Piala Malaysia : KELANTAN LAWAN PERAK

Nov 8th, 2009 | By Admin | Category: Berita, DAP Melayu

Oleh DAP Melayu

Kelantan akhir terpaksa akur dengan corak permainan kemas yang dipamerkan oleh Negeri Sembilan, apabila tunduk kepada lawan itu 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Walaupun skuad Red Warrior, Kelantan menjadi pilihan untuk menjadi juara, namun kelemahan barisan pertahanan menyebabkan gawang gol Kelantan dibocori sebanyak 3 kali hasil jaringan Shahurain Abu Samah (minit 17), Hairudddin Omar (minit 46) dan sepakan penalti Mohd. Zaquan Adha Radzak (minit 59), sekali gus menamatkan penantian 61 tahun Skuad Hoben Jang Hoben untuk menjulang piala yang berprestij itu. Kelantan memperolehi gol saguhati di minit-minit akhir perlawanan melalui sepakan percuma yang diambil oleh bekas pemain Perak, Indra Putra Mahyuddin.

Sungguhpun kalah pasukan Kelantan wajar dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain terutamanya Negeri Perak khususnya berhubung sokongan Kerajaan Negeri.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) walaupun dipimpin oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Anuar Musa namun Kerajaan Negeri tidak mengambil sikap berlepas tangan begitu sahaja, sebaliknya turut membantu pasukan Kelantan dari segi kewangan dan bantuan lain melalui Menteri Besar sendiri dan Ahli Exconya YB Datuk Paduka Husam Musa dan YB Takiyuddin Hassan.

Tuan Guru Menteri Besar sentiasa mengikuti perkembangan pasukan bolasepak Kelantan. Malah kehadiran beliau semasa Kelantan bertemu Perlis di peringkat separuh akhir telah menyuntikkan semangat pemain Kelantan untuk terus berjaya. Apatah lagi disamping sumbangan kewangan oleh Kerajaan Negeri, Menteri Besar Kelantan itu juga telah mengeluarkan duit poket sendiri kepada KAFA sebagai saguhati di atas kejayaan Kelantan melayakkan diri ke perlawanan akhir. Pengisytiharan cuti umum pada hari Ahad (hari ini) adalah hadiah dari Tuan Guru Menteri Besar kepada KAFA, peminat dan seluruh rakyat Kelantan.

Keadaan sangat berbeza di Perak. Pasukan Perak hampir pasti tidak dapat beraksi dalam Liga Malaysia tahun hadapan sekiranya masalah kewangan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.

Menteri Besar ’Sementara’ di Perak tidak pernah hadir memberi sokongan moral kepada pemain Perak yang beraksi di Liga Malaysia tahun ini baik semasa Liga Super ataupun di pertandingan Piala Malaysia yang baru berakhir.

Kerajaan Negeri Perak dan pemimpin UMNO negeri hanya tahu mendesak supaya Presiden PAFA meletak jawatan, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu membantu menyelesaikan masalah kewangan skuad Seladang, sedangkan masalah kewangan itu adalah diwarisi daripada pengurusan lama sebelum Datuk Seri Nizar dipilih memimpin PAFA.

Tidak cukup politik Negeri Perak dibolasepakkan oleh pemimpin UMNO kini mereka mahu mempolitikkan pula bolasepak Negeri Perak.

Tags:

Afiat

7 comments
Leave a comment »

  1. di harap kemelut dalam pasukan Perak segera di atasi….. Perak pasukan yang melahirkan ramai berbakat yang bagus… Terbukti dengan kelahiran anak jati Perak seperti Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus(Kelantan) , Razali Umar Kandasamy(Perak), Hardi Jaafar, Nasril Nourdin, R.Surendran(Selangor), Ahmad Fakri Shaarani(Perlis), Shahrulnizam Mustafa(Kedah) malah Perak telah mengilap juga beberapa bakat dari negeri lain untuk bersama skuad mudanya sebelum menjadi terkenal sekarang spt Norshahrul Idlan, Syed Adney(MyTeam), V.Thirumurugan(Kedah). Malah jangan dilupa, penyerang berbisa Selangor, Safee Sali adalah berasal dari Perak. Semua ini bukti bahawa, Perak melahirkan pemain berkualiti

    Amat mendukacitakan jika krisis politik ini berlanjutan ke padang bola, lupakan sengketa……. majukan bolasepak Perak……. Perak mempunyai penyokong yang baik serta ramai juga. Penyokong Perak membuktikannya pada 2007 & 2008 apabila memenangi ANUGERAH PENYOKONG TERBAIK MALAYSIA. Amat malang jika, Perak tidak beraksi di Liga Malaysia……. Perlu diingat, Perak adalah pasukan ketiga terbanyak memenangi Piala Malaysia selepas Selangor & Singapura. JANGAN CALARKAN IMEJ PERAK.

