dengan pemimpin-pemimpin yang suka berbohong, kerana tidak salah kita menerimanya demi menegakkan Islam dan perjuangan. Pemimpin bohong tak apa. Blogger bohong…saman!! labelkan mereka sebagai pemfitnah atau pun pemecah belah parti. Tidak salah kita berbohong. Tidak salah kalau kita menipu. But please….don’t do this at home. http://perakexpress.com [...]

  25. Dekat PRU13 nanti mereka akan puji balik. Itu jam nasi beriani, hari hari boleh dapat. Ziarah lebih dari orang sakit tenat

  26. Jangan Ingat PAk Aji Pak Lebai tak Pandai Bohong…Abu Lahab pun pakai jubah jugak oi..komer kena ingat tu..inikan Pulak ABC Primitif! Sian teman nengok ABC ni, udah ler tak de gaya dan kredibiliti langsung nak jadi pemimpin..udah udah ler ABC..duduk ler kome kat kat kampung buat BUDU pastu jual BUDU CAP ABC lagi bagus…komer ni buat PAS susah ajer..pendapat komer ni macam budak sekolah tadika kemas ajer ABC oi

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.