    KEJOR YOB KEJOR

  2. renti le main bola yop!
    baik pakat-pakat dengan jiran buat liga congkak ke,batu seremban ke…
    takde modal langsung…cari biji getah lepeh tu korek lubang tak sampai 10minit
    batu seremban lagi le senang…batu beso penumbuk pun boleh dapat tepi-tepi jalan.

    orang glamor bola, kelam kabut nganto anak masuk akademi bola konon-konon nak
    jadi ‘beckham’…streka simpang bercham boleh le.

    yop kejor yop

  3. Itulah “bijak”nya TGNA….Buat apa pening kepala pasal bola…banyak lagi perkara yang lebih penting di Kelantan ni dari bola…

    Kalau berlaku rusuhan penonton…paling kurang tidaklah diletakkan kesalahan pada TG….Kesian Nuar Musa…kena jawab…..

  4. ‘dok keropok’, phm isu sbnr.. Cb jgn pk sempit.. Anuar Musa mampu memimpin KAFA, so kerajaan Negeri Kelantan mengenepikan soal politik n bg Anuar Musa pegang KAFA. Tp, w’pn KAFA bkn tggjwb kerajaan negeri, bantuan masih di hulurkn.. Dlm soal sukan ini, politik perlu di ketepikan.. Jgn asyik politik 24 jm.. Soal penyokong buat psl, tkde sapa yg blh kwl sikap penonton. Tiada siapa yg wajar di perslhkn kecuali org yg buat hal itu sdri..

  5. barisan kabinet Persatuan Bolasepak Perak(PAFA) yg diketuai Presidennya DS Ir Nizar serta ahli-ahli kabinetnya yang terdiri dari wakil PAKATAN, UMNO serta bekas player & wakil FANS bersama kerajaan negeri diharap ketepikan masalah politik segera. DS Zambry seharusnya membantu masalah pasukan Perak ketika ini. Wang kerajaan negeri juga merupakan wang rakyat Perak. Jadi jangan bagi malu pasukan Perak. Ini merupakan maruah negeri.

    Andai Perak tidak bertanding, imej kerajaan negeri & seluruh rakyat Perak tidak mengira fahaman politik akan tercalar kerana dek tak mampu nak tubuh sebuah team main Liga. Rakyat Perak rindukan Piala Malaysia. tahun depan tahun 2010. Genap 10 tahun Perak menang Piala Malaysia kali terakhir tahun 2000. Pastikan Perak beraksi tahun depan kerana player muda 2009 berpotensi naik. Perlu diingat Perak pernah menewaskan N9 pada aksi liga super tahun ini. Jadi tiada alasan Perak tidak bertanding pada 2010 & menang Piala Malaysia 2010. dikhabarkan beberapa org anak jati Perak sedia pulang setelah melihat prestasi player muda Perak yg cemerlang musim ini.

    KEJOR YOB KEJOR

  6. jgn politikan bola..politik di perak pun dah macam bola..
    pening aku..YB-YB PR pun kena sepak terajang je..cam bola..
    nak lawan UMNO..tapi tangan kena ikat..mulut kena ikat..
    pengadilnya POLIS..
    pnjaga garisan SPRM..
    pengulasnya SPR..
    penjual tiket ZAMBRY..
    pegang kunci stadium ABD RAHMAN..
    Jurukamera NAJIB..
    penyokong PR x leh masuk..
    BILA NAK MENANG YOEP..?
    pastu dlm tv , paper kata UMNO MENANG..
    CIUM PIALA..AMBIK GAMBO RAMAI2..
    UMNO MENANG..BN MENANG..bestnya..
    yg baguihnya ada plak rakyat yg percaya..entah la..

  7. skor yob skor….
    teruskan usaha…
    PAFA boleh terus maju ke hadapan….

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